Ajaran dan Perjanjian 2021
28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71–75: “Tidak Ada Senjata yang Dibentuk Untuk Menentangmu yang Akan Berjaya”


“28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71–75: ‘Tidak Ada Senjata yang Dibentuk Untuk Menentangmu yang Akan Berjaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71–75,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Yesus bersama domba

Dear to the Heart of the Shepherd, oleh Simon Dewey

28 Jun–4 Julai

Ajaran dan Perjanjian 71–75

“Tidak Ada Senjata yang Dibentuk Untuk Menentangmu yang Akan Berjaya”

Kanak-kanak yang anda ajar dapat belajar banyak di kelas, tetapi mereka akan belajar lebih banyak jika mereka mengembangkan tabiat mengkaji tulisan suci di rumah. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggalakkan dan menyokong pembelajaran injil di rumah.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak duduk di lantai dalam bulatan, dan golek bola kepada salah seorang daripada mereka. Mintalah kanak-kanak itu untuk berkongsi sesuatu yang dia baru pelajari tentang injil di rumah atau di Sekolah Primer. Kemudian jemput kanak-kanak itu untuk golekkan bola kepada orang lain. Ulang balik sehingga setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk berkongsi sesuatu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 72:2, 10

Tuhan telah memanggil seorang uskup untuk membantu saya.

Kanak-kanak kecil mungkin tidak tahu banyak tentang apa yang dilakukan oleh uskup mereka untuk melayani mereka dan ahli bahagian lain. Anda boleh membantu mereka menghargai pelayanan uskup mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawalah barang ke kelas yang mewakili tanggungjawab seorang uskup, seperti slip persepuluhan, kitab suci, atau gambar seorang uskup sedang memberi nasihat (lihat gambar pada akhir panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Baca Ajaran dan Perjanjian 72:2, dan jelaskan bahawa Tuhan telah memanggil uskup untuk membantu kita. Gunakan barang yang anda bawa untuk membantu kanak-kanak memahami beberapa perkara yang dilakukan oleh uskup untuk melayani di bahagian.

  • Bawa kanak-kanak ke pejabat uskup (anda mungkin mahu mengaturkannya dengan pengajar lain). Gambarkan kepada mereka beberapa situasi di mana mereka mungkin bertemu dengan uskup di pejabatnya (seperti temu duga pembaptisan atau penyelesaian persepuluhan). Beritahu kanak-kanak bagaimana anda telah diberkati oleh pelayanan uskup.

  • Bantu kanak-kanak membuat kad untuk diberikan kepada uskup, berterima kasih kepadanya atas apa yang dilakukannya untuk membantu pekerjaan Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 75:3

Saya boleh memberikan usaha terbaik saya kepada Tuhan.

Bahkan pada usia muda, kanak-kanak dapat mencari kegembiraan dalam melakukan yang terbaik untuk mematuhi perintah Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput setiap kanak-kanak untuk mengambil giliran berlakon bagaimana mereka akan melakukan suatu pelayanan, seperti membersihkan bilik di gereja atau membasuh pinggan di rumah. Baca Ajaran dan Perjanjian 75:3, dan minta kanak-kanak tunjukkan bagaimana mereka akan melakukannya dengan malas apabila anda berkata “tidak juga bermalas-malasan” dan menunjukkan bagaimana untuk bekerja keras apabila anda berkata “tetapi bekerja dengan dayamu.” Mengapakah ia penting untuk kita melakukan yang terbaik ketika melayani Tuhan?

  • Bincangkan bagaimanakah perasaan kita apabila kita tahu bahawa kita telah melakukan yang terbaik?

  • Nyanyikan lagu tentang bekerjasama, seperti “Kami Senang Membantu” (Buku Nyanyian Anak-anak, 108). Bantu kanak-kanak membuat pergerakan untuk perkataan dalam lagu.

    Imej
    tong dan karung makanan

    Para ahli Gereja yang awal kadang-kadang memberikan makanan kepada Gereja untuk membantu orang lain.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 71

Saya boleh mempertahankan kebenaran dengan berkongsi kesaksian saya.

Tuhan tidak mengharapkan kanak-kanak untuk bertindak balas terhadap pengkritik Gereja seperti yang Dia panggil Joseph Smith dan Sidney Rigdon untuk lakukan. Tetapi anda boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa kesaksian mereka yang mudah tentang kebenaran boleh memberi kesan yang kuat kepada orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Guna pengenalan bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 71 untuk mengajar kanak-kanak tentang keadaan yang mengilhami bahagian 71. Baca Ajaran dan Perjanjian 71:1 dengan kanak-kanak, dan membantu mereka mencari apa yang Tuhan mahu Joseph dan Sidney lakukan mengenai “perasaan kurang senang” orang ramai ada terhadap Gereja (pengenalan bahagian). Apakah Tuhan katakan yang mereka akan diberikan untuk membantu mereka? Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti Joseph dan Sidney?

  • Jemput kanak-kanak untuk berlatih secara berpasangan bagaimana berkongsi dengan orang lain apa yang mereka tahu tentang Gereja. Contohnya, mereka boleh berkongsi kesaksian ringkas atau berkongsi salah satu Fasal-Fasal Kepercayaan.

Ajaran dan Perjanjian 72:8

Tuhan memanggil uskup untuk membantu Dia melakukan pekerjaan-Nya.

Seorang uskup boleh mempunyai pengaruh positif yang kuat dalam kehidupan seorang remaja. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak melihat uskup sebagai wakil Tuhan Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa pada tahun 1831 Tuhan memanggil uskup Gereja, Edward Partridge, untuk berpindah dari Kirtland, Ohio, untuk menjadi uskup di Independence, Missouri (lihat “Chapter 17: The First Bishops of the Church,” Doctrine and Covenants Stories, 64–66). Baca Ajaran dan Perjanjian 72:8 dengan kanak-kanak, dan minta mereka mendengar siapakah yang Tuhan panggil untuk melayani sebagai uskup baru di Kirtland. Mengapakah Tuhan memanggil uskup? Kongsi dengan kanak-kanak satu pengalaman ketika anda diberkati oleh pelayanan seorang uskup.

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai beberapa perkara yang mereka lihat yang dilakukan oleh uskup untuk membantu para ahli di bahagian. Minta kanak-kanak melukis gambar uskup melakukan sesuatu yang mereka sebutkan tadi. Berikan kesaksian anda bahawa uskup anda dipanggil oleh Tuhan untuk menjadi orang suruhan-Nya. Mengapakah kita bersyukur bahawa Tuhan telah memanggil uskup di bahagian kita?

Ajaran dan Perjanjian 73:3

Tuhan memerintahkan Joseph Smith untuk memulihkan kebenaran berharga yang telah hilang dari Alkitab.

Sebagai sebahagian dari panggilannya sebagai nabi, Joseph Smith diperintahkan oleh Tuhan untuk membuat semakan yang diilhami kepada Alkitab. Semakan ini, yang Tuhan panggil “terjemahan” (Ajaran dan Perjanjian 90:13), memulihkan kebenaran penting yang telah hilang atau dikeluarkan dari Alkitab selama berabad lamanya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa apabila Joseph Smith dan Sidney Rigdon kembali dari misi pendek berhampiran Kirtland, Ohio, Tuhan mahu mereka meneruskan kerja pada projek penting. Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 73:3 untuk mengetahui apakah projek itu. Untuk membantu kanak-kanak memahami apa yang Tuhan mahu Joseph dan Sidney terjemahkan, bacakan bersama mereka sebahagian dari Panduan Tulisan Suci “Terjemahan Joseph Smith (TJS).”

  • Edarkan satu salinan Alkitab, dan biarkan kanak-kanak membukanya dan melihat berapa banyak halaman dalamnya. Jemput kanak-kanak membayangkan diri mereka diminta untuk menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa lain. Adakah kemungkinannya yang mereka akan membuat beberapa kesilapan? Jelaskan bahawa apabila orang menterjemahkan atau menyalin Alkitab sebelum masa Joseph Smith, mereka membuat beberapa kesilapan, dan kadangkala mereka mengeluarkan kebenaran penting. Tuhan memerintahkan Nabi Joseph Smith untuk membuat pembetulan yang diilhami. Mengapakah hasil kerja Joseph Smith berharga kepada kita?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak memilih sesuatu yang mereka akan lakukan kerana apa yang mereka pelajari hari ini, seperti mengucapkan terima kasih kepada uskup untuk pelayanannya atau bersedia untuk mempertahankan kepercayaan mereka dengan mempelajari Fasal-Fasal Kepercayaan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melibatkan deria. “Kebanyakan kanak-kanak (dan orang dewasa) belajar dengan lebih baik ketika pelbagai deria terlibat. Cari cara untuk membantu kanak-kanak menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan ketika mereka belajar” (Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak