Ajaran dan Perjanjian 2021
10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49–50: “Apa yang daripada Tuhan adalah Cahaya”


“10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49–50: ‘Apa yang daripada Tuhan Adalah Cahaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49–50,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
kolam pada waktu matahari terbit

10–16 Mei

Ajaran dan Perjanjian 49–50

“Apa yang daripada Tuhan adalah Cahaya”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 49–50, cari pesanan atau asas yang anda rasa sangat bermakna kepada kanak-kanak yang anda ajar. Beberapa telah dicadangkan dalam panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan bantu kanak-kanak bercakap tentang bagaimana Yesus Kristus adalah seperti gembala yang baik.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 49:12–14

Saya boleh mengikuti Yesus Kristus.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa mereka boleh mengikut Yesus Kristus dengan mempercayai Dia, bertaubat, dibaptiskan, dan menerima Roh Kudus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan empat tapak kaki kertas dan empat gambar yang mewakili kepercayaan kepada Yesus Kristus, bertaubat, dibaptiskan, dan menerima Roh Kudus. Baca Ajaran dan Perjanjian 49:12–14, dan minta kanak-kanak menunjuk kepada gambar yang betul apabila ia disebutkan dalam ayat tersebut. Biar kanak-kanak membantu anda meletakkan tapak kaki di lantai dengan gambar di sebelahnya, dan jemput kanak-kanak untuk bergilir berjalan di atas tapak kaki. Berikan kesaksian anda bahawa apabila kita melakukan perkara-perkara dalam gambar ini, kita mengikuti Yesus Kristus.

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membuat boneka jari yang boleh membantu kanak-kanak belajar bagaimana mereka boleh mengikuti Yesus Kristus dengan memiliki iman, bertaubat, dibaptiskan, dan menerima kurnia Roh Kudus.

Ajaran dan Perjanjian 50:23–25

Cahaya rohani saya boleh berkembang menjadi lebih cerah.

Konsep abstrak seperti kebenaran dan roh boleh menjadi sukar bagi kanak-kanak muda untuk fahami, tetapi membandingkannya dengan cahaya, seperti yang Tuhan lakukan dalam Ajaran dan Perjanjian 50:23–25, boleh membantu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan satu aktiviti yang menggambarkan bagaimana cahaya rohani kita dapat berkembang menjadi lebih cerah. Anda boleh menunjukkan gambar sesuatu yang memberi cahaya (seperti lilin, mentol cahaya, dan matahari) dan biarkan kanak-kanak menyusunnya dalam susunan peningkatan kecerahan. Atau jemput kanak-kanak untuk berpura-pura menjadi lampu yang semakin cerah dengan membongkok dan perlahan-lahan berdiri dan menghulur ke atas tangan mereka. Bantu mereka memikirkan perkara-perkara baik yang mereka boleh lakukan untuk menjadikan cahaya rohani mereka lebih cerah.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak tentang cahaya rohani mereka, seperti “Bersinar T’rus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 96). Bersaksi tentang bagaimana Bapa Syurgawi telah membantu cahaya anda menjadi semakin cerah. Beritahu kanak-kanak tentang cahaya yang anda lihat di dalam diri mereka.

Ajaran dan Perjanjian 50:41–44

Yesus Kristus mengasihi saya.

Yesus Kristus ialah Gembala yang Baik. Kita ialah domba-Nya, dan Dia mengasihi setiap kita. Apakah yang akan membantu kanak-kanak yang anda ajar merasakan kasih-Nya kepada mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Yesus Kristus dengan kanak-kanak (lihat Buku Seni Injil, no. 47, 84, atau 116), dan tanya kanak-kanak bagaimana mereka tahu Yesus mengasihi kanak-kanak. Kongsi bagaimana anda tahu Yesus mengasihi anda dan setiap kanak-kanak dalam kelas.

  • Buat domba kertas, tulis nama kanak-kanak dalam kelas, dan sembunyikannya di sekitar bilik. Paparkan gambar Juruselamat, dan baca Ajaran dan Perjanjian 50:41–42. Bantu kanak-kanak memahami apa yang ayat-ayat ini ajarkan tentang perasaan Yesus Kristus terhadap mereka. Biarkan mereka mencari domba di sekitar bilik dan meletakkannya pada papan tulis berhampiran gambar Yesus agar “tidak seorang pun … akan hilang” (ayat 42).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 49:12–14

Saya boleh mengikuti Yesus Kristus.

Tuhan memerlukan kita semua untuk mengajar orang lain bahawa mereka boleh datang kepada-Nya dengan memiliki iman, bertaubat, dibaptiskan, dan menerima kurnia Roh Kudus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membandingkan Ajaran dan Perjanjian 49:12–14 dengan apa yang Petrus ajarkan dalam Kisah Rasul-Rasul 2:38 dan dengan fasal-fasal kepercayaan keempat. Apakah persamaan yang mereka temui? Mengapakah kebenaran ini penting?

  • Jemput kanak-kanak untuk bekerja secara berpasangan dan berpura-pura yang salah seorang daripada mereka ingin mengetahui cara untuk mengikut Yesus Kristus. Rakan lain dalam pasangan itu boleh mengajarnya menggunakannya Ajaran dan Perjanjian 49:12–14.

Ajaran dan Perjanjian 49:15–17

Perkahwinan antara lelaki dan wanita adalah penting untuk rancangan Tuhan.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin menghadapi pesanan yang mengelirukan tentang perkahwinan. Ajaran dan Perjanjian 49:15–17 boleh membantu mereka memahami perasaan Tuhan tentang perkahwinan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa Shakers adalah satu kumpulan yang percaya bahawa orang-orang tidak boleh berkahwin (lihat pengenalan bahagian Ajaran dan Perjanjian 49). Jemput kanak-kanak untuk mencari perkara yang Tuhan ajarkan tentang perkahwinan dalam Ajaran dan Perjanjian 49:15–17.

  • Bantu kanak-kanak memahami apakah maksud frasa “perkahwinan ditahbiskan oleh Tuhan.” Jemput mereka bekerja dalam berpasangan untuk membandingkan Ajaran dan Perjanjian 49:15–17 dengan tiga perenggan pertama “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia.” Mengapakah perkahwinan begitu penting kepada Bapa Syurgawi?

  • Nyanyi bersama rangkap kedua “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-anak, 98) atau lagu lain tentang keluarga. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh bersedia untuk berkahwin di bait suci suatu hari nanti dan mempunyai keluarga yang abadi.

    Imej
    satu pasangan di luar bait suci

    Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ditahbiskan oleh Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 50:40–46

Yesus Kristus ialah Gembala yang Baik.

Ajaran dan Perjanjian 50:40–46 mengandungi gambaran yang dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami perasaan Juruselamat terhadap mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Buat satu permainan padanan menggunakan frasa dari Ajaran dan Perjanjian 50:40–46. Contohnya, anda boleh menulis “Janganlah takut, anak-anak kecil,” pada satu kad yang akan sepadan dengan kad lain yang bertulis “kerana kamu ialah milik-Ku,” (ayat 41). Baca Ajaran dan Perjanjian 50:40–46 bersama. Kemudian campurkan kad-kad di lantai, meja, atau papan, dan minta kanak-kanak untuk memadankan frasa. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang Yesus Kristus?

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami bagaimana Juruselamat seperti gembala yang baik, minta mereka membaca Ajaran dan Perjanjian 50:40–46 bersama. Bagaimanakah Yesus menyelamatkan kita? Bagaimanakah kita boleh menjadi gembala yang baik kepada orang lain?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Sediakan nota untuk setiap kanak-kanak dengan kata-kata ini: Tanya saya tentang. Biarkan kanak-kanak mengisi tempat kosong dengan sesuatu yang mereka pelajari dalam kelas (memberi mereka bantuan jika diperlukan) dan pin nota tersebut ke pakaian mereka untuk mendorong perbincangan di rumah.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubahsuaikan aktiviti-aktiviti untuk umur kanak-kanak yang anda ajar. Apabila kanak-kanak membesar, mereka akan lebih banyak menyumbang kepada kelas. Mereka mempunyai lebih banyak pengalaman dan mungkin boleh berkongsi pendapat mereka lebih baik. Apabila mengajar kanak-kanak yang lebih muda, anda mungkin perlu menjelaskan lebih banyak daripada dengan kanak-kanak yang lebih tua. Sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dengan kerelaan diri mereka, dan kemudian membantu mereka seperti yang diperlukan.

Cetak