Teguh dan Tabah dalam Iman Kristus
Untuk teguh dan tabah dalam iman Kristus ia memerlukan injil Yesus Kristus menusuk hati dan jiwa seseorang.
Dalam sejarah Perjanjian Lama, kita membaca tentang beberapa masa apabila anak-anak Israel mentaati perjanjian mereka dengan Yehovah dan menyembah Nya dan pada masa yang lain apabila mereka mengabaikan perjanjian dan menyembah berhala atau Baal.1
Pemerintahan Ahab adalah masa kemurtadan dalam kerajaan Israel utara. Pada satu masa nabi Elia beritahu Raja Ahab untuk mengumpulkan rakyat Israel serta nabi dan imam Baal di Gunung Karmel. Bila semua orang telah datang bersama, Elia berkata kepada mereka, “Sampai bilakah kamu tetap mendua hati? [Dalam perkataan lain, “Bila akan kami pilih secara tetap selamanya?”] Jika Tuhan itu Tuhan, sembahlah Tuhan; tetapi jika Baal itu Tuhan, sembahlah Baal! Tetapi umat itu tidak menjawab apa-apa.”2 Jadi Elia mengarahkan bahawa dia dan nabi Baal menyembelih lembu jantan dan meletakkannya di atas kayu api yang berasingan dan “jangan nyalakan api.”3 Kemudian, “Biarlah nabi-nabi Baal berdoa kepada dewa mereka, dan saya akan berdoa kepada Tuhan. Yang menjawab dengan mengirim api, Dialah Tuhan. Dengan suara yang kuat segenap rakyat berseru bahawa mereka bersetuju.”4
Anda mungkin ingat bahawa imam Baal berdoa kepada Tuhan mereka yang tidak wujud untuk berjam-jam, tetapi “tidak ada yang menjawab, dan tidak ada bunyi yang terdengar.”5 Apabila ia giliran Elia, dia membaiki altar Tuhan yang rosak, meletakkan kayu dan haiwan korban di atasnya, dan dia mengarahkan supaya ia dituang dengan air, bukan sekali tetapi tiga kali. Tidak dapat diragui bahawa dia atau apa sahaja kuasa manusia tidak boleh menyalakan api tersebut.
“Pada masa mempersembahkan korban petang, Nabi Elia menghampiri mazbah itu dan berdoa, “Ya Tuhan, Tuhan Abraham, Ishak, dan Yakub, sekarang buktikanlah bahawa Engkau Tuhan Israel dan bahawa aku hamba-Mu. Buktikanlah juga bahawa aku melakukan semua ini menurut perintah-Mu. …
“Kemudian Tuhan menurunkan api dari langit dan membakar korban itu bersama dengan kayu api, batu, dan tanah sehingga air di parit itu kering.
Apabila umat nampak kejadian itu, mereka bersujud sambil berkata, “Tuhan ialah Tuhan; Tuhan satu-satunya Tuhan!”6
Hari ini Elia mungkin berkata:
-
Sama ada Tuhan, Bapa kita di Syurga wujud atau tidak, tetapi jika dia wujud, sembah Dia.
-
Sama ada Yesus Kristus ialah Putera Tuhan, Penebus kaum manusia yang telah dibangkitkan, atau dia tidak, tetapi jika Dia adalah Penebus, ikut Dia.
-
Sama ada Kitab Mormon ialah firman Tuhan atau tidak, tetapi jika ia adalah firman Tuhan, jadi “lebih dekat kepada Tuhan dengan [belajar dan] menuruti ajaran-ajarannya.”7
-
Sama ada Joseph Smith melihat dan bercakap dengan Bapa dan Putera pada hari musim bunga 1820 atau dia tidak, tetapi jika dia melihatnya, ikutilah mantel nabi, termasuk kunci-kunci pemeteraian yang saya, Elia, berikan kepadanya.
Dalam persidangan umum baru-baru ini, Presiden Russel M. Nelson mengisytiharkan: “Anda tidak perlu tertanya-tanya apa yang benar [lihat Moroni 10:5]. Anda tidak perlu tertanya siapakah yang anda dapat percaya. Melalui wahyu peribadi, anda dapat menerima kesaksian anda bahawa Kitab Mormon adalah firman Tuhan, bahawa Jospeh Smith merupakan seorang nabi, dan ini adalah Gereja Tuhan. Tanpa menghiraukan apa yang orang lain akan kata atau lakukan, tidak ada sesiapa pun akan dapat mengambil kesaksian yang telah lahir ke hati dan minda anda tentang apa yang benar.”8
Apabila Yakobus menjanjikan bahawa Tuhan “memberikan dengan murah hati” kepada mereka yang mencari kebijaksanaannya,9 dia juga memberi amaran:
“Tetapi hendaklah dia bertanya dalam iman, sama sekali tidak ragu-ragu. Kamu tidak boleh ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin.
“Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya.
Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan.”10
Juruselamat kita,ialah contoh sempurna kestabilan. Dia berfirman, “Dia tidak pernah membiarkan Aku sendirian, kerana Aku sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.”11 Pertimbangkan huraian ini daripada ayat suci tentang lelaki dan wanita yang, seperti Juruselamat, teguh dan tabah:
Mereka “berpaling kepada kepercayaan yang benar; dan mereka tidak akan meninggalkannya, kerana mereka teguh, dan tabah, dan tak tergoyahkan, rela dengan seluruh ketekunan untuk mentaati perintah-perintah Tuhan.”12
“Fikiran mereka teguh, dan mereka menaruh kepercayaan mereka kepada Tuhan secara berterusan.”13
“Dan lihatlah, kamu mengetahuinya sendiri, kerana kamu telah menyaksikannya, bahawa seberapa banyak mereka yang dibawa kepada pengetahuan tentang kebenaran … teguh dan tabah dalam iman, dan di dalam hal yang telah menjadikan mereka bebas.”14
“Dengan tekun mereka menerima ajaran daripada rasul-rasul. Mereka hidup bersaudara, makan bersama-sama, dan berdoa bersama-sama.”15
Untuk teguh dan tabah dalam iman Kristus ia memerlukan injil Yesus Kristus menusuk hati dan jiwa seseorang, ia bermaksud bahawa injil bukan sahaja menjadi salah satu pengaruh kepada kehidupan seseorang tetapi ia perkara penting dalam hidupnya atau keperibadiannya. Tuhan berfirman:
“Aku akan memberi kamu hati dan fikiran yang baru. Aku akan menggantikan hati kamu yang keras dengan hati yang taat.
“Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke dalam hati kamu agar kamu menurut hukum-Ku dan melaksanakan semua perintah yang telah Kuberikan kepada kamu.
“Lalu … kamu akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Tuhan kamu.”16
Ini adalah perjanjian yang kita buat dengan pembaptisan dan tatacara bait suci. Tetapi terdapat orang yang belum menerima injil Yesus Kristus sepenuhnya dalam hidup mereka. Walaupun, seperti yang dikatakan Paulus, mereka “dengan baptisan itu, kita dikuburkan dengan Kristus,” mereka masih kehilangan bahagian yang “sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian … ,kita pun … mengamalkan hidup yang baru.”17 Injil belum lagi mentakrifkan mereka. Mereka belum lagi berpusatkan Kristus. Mereka memilih tentang ajaran dan perintah yang mereka akan ikut dan bila dan bagaimana mereka akan melayani dalam Gereja. Sebaliknya, dengan mengikuti perjanjian dengan tepat mereka yang “terpilih mengikut perjanjian”18 mengelakkan penipuan dan teguh dalam iman mereka pada Kristus.
Kebanyakan daripada kita mendapati bahawa pada masa sekarang kita berada pada keadaan di antara menyertai perkara injil kerana pertimbangan sosial pada satu tangan dan komitmen untuk mengikuti kehendak Tuhan dan menjadi seperti Kristus pada tangan yang lain. Di antara semua ini, berita baik injil Yesus Kristus memasuki hati kita dan menjadi motivasi utama hidup kita. Ia tidak akan berlaku segera, tetapi kita semua harus bergerak ke arah keadaan yang diberkati itu.
Ia amat mencabar tetapi penting untuk sentiasa teguh dan tabah apabila kita mendapati diri kita dikuatkan dengan “relau kesengsaraan,”19 sesuatu yang datang kepada kita semua awal atau lambat dalam kefanaan ini. Tanpa Tuhan, pengalaman yang gelap ini akan menyebabkan kegelisahan, kesedihan dan juga kemarahan. Dengan Tuhan, keselesaan menggantikan kesakitan, kedamaian menggantikan kekacauan, dan harapan menggantikan kesedihan. Sentiasa teguh dalam iman Kristus akan membawa sokongan rahmat berterusan dan sokongan Dia.20 Dia akan menukarkan cubaan kepada berkat dan dalam ayat Yesaya, memberi “kegembiraan, dan bukan kedukaan”21
Saya boleh nyatakan tiga contoh di mana saya mempunyai pengetahuan peribadi:
Terdapat seorang wanita yang menderita daripada penyakit kronik yang melemahkan, yang berterusan walaupun dengan perhatian perubatan, berkat imamat, serta puasa dan doa. Walau bagaimanapun, iman dia dalam kuasa berdoa dan realiti kasih sayang Tuhan untuk dia tidak berkurangan. Dia berterusan ke hadapan, hari demi hari (kadang-kadang jam demi jam) melayani seperti yang dipanggil dalam Gereja, bersama suaminya, menjaga keluarga mudanya, dan senyum sebanyak yang dia boleh. Belas kasihan dia untuk orang lain amat dalam, dikuatkan kerana penderitaan dia sendiri, dan dia sering melupakan dirinya dalam melayani orang lain. Dia berterusan tabah, dan orang rasa gembira bersama dia.
Seorang lelaki yang membesar dalam Gereja, melayani satu misi, dan mengahwini seorang wanita yang cantik amat terkejut apabila beberapa adik beradiknya mula berkata perkara negatif tentang Gereja dan Nabi Joseph Smith. Selepas beberapa ketika mereka meninggalkan Gereja dan cuba memujuknya untuk mengikuti mereka. Seperti biasa dalam kes sebegini, dia selalu diserang dengan tulisan, podcast, dan video yang dihasilkan para kritik, kebanyakan daripada mereka adalah bekas ahli Gereja yang tidak gembira dengan Gereja. Adik beradiknya mengutuk imannya, dan beritahu dia bahawa dia mudah tertipu dan disesatkan. Dia tidak mempunyai jawapan untuk semua pernyataan mereka, dan iman dia mula bergoyang di bawah tentangan yang tidak henti-henti. Dia tertanya jika dia harus berhenti menghadiri Gereja. Dia berbual dengan isterinya. Dia berbual dengan orang yang dia percayai. Dia berdoa. Apabila dia bermeditasi dalam keadaan minda yang susah, dia mengingati semula pada masa apabila dia rasa Roh Kudus dan telah menerima kesaksian kebenaran daripada Roh. Dia menyimpulkan bahawa, “Jika saya jujur dengan diri saya, saya harus mengaku bahawa Roh pernah menyentuh saya lebih daripada satu kali dan kesaksian Roh adalah benar.” Dia mempunyai rasa kegembiraan yang diperbaharui dan keamanan yang dikongsi bersama isteri dan anak-anaknya.
Satu pasangan suami dan isteri yang secara konsisten dan dengan gembira telah mengikuti nasihat Gereja dalam hidup mereka amat sedih kerana mereka mempunyai kesukaran untuk mempunyai anak. Mereka menghabiskan wang yang banyak membayar doktor pakar dan selepas beberapa ketika mereka diberkati dengan seorang anak lelaki. Sedihnya selepas 1 tahun, bayi itu menjadi mangsa pelanggaran yang bukan salah sesiapa tetapi ia telah menyebabkan bayi itu dalam keadaan koma, dengan kerosakan otak yang teruk. Dia telah mendapat jagaan yang terbaik, tetapi doktor tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku. Anak ini yang pasangan ini bawa ke dunia dengan susah dan doa, dengan perkataan lain telah dibawa pergi, dan mereka tidak tahu jika dia akan pulang kepada mereka. Mereka bergelut sekarang untuk menjaga keperluan bayi mereka sementara memenuhi tanggungjawab mereka yang lain. Dalam keadaan yang amat susah ini, mereka telah berpaling kepada Tuhan. Mereka bergantung kepada “roti harian” yang mereka terima daripada Dia. Mereka ditolong oleh ahli keluarga dan kawan yang mempunyai belas kasihan dan mereka dikuatkan oleh berkat imamat. Mereka telah menjadi lebih dekat pada satu sama lain, perkahwinan mereka sekarang lebih mendalam dan lengkap di luar jangkaan mereka.
Pada 23 Julai 1837, Tuhan memberi wahyu kepada Presiden Dua Belas Rasul masa itu iaitu Thomas B. Marsh. Ia termasuk berikut:
“Dan berdoalah bagi saudara-saudaramu Dua Belas. Tegurlah mereka dengan tajam demi nama-Ku, dan biarlah mereka diberi teguran untuk semua dosa mereka, dan jadilah kamu setia di hadapan-Ku demi nama-Ku.
Dan selepas penggodaan mereka, dan banyak kesengsaraan, lihatlah, Aku, Tuhan, akan menyelami mereka, dan jika mereka tidak mengeraskan hati mereka, dan tidak berdegil menentang-Ku, mereka akan bertukar hati, dan Aku akan menyembuhkan mereka.”22
Saya percaya pada asas dalam ayat ini untuk kita semua. Godaan dan kesengsaraan yang kita alami, termasuk ujian yang Tuhan lihat sesuai untuk kita, boleh membawa kepada penukaran hati penuh dan penyembuhan. Tetapi ini hanya akan berlaku jika kita tidak mengeraskan hati dan degil terhadap Dia. Jika kita sentiasa teguh dan tabah, apa yang datang sekalipun, kita mencapai penukaran hati yang Juruselamat maksudkan apabila Dia berkata kepada Petrus, “Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu”23 satu penukaran hati yang lengkap ia tidak boleh dibuka. Penyembuhan yang dijanjikan adalah pembersihan dan pengudusan jiwa berdosa kita, menjadikan kita kudus.
Saya diingatkan oleh nasihat ibu kita: “Makan sayuran, ia akan memberi anda kebaikan.” Ibu kita adalah betul, dan dalam konteks ketabahan dalam iman “makan sayur anda” adalah untuk berdoa selalu, membaca kitab suci setiap hari, melayani dan menyembah dalam Gereja, mengambil sakramen dengan layak setiap minggu, sayangi jiran anda dan angkat salib anda dalam kepatuhan kepada Tuhan setiap hari.24
Selalu ingat tentang janji untuk perkara baik yang akan datang, pada sekarang dan juga selepas ini, kepada mereka yang teguh dan tabah dalam iman Kristus. Ingat “kehidupan abadi, dan sukacita para orang suci”25 “Wahai kamu semua yang murni hatinya, angkatlah kepalamu dan terimalah firman Tuhan yang menyenangkan, dan jamuilah diri dengan kasih-Nya; kerana kamu boleh, jika fikiranmu teguh, selama-lamanya.”26 Dalam nama Yesus Kristus, amin.