Ajaran dan Perjanjian 2021
10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49–50: “Apa yang Daripada Tuhan Adalah Cahaya”


“10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49–50: ‘Apa yang Daripada Tuhan Adalah Cahaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49-50,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
kolam ketika matahari terbit

10–16 Mei

Ajaran dan Perjanjian 49–50

“Apa yang Daripada Tuhan Adalah Cahaya”

“Dia yang menerima cahaya, dan meneruskan di dalam Tuhan, menerima lebih banyak cahaya; dan cahaya itu semakin bertambah terang dan benderang sehingga hari yang sempurna.” (Ajaran dan Perjanjian 50:24). Renungkan bagaimana anda menerima cahaya dengan meneruskan di dalam Tuhan.

Mencatat Tanggapan Anda

Juruselamat adalah “gembala [kita] yang baik” (Ajaran dan Perjanjian 50:44). Dia tahu bahawa kadangkala domba berkeliaran dan padang belantara mempunyai banyak bahaya. Jadi Dia dengan penuh kasih membimbing kita kepada keselamatan ajaran-Nya, jauh dari bahaya seperti “roh-roh palsu, yang telah berkeliaran di atas bumi, memperdayakan dunia” (Ajaran dan Perjanjian 50:2). Mengikuti Dia sering bermaksud melepaskan idea atau tradisi yang salah. Ini berlaku kepada Leman Copley dan orang lain di Ohio yang menerima injil yang dipulihkan tetapi masih berpegang kepada beberapa kepercayaan yang tidak betul. Dalam Ajaran dan Perjanjian 49, Tuhan menyatakan kebenaran untuk membetulkan kepercayaan Leman sebelumnya mengenai topik-topik seperti perkahwinan dan Kedatangan Kedua Juruselamat. Dan apabila penganut baru Ohio “menerima … roh-roh yang tidak dapat [mereka] fahami,” Tuhan mengajar mereka bagaimana untuk membezakan pernyataan sebenar Roh (Ajaran dan Perjanjian 50:15). Gembala yang baik itu bersabar; Dia tahu bahawa para Orang Suci awal ini seperti—kita semua—“anak-anak kecil” yang “mesti tumbuh dalam rahmat dan dalam pengetahuan tentang kebenaran” (Ajaran dan Perjanjian 50:40).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 49:5–23

Kebenaran injil boleh membantu saya mengenal pasti ajaran-ajaran palsu.

Sebelum menyertai Gereja, Leman Copley telah menjadi sebahagian daripada kumpulan agama yang dikenali sebagai Persekutuan Masyarakat Pemercaya terhadap Penampakan Kedua Kristus, juga dikenali sebagai Shakers (lihat “Leman Copley and the Shakers,” Revelations in Context, 117–21). Selepas perbualan dengan Leman, Joseph Smith meminta penjelasan daripada Tuhan tentang beberapa ajaran Shakers, dan Tuhan menjawab dengan wahyu dalam bahagian 49.

Anda boleh menemui beberapa kepercayaan Shakers yang disebut dalam pengenalan bahagian 49. Pertimbangkan menanda atau mencatat kebenaran dalam ayat 5–23 yang memperbetulkan kepercayaan-kepercayaan tersebut. Fikirkan ajaran-ajaran palsu atau tradisi lain dalam dunia kini. Apakah kebenaran injil yang boleh membantu anda melindungi diri anda darinya?

Ajaran dan Perjanjian 49:15–17

Perkahwinan antara lelaki dan wanita adalah penting kepada rancangan Tuhan.

Apakah kebenaran tentang perkahwinan yang anda pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 49:15–17? Mengapakah perkahwinan antara lelaki dan wanita penting kepada rancangan Bapa Syurgawi? Elder David A. Bednar memberikan dua sebab: “Sebab 1: Ciri-ciri roh lelaki dan wanita melengkapi dan menyempurnakan satu sama lain, oleh itu lelaki dan wanita dimaksudkan untuk maju bersama ke arah permuliaan. … Sebab 2: Dengan rancangan ilahi, seorang lelaki dan seorang wanita diperlukan untuk membawa anak-anak ke dalam kefanaan dan untuk menyediakan suasana terbaik untuk membesarkan dan mendidik anak-anak” (“Marriage Is Essential to His Eternal Plan,” Ensign, Jun 2006, 83–84).

Lihat juga Kejadian 2:20–24; 1 Korintus 11:11; “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 145.

Imej
pasangan di luar bait suci

Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ditahbiskan oleh Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 50

Ajaran-ajaran Tuhan boleh melindungi saya dari tipu daya Setan.

Para penganut baru di Ohio tidak sabar-sabar untuk menerima pernyataan rohani yang dijanjikan dalam tulisan suci, tetapi Setan juga berusaha untuk memperdayakan mereka. Mereka tertanya-tanya, Apabila seseorang berteriak atau pengsan, apakah itu pengaruh Roh?

Bayangkan anda diminta untuk membantu para penganut baru ini memahami bagaimana mengenali pernyataan sebenar Roh Kudus dan elak dari diperdayakan oleh penyamaran Setan. Apakah asas-asas yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 50 yang anda boleh kongsi? (lihat terutamanya ayat 22–25, 29–34, 40–46).

Lihat juga 2 Timotius 3:13–17.

Ajaran dan Perjanjian 50:13–24

Pengajar dan orang yang diajar diteguhkan bersama oleh Roh.

Satu cara anda boleh mengkaji Ajaran dan Perjanjian 50:13–24 adalah dengan melukis gambar seorang pengajar dan orang yang diajar, di tepinya, buat satu senarai tentang kata-kata dan ungkapan dari ayat-ayat ini yang mengajar anda tentang pembelajaran dan pengajaran injil. Bilakah anda mempunyai pengalaman yang mengajar anda kepentingan Roh dalam pengajaran dan pembelajaran? Pertimbangkan apakah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki usaha anda sebagai seorang pelajar dan pengajar injil.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 49:2.Apakah yang dimaksudkan dengan “berhasrat untuk mengetahui sebahagian kebenaran, tetapi tidak keseluruhannya”? Mungkin anda boleh menunjukkan gambar yang sebahagiannya ditutup dan biarkan ahli keluarga meneka apakah itu. Apakah yang berlaku ketika kita hanya menerima sebahagian dari kebenaran itu? (Lihat 2 Nefi 28:29). Bagaimanakah kegenapan injil merupakan suatu berkat bagi kita?

Ajaran dan Perjanjian 49:26–28.Bagaimana kita diberkati dengan janji Tuhan “Aku akan pergi di depanmu dan menjadi barisan belakangmu; dan Aku akan berada di tengahmu”? Ahli keluarga boleh berkongsi pengalaman apabila mereka merasakan Tuhan “pergi di depan [mereka]” atau merasakan bahawa Dia “berada di tengah [mereka]”?

Ajaran dan Perjanjian 50:23–25.Anda boleh berkumpul di dalam bilik yang gelap untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 50:23–25 dan secara perlahan-lahan menambah lebih banyak cahaya dengan menyalakan lilin atau memasangkan lampu satu per satu. Anda juga boleh membaca ayat-ayat ini ketika menghayati matahari terbit di siang hari. Apakah yang kita boleh lakukan untuk membuat cahaya injil kita terus berkembang? Apabila ahli keluarga mempelajari sesuatu yang baru mengenai injil dalam minggu tersebut, galakkan mereka berkongsi bersama anda dengan menulis nota dan lekatkan kepada lampu atau cahaya lain di dalam rumah.

Ajaran dan Perjanjian 50:40–46.Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 50:40–46, anda boleh menunjukkan gambar Juruselamat yang disertakan dalam panduan ini dan bertanya soalan seperti ini: Bagaimanakah anda boleh tahu bahawa Juruselamat mengasihi domba tersebut? Bagaimanakah Juruselamat seperti seorang gembala kepada kita? Apakah ungkapan dari tulisan suci yang mencerminkan idea bahawa Juruselamat adalah gembala dan kita adalah domba-domba-Nya?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Bersinar T’rus,” Buku Nyanyian Anak-anak, 96.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jadilah fleksibel. Masa pengajaran yang terbaik, terutamanya di rumah, sering kali spontan dan tidak dijangka: makan keluarga boleh mengilhami perbincangan mengenai menjamu firman Tuhan, dan hujan badai boleh menjadi peluang untuk memberi kesaksian tentang air hidup. Jika anda bersedia secara rohani, Tuhan boleh memberi anda “pada saat yang tepat, apa yang harus kamu katakan” (Ajaran dan Perjanjian 100:6).

Imej
Yesus Kristus bersama anak domba

Gentle Shepherd, oleh Kim Yongsung

Cetak