Ajaran dan Perjanjian 2021
26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84: “Kuasa Ketuhanan”


“26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84: ‘Kuasa Ketuhanan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Joseph Smith menerima Imamat Melkisedek

Restoration, oleh Liz Lemon Swindle

26 Julai–1 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 84

“Kuasa Ketuhanan”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 84, apakah kebenaran yang anda rasa didorong untuk ditekankan kepada kanak-kanak yang anda ajar? Catatkan tanggapan yang datang kepada anda daripada Roh Kudus.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perkara yang mereka tahu tentang imamat. Anda boleh memaparkan gambar seseorang sedang diberkati oleh kuasa imamat, seperti Buku Seni Injil, no. 103–10, dan tanya kepada kanak-kanak bagaimana imamat memberkati keluarga.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 84:19–22, 26–27

Imamat adalah kuasa Tuhan.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu tujuan imamat? Dalam Ajaran dan Perjanjian 84, Tuhan mengungkapkan satu tujuan: untuk membantu kita kembali kepada Bapa Syurgawi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 84:20, dan minta kanak-kanak berdiri apabila mereka mendengar perkataan “tatacara.” Untuk membantu mereka memahami apakah itu tatacara, tunjukkan gambar beberapa tatacara imamat, seperti Buku Seni Injil, no. 103–8, dan minta kanak-kanak untuk menerangkan apa yang berlaku dalam setiap gambar (lihat juga Panduan Tulisan suci, “Tatacara,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi telah memberikan kita tatacara ini untuk membantu kita kembali hidup bersama-Nya.

  • Biarkan kanak-kanak mewarnakan halaman aktiviti. Semasa mereka lakukannya, terangkan pelbagai tatacara imamat yang ditunjukkan pada halaman berikut dan mengapa anda bersyukur atas tatacara itu.

Ajaran dan Perjanjian 84:77

Saya adalah teman Yesus ketika saya mengikuti Dia.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak tahu bahawa Juruselamat mengasihi kita lebih sekadar teman?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar Juruselamat semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 84:77. Jemput kanak-kanak untuk menunjuk gambar Juruselamat setiap kali mereka mendengar kata “teman.” Jelaskan apabila kita cuba mematuhi perintah-perintah, kita menunjukkan kepada Yesus bahawa kita mengasihi Dia. Kongsi apakah ertinya kepada anda untuk mempunyai Yesus sebagai teman anda.

  • Bantu kanak-kanak menyenaraikan beberapa perkara yang mereka boleh lakukan untuk menunjukkan teman mereka bahawa mereka mengasihi [teman] mereka. Apakah yang Yesus lakukan untuk menunjukkan kepada kita bahawa Dia adalah teman kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kepada Juruselamat bahawa kita adalah teman-Nya? Nyanyi bersama satu lagu tentang Yesus, seperti “Yesus Kawan Penyayang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 37).

Ajaran dan Perjanjian 84:88

Bapa Syurgawi membantu para penginjil-Nya.

Idea untuk menjadi penginjil suatu hari nanti boleh menyeronokkan tetapi juga menakutkan kepada sesetengah kanak-kanak. Ajaran dan Perjanjian 84:88 boleh mengajar mereka bagaimana Bapa Syurgawi membantu mereka yang Dia hantar untuk mengkhutbahkan injil-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memikirkan tentang penginjil yang mereka kenal. Beritahu mereka bahawa Bapa Syurgawi telah membuat janji istimewa kepada para penginjil. Baca Ajaran dan Perjanjian 84:88, dan bantu kanak-kanak memikirkan tindakan yang membawa kepada janji-janji dalam ayat ini. Ceritakan tentang masa ketika anda melayani Tuhan dan merasakan bahawa Dia bersama anda, seperti yang digambarkan dalam ayat 88.

  • Kongsi kisah budak lelaki berusia empat tahun dalam pesanan Elder Takashi Wada “Berjamu dengan Firman Kristus” (Ensign atau Liahona, Mei 2019, 38–40). Bantu setiap kanak-kanak memikirkan sesuatu yang mereka boleh katakan untuk berkongsi kesaksian mereka dengan seseorang—seperti berkongsi fasal-fasal kepercayaan Minta setiap kanak-kanak berpura-pura untuk berkongsi injil dengan seorang kawan. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi membantu kita mengetahui apa yang harus dikatakan ketika kita bercakap dengan orang lain tentang injil.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 84:4–5, 18–28, 30

Tatacara imamat membantu saya mempersiapkan diri untuk hidup dengan Bapa Syurgawi.

Ketika mereka membesar, kanak-kanak yang anda ajar akan dapat melibatkan diri dalam lebih banyak tatacara imamat, termasuk pembaptisan dan penetapan di bait suci bagi orang yang sudah meninggal dunia. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka memahami tujuan dan kuasa tatacara imamat?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis Imamat Harun dan Imamat Melkisedek pada papan tulis. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 84:18, 26–28, 30, dan bantu kanak-kanak menyenaraikan kebenaran yang mereka pelajari tentang Imamat Harun dari ayat-ayat ini. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 84:18–25, dan senarai kebenaran tentang Imamat Melkisedek.

  • Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan tatacara imamat yang mereka telah sertai atau saksikan, seperti pembaptisan, penetapan, berkat imamat, atau sakramen. Minta mereka untuk berkongsi pengalaman mereka bagi tatacara ini. Baca Ajaran dan Perjanjian 84:20 bersama (membantu mereka memahami perkataan yang tidak dikenali). Mengapakah Tuhan menjemput kita untuk mengambil bahagian dalam tatacara? Bagaimanakah imamat membantu kita kembali kepada Bapa Syurgawi?

    Imej
    kanak-kanak sedang mengambil sakramen

    Tatacara membantu kita mengingati janji-janji kita kepada Tuhan.

  • Cipta satu teka-teki menggunakan gambar bait suci. Baca dengan kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 84:5, dan minta mereka untuk mendengar apa yang Tuhan perintahkan kepada para Orang Suci untuk dibina. Berikan setiap kanak-kanak teka-teki, dan minta mereka berkongsi sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk mempersiapkan diri memasuki bait suci.

Ajaran dan Perjanjian 84:64–72, 81–88

Tuhan melindungi dan memberikan kuasa kepada para penginjil.

Ayat-ayat ini mengandungi janji-janji yang Tuhan buat kepada orang-orang yang Dia panggil untuk mengkhutbahkan injil. Janji-janji ini juga boleh mengilhami kanak-kanak apabila mereka berkongsi injil Yesus Kristus dengan orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bahagikan kanak-kanak ke dalam pasangan, dan berikan setiap pasangan beberapa ayat untuk dibaca Ajaran dan Perjanjian 84:64–72, 81–88. Jemput mereka untuk mencari janji yang Tuhan berikan kepada mereka yang berkongsi injil. Minta mereka berkongsi dengan kelas apa yang mereka pelajari. Bantu kanak-kanak memikirkan orang yang mereka kenal, atau orang dalam tulisan suci, yang menerima bantuan Tuhan ketika mengkhutbahkan injil (seperti Samuel Si Bangsa Laman [lihat Helaman 13:2–4; 16:6–7] atau Amon [lihat Alma 17:32–38]). Kongsi satu pengalaman ketika anda merasakan sokongan Tuhan semasa anda melayani Dia.

  • Bawa cawan atau bekas serupa yang lain ke kelas. Tulis pada jalur kertas cara kanak-kanak boleh menjadi penginjil sekarang, dan letakkan setiap jalur kertas dalam cawan. Rapatkan cawan, dengan bahagian terbuka menghala atas, di atas lantai. Jemput kanak-kanak untuk bergilir melemparkan benda kecil ke salah satu cawan dan kemudian melakonkan apa yang tertulis di atas kertas dalam cawan itu. Bagaimanakah Bapa Syurgawi dapat membantu kita apabila kita berkongsi injil dengan orang lain, walaupun ia mungkin sukar atau kita merasa gemuruh?

  • Bantu kanak-kanak melihat bahawa kita semua adalah ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir kerana pekerjaan penginjil—para penginjil sama ada telah mengajarkan injil kepada kita, ibu bapa kita, atau nenek moyang kita. Beritahu kanak-kanak tentang bagaimana para penginjil membantu anda atau nenek moyang anda menerima injil. Biarkan kanak-kanak berkongsi pengalaman yang sama. Galakkan mereka untuk menanyakan ibu bapa mereka bagaimana ahli Gereja pertama dalam keluarga mereka mengetahui tentang injil.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk melakukan sesuatu minggu ini untuk berkongsi injil dengan seseorang di rumah mereka atau dengan seorang kawan. Galakkan mereka untuk meminta bantuan Bapa Syurgawi dan untuk memerhatikan apa yang Dia lakukan untuk membantu mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melibatkan deria. “Kebanyakan kanak-kanak (dan orang dewasa) belajar dengan lebih baik ketika pelbagai deria terlibat. Cari cara untuk membantu kanak-kanak menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan ketika mereka belajar” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25).

Cetak