Ajaran dan Perjanjian 2021
19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83: Di Mana “Banyak yang Diberikan, Banyak yang Dituntut”


“19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83: Di Mana ‘Banyak yang Diberikan, Banyak yang Dituntut,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Kristus dan pemerintah muda yang kaya

Christ and the Rich Young Ruler, oleh Heinrich Hoffman

19–25 Julai

Ajaran dan Perjanjian 81–83

Kepada Dia yang banyak Diberi Banyak yang Dituntut”

Bagaimanakah wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian 81–83 boleh bantu kanak-kanak yang anda ajar untuk berbuat baik di antara keluarga dan rakan mereka?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka lakukan untuk membantu seseorang minggu ini. Bagaimanakah melayani orang lain dapat membantu kita menjadi seperti Juruselamat kita?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 81:3

Saya harus berdoa selalu.

Ketika Tuhan memanggil Frederick G. Williams menjadi penasihat kepada Nabi Joseph Smith, Dia menasihatkan Frederick untuk “setia …dalam doa sentiasa.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak nasihat Tuhan “setia… dalam doa sentiasa, dengan bersuara dan dalam hatimu, di hadapan umum dan secara peribadi” (Ajaran dan Perjanjian 81:3). Terangkan apa yang dimaksudkan untuk berdoa dalam hati kita, dan kongsi satu contoh peribadi. Bantu kanak-kanak memikirkan masa ketika mereka boleh berdoa “di hadapan umum dan secara peribadi.”

  • Ajar kanak-kanak bagaimana untuk berdoa. Tekankan bahawa mereka dapat mengucapkan terima kasih kepada Bapa Syurgawi atas berkat-berkat mereka dan meminta Dia untuk apa yang mereka perlukan. Lagu mengenai doa, seperti “T’rima Kasih Bapa” (Buku Nyanyian Anak-anak, 9), boleh membantu kanak-kanak mengetahui apa yang untuk dikatakan dalam doa mereka. Berikan setiap kanak-kanak giliran untuk mengucap doa ringkas.

  • Minta kanak-kanak untuk memikirkan perkara yang mereka boleh berterima kasih kepada Bapa Syurgawi atau meminta daripada Dia. Biarkan mereka melukis gambar perkara-perkara ini dan berkongsi dengan kelas.

Ajaran dan Perjanjian 81:5; 82:19

Saya boleh melayani orang-orang di sekeliling saya.

Bapa Syurgawi mengetahui keperluan setiap anak-Nya, dan Dia sering menggunakan orang lain—seperti kanak-kanak yang anda ajar—untuk membantu memenuhi keperluan tersebut. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengenali keperluan orang lain dan melayani mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 81:5 kepada kanak-kanak, dan bantu mereka memahami frasa seperti “sokonglah yang lemah” dan “angkatlah tangan yang terkulai.” Biarkan mereka berlakon cara kita boleh melakukan apa yang Tuhan minta dalam ayat ini. Gunakan gambar untuk menceritakan kisah ringkas Yesus Kristus melayani orang lain (lihat Buku Seni Injil, no. 41, 42, 46, 4755). Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh Juruselamat untuk membantu orang lain?

  • Nyanyikan satu lagu tentang pelayanan. Ceritakan tentang masa ketika seseorang membantu anda merasakan kasih Juruselamat dengan melayani anda.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 82:19 kepada kanak-kanak, menekankan frasa “mencari kepentingan sesama sendiri.” Jelaskan bahawa ini bermakna melakukan perkara-perkara yang membantu jiran kita—termasuk keluarga kita. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh melayani seseorang minggu ini.

    Imej
    budak-budak lelaki sedang menggali lubang

    Tuhan meminta kita untuk melayani orang lain untuk menunjukkan kasih kita kepada-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 82:10

Tuhan menjanjikan berkat apabila saya mematuhi-Nya.

Semasa mereka membesar, kanak-kanak mungkin bertanya-tanya mengapa Tuhan memberi kita begitu banyak perintah. Anda boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa Dia memberi kita perintah untuk memberkati kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memikirkan perintah-perintah yang Tuhan telah berikan kepada kita (lihat, contohnya, Keluaran 20:4–17; Matius 22:37–39; Ajaran dan Perjanjian 89:5–17). Lukis gambar pada papan tulis untuk membantu kanak-kanak memahami dan mengingati perintah ini. Berikan contoh-contoh bagaimana perintah Tuhan dapat memberkati dan melindungi kita.

  • Baca kepada kanak-kanak, “Aku, Tuhan, terikat apabila kamu melakukan apa yang Aku firmankan” (Ajaran dan Perjanjian 82:10). Minta kanak-kanak mengulangi frasa ini beberapa kali bersama anda, dan fikirkan cara untuk membantu mereka mengingatinya, seperti menjemput mereka untuk bertepuk tangan bagi irama frasa itu. Bersaksi bahawa apabila kita mematuhi perintah Tuhan, Dia menunaikan janji-Nya kepada kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 81:3

Saya boleh berdoa “dengan bersuara dan dalam hati [saya].”

Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk berpaling kepada Tuhan “dalam doa sentiasa” apabila mereka memerlukannya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seseorang untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 81:3, dan tanyakan kepada kanak-kanak apa yang dimaksudkan untuk berdoa “dalam hati [anda].” Kongsi satu pengalaman ketika anda berdoa dengan kuat atau dalam hati anda dan Tuhan membantu anda. Minta kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka sendiri. Bagaimanakah doa dapat membawa kita lebih dekat kepada Bapa Syurgawi?

  • Baca atau nyanyi bersama kanak-kanak lagu rohani tentang doa, seperti “Seb’lum Kau Tinggalkan Rumah” atau “Doa Pribadi” (Nyanyian Rohani, no. 55, 50). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi frasa dari lagu rohani yang membantu mereka memahami sesuatu tentang doa. Berikan mereka masa untuk merenungkan apa yang mereka boleh lakukan untuk memperbaiki doa mereka dan kemudian menulis idea mereka.

Ajaran dan Perjanjian 81:5

Tuhan mahu saya melayani dan menguatkan mereka yang memerlukan.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa terdapat banyak cara untuk melayani keluarga, rakan, dan jiran setiap hari.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis gambar tangan dan lutut pada papan tulis. Minta kanak-kanak baca Ajaran dan Perjanjian 81:5 untuk mengetahui apa yang Tuhan katakan tentang bahagian badan ini. Kongsi bagaimana anda dan kanak-kanak telah melihat orang saling melayani satu sama lain. Bagaimanakah kita boleh lebih peka terhadap orang yang memerlukan di sekitar kita? Jemput kanak-kanak untuk melayani sekurang-kurangnya satu orang dalam minggu ini. Untuk idea mengenai cara untuk melayani orang lain, nyanyikan lagu tentang pelayanan, seperti “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?” (Nyanyian Rohani, no. 101).

  • Jemput kanak-kanak untuk bergilir-gilir menubuhkan domino (atau objek yang serupa) sambil menamakan cara mereka boleh melayani orang lain. Minta kanak-kanak untuk mengetuk satu domino dan perhatikan bagaimana ia mempengaruhi domino yang lain. Bagaimanakah pelayanan kita mempunyai kesan yang sama pada orang di sekeliling kita? Ceritakan bagaimana pelayanan kasih seseorang menggalakkan anda untuk melayani orang lain.

Ajaran dan Perjanjian 82:8–10

Tuhan menjanjikan berkat apabila saya mematuhi-Nya.

Ketika kanak-kanak mengembangkan kepercayaan pada janji-janji Tuhan, kerelaan mereka untuk mematuhi perintah-perintah-Nya akan berkembang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membayangkan mereka mempunyai kawan yang berfikir bahawa Tuhan telah memberikan terlalu banyak perintah. Minta mereka untuk mencari Ajaran dan Perjanjian 82:8–10 atau sesuatu yang akan membantu kawan mereka memahami mengapa Tuhan memberikan perintah. Kongsi bagaimana perintah Tuhan telah memberkati anda, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi pendapat mereka juga.

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami janji-janji Bapa Syurgawi kepada kita, bahagikan kelas itu kepada tiga kumpulan, dan berikan setiap kumpulan salah satu tulisan suci berikut untuk dibaca: Ajaran dan Perjanjian 1:37–38; 82:10; 130:20–21. Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang janji Bapa Syurgawi. Bagaimana kepatuhan kita memberi kesan kepada berkat yang kita boleh terima? Bantu kanak-kanak memikirkan contoh-contoh dari kehidupan mereka atau dari tulisan suci apabila kepatuhan membawa berkat daripada Tuhan.

  • Kongsi satu pengalaman peribadi yang bersaksi tentang asas yang diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 82:8–10. Bagaimanakah anda mula percaya kepada Tuhan dan janji-Nya?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memikirkan bagaimana mereka akan melayani seseorang dalam keluarga mereka minggu ini. Semasa pelajaran minggu depan, biarkan mereka berkongsi apa yang mereka lakukan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi pelajar yang lebih baik. Mengajar bermakna lebih daripada sekadar menyampaikan kebenaran. Ia bermakna membantu orang lain mengembangkan keberdikarian rohani. Bukannya hanya memberitahu kanak-kanak bagaimana mereka boleh melayani orang lain, tetapi, menggalakkan mereka untuk memikirkan idea mereka sendiri.

Cetak