Ajaran dan Perjanjian 2021
21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67–70: “Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi”


“21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67–70: ‘Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67–70,” kutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Imej
revelation manuscript book in display case

21–27 Jun

Ajaran dan Perjanjian 67–70

“Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi”

Sebelum anda membaca cadangan dalam panduan ini, kaji Ajaran dan Perjanjian 67–70, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Tanggapan ini akan membantu anda membuat rancangan pengajaran yang diilhamkan. Kemudian tambahkan rancangan itu dengan idea-idea dari panduan ini, dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, atau dari majalah Gereja.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak melukis gambar sesuatu yang mereka pelajari dari kajian tulisan suci mereka di rumah atau di Sekolah Primer. Jika mereka mempunyai masalah untuk memikirkan apa untuk dilukis, anda boleh mengingatkan mereka tentang beberapa tajuk dalam Ajaran dan Perjanjian 67–70, seperti pembaptisan, memperoleh kesaksian tulisan suci, atau ibu bapa yang mengajar anak-anak injil.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 67

Ajaran dan Perjanjian mengandungi wahyu daripada Tuhan.

Pada bulan November 1831, para pemimpin Gereja memutuskan untuk meletakkan wahyu Joseph Smith dalam sebuah buku untuk semua orang baca. Hari ini wahyu-wahyu ini dicetak dalam Ajaran dan Perjanjian.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang bagaimana wahyu-wahyu Joseph Smith dicetak dalam buku. Kongsi kesaksian anda bahawa Ajaran dan Perjanjian mengandungi wahyu yang dapat membantu kita hari ini. Kongsi salah satu ayat kegemaran anda dari Ajaran dan Perjanjian.

  • Tunjukkan kanak-kanak setiap satu kerja standard satu demi satu, dan ketika anda memegang setiap satu, kongsi sedikit tentang bagaimana kita mendapatnya (lihat setiap pengenalan kitab dalam Panduan Tulisan Suci). Apabila anda memegang Ajaran dan Perjanjian, kongsi dengan kanak-kanak apa yang menjadikan kitab suci ini unik (contohnya, ia mengandungi wahyu yang diberikan pada zaman kita).

Ajaran dan Perjanjian 68:25–28

Saya boleh dibaptiskan apabila saya berusia lapan tahun.

Dalam Ajaran dan Perjanjian 68:25–28, Tuhan memberitahu Joseph Smith bahawa kanak-kanak harus belajar untuk memiliki iman kepada Yesus Kristus, bertaubat, dan dibaptiskan ketika mereka berusia lapan tahun. Dia juga berkata bahawa mereka perlu belajar untuk berdoa dan mematuhi perintah Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mengira hingga lapan menggunakan jari mereka. Apakah yang istimewa tentang usia lapan tahun? Bantu kanak-kanak mengenali bahawa apabila mereka berusia lapan tahun, mereka boleh dibaptiskan. Menggunakan perkataan dan frasa yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 68:25–28, kongsi dengan mereka beberapa perkara yang Tuhan mahu mereka belajar sebelum mereka berusia lapan (lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4). Bantu mereka memahami konsep yang mungkin asing bagi mereka.

  • Nyanyi dengan kanak-kanak lagu mengenai pembaptisan, seperti “Pembaptisan” atau “Waktu Aku Dibaptis” (Buku Nyanyian Anak-anak, 54, 53). Minta kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang pembaptisan dan apa yang mereka boleh lakukan untuk bersedia.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 67:4, 9

Wahyu yang diberikan melalui Joseph Smith adalah benar.

Kebanyakan arahan dalam Ajaran dan Perjanjian 67–70 mempunyai kaitan dengan usaha para Orang suci untuk memberitakan wahyu Joseph Smith. Ini boleh menjadi peluang untuk membantu kanak-kanak mengenali bahawa dalam wahyu ini, yang kini diberitakan dalam Ajaran dan Perjanjian, kita dapat mencari suara Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga. Bantu kanak-kanak membuat senarai di papan tulis apa yang menjadikan setiap kitab suci berbeza dan apa yang menjadikannya serupa. Jika mereka memerlukan bantuan, kongsi dengan mereka gambaran kitab suci ini dalam Panduan Tulisan Suci. Tanya kanak-kanak bagaimana kita dapat tahu bahawa kitab suci itu benar. Apakah yang kita pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 67:4, 9 mengenai wahyu yang Tuhan berikan kepada Joseph Smith?

  • Kongsi satu ayat dari Ajaran dan Perjanjian yang menguatkan “kesaksian [anda] tentang kebenaran akan perintah-perintah ini” (ayat 4). Beri peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi ayat kegemaran mereka sendiri. Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa para pemimpin Gereja pada masa ini memutuskan untuk memberitakan kesaksian mereka tentang wahyu-wahyu yang diterima oleh Joseph Smith. Apabila mereka melakukannya, salah seorang pemimpin, Levi Hancock, menulis di sebelah namanya, “Tidak boleh dipadamkan” (lihat “Testimony, circa 2 November 1831,” Revelation Book 1, 121, josephsmithpapers.org). Mengapakah Levi Hancock mahu namanya “tidak boleh dipadamkan” dari kesaksian yang diberitakan? Berikan kanak-kanak peluang untuk menulis kesaksian mereka tentang apa yang mereka pelajari setakat ini dalam Ajaran dan Perjanjian.

    Imej
    kanak-kanak sedang membaca

    Tuhan telah meminta kita untuk mengkaji kitab suci.

Ajaran dan Perjanjian 68:3–4

Apabila para pemimpin Gereja kita berbicara dengan ilham, mereka membicarakan “firman Tuhan.”

Ketika hamba Tuhan berbicara melalui kuasa Roh Kudus, kata-kata mereka adalah kehendak, fikiran, firman, dan suara Tuhan (lihat ayat 4). Mengetahui kebenaran ini dapat membantu kanak-kanak ingin mendengar dan mengikuti ajaran para hamba Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk baca Ajaran dan Perjanjian 68:3–4 dalam kumpulan kecil dan saling berkongsi apa yang mereka pelajari dari ayat-ayat ini. Jemput kanak-kanak menulis sesuatu yang mereka telah pelajari di papan tulis. Mengapakah ini kebenaran penting untuk diketahui?

  • Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 68:3–4 bersama, berikan kanak-kanak beberapa salinan pesanan terbaru dari persidangan umum. Jemput mereka untuk mencari dalam pesanan-pesanan tersebut kebenaran yang Tuhan ajarkan kita melalui para hamba-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 69:1–2

Saya boleh menjadi “benar dan setia.”

Apabila Oliver Cowdery diperlukan untuk pergi ke Missouri, Tuhan memanggil John Whitmer, seseorang yang “benar dan setia” (ayat 1), untuk pergi bersamanya. Bagaimanakah kanak-kanak boleh menjadi benar dan setia seperti John Whitmer?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bahawa ketika Tuhan menghantar Oliver Cowdery ke Missouri, Dia mengatakan seseorang yang “benar dan setia” (ayat 1) harus pergi bersamanya, jadi Dia juga menghantar John Whitmer. Apakah maksudnya untuk menjadi benar dan setia? Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa kita benar dan setia supaya Tuhan dapat menggunakan kita untuk memberkati orang lain?

  • Jemput beberapa kanak-kanak untuk menceritakan tentang seseorang yang mereka kenal yang mereka fikir adalah “benar dan setia.” Bagaimana mereka tahu bahawa orang itu benar dan setia? Bantu mereka melihat bahawa Tuhan percaya kepada John Whitmer kerana dia, pada masa ini, benar dan setia (lihat Ajaran dan Perjanjian 69:1–2). Nyanyi bersama lagu yang menggalakkan kanak-kanak menjadi benar dan setia seperti Juruselamat.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk menjelaskan kepada seseorang di rumah apakah itu Ajaran dan Perjanjian, dari mana ia datang, dan mengapa ia penting bagi mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubahsuaikan aktiviti-aktiviti untuk umur kanak-kanak yang anda ajar. Kanak-kanak yang lebih muda mungkin memerlukan lebih banyak bimbingan apabila dijemput untuk berkongsi. Kanak-kanak yang lebih tua mempunyai lebih banyak pengalaman dan mungkin dapat berkongsi pendapat mereka lebih baik. Ingat perbezaan seperti ini semasa anda merancang aktiviti.

Cetak