Ajaran dan Perjanjian 2021
24–30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58–59: “Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik”


“24–30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58–59: ‘Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“24–30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58-59,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
jalan Independence, Missouri

Independence, Missouri, oleh Al Rounds

24–30 Mei

Ajaran dan Perjanjian 58–59

“Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik”

Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan, “Tulisan suci akan membantu kita menyelesaikan semua soalan peribadi kita kerana dengan membacanya, kita menjemput dan melayakkan diri untuk ilham Roh Kudus, yang akan membimbing kita ke dalam semua kebenaran” (dalam David A. Edwards , “Are My Answers in There?New Era, Mei 2016, 42).

Mencatat Tanggapan Anda

Ketika para penatua melihat lokasi kota Sion—Independence, Missouri—ia bukan seperti apa yang mereka harapkan. Ada yang menyangka mereka akan menemui komuniti yang berkembang maju dan rajin dengan sekumpulan Orang Suci yang kuat. Sebaliknya mereka menemui sebuah tempat yang berpenduduk jarang, kurang cara hidup yang mereka biasa dan didiami oleh penduduk perbatasan yang tidak beradab berbanding dengan Orang Suci. Ternyata Tuhan bukan sahaja meminta mereka untuk datang ke Sion—Dia ingin mereka membina Sion.

Apabila harapan kita tidak sepadan dengan realiti, kita boleh ingat apa yang Tuhan katakan kepada para Orang Suci pada tahun 1831: “Kamu tidak boleh melihat dengan mata alamiahmu, pada masa kini, rancangan Tuhanmu … dan kemuliaan yang akan menyusul selepas banyak kesengsaraan” (Ajaran dan Perjanjian 58:3). Ya, hidup ini penuh dengan kesengsaraan, bahkan kejahatan, tetapi kita boleh “mendatangkan banyak kebenaran, kerana kuasa ada pada [kita] (ayat 27–28).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 58:1–5, 26–33, 44; 59:23

Berkat-berkat datang mengikut masa Tuhan dan ketekunan kita.

Para Orang Suci telah membina landasan Sion di Jackson County, Missouri, di mana mereka telah bertahan banyak halangan. Mereka pastinya berharap bahawa sepanjang hayat mereka, kawasan ini akan berkembang menjadi tempat semua Orang Suci boleh berkumpul. Walau bagaimanapun, Orang Suci diusir dari Jackson County dalam masa beberapa tahun, dan Tuhan mengungkapkan bahawa umat-Nya harus “menunggu untuk suatu tempoh masa yang singkat untuk penebusan Sion” (Ajaran dan Perjanjian 105:9).

Semasa anda mengkaji ayat berikut, cari sebab mengapa berkat ditahan untuk seketika. Soalan-soalan berikut boleh membantu anda merenung.

Ajaran dan Perjanjian 58:1–5; 59:23. Apakah pesanan dalam ayat-ayat ini yang menguatkan keupayaan anda untuk menanggung kesengsaraan dengan lebih sabar? Apakah berkat-berkat yang anda terima selepas kesengsaraan? Mengapakah terdapat berkat-berkat yang datang hanya selepas kesengsaraan?

Ajaran dan Perjanjian 58:26–33. Apakah peranan “bersemangat terlibat dalam perkara yang baik” dalam memenuhi janji-janji Tuhan? Apakah peranan kepatuhan anda?

Ajaran dan Perjanjian 58:44. Apakah hubungan antara “doa dengan iman” dan kehendak Tuhan untuk kita?

Ajaran dan Perjanjian 59, pengenalan bahagian

Siapakah Polly Knight?

Polly Knight dan suaminya, Joseph Knight Sr., adalah beberapa penganut pertama dalam panggilan kenabian Joseph Smith. Polly dan Joseph memberi sokongan penting kepada Nabi dalam kerja menterjemahkan Kitab Mormon. Keluarga Knight meninggalkan Colesville, New York, untuk berkumpul bersama para Orang Suci di Ohio dan kemudian diperintahkan untuk berpindah ke Jackson County, Missouri. Ketika mereka mengembara, kesihatan Polly mulai menurun, tetapi dia bertekad untuk melihat Sion sebelum dia meninggal dunia. Dia hanya berada di Missouri beberapa hari ketika dia meninggal dunia. Ajaran dan Perjanjian 59 diterima pada hari dia meninggal dunia, dan ayat 1 dan 2 seperti diajukan khas kepadanya.

Ajaran dan Perjanjian 59:9–19

Menguduskan hari Sabat membawa berkat duniawi dan rohani.

Setelah berjanji untuk memberkati para Orang Suci Sion “dengan perintah-perintah yang bukannya sedikit,”, Tuhan memberi penekanan khusus terhadap satu perintah: perintah untuk menguduskan “hari kudus-Nya” (Ajaran dan Perjanjian 59:4, 9). Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 59:9–19, renungkan mengapa menguduskan hari Sabat penting bagi para Orang Suci ini semasa mereka berusaha untuk membina Sion.

Anda juga boleh merenungkan soalan-soalan seperti ini: Adakah saya menggunakan hari Sabat dalam cara yang Tuhan mahukan? Bagaimanakah menguduskan hari Sabat membantu saya kekal “tidak ternoda dari dunia ini”? (ayat 9). Apakah yang saya boleh lakukan untuk mempersembahkan “kewarakkan [saya] kepada Yang Maha Tinggi”? (ayat 10).

Selepas membaca ayat-ayat berikut, apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi menguduskan hari Sabat? Kejadian 2:2–3; Keluaran 20:8–11; 31:13, 16; Ulangan 5:12–15; Yesaya 58:13–14; Markus 2:27; Yohanes 20:1–19; Kisah Rasul-Rasul 20:7.

Anda juga mungkin mendapat manfaat dari salah satu video atau sumber-sumber lain mengenai hari Sabat yang terdapat di sabbath.ChurchofJesusChrist.org.

Lihat juga Russell M. Nelson, “Hari Sabat Adalah Satu Kebahagiaan,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 129–32; Panduan Tulisan Suci, “Sabat.”

Imej
roti dan cawan sakramen

Mengambil bahagian dalam sakramen adalah sebahagian dari menguduskan Hari Sabat.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 58:26–29.Ahli keluarga boleh membuat senarai beberapa perkara yang mereka “bersemangat terlibat” dalam. Adakah semuanya “perkara yang baik”? Mengapakah Tuhan mahu kita melakukan “banyak hal dari keinginan bebas [kita] sendiri”? Minta setiap ahli keluarga untuk memikirkan apa yang mereka boleh lakukan pada minggu ini untuk “mendatangkan banyak kebenaran”. Kemudian mereka boleh laporkan apa yang mereka telah lakukan.

Ajaran dan Perjanjian 58:42–43.Apakah perasaan ahli keluarga ketika mereka membaca ayat-ayat ini? Bagaimanakah ayat-ayat ini membantu seseorang yang perlu bertaubat?

Ajaran dan Perjanjian 59:3–19.Apakah maknanya untuk “dimahkotai … dengan perintah-perintah”? (ayat 4). Semasa anda membaca perintah-perintah dalam ayat 5–19, bincangkan berkat-berkat yang anda terima dengan mematuhi setiap perintah ini.

Anda juga dapat melihat bagaimana perkataan seperti “sukacita,” “bergembira,” “ceria,” dan “gembira” digunakan untuk menggambarkan perintah untuk menguduskan hari Sabat. Bagaimanakah anda boleh menjadikan Hari Sabat lebih penuh sukacita? Mungkin keluarga anda boleh membuat permainan memadankan kad menggambarkan perkara yang anda boleh lakukan untuk menguduskan hari Sabat.

Ajaran dan Perjanjian 59:18–21.Apakah yang kita boleh lakukan untuk “mengakui … Tangan [Tuhan] dalam segala hal”? (ayat 21). Pertimbangkan untuk bersiar-siar atau melihat gambar-gambar, memberi perhatian hal-hal yang “menyenangkan mata mahupun … menggembirakan hati” (ayat 18). Anda boleh mengambil atau melukis gambar-gambar apa yang anda temui dan kemudian bercakap tentang bagaimana anda dapat menunjukkan rasa syukur anda untuk hal-hal ini. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Yang Benar Pilihlah!,” Nyanyian Rohani, no. 108.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berkongsi tulisan suci. Berikan para ahli keluarga masa untuk berkongsi ayat-ayat yang mereka rasa bermakna semasa kajian peribadi mereka.

Imej
gadis berdoa semasa sakramen

Ilustrasi oleh Marti Major

Cetak