Ajaran dan Perjanjian 2021
31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60–62: “Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku”


“31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60–62: ‘Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60–62,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Sungai Missouri

Campfire on the Missouri, oleh Bryan Mark Taylor

31 Mei–6 Jun

Ajaran dan Perjanjian 60–62

“Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku”

Ingat bahawa persiapan terbaik anda untuk mengajar Ajaran dan Perjanjian 60–62 akan datang melalui kajian peribadi dan keluarga anda mengenai bahagian ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikan setiap kanak-kanak peluang untuk berkongsi sesuatu yang dia pelajari dari tulisan suci sepanjang minggu lalu atau dari kelas Sekolah Primer Ahad lepas. Selepas setiap kanak-kanak berkongsi, minta seorang kanak-kanak dalam kelas untuk meringkaskan apa yang kawannya telah ceritakan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 60:4; 61:1–2, 36; 62:1

Tulisan suci mengajar saya tentang Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 60–62 mengandungi banyak kenyataan yang boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami siapakah Yesus Kristus dan meningkatkan kasih mereka kepada-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar Yesus Kristus, dan minta kanak-kanak berkongsi mengapa mereka mengasihi Yesus. Pilih beberapa ayat dari Ajaran dan Perjanjian 60–62 yang mengajar anda tentang Juruselamat, dan berkongsi dengan kanak-kanak (lihat, contohnya, Ajaran dan Perjanjian 60:4; 61:1–2, 36; 62:1). Bantu kanak-kanak mengulangi frasa dengan anda. Kongsi perasaan anda tentang Yesus Kristus.

  • Tunjukkan beberapa gambar Yesus dari pelayanan duniawi-Nya (lihat Buku Seni Injil, no. 34–61). Biar kanak-kanak membantu anda menerangkan apa yang Yesus lakukan dalam gambar tersebut. Bagaimanakah Yesus menunjukkan kasih-Nya kepada anak-anak Bapa Syurgawi? Beritahu kanak-kanak mengenai salah satu tulisan suci kegemaran anda yang mengajarkan tentang Yesus.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu tentang Yesus. Semasa anda menyanyi, berhenti sekali-sekala dan bantu kanak-kanak melengkapkan ayat “Saya boleh menjadi seperti Yesus dengan …”

    Imej
    Juruselamat yang bangkit

    For This Purpose I Have Come, oleh Yongsung Kim

Ajaran dan Perjanjian 62:3

Yesus Kristus mahu saya berkongsi injil-Nya.

Kanak-kanak suka berkongsi apa yang mereka tahu dengan orang lain. Bantu mereka memahami bahawa apabila mereka berkongsi apa yang mereka tahu mengenai injil, Bapa Syurgawi gembira dengan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa Tuhan meminta Nabi Joseph Smith dan para pemimpin Gereja lain untuk melakukan perjalanan dari Kirtland, Ohio, ke Jackson County, Missouri. Dia meminta mereka untuk mengkhutbahkan injil di sepanjang jalan dan ketika mereka pulang ke rumah. Baca Ajaran dan Perjanjian 62:3, dan minta kanak-kanak mendengar apa yang dilakukan oleh para penginjil yang menyenangkan hati Tuhan. Bersaksi bahawa Tuhan senang hati dengan kita ketika kita berkongsi injil kepada orang lain.

  • Bantu kanak-kanak membuat lencana yang menunjukkan mereka mahu menjadi penginjil Gereja. Biarkan mereka memakai lencana mereka dan berlatih berkongsi kesaksian mereka dengan satu sama lain.

  • Nyanyi bersama lagu mengenai perkongsian injil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 90). Bantu kanak-kanak memikirkan apa yang mereka boleh katakan jika seseorang bertanya kepada mereka apa yang mereka suka tentang Yesus Kristus dan Gereja-Nya. Jemput mereka untuk melukis apa yang mereka suka tentang injil Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 60:7, 13; 62:3, 9

Saya boleh membuka mulut saya untuk berkongsi injil Yesus Kristus.

Kesaksian seorang kanak-kanak dapat menjadi sama kuat dengan orang dewasa, kerana kuasa kesaksian tidak berasal dari umur seseorang atau pengalaman tetapi daripada Roh Kudus. Bantu kanak-kanak mendapatkan keyakinan bahawa mereka boleh membuka mulut mereka dan berkongsi dengan orang lain apa yang mereka tahu adalah benar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Apakah berkat yang Tuhan janjikan dalam Ajaran dan Perjanjian 60:7; 62:3, 9 kepada mereka yang berkongsi injil-Nya? Bagaimanakah berkongsi injil memberkati orang lain? Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman dari kehidupan anda ketika anda berkongsi injil—apakah berkat yang datang dari usaha anda? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman yang mereka ada. Anda juga boleh menyanyi lagu tentang pekerjaan penginjil, seperti “Dengan Iman Beritakan” (Nyanyian Rohani, no. 126), dan bercakap tentang berkat-berkat yang disebut dalam lagu.

  • Bantu kanak-kanak lakon peranan situasi di mana mereka mungkin berkongsi injil dengan rakan-rakan mereka. Contohnya, apa yang mereka akan katakan jika seseorang bertanya kepada mereka mengapa mereka pergi ke gereja? Atau bagaimana jika seorang kawan melihat mereka memakai cincin CTR atau membaca Kitab Mormon dan bertanya soalan? Apakah yang mereka katakan?

Ajaran dan Perjanjian 60:7; 61:1–2, 36; 62:1

Tuhan bersedia untuk mengampuni saya jika saya bertaubat.

Joseph Smith dan para pemimpin Gereja yang lain tidak sempurna. Kadang-kadang mereka bergaduh dan tidak sabar. Tetapi Tuhan berbelas kasihan kepada mereka dan selalu memberi keampunan jika mereka bertaubat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 60:7; 61:2, dan minta mereka untuk mencari perkataan yang mempunyai persamaan dengan ayat-ayat ini. Ingatkan kanak-kanak bahawa wahyu-wahyu ini diberikan kepada Joseph Smith dan para pemimpin Gereja yang lain. Apakah yang Tuhan mahu mereka tahu? Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini mengenai perasaan Juruselamat apabila kita melakukan kesilapan?

  • Tuliskan Seperti apakah Yesus Kristus? pada papan tulis. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 61:1–2, 36; 62:1, dan buatkan satu senarai jawapan kepada soalan ini yang ditemui oleh kanak-kanak dalam ayat-ayat tersebut. Bagaimanakah sifat-sifat di papan tulis membantu kita memahami mengapakah Juruselamat sanggup mengampuni kita? Apakah cara kita dapat mengikuti teladan-Nya?

Ajaran dan Perjanjian 60:5; 61:22; 62:5–8

Tuhan mahu saya menggunakan hak pilihan saya dan Roh-Nya untuk membuat pilihan yang baik.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan ayat-ayat ini untuk mengajar kanak-kanak bagaimana Tuhan membantu mereka untuk membuat pilihan yang baik?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak bercakap tentang masa ketika mereka membuat satu keputusan. Bagaimanakah mereka memutuskan apa yang perlu dilakukan? Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 62:5, 7–8 untuk belajar tentang apa yang Tuhan katakan kepada para penatua yang akan pergi dari Missouri ke Kirtland, Ohio. Apakah pilihan yang mereka perlu lakukan untuk perjalanan mereka? Apakah yang Tuhan telah berikan kepada kita untuk membantu kita membuat pilihan? Beritahu kanak-kanak tentang bagaimana anda telah menggunakan bimbingan Roh dan penghakiman terbaik anda untuk membuat keputusan.

  • Bahagikan kelas kepada tiga kumpulan, dan minta setiap kumpulan membaca salah satu ayat berikut, di mana Tuhan mengarahkan beberapa penginjil tentang cara untuk memenuhi misi mereka: Ajaran dan Perjanjian 60:5; 61:22; 62:5. Apakah yang kita perhatikan mengenai arahan Tuhan dalam ayat-ayat ini? Mengapakah ia kadangkala baik bagi kita untuk menggunakan penghakiman kita sendiri daripada menunggu arahan khusus daripada Tuhan dalam setiap perkara?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berlatih berkongsi injil dengan ahli keluarga. Contohnya, mereka boleh berkongsi sesuatu yang mereka pelajari di Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Beri kesaksian kepada kelas anda. Mmeberi kesaksian anda dengan kerap akan membantu kanak-kanak yang anda ajar mendapat kesaksian mereka sendiri. Kesaksian semudah seperti “Saya tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi setiap anda” atau “Saya merasa bagus dalam diri saya ketika saya belajar tentang Yesus Kristus.”

Cetak