Ajaran dan Perjanjian 2021
23–29 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 93: “Menerima Kegenapan-Nya”


“23–29 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 93: ‘Menerima Kegenapan-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“23–29 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 93,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Imej
Stefanus melihat Tuhan dan Yesus Kristus

I See the Son of Man Standing on the Right Hand of God, oleh Walter Rane

23–29 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 93

“Menerima Kegenapan-Nya”

Kanak-kanak yang anda ajar merupakan putera dan puteri rohani Ibu Bapa Syurgawi yang telah hidup bersama Mereka sebelum datang ke bumi. Setelah mengkaji Ajaran dan Perjanjian 93, apakah yang anda diilhamkan untuk lakukan bagi membantu kanak-kanak tersebut berkembang “dalam cahaya dan kebenaran”? (ayat 40).

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar-gambar Juruselamat (seperti yang didapati dalam Buku Seni Injil atau majalah-majalah Gereja), dan minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang Dia. Kanak-kanak yang lebih besar mungkin boleh berkongsi satu ayat suci dari Ajaran dan Perjanjian 93 yang telah membantu mereka belajar tentang Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 93:2–21

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Ia adalah penting bagi kanak-kanak yang anda ajar belajar tentang siapa Yesus Kristus dan mengapa mereka harus mengikut Dia. Kebenaran-kebenaran tentang Yesus Kristus yang didapati dalam bahagian 93 boleh membantu.

Imej
tingkap gelas

Kita menerima cahaya Yesus Kristus apabila kita mematuhi perintah-perintah Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih beberapa kebenaran yang anda telah pelajari tentang Juruselamat dalam bahagian 93 yang mengilhami anda. Bagi setiap kebenaran yang anda pilih, baca kepada kanak-kanak ayat suci di mana kebenaran itu diperolehi, dan berikan mereka satu kata kunci untuk didengar ketika anda membaca. Kongsi satu kesaksian yang ringkas tentang Juruselamat, dan benarkan kanak-kanak berkongsi kesaksian mereka sendiri. Senarai kebenaran-kebenaran berikut boleh memberikan beberapa idea kepada anda:

    Yesus Kristus melaksanakan pekerjaan-pekerjaan Bapa (ayat 5).

    Yesus Kristus ialah Cahaya Dunia (ayat 9).

    Yesus Kristus ialah Pencipta dunia (ayat 10).

    Yesus Kristus menerima segala kuasa dalam syurga dan di bumi (ayat 17).

    Yesus Kristus pada mulanya berada bersama Bapa (ayat 21).

  • Minta kanak-kanak untuk mendengar sesuatu yang mereka belajar tentang Juruselamat ketika anda merumuskan beberapa kebenaran dalam bahagian 93dengan kata-kata sendiri.

Ajaran dan Perjanjian 93:23, 29

Saya hidup bersama Bapa Syurgawi sebelum saya datang ke bumi.

Mengapakah ia mungkin penting untuk membantu kanak-kanak faham bahawa mereka telah hidup bersama Bapa Syurgawi sebelum mereka dilahirkan? Bagaimanakah pengetahuan tentang kebenaran ini memberkati anda?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ulangkan kata-kata berikut bersama kanak-kanak: “Kamu juga pada mulanya berada bersama Bapa” (Ajaran dan Perjanjian 93:23). Jelaskan bahawa sebelum kita dilahirkan di bumi, kita hidup bersama Bapa Syurgawi di syurga. Nyanyikan bersama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2–3).

  • Jemput kanak-kanak untuk warnakan halaman aktiviti dan lukiskan gambar mereka bersama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dalam kehidupan pra-fana. Berikan kesaksian anda bahawa Tuhan mengasihi kita semua dan bahawa kita semua anak-Nya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 93:2–21

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Semakin kita memahami Yesus Kristus, semakin kita ingin menyembah Dia dengan ikhlas dan datang ke Bapa melalui Dia (lihat Ajaran dan Perjanjian 93:19).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar Juruselamat, dan tanyakan kanak-kanak mengapa ia penting untuk mengenali Yesus Kristus. Jemput mereka untuk cari jawapan tambahan dalam Ajaran dan Perjanjian 93:19. Jemput mereka untuk fikirkan satu cara bagaimana mereka boleh belajar lebih mengenai Yesus di minggu yang akan datang, dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi idea-idea mereka.

  • Fikirkan satu cara kreatif untuk menggalakkan kanak-kanak membaca tentang Juruselamat dalam bahagian 93. Anda boleh tuliskan beberapa ayat suci rujukkan dari bahagian 93 pada jalur kertas yang mengajar kebenaran tentang Yesus Kristus (contohnya, lihat ayat 5, 9–10, 17, 21). Letakkan jalur-jalur kertas ke dalam satu bekas, dan suruh kanak-kanak mengambil giliran untuk memilih satu dan membaca ayat suci rujukkan kepada kelas. Apakah yang kita pelajari tentang Yesus Kristus dari ayat-ayat itu?

Ajaran dan Perjanjian 93:23, 29, 38

Saya hidup bersama Bapa Syurgawi sebelum saya datang ke bumi.

Juruselamat membuat penekanan sebanyak tiga kali dalam bahagian 93 bahawa kita hidup bersama Tuhan “pada mulanya” (ayat 23, 29, 38). Mengapakah Dia inginkan kita untuk ketahui ini? Bagaimanakah pengetahuan tentang kebenaran ini memberkati kanak-kanak yang anda ajari?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 93:23, 29, 38 bersama, dan jemput kanak-kanak untuk mencari kebenaran tentang diri mereka sendiri yang diulangi dalam ayat-ayat tersebut. Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang kehidupan kita bersama Bapa Syurgawi sebelum kita dilahirkan. Berikan setiap kanak satu ayat suci rujukkan yang berikut, dan bantu mereka mencari ajaran dari ayat-ayat suci yang mengajar tentang kehidupan kita sebelum kita datang ke bumi: Yeremia 1:5; Ajaran dan Perjanjian 138:53–56; Musa 3:5; Abraham 3:22–26.

  • Nyanyikan bersama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2–3). Apakah kebenaran yang kita pelajari dari lagu ini tentang tujuan kita ke bumi?

Ajaran dan Perjanjian 93:24

Kebenaran adalah pengetahuan tentang perkara yang lepas, kini, dan masa depan.

Dunia mempunyai pelbagai pandangan tentang apakah itu kebenaran dan bagaimana untuk menjumpainya. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar faham bahawa kebenaran adalah benar tidak kira apa yang dikatakan oleh orang lain dan bahawa Bapa Syurgawi ketahui segala kebenaran?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan kata kebenaran pada papan tulis, dan minta kanak-kanak untuk tuliskan definisi di sisinya. Baca bersama bagaimana Tuhan mendefinisikan kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian 93:24. Nyanyikan satu nyanyian mengenai kebenaran, seperti “O, Apakah Kebenaran Itu?” (Nyanyian Rohani, no. 136), dan jemput kanak-kanak untuk carikan dalam nyanyian rohani cara-cara lain untuk menggambarkan kebenaran.

  • Untuk membantu kanak-kanak menggunakan kebenaran yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 93, tuliskan beberapa rujukkan ayat suci dari bahagian ini ke atas kepingan-kepingan kertas. Di kepingan kertas lain, tuliskan kebenaran yang diajarkan oleh setiap ayat-ayat tersebut. Jemput kanak-kanak untuk bekerjasama membaca ayat-ayat dan padankan dengan kebenaran yang didapati dalam ayat yang dibaca. Mengapakah kita bersyukur untuk peroleh pengetahuan kebenaran?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk menulis atau lukiskan satu perkara yang mereka pelajari dan berkongsi bersama keluarga masing-masing apabila mereka kembali ke rumah.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak mengenali Roh. Apabila anda mengalami pengalaman rohani bersama kanak-kanak (contohnya, ketika membaca ayat suci bersama mereka, mendengar kesaksian-kesaksian, atau bernyanyi bersama), bantulah mereka untuk kenali dorongan Roh Kudus.

Cetak