Ajaran dan Perjanjian 2021
24–30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58–59: “Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik”


“24–30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58–59: ‘Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“24–30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58–59,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Imej
jalan Independence Missouri

Independence, Missouri, oleh Al Rounds

24–30 Mei

Ajaran dan Perjanjian 58–59

“Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 58–59, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Tanggapan ini dapat membantu anda merancang untuk mengajarkan ajaran yang anda pelajari kepada kanak-kanak. Anda juga boleh mencari idea dalam panduan pelajaran ini, dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, atau dalam majalah Gereja.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka lakukan sepanjang minggu untuk belajar daripada kitab suci.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 58:27–28

Bapa Syurgawi telah memberi saya kuasa untuk memilih.

Bantu kanak-kanak tahu bahawa Bapa Syurgawi mahu kita membuat pilihan yang baik yang membawa kebahagiaan kepada kehidupan kita dan kepada orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca frasa dari Ajaran dan Perjanjian 58:27–28 untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa mereka boleh memilih untuk berbuat baik. Letakkan wajah gembira di satu tepi bilik dan wajah sedih di tepi yang lain. Bagaimana perasaan kita apabila kita memilih untuk berbuat baik? Gambarkan beberapa situasi pilihan yang baik atau buruk bagi setiap situasi. Setelah menggambarkan setiap situasi dan pilihan, minta kanak-kanak untuk berdiri di tepi wajah gembira jika pilihan itu baik dan di tepi wajah sedih jika ia pilihan buruk.

  • Tunjukkan kanak-kanak bekas warna krayon yang berbeza. Tunjukkan mereka bekas kedua dengan hanya satu krayon. Tanya kanak-kanak manakah yang mereka mahu guna. Kenapa? Jelaskan bahawa keupayaan untuk memilih adalah berkat daripada Bapa Syurgawi. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengasihi kita dan ingin kita membuat pilihan yang baik.

  • Ceritakan kepada kanak-kanak tentang masa anda membuat pilihan yang baik, dan gambarkan perasaan anda selepas itu. Jemput kanak-kanak melukis satu gambar tentang cerita anda atau cerita mereka sendiri. Kemudian biarkan mereka berkongsi gambar mereka dengan kelas dan beritahu apa yang mereka pelajari dari cerita tersebut.

Ajaran dan Perjanjian 59:7

Bapa Syurgawi mahu saya bersyukur.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak memahami kepentingan berterima kasih kepada Bapa Syurgawi atas berkat-berkat mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak sesuatu yang anda bersyukur, dan minta mereka berkongsi perkara yang mereka syukuri. Baca Ajaran dan Perjanjian 59:7, dan membantu kanak-kanak memikirkan cara mereka dapat berterima kasih kepada Bapa Syurgawi atas berkat-berkat mereka. Apakah yang mereka boleh buat untuk bawa pulang ke rumah untuk mengingatkan mereka untuk berterima kasih kepada Bapa Syurgawi bagi berkat mereka?

  • Nyanyi bersama lagu tentang kesyukuran, seperti “Tuk Kesehatan Dan Kekuatan” (Buku Nyanyian Anak-anak, 18). Jemput kanak-kanak untuk menggantikan perkataan dalam lagu dengan perkara lain yang mereka syukuri.

  • Biarkan kanak-kanak melukis gambar perkara yang mereka syukuri.

Ajaran dan Perjanjian 59:9–12

Hari sabat ialah hari Tuhan.

Apabila anda berkongsi kegembiraan yang anda temui dengan mematuhi hari Sabat, anda boleh membantu kanak-kanak melihat hari Sabat sebagai hari kita menyembah Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa gambar atau objek yang menggambarkan perkara-perkara baik yang kita boleh lakukan pada hari Ahad untuk menyembah Tuhan dan mendapatkan kegembiraan. Beberapa idea boleh ditemui dalam Ajaran dan Perjanjian 59:9–12 dan “Mematuhi Hari Sabat” (Untuk Kekuatan Remaja, 30–31). Contohnya, untuk mewakili sakramen, anda boleh ambil satu cawan sakramen dan sekeping roti. Bagaimanakah setiap perkara ini membantu kita menjadi lebih dekat dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus pada hari Sabat?

  • Lengkapkan halaman aktiviti minggu ini dengan kanak-kanak untuk memberi mereka idea untuk menjadikan hari Sabat sebagai hari kudus.

    Imej
    roti dan cawan sakramen

    Mengambil sakramen membantu kita menghormati hari Sabat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 58:27–28

Hak pilihan adalah kuasa untuk memilih.

Tuhan telah memberikan kita kuasa untuk memilih, dan dengan kuasa itu kita dapat “mendatangkan banyak kebenaran;” (ayat 27). Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar melihat bahawa walaupun terdapat kejahatan di dunia, “kuasa ada pada mereka,” untuk “melakukan kebaikan”? (ayat 28).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak sekeping kertas yang mempunyai perkataan pilihan ditulis pada bahagian depan dan perkataan akibat ditulis pada bahagian belakang. Jelaskan bahawa pilihan mempunyai akibat, atau kesan terhasil secara semula jadi mengikuti tindakan. Jemput seorang kanak-kanak mengambil kertas itu untuk menunjukkan bahawa apabila anda mengambil kertas itu, anda mendapat pilihan dan akibat dari pilihan itu. Minta kanak-kanak membaca Ajaran dan Perjanjian 58:27–28. Apakah pilihan yang kita boleh buat yang akan “mendatangkan banyak kebenaran” atau akibat yang baik? (ayat 27). Bilakah kita telah membuat pilihan baik yang mempunyai akibat yang memberkati orang lain?

  • Tulis frasa dari Ajaran dan Perjanjian 58:27–28 pada kepingan kertas, berikan satu kepada setiap kanak-kanak. Jemput mereka membaca ayat-ayat dengan senyap dan merenungkan frasa mereka. Jemput kanak-kanak duduk mengikut susunan frasa mereka seperti susunan dalam ayat 27–28 dan berkongsi dengan satu sama lain apa yang mereka pelajari. Apakah pesanan Tuhan kepada kita dalam ayat-ayat ini?

  • Nyanyikan satu lagu tentang pilihan, seperti “Yang Benar Pilihlah!” (Nyanyian Rohani, no. 108). Tanya soalan untuk membantu kanak-kanak merenungkan kata-kata dalam lagu tersebut—contohnya, Siapakah yang membantu membimbing anda untuk membuat pilihan yang benar? Siapakah yang cuba membawa anda membuat pilihan yang salah? Apakah perasaan anda apabila memilih yang benar?

Ajaran dan Perjanjian 59:9–16

Hari Sabat ialah hari Tuhan.

Tuhan berkata bahawa mematuhi hari Sabat membantu kita “menghindarkan [diri kita] tidak bernoda dari dunia ini,” (Ajaran dan Perjanjian 59:9). Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk menghormati hari Sabat dan menjadikannya tanda kasih mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 59:9–16 secara berpasangan, dan minta setiap pasangan untuk menulis sesuatu yang mereka pelajari mengenai hari Sabat dari setiap ayat. Selepas beberapa minit, minta setiap pasangan untuk berkongsi dengan kelas apa yang mereka tulis. Apakah yang kita akan lakukan secara berbeza pada hari Sabat kerana apa yang kita telah pelajari?

  • Sediakan satu permainan padanan yang mudah di mana kanak-kanak memadankan frasa dari Ajaran dan Perjanjian 59:9–16 kepada ayat yang betul. Pilih ayat-ayat yang mengajar apa yang Tuhan mahu kita lakukan pada hari Sabat. Bincangkan apa yang ayat ini ajarkan kita tentang hari Tuhan dan bagaimana kita dapat mendekati Dia.

  • Hari Sabat ialah “hari Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 59:12)—satu hari untuk menunjukkan bahawa kita mengingati pekerjaan Tuhan ketika kita menyembah Dia (lihat Panduan Tulisan Suci, “Hari Sabat”). Bantu kanak-kanak merenung kerja-kerja ini dengan menjemput mereka untuk membaca petikan tulisan suci berikut dan menunjukkan gambar yang berkaitan: Kejadian2:1–3 (lihat Buku Seni Injil, no. 3); Yohanes 20:1–19 (lihat Buku Seni Injil, no. 59). Apakah kerja-kerja lain Tuhan yang kita boleh ingati pada hari Sabat? Apakah perkara lain yang kita pelajari mengenai hari Sabat Ajaran dan Perjanjian 59:9–16?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka dapat lakukan untuk menjadikan hari Sabat kudus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Membina keyakinan diri kanak-kanak. Sesetengah kanak-kanak mungkin tidak merasa mampu untuk belajar injil dengan sendiri. Janjikan kepada kanak-kanak bahawa Roh Kudus akan membantu mereka belajar.

Cetak