2010–2019
Pelayanan Perdamaian
Oktober 2018


16:4

Pelayanan Perdamaian

Saya bersaksi tentang ketenangan jiwa yang dibawa oleh perdamaian dengan Tuhan dan satu sama lain jika kita cukup rendah hati dan berani untuk mencarinya.

Bulan April lepas, apabila Presiden Russell M. Nelson memperkenalkan konsep pelayanan, dia menekan bahawa ia satu cara untuk mematuhi perintah-perintah besar iaitu mengasihi Tuhan dan satu sama lain.1 Kami, sebagai pegawai Gereja, secara memuji dan mengucapkan tahniah kepada anda atas balasan hebat yang telah anda mulakan dalam pelayanan. Kami berterima kasih kerana anda mengikuti nabi terkasih kita dalam usaha menakjubkan ini dan mencadangkan bahawa anda tidak menunggu lebih banyak arahan. Libatkan diri anda dengan pelayanan sahaja. Carikan orang yang memerlukan. Jangan berasa dibatasi memikirkan yang mana jenis pelayanan perlu diberikan. Jika kita mengikut prinsip-prinsip asas yang telah diajar, tetap selaras dengan kunci-kunci imamat, dan mencari kebimbingan Roh Kudus, kita tidak dapat gagal.

Pagi ini saya ingin berucap tentang sebuah aspek pelayanan lebih peribadi yang tidak ditugaskan, tiada temu duga bulanan, dan tidak akan dilaporkan melainkan kepada syurga. Saya akan berkongsi contoh yang mudah tentang jenis pelayanan itu.

Grant Morrell Bowen seorang suami dan bapa rajin serta setia yang menghadapi kemelesetan ekonomi ketika kehilangan hasil kentang, seperti ramai orang lain yang bertani untuk rezeki. Dia dan isterinya, Norma, mengambil pekerjaan lain, akhirnya pindah ke kota lain, dan mula mencapai kestabilan ekonomi. Walau bagaimanapun, pada ketika yang sangat malang, Brother Bowen sangat sakit hati apabila uskup mencurigai kenyataan dia sebagai pembayar persepuluhan penuh dalam temu duga rekomen bait suci.

Saya tidak tahu yang mana daripada orang lelaki ini betul pada hari itu, tetapi saya tahu Sister Bowen keluar dari temu duga itu dengan rekomen bait suci baru, dan Brother Bowen keluar dengan kemarahan yang akan membimbing dia keluar dari Gereja selama 15 tahun.

Tanpa mengira siapa yang betul mengenai persepuluhan dia, jelasnya kedua-dua Morrell dan uskup melupakan perintah untuk “berdamailah dengan dia”2 dan nasihat Paulus untuk “janganlah marah selepas matahari terbenam.”3 Faktanya mereka tidak berdamai dan matahari telah terbenam atas kemarahan Brother Bowen selama berhari-hari, berminggu-minggu, sehingga bertahun-tahun, membukitkan maksud seorang yang paling bijak di Roma kuno, yang berkata, “Kemarahan, jika tidak terbatas, sering kali lebih [menghancurkan] daripada kesakitan pertama.”4 Tetapi mukjizat perdamaian selalu sedia untuk kita, dan Morrell Bowen sepenuhnya kembali ke Gereja kerana kasih sayang untuk keluarganya dan Gereja yang dia tahu adalah benar. Biarlah saya memberitahu kamu bagaimana itu berlaku.

Anak lelaki Brother Bowen, Brad, ialah kawan baik kami dan seorang Ahli Kawasan Tujuh Puluh yang melayan di Idaho selatan. Brad berumur 11 tahun pada masa kejadian ini, dan dia melihat kesetiaan rohani bapanya semakin kurang selama 15 tahun, seorang saksi kepada kesan yang dahsyat apabila kemarahan dan salah faham diwujudkan. Sesuatu perlu dilakukan. Semasa cuti Thanksgiving menjelang pada tahun 1977, Brad, seorang pelajar berumur 26 tahun di Brigham Young University, isterinya, Valerie, dan anak lelaki baru, Mic, naik kereta murah mereka dan, walaupun cuaca buruk, memandu ke Billings, Montana. Kereta mereka terlanggar dengan salji tebal dekat Yellowstone Barat pun tidak boleh menghentikan tiga orang ini dari melayani Brother Bowen Sr.

Apabila sudah tiba, Brad dan adik perempuannya Pam meminta satu masa peribadi dengan bapa mereka. “Kamu ayah yang sangat baik,” Brad bermula dengan sedikit beremosi, “dan kami selalu tahu berapa besarnya kasih sayangmu bagi kami. Tetapi ada sesuatu yang tidak baik, sepanjang masa yang sangat lama. Sebab kamu disakitkan sekali, keluarga ini sakit buat bertahun-tahun. Kita terpatah, dan hanya kamu boleh membaiki kita. Tolonglah, Tolonglah, selepas bertahun-tahun ini, bolehkah kamu melupakan kejadian malang itu dengan uskup itu dan membimbing keluarga kita dalam injil sekali lagi seperti dahulu?”

Biliknya sunyi senyap. Kemudian Brother Bowen memandang mereka berdua, kanak-kanaknya,5 dan berkata dengan sangat senyap, “Boleh. Saya akan melakukannya.”

Gembira tetapi terkejut dengan jawapannya yang tidak disangka, Brad Bowen dan keluarganya melihat suami dan bapa mereka pergi ke uskup dia dengan semangat perdamaian untuk menyelesaikan hal-hal dalam hidup dia. Dalam jawapan yang paling tepat kepada lawatan ini yang berani tetapi tidak disangka, uskup, yang telah melanjutkan jemputan berulang kepada Brother Bowen untuk kembali, memeluk Morrell dan hanya memegang dia—memegang dia untuk masa yang teramat lama.

Hanya beberapa minggu kemudian—tidak mengambil banyak masa—Brother Bowen terlibat dalam aktiviti Gereja dan melayakkan diri untuk kembali ke bait suci. Tidak lama kemudian dia menerima panggilan untuk memimpin cabang dengan 25 ahli yang sedang bertumbuh dan dia mengembangkannya sehingga ada lebih daripada 100 ahli di jemaah itu. Semua ini berlaku hampir setengah abad lalu, tetapi akibat permintaan pelayanan anak lelaki dan perempuan kepada bapa mereka dan kesudian bapanya untuk memaafkan dan maju ke hadapan telah memberi berkat yang masih datang—dan akan datang selama-lamanya—ke keluarga Bowen, meskipun ketidaksempurnaan orang lain.

Saudara dan saudari, Yesus telah meminta agar kita “hidup bersama dalam kasih”6 dan “tidak harus ada perselisihan di antara kamu.”7 “Dia yang memiliki semangat pertikaian bukanlah daripada-Ku,” Dia memberi amaran kepada bangsa Nefi.8 Jelasnya, untuk sebahagian besarnya, hubungan kita dengan Kristus akan ditentukan—sekurang-kurangnya dipengaruhi—oleh hubungan kita dengan satu sama lain.

“Jika kamu … berhasrat untuk datang kepada-Ku,” Dia berkata, “dan mengingati bahawa saudaramu mempunyai tentangan terhadapmu—

“Pergilah kepada saudaramu, dan terlebih dahulu berdamai dengan [dia], dan kemudian datanglah kepada-Ku dengan niat yang sepenuhnya, dan Aku akan menerimamu.9

Setiap kita sememangnya boleh merujuk kepada pelbagai jenis luka dan kesedihan lama dan ingatan menyakitkan pada ketika ini yang masih menghancurkan kedamaian dalam hati seseorang, sekeluarga, atau kawasan kejiranan. Baik kita menyebabkan kesakitan itu mahupun kita disakiti, luka-luka itu perlu disembuhkan supaya kehidupan boleh menjadi ganjaran seperti Tuhan inginkan. Seperti makanan dalam peti sejuk yang cucu-cucu anda periksa dengan teliti demi kebaikan anda, keluhan lama itu telah melebihi tarikh tamat tempohnya. Tolong janganlah memberi ruang yang berharga dalam jiwa anda kepada keluhan itu lagi. Seperti Prospero berkata kepada Alonso yang menyesal dalam The Tempest, “Marilah kita tidak membebani ingatan kita dengan keberatan yang telah berlepas.”10

“Ampunilah orang lain, supaya Tuhan mengampuni kamu juga,”11 Kristus mengajar pada zaman Perjanjian Baru. Dan pada zaman kita: “Aku, Tuhan, akan mengampuni orang yang hendak Aku ampuni, tetapi daripadamu diminta untuk mengampuni semua orang.”12 Tetapi pentingnya beberapa daripada anda yang hidup dengan kepedihan sebenar untuk memperhatikan apa yang Dia tidak berkata. Dia tidak berkata, “Kamu tidak dibenarkan berasa kesakitan atau kesedihan sebenar daripada pengalaman kamu yang sangat menyakitkan disebabkan orang lain.” Dia juga tidak berkata, “Untuk diampuni sepenuhnya kamu mesti kembali ke hubungan toksik atau keadaan kesat dan merosakkan.” Meskipun kesalahan paling dahsyat yang mungkin datang kepada kita, kita boleh bangkit dari kesakitan kita hanya apabila meletakkan kaki di atas jalan ke penyembuhan sebenar. Jalan itu membawa keampunan yang dijalani oleh Yesus dari Nasaret, yang memanggil kita, “Ikutlah aku.”13

Dalam jemputan untuk menjadi pengikut-Nya dan cuba mengikut perbuatan Dia, Yesus meminta kita menjadi alat rahmat-Nya—menjadi bagaikan “duta bagi Kristus” dalam “pelayanan perdamaian,” seperti Paulus menjelaskannya kepada orang Korintus.14 Penyembuh setiap luka, Dia yang membetulkan setiap kesalahan, meminta agar kita bekerja dengan Dia dalam tugas membuat kedamaian di sebuah dunia yang tidak akan mencarinya dalam cara lain.

Jadi, seperti Phillips Brooks menulis: “Anda yang membenarkan salah faham teruskan tahun demi tahun, berniat untuk menyelesaikannya nanti; anda yang masih berpegang pada pertengkaran kerana anda tidak dapat memilih hari untuk mengorbankan kesombongan dan [menyelesaikannya]; anda yang melalui orang di jalan dengan merengut, tidak bercakap kepada mereka kerana keinginan untuk menyakitkan hati … ; anda yang membenarkan hati … [seorang] menderita kerana tiada kata-kata penghargaan atau simpati, yang anda akan memberikan … suatu hari nanti, … pergilah dengan cepat untuk melakukan sesuatu sebelum anda melepasi peluang itu.”15

Saudara-saudari saya yang terkasih, saya bersaksi bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus berpusat pada mengampuni dan melupakan kesalahan, lama atau baru. Saya bersaksi bahawa penyembuhan rohani hanya boleh datang daripada Penebus ilahi kita, Dia yang bergegas untuk memberikan “kesembuhan seperti sinar matahari.”16 Kami bersyukur kepada Dia, dan Bapa Syurgawi yang mengutus Dia, supaya pembaharuan dan kelahiran semula, kehidupan bebas daripada kesedihan dan kesalahan masa lalu, tidak hanya diperbolehkan tetapi telah dibayar dengan harga tidak tertanggung yang dilambangkan oleh darah Domba yang menumpahkannya.

Dengan hak kuasa rasul yang dianugerahkan oleh Juruselamat dunia, saya bersaksi tentang ketenangan jiwa yang dibawa oleh perdamaian dengan Tuhan dan satu sama lain jika kita cukup rendah hati dan berani untuk mencarinya. “Berhentilah bertikai di antara satu sama lain,” Juruselamat merayu.17 Jika anda masih ingat kesakitan yang lama, sembuhkannya. Jaga satu sama lain dengan kasih sayang.

Kawan-kawan saya yang terkasih, dalam pelayanan perdamaian dikongsi antara kita, saya meminta agar kita menjadi pendamai—mengasihi kedamaian, mencari kedamaian, menciptakan kedamaian, dan menghargai kedamaian. Saya membuat permintaan ini dalam nama Putera Kedamaian, yang mengetahui semua hal tentang mendapati “luka di rumah kawan [Dia],”18 tetapi masih kuat untuk mengampuni dan melupakan—dan menyembuhkan—dan bergembira. Dengan itu saya berdoa, untuk anda dan saya, dalam nama Tuhan Yesus Kristus, amin.