Ajaran dan Perjanjian 2021
26 April–2 Mei. Ajaran dan Perjanjian 45: “Janji-janji … Akan Digenapi”


“26 April–2 Mei. Ajaran dan Perjanjian 45: “Janji-janji … Akan Digenapi,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“26 April–2 Mei. Ajaran dan Perjanjian 45,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
remaja di luar bait suci

26 April–2 Mei

Ajaran dan Perjanjian 45

“Janji-janji … Akan Digenapi”

Presiden Russell M. Nelson mengajarkan: “Tuliskan fikiran yang datang ke minda anda. Catatkan perasaan anda dan diikuti dengan tindakan-tindakan yang anda terilham untuk lakukan” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 95).

Mencatat Tanggapan Anda

Kita hidup dalam masa yang berbahaya, dan itu boleh menyusahkan. Bahkan para pengikut Yesus, ketika mereka mendengar Dia bernubuat tentang malapetaka yang akan berlaku pada zaman kita, [berasa] “susah hati” (Ajaran dan Perjanjian 45:34). Para Orang Suci awal di Kirtland, Ohio, juga disusahkan oleh masa-masa yang berbahaya di tempat mereka tinggal. Di antara hal-hal lain, terdapat “banyak laporan palsu … dan cerita-cerita bodoh” yang melemahkan pesanan injil (Ajaran dan Perjanjian 45, pengenalan bahagian). Tetapi balas Tuhan, dulu dan sekarang, adalah “janganlah susah hati” (ayat 35). Ya, terdapat kejahatan, namun terdapat juga bukti Tuhan sedang mempercepatkan pekerjaan-Nya. Ya, terdapat bahaya yang diramalkan yang mendahului Kedatangan Kedua, dan kita harus menyedarinya. Tetapi ini bukan sekadar amaran bahaya; ia juga tanda-tanda bahawa janji-janji Tuhan akan digenapi. Mungkin ini adalah mengapa Ajaran dan Perjanjian 45—sebuah wahyu yang menggambarkan banyak tanda-tanda ini secara terperinci—telah membuat “para Orang Suci gembira” (pengenalan bahagian).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 45:1–5

Yesus Kristus adalah Pembela kita dengan Bapa.

Pernahkah anda merasa serba kekurangan atau tidak layak di hadapan Tuhan? Anda boleh menemui penghiburan dalam Ajaran dan Perjanjian 45:1–5. Apakah makna perkataan seperti “pembela” dan “merayu” bagi anda? Bagaimanakah Juruselamat menjadi pembela anda, atau merayu bagi pihak anda? Apakah maknanya bagi anda bahawa Kristus adalah Pembela anda?

Kata-kata berikut daripada Presiden Joseph Fielding Smith dapat membantu anda merenungkan ayat-ayat ini: “Yesus adalah pembela kita, merayu untuk kita sebagai pengantara kita melalui pelayanan dan pekerjaannya untuk mendamaikan kita, untuk membawa kita mencapai persetujuan dengan Tuhan” (dalam Conference Report, Okt 1953, 58).

Lihat juga 2 Nefi 2:8–9; Mosia 15:7–9; Moroni 7:27–28; Ajaran dan Perjanjian 29:5; 62:1.

Ajaran dan Perjanjian 45:9–10

Injil adalah standard kepada dunia.

Pada zaman dahulu, standard adalah sepanduk atau bendera yang dibawa ke medan perang. Ia mengumpulkan dan menyatukan para tentera dan membantu mereka tahu di mana untuk berkumpul dan apa yang perlu dilakukan. Standard juga merupakan contoh atau peraturan yang boleh diukur dengan hal-hal lain. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 45:9–10, renungkan bagaimana perjanjian injil telah menjadi standard bagi anda. Bagaimanakah kehidupan anda akan menjadi berbeza jika anda tidak mempunyai perjanjian-perjanjian ini?

Lihat juga Yesaya 5:26; 11:10–12; Ajaran dan Perjanjian 115:5–6.

Ajaran dan Perjanjian 45:11–75

Janji-janji Tuhan akan digenapi.

Perang, kederhakaan, dan kemusnahan akan mendahului Kedatangan Kedua Juruselamat. Tetapi “janganlah susah hati,” kata Tuhan, “kerana, apabila segala hal ini akan terjadi, kamu boleh mengetahui bahawa janji-janji yang telah dibuat kepadamu akan digenapi” (Ajaran dan Perjanjian 45:35).

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 45:11–75, pertimbangkan untuk fokus bukan hanya pada peristiwa-peristiwa menyedihkan yang dinubuatkan tetapi juga pada berkat-berkat yang Tuhan janjikan (contohnya, janji-janji dalam ayat 54–59 tentang pemerintahan Zaman Seribu Tahun Juruselamat). Anda boleh melakukan ini dengan membuat senarai atau dengan menandakan ayat-ayat tersebut. Apakah yang anda temui yang membantu anda “tidak bersusah hati” tentang hari-hari terakhir?

Ajaran dan Perjanjian 45:31–32, 56–57

“Berdiri di tempat-tempat kudus,” dan tidak akan digerakkan.

Satu sebab Juruselamat dan para nabi-Nya mengajarkan kita tentang tanda-tanda Kedatangan Kedua adalah untuk membantu kita bersedia. Apakah yang anda pelajari dalam Ajaran dan Perjanjian 45:31–32, 56–57 tentang bersedia untuk Kedatangan Kedua Tuhan? Ia turut membantu untuk mengkaji semula perumpamaan tentang sepuluh orang gadis, terdapat dalam Matius 25:1–13. Juruselamat membandingkan minyak dalam perumpamaan ini dengan kebenaran dan dengan Roh Kudus (lihat Ajaran dan Perjanjian 45:57). Apakah pandangan yang anda peroleh ketika anda membaca perumpamaan dalam cara ini?

Imej
sepuluh orang gadis

Parable of the Ten Virgins, oleh Dan Burr

Ajaran dan Perjanjian 45:11–15, 66–71

Sion adalah tempat selamat untuk para Orang suci Tuhan.

Para Orang suci di zaman Joseph Smith bersemangat untuk membina Sion, Yerusalem Baru, seperti yang digambarkan dalam Kitab Mormon (lihat Eter 13:2–9) dan dalam pembaharuan tentang Alkitab oleh Joseph Smith (lihat Musa 7:62–64). Apakah yang anda pelajari tentang Sion—tentang kota kuno pada zaman Henokh dan juga kota zaman akhir—dari Ajaran dan Perjanjian 45:11–15, 66–71?

Kini perintah untuk menubuhkan Sion merujuk kepada penubuhan kerajaan Tuhan di mana sahaja kita tinggal—di mana anak-anak Tuhan berkumpul untuk keselamatan bagi “perjanjian abadi-Nya” (ayat 9). Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu membina Sion di tempat anda?

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Sion,” topics.ChurchofJesusChrist.org.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 45:3–5.Apakah peranan pembela bagi kita? Bincangkan mengapa Juruselamat digelar sebagai Pembela kita.

Ajaran dan Perjanjian 45:9–10.Jika keluarga anda mempunyai “standard,” atau bendera, untuk mewakili komitmen anda kepada injil, apakah rupanya? Ia mungkin menyeronokkan untuk membuat bendera keluarga bersama dan bincangkan bagaimana anda dapat membantu orang lain mengikuti standard injil.

Ajaran dan Perjanjian 45:32.Apakah “tempat-tempat kudus” kita? Apakah maksud menjadi “tidak akan digerakkan”? Bagaimanakah kita dapat menjadikan rumah kita sebuah tempat kudus?

Ajaran dan Perjanjian 45:39–44.Bagaimanakah anda boleh membantu ahli keluarga untuk memahami makna untuk menanti-nantikan Kedatangan Kedua Juruselamat? Mungkin anda boleh memikirkan satu peristiwa yang anda pernah terlibat dan berkongsi cara-cara anda “menanti-nantikan” peristiwa itu. Atau anda boleh membuat sesuatu bersama dan melihat tanda-tanda ia telah sedia untuk dimakan. Apakah yang kita lakukan untuk menanti-nantikan Kedatangan Kedua Juruselamat?

Ajaran dan Perjanjian 45:55.Membaca 1 Nefi 22:26 dan Wahyu 20:1–3 dapat membantu keluarga anda memahami bagaimana Setan “akan diikat” ketika Zaman Seribu Tahun. Bagaimanakah kita boleh mengikat Setan dalam kehidupan kita?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-anak, 46; lihat juga “Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga.”

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Gunakan bantuan pengkajian. Gunakan nota kaki, dan Panduan Tulisan Suci untuk mendapat pandangan dalam tulisan suci.

Imej
Kristus turun dari syurga

The Coming of Christ, oleh Jubal Aviles Saenz

Cetak