2010–2019
Angkatlah Kepalamu dan Bersukacitalah
Oktober 2018


9:52

Angkatlah Kepalamu dan Bersukacitalah

Semasa kita menghadapi perkara-perkara yang susah dalam cara Tuhan, semoga kita mengangkat kepala kita dan bersukacita.

Pada tahun 1981, ayah saya, dua kawan rapat, dan saya pergi ke Alaska. Kami berniat mendarat di tasik terpencil dan mengembara dengan berjalan kaki ke kawasan tinggi yang indah. Untuk mengurangkan muatan peribadi yang kami perlu mengangkat, kami masukkan bekalan kami dalam kotak-kotak, meliputinya dengan foam, pasangkan reben-reben besar dan berwarna, dan membuangnya dari tingkap kapal terbang kecil kami di destinasi kami yang diniatkan.

Selepas tiba, kami mencari banyak, tetapi kami tidak dapat menjumpai kotak-kotak kami. Akhirnya kami menjumpai satu kotak. Ia mengandungi alat pemanas kecil, satu tarp, gula-gula, dan beberapa bungkus Hamburger Helper—tetapi tidak ada hamburger. Kami tidak ada apa-apa cara untuk berkomunikasi dengan orang, dan kami dijadualkan diangkat satu minggu kemudian.

Saya belajar dua pelajaran bernilai dari pengalaman ini: Satu, janganlah membuang makanan anda dari tingkap. Dua, kadang-kadang kita perlu menghadapi perkara yang susah.

Kerap kali, reaksi pertama kita dengan perkara-perkara susah ialah “Kenapa saya?” Tetapi menanya kenapa tidak pernah mengambil perkara yang susah. Tuhan memerlukan agar kita mengatasi cabaran-cabaran kita, dan Dia telah menyatakan bahawa “segala hal ini akan memberi [kita] pengalaman, dan akanlah demi kebaikan [kita].”1

Kadang-kadang Tuhan minta kita melakukan sesuatu yang susah, dan kadang-kadang cabaran kita dibuat oleh penggunaan hak pilihan kita sendiri atau orang lain. Nefi mengalami kedua-dua situasi ini. Apabila Lehi menjemput anak-anaknya untuk balik dan mendapat kepingan-kepingan dari Laban, dia berkata, “Lihatlah, saudara-saudaramu merungut, mengatakan ianya adalah suatu hal sukar yang telah aku tuntut dari mereka; tetapi lihatlah, aku tidak tuntutnya dari mereka; tetapi ia adalah suatu perintah dari Tuhan.”2 Pada masa yang lain, abang-abang Nefi menggunakan hak pilihan mereka untuk mengehadkan hak pilihan Nefi: “Mereka memegangku, kerana lihatlah, mereka tersangat marah, dan mereka mengikatku dengan tali kerana mereka ingin mengambil nyawaku.”3

Joseph Smith menghadapi sesuatu yang susah di Penjara Liberty. Tanpa kelegaan dan rasa berputus asa, Joseph berseru, “Ya Tuhan, di manakah Engkau?”4 Pasti sesetengah antara kita pernah rasa seperti Joseph.

Semua orang menghadapi perkara yang susah: kematian orang yang dikasihi, penceraian, anak yang menyimpang, kesakitan, cabaran iman, kehilangan kerja, atau apa-apa kesusahan yang lain.

Saya diubah apabila saya mendengar kata-kata ini dari Elder Neal A. Maxwell dari Kuorum Dua Belas, yang dikatakan semasa perjuangannya dengan leukemia. Dia berkata, “Saya sedang merenungkan dan 13 perkataan ini yang penuh arahan dan kepastian datang ke fikiran saya: ‘Saya telah memberikan kamu leukemia agar kamu boleh mengajar orang saya dengan sungguh-sungguh.’” Kemudian dia menyatakan bagaimana pengalaman ini telah memberkati dia dengan “perspetktif tentang realiti-realiti besar keabadian. … Pandangan-pandangan keabadian yang demikian boleh membantu kita berjalan 100 meter seterusnya, yang mungkin sangat susah.”5

Untuk membantu kita berjalan dan mengatasi masa-masa susah kita dengan pandangan-pandangan keabadian yang demikian, biar saya mencadangkan dua perkara. Kita mesti menghadapi perkara-perkara yang susah, pertama, dengan mengampuni orang lain dan, kedua, dengan memberikan diri kita sendiri kepada Bapa Syurgawi.

Mengampuni orang yang mungkin menyebabkan perkara susah kita dan “berdamai dengan kehendak Tuhan”6 boleh menjadi sangat susah. Ia boleh menjadi paling sakit apabila perkara susah kita disebabkan oleh seorang ahli keluarga, kawan rapat, atau bahkan kita sendiri.

Sebagai seorang uskup muda, saya belajar tentang keampunan apabila presiden pancang saya, Bruce M. Cook, mengongsi cerita berikut. Dia menjelaskan:

“Semasa hujung dekad 1970, beberapa rakan dan saya memulakan perniagaan. Walaupun kami tidak melakukan apa-apa yang salah di sisi undang-undang, beberapa pilihan yang tidak baik, bersama dengan masa yang susah secara ekonomi, mengakibatkan kegagalan kami.

“Beberapa pelabur memfailkan tuntutan mahkamah untuk mendapat balik kehilangan mereka. Peguam mereka ialah penasihat dalam lembaga uskup keluarga saya. Ia sangat susah untuk saya menyokong seseorang yang nampaknya berusaha memusnahkan saya. Saya mulai suatu permusuhan terhadap dia dan menganggap dia musuh saya. Selepas lima tahun tuntutan-tuntutan mahkamah, kami kehilangan semua yang kami miliki, termasuk rumah kami.

“Pada tahun 2002, isteri saya dan saya belajar bahawa presidensi pancang di mana saya melayan sebagai penasihat akan diubah. Semasa kami pergi bercuti sebelum saya dilepas panggilan, dia tanya saya siapa yang saya akan pilih sebagai penasihat-penasihat saya jika saya dipanggil sebagai presiden pancang baru. Saya tidak mahu bercakap tentang itu, tetapi dia teruskan. Akhirnya, satu nama datang kepada fikiran saya. Kemudian dia menyebut nama peguam yang kami menganggap punca kesusahan kami 20 tahun yang lalu. Ketika dia bercakap, Roh mengesahkan bahawa peguam itu patut menjadi salah satu penasihat itu. Dapatkah saya mengampuni lelaki itu?

“Bila Elder David E. Sorensen memberikan saya panggilan melayan sebagai presiden pancang baru, dia memberi saya satu jam untuk memilih penasihat-penasihat. Melalui air mata, saya memberitahu bahawa Tuhan sudah memberi wahyu itu. Ketika saya menyebut nama lelaki yang saya telah menganggap musuh saya, kemarahan, permusuhan, dan kebencian yang telah saya rasa telah hilang. Pada saat itu, saya belajar tentang kedamaian yang datang dengan keampunan melalui Korban Tebusan Kristus.”

Dalam kata lain, presiden pancang saya “dengan tulus ikhlas mengampunkan” dia, seperti Nefi dahulu.7 Saya kenal Presiden Cook dan penasihatnya sebagai dua pemimpin imamat soleh yang saling mengasihi. Saya bertekad untuk menjadi seperti mereka.

Bertahun-tahun sebelumnya, semasa perjalanan susah kami di Alaska, saya cepat belajar bahawa menyalahkan orang lain untuk keadaan kita—seperti juruterbang membuang makanan kami pada waktu hampir gelap—tidaklah penyelesaian. Namun, semasa kami mengalami keletihan fizikal, ketiadaan makanan, kesakitan, dan tidur di tanah semasa ribut besar dengan satu tarp saja, saya belajar bahawa “bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil.”8

Golongan muda, Tuhan memerlukan perkara-perkara yang susah daripada anda. Salah satu remaja puteri berumur 14 tahun main bola keranjang. Dia bercita-cita untuk main bola keranjang di sekolah menengah seperti kakaknya. Kemudian dia belajar bahawa ibu bapa dia telah dipanggil untuk memimpin atas satu misi di Guatemala.

Selepas tiba, dia mendapat tahu bahawa beberapa kelas dia akan diajar dalam bahasa Sepanyol, satu bahasa yang dia belum belajar. Tidak ada satu pasukan sukan perempuan pun di sekolahnya. Dia tinggal di tingkat ke-14 sebuah bangunan dengan pengawalan keselamatan yang rapat. Akhirnya, dia tidak dapat pergi luar bersendirian kerana sebab-sebab keselamatan.

Ibu bapanya mendengar dia menangis sampai tidur setiap malam berbulan-bulan lamanya. Ini hancur hati mereka! Akhirnya mereka memutuskan untuk menghantar dia balik ke rumah neneknya untuk sekolah menengah.

Bila isteri saya masuk bilik anak kami untuk memberitahu dia keputusan itu, dia melihat anak kami berlutut dalam doa dengan Kitab Mormon terbuka di atas katil. Roh berbisik kepada isteri saya, “Dia akan menjadi OK,” dan isteri saya keluar bilik.

Kami tidak pernah dengar dia menangis sampai tidur sekali lagi. Dengan bertekad dan bantuan Tuhan, dia menghadapi tiga tahun itu dengan berani.

Pada akhir misi kami, saya tanya anak saya kalau dia akan melayani misi penuh masa. Dia menjawab “Tidak, ayah, saya sudah melayani.”

Saya puas hati dengan jawapan itu! Tetapi enam bulan kemudian, Roh membangunkan saya di tengah malam dengan fikiran ini: “Aku telah memanggil anakmu untuk melayani misi.”

Reaksi saya ialah “Bapa Syurgawi, dia sudah memberi begitu banyak.” Dengan segera, saya dibetulkan oleh Roh dan memahami bahawa pelayanan penginjil dia diperlukan oleh Tuhan.

Tidak lama kemudian saya mengambil anak saya pergi makan. Dari hujung meja, saya berkata, “Ganzie, tahukah kenapa kita di sini?”

Dia berkata, “Ya, Ayah. Ayah tahu saya perlu melayani misi. Saya tidak mahu pergi, tetapi saya akan pergi.”

Kerana dia menyerah kehendaknya kepada Bapa Syurgawi, dia melayani Tuhan dengan seluruh hati, daya, minda, dan kekuatannya. Dia telah mengajar ayahnya bagaimana untuk melakukan perkara yang susah.

Dalam pertemuan rohani sedunia Presiden Russell M. Nelson untuk para remaja, dia meminta beberapa perkara yang susah dari remaja. Presiden Nelson berkata: “Jemputan kelima saya untuk kamu ialah untuk menonjolkan diri anda; jadilah luar biasa dari dunia. … Tuhan perlukan anda untuk kelihatan, bercakap, bertindak, dan berpakaian seperti pengikut sejati Yesus Kristus.”9 Ini boleh menjadi susah, tetapi saya tahu anda boleh melakukannya—dengan bahagia.

Ingatlah bahawa “manusia wujud agar mereka boleh berbahagia.”10 Dengan semua yang Lehi menghadapi, dia masih mendapat kegembiraan. Ingat apabila Alma “tertekan oleh dukacita”11 kerana orang Ammonihah? Malaikat memberitahu dia, “Diberkatilah engkau, Alma; oleh itu, angkatlah kepalamu dan bersukacitalah … kerana engkau telah setia dalam mentaati perintah-perintah Tuhan.”12 Alma belajar kebenaran besar: kita dapat selalu bergembira sewaktu kita mematuhi perintah-perintah. Ingat bahawa semasa peperangan dan cabaran yang dihadapi pada masa Panglima Moroni, “tidak pernah ada masa yang lebih bahagia di kalangan bangsa Nefi.”13 Kita dapat dan patut mendapat kegembiraan apabila kita menghadapi perkara-perkara yang susah.

Juruselamat menghadapi perkara-perkara yang susah: “Dan dunia … akan menghakimi Dia sebagai sesuatu yang tidak bernilai; oleh kerana itu, mereka mencambukkan Dia, dan Dia membenarkannya; dan mereka memukul Dia, dan Dia membenarkannya. Ya, mereka meludah ke atas Dia, dan Dia membenarkannya, kerana kebaikan hati-Nya yang penuh kasih, dan panjang sabar-Nya terhadap anak-anak manusia.”14

Oleh kerana kebaikan hati yang penuh kasih itu, Yesus Kristus menderita melalui Korban Tebusan. Hasilnya, Dia berkata kepada setiap kita, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia.”15 Oleh kerana Kristus, kita juga dapat mengalahkan dunia.

Semasa kita menghadapi perkara-perkara yang susah dalam cara Tuhan, semoga kita mengangkat kepala kita dan bersukacita. Di kesempatan yang suci ini untuk bersaksi kepada dunia, saya mengisytiharkan bahawa Juruselamat hidup dan memimpin Gereja-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.