2010–2019
Kinilah Masanya
Oktober 2018


11:9

Kinilah Masanya

Jika ada apa-apa dalam kehidupan anda yang kamu perlu pertimbangkan, kinilah masanya.

Beberapa tahun lalu, semasa bersedia untuk perjalanan perniagaan, saya mula mengalami sakit dada. Dengan rasa bimbang, isteri saya menyertai saya. Pada awal penerbangan kami, kesakitan dada semakin meningkat sehingga saya susah bernafas. Ketika kapal terbang mendarat, kami keluar dari lapangan terbang dan pergi ke hospital tempatan, di mana doktor mengesyorkan kami sihat dan baik untuk teruskan perjalanan kita.

Kami kembali ke lapangan terbang dan menaiki pesawat kami ke destinasi terakhir kita. Semasa mendarat, juruterbang meminta saya melalui interkom untuk mengenal pasti diri saya. Petugas penerbangan datang, berkata bahawa mereka baru menerima panggilan kecemasan, dan memberitahu saya ada sebuah ambulans di lapangan terbang untuk menghantar saya ke hospital.

Kami naik ambulans dan bergegas ke bilik kecemasan tempatan. Di sana kami ditemui dua orang doktor bimbang dan menjelaskan bahawa saya salah didiagnosis dan sebenarnya memiliki embolisme paru-paru serius, atau darah beku, yang memerlukan perhatian perubatan segera. Doktor-doktor memberitahu kami bahawa banyak pesakit tidak hidup dalam keadaan ini. Mengetahui kita jauh dari rumah dan tidak pasti jika kami bersedia untuk keadaan yang mengubah hidup, doktor-doktor berkata jika ada apa-apa dalam hidup kami yang perlu pertimbangkan, kinilah masanya.

Saya ingat dengan jelas betapa serta-merta pada saat itu mengubah perspektif keseluruhan saya. Apa yang kelihatannya sangat penting pada saat-saat sebelumnya sudah tidak penting. Fikiran saya berubah daripada hal duniawi kepada perspektif abadi—fikiran tentang keluarga, anak-anak, isteri, dan akhirnya penilaian hidup diri saya.

Bagaimana kesejahteraan kita sebagai sekeluarga atau individu? Adakah kita menjalani kehidupan kita menurut perjanjian-perjanjian yang telah dibuat dan menurut kehendak Tuhan, atau mungkin kita tidak sengaja membenarkan hal duniawi mengganggu kita dari apa yang terpenting?

Saya ingin menjemput anda untuk mempertimbangkan sebuah pelajaran penting yang saya pelajari dari pengalaman ini: berhenti berfokus pada dunia ini dan menilai hidup anda. Atau dalam kata-kata doktor, jika ada apa-apa dalam kehidupan kamu yang kamu perlu pertimbangkan, kinilah masanya.

Menilai Kehidupan Kita

Kita hidup di dunia dengan maklumat berlebihan, dikuasai oleh gangguan yang semakin banyak sehingga menyusahkan kita untuk mengaturkan kekecohan hidup ini dan berfokus pada hal-hal bernilai abadi. Hidup harian kita terdedah kepada rencana utama yang direka untuk mengambil perhatian kita melalui teknologi maju.

Jika kita tidak mengambil masa untuk merenung, kita mungkin tidak menyedari kesan dari persekitaran pantas ini dalam hidup dan pilihan harian kita. Kita mungkin menyedari bahawa hidup kita dipenuhi dengan maklumat yang dibungkus dalam memes, video, dan berita yang menarik. Walaupun menarik dan menghiburkan, kebanyakan ini tidak berkaitan dengan kemajuan abadi, namun semua itu membentuk cara kita melihat pengalaman hidup fana kita.

Gangguan dunia ini bagaikan gangguan dalam mimpi Lehi. Semasa kita maju di jalan perjanjian dengan tangan memegang erat pada batang besi, kita mendengar dan melihat mereka yang “mengejek dan menuding jari mereka” dari bangunan besar dan lapang (1 Nefi 8:27). Kita mungkin tidak berniat melakukannya, tetapi kadang-kadang kita berhenti dan memberi perhatian kepada kekecohannya. Sesetengah orang mungkin akan melepaskan batang besi dan mendekati untuk melihat lebih jelas. Orang lain mungkin jatuh sepenuhnya “disebabkan mereka yang sedang memperolok-olokkan mereka” (1 Nefi 8:28).

Juruselamat memberi amaran untuk “berjaga-jagalah … jangan kamu asyik dengan … hal-hal duniawi” (Lukas 21:34). Wahyu moden memperingatkan kita bahawa banyak yang dipanggil, tetapi sedikit yang dipilih. Mereka tidak dipilih “kerana hati mereka diletakkan… pada hal-hal dari dunia ini, dan menginginkan kehormatan manusia” (Ajaran dan Perjanjian 121:35; juga lihat ayat 34). Menilai kehidupan kita memberi peluang untuk berhenti berfokus pada hal-hal duniawi, merenungkan tempat kita di atas jalan perjanjian, dan jika diperlukan, membuat perubahan untuk memastikan pegangan erat dan fokus yang jelas.

Baru-baru ini, semasa pertemuan rohani remaja seluruh dunia, Presiden Russell M. Nelson menjemput remaja untuk berhenti berfokus pada hal-hal duniawi dengan berpuasa daripada media sosial sepanjang tujuh hari. Dan baru petang semalam, dia membuat jemputan serupa kepada para saudari sebagai sebahagian persidangan sesi wanita. Dia kemudian meminta remaja untuk melihat perbezaan dengan bagaimana mereka berasa, apa yang mereka berfikir, mahupun bagaimana mereka berfikir. Dia kemudian menjemput mereka “melakukan penilaian hidup yang teliti dengan Tuhan … untuk memastikan hidup anda berdiri di atas jalan perjanjian sepenuhnya.” Dia menggalakkan mereka jika ada hal-hal yang perlu diubah, “hari inilah masa yang sesuai untuk berubah.”1

Dalam penilaian hal-hal hidup kita yang perlu diubah, kita mungkin menanya soalan yang praktikal: Bagaimana kita mengatasi gangguan dunia ini dan tetap fokus kepada visi keabadian di hadapan kita?

Dalam ucapan persidangan tahun 2007 bertajuk “Baik, Lebih Baik, Terbaik,” Presiden Dallin H. Oaks mengajar cara untuk mengutamakan pilihan-pilihan antara tuntutan duniawi yang bertentangan. Dia menasihati, “Kita seharusnya meninggalkan beberapa hal yang baik untuk memilih hal lain yang lebih baik atau terbaik kerana hal itu membangunkan iman dalam Tuhan Yesus Kristus dan memperkuatkan keluarga kita.”2

Saya akan mencadangkan hal-hal terbaik dalam hidup ini berpusat kepada Yesus Kristus dan pemahaman kebenaran abadi mengenai siapakah Dia dan siapakah kita berkaitan dengan Dia.

Mencari Kebenaran

Semasa kita berusaha mengenali Juruselamat, kita tidak seharusnya terlepas pandangan kebenaran asas tentang siapa diri kita dan mengapa kita di sini. Amulek memperingatkan kita bahawa “kehidupan inilah waktu… bersedia untuk bertemu dengan Tuhan,” waktu “yang diberikan kepada kita untuk bersiap bagi keabadian” (Alma 34:32–33). Seperti kenyataan yang memperingatkan, “Kita bukanlah manusia yang memiliki pengalaman rohani. Kita orang rohani yang memiliki pengalaman rohani.”3

Memahami asal ilahi kita adalah penting untuk kemajuan abadi kita dan boleh membebaskan kita dari gangguan hidup ini. Juruselamat mengajarkan:

“Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku;

“Kamu akan mengenal Tuhan, oleh itu kamu akan dibebaskan” (Yohanes 8:31–32).

Presiden Joseph F. Smith mengisytiharkan, “Pencapaian terbesar yang manusia boleh lakukan di dunia ini adalah untuk membiasakan diri mereka dengan kebenaran ilahi, dengan sangat teliti, sehingga tiada teladan atau tingkah laku orang hidup di dunia ini boleh memalingkan mereka dari pengetahuan yang diperolehi mereka.”4

Di dunia kini, perdebatan tentang kebenaran telah mencapai tahap yang teramat tinggi, dengan semua pihak menuntut kebenaran sebagai konsep yang terbuka kepada pentafsiran individu. Joseph Smith yang muda menyedari bahawa “begitu hebat kekeliruan dan perbalahan” dalam hidupnya “sehinggakan mustahil … memutuskan siapa yang benar dan siapa yang salah.” (Joseph Smith—Sejarah 1:8). Dia mencari kebenaran dari bimbingan ilahi “di tengah-tengah peperangan kata-kata dan kekacauan pendapat” (Joseph Smith—Sejarah 1:10).

Di persidangan April, Presiden Nelson mengajar, “sekiranya kita memiliki harapan untuk menapis suara-suara yang banyak dan falsafah-falsafah manusia yang menyerang kebenaran, kita harus belajar untuk menerima wahyu.”5 Kita mesti belajar untuk bergantung pada Roh Kebenaran, yang “dunia tidak dapat menerima, kerana dunia tidak dapat melihat dia ataupun mengenal dia” (Yohanes 14:17).

Semasa dunia bergerak pantas ke kebenaran yang diputarbelitkan, kita mesti ingat kata-kata Yakub bahawa “Roh mengucapkan kebenaran dan tidak berdusta. Oleh kerana itu, ia berbicara tentang hal-hal sebagaimana ianya wujud pada hakikatnya, dan tentang hal-hal sebagaimana ia benar-benar akan terjadi; oleh kerana itu, hal-hal ini dinyatakan kepada kita dengan jelas, untuk keselamatan jiwa kita” (Yakub 4:13).

Apabila kita berhenti berfokus pada hal-hal duniawi dan menilai kehidupan kita, kinilah masanya untuk mempertimbangkan perubahan manakah yang kita perlu buat. Kita boleh menerima harapan besar dengan mengetahui Teladan kita, Yesus Kristus yang memimpin jalan sekali lagi. Sebelum kematian dan kebangkitan-Nya, semasa Dia menolong mereka di sekeliling-Nya memahami peranan ilahi-Nya, Dia memperingatkan mereka “supaya beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia” (Yohanes 16:33). Saya bersaksi tentang Dia dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Russell M. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3Jun 2018), HopeofIsrael.lds.org.

  2. Dallin H. Oaks, “Good, Better, Best,” Liahona, Nov. 2007, 107.

  3. Sering dikaitkan dengan Pierre Teilhard de Chardin.

  4. Teachings of Presidents of the Church: Joseph F. Smith (1998), 42.

  5. Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 96.