Ajaran dan Perjanjian 2021
9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88: “Tubuhkanlah … Rumah Tuhan”


“9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88: ‘Tubuhkanlah … Rumah Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
bilik dengan kerusi dan bangku

9–15 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 88

“Tubuhkanlah … Rumah Tuhan”

Ajaran dan Perjanjian 88:118 menasihatkan, “Saling mengajarkan kata-kata kebijaksanaan.” Apakah “kata-kata kebijaksanaan” dalam Ajaran dan Perjanjian 88 yang sangat berkaitan dengan kanak-kanak yang anda ajar?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beritahu kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mahu kita terus belajar sepanjang hidup kita. Kemudian minta mereka berkongsi sesuatu yang mereka pelajari di rumah, di sekolah, atau di gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 88:63

Tuhan mahu saya menjadi dekat kepada-Nya.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak yang anda ajar merasakan kehadiran Tuhan dalam hidup mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 88:63, jemput kanak-kanak untuk melakonkan beberapa perkataan yang mereka dengar. Contohnya, mereka berpura-pura mencari sesuatu atau mengetuk.

  • Minta seorang anak memegang gambar Yesus di hadapan bilik semasa kanak-kanak lain berdiri di belakang bilik. Jemput kanak-kanak untuk langkah ke depan setiap kali anda mengatakan sesuatu yang kita boleh lakukan untuk mendekatkan diri kepada Juruselamat dan langkah ke belakang setiap kali anda mengatakan sesuatu yang menjauhkan kita daripada Juruselamat. Berikan kesaksian anda bahawa apabila kita cuba mendekati Tuhan, Dia mendekati kita.

Ajaran dan Perjanjian 88:118

Bapa Syurgawi mahu saya belajar.

“Pendidikan ialah sesuatu bahagian penting dalam rancangan Bapa Syurgawi untuk membantu anda menjadi lebih seperti Dia. … Pendidikan yang anda peroleh akan bernilai bagi anda sewaktu kefanaan dan dalam kehidupan yang akan datang.” (For the Strength of Youth, 9).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar sebuah sekolah, atau lukis satu pada papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk menerangkan apakah itu sekolah dan apa yang berlaku di sana. Ceritakan mengenai sekolah yang Joseph Smith mulakan (lihat “Chapter 31: The Word of Wisdom,” Doctrine and Covenants Stories, 119–22). Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar rumah, gereja, dan bait suci, dan tanya kepada mereka bagaimana tempat-tempat ini juga seperti sekolah.

  • Nyanyikan lagu mengenai pembelajaran, seperti “Cari, Renungkan dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-anak, 66). Tanya kepada kanak-kanak apa yang mereka suka belajar.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 88:118, dan menekankan ungkapan “saling mengajarkan.” Kongsi beberapa kebijaksanaan yang anda telah pelajari dari setiap kanak-kanak di kelas anda, dan jemput mereka berkongsi kebijaksanaan yang mereka telah pelajari.

    Imej
    kanak-kanak sedang mengkaji tulisan suci

    Kita harus mencari kebijaksanaan dan pembelajaran.

Ajaran dan Perjanjian 88:119

Bait suci adalah rumah Tuhan.

Pertimbangkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak merasakan kasih kepada bait suci dan keinginan untuk menyembah Tuhan di sana apabila mereka bersedia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak cara membuat “puncak menara” bait suci dengan menaikkan tangan mereka dan menyentuh hujung jari mereka bersama. Baca Ajaran dan Perjanjian 88:119, dan minta mereka membuat puncak menara setiap kali anda mengatakan perkataan “rumah.” Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi ingin Joseph Smith dan para Orang suci untuk membina bapa di Syurga, atau “rumah Tuhan.” Paparkan gambar bait suci yang berdekatan semasa anda bercakap tentang perbezaan di antara bait suci dan bangunan pertemuan Gereja.

  • Kongsi kesaksian anda mengenai bait suci, dan nyanyi bersama lagu mengenai bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-anak, 99). Jemput kanak-kanak melukis gambar diri mereka pergi ke bait suci.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 88:68, 74

Yesus Kristus boleh membuat saya bersih dari dosa.

Untuk dikuduskan bermaksud menjadi bersih dan suci. Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa mereka boleh dikuduskan apabila mereka mengikuti Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 88:68 dengan kuat dan seorang lagi membaca ayat 74. Minta kanak-kanak untuk mendengar satu frasa yang ada di kedua ayat ini. Bagaimanakah kita “menguduskan” diri kita? (Jika perlu, bantu kanak-kanak mencari “Pengudusan”dalam Panduan Tulisan suci.) Lukiskan gambar hati, tangan, dan kaki pada papan tulis. Bantu kanak-kanak memikirkan apa yang dimaksudkan untuk “menyucikan” dan “membersihkan” hati, tangan, dan kaki kita. Bagaimanakah Juruselamat membantu kita melakukan ini? Bagaimanakah kita boleh menggunakan hati, tangan, dan kaki kita supaya menjadi lebih seperti Yesus?

  • Jelaskan bahawa Tuhan mahu umat-Nya dikuduskan sebelum mereka dapat masuk ke dalam bait suci. Pertimbangkan untuk menjemput seorang remaja putera atau remaja puteri yang mempunyai kad rekomen bait suci untuk melawat kelas. Jemput dia untuk menunjukkan kepada kanak-kanak rupa kad rekomen bait suci, bincangkan apa yang mereka lakukan untuk hidup dengan layak, dan kongsi mengapakah ia penting untuk mempunyai kad rekomen bait suci walaupun kita tidak hidup dekat dengan bait suci.

Ajaran dan Perjanjian 88:77–80, 118

Bapa Syurgawi mahu saya belajar.

Anda boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa pembelajaran tentang perkara rohani dan duniawi dapat mempersiapkan mereka untuk melayani Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis Apa, Mengapa, dan Bagaimana. Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 88:77–79 secara berpasangan dan membuat senarai apa yang Tuhan mahu kita belajar. Kemudian minta mereka untuk mencari ayat 80 untuk cari mengapa Dia mahu kita belajar. Selepas itu, mereka boleh mencari ayat 118 untuk mengetahui bagaimana kita harus belajar. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini mengenai pandangan Tuhan tentang pendidikan dan pembelajaran?

  • Paparkan peta dunia, dan baca bersama Ajaran dan Perjanjian 88:79. Mengapakah ia penting untuk kita belajar tentang negara dan budaya lain? Jika anda atau kanak-kanak yang anda ajar telah melawat atau tinggal di negara lain, tunjukkan perkara-perkara yang mewakili budaya itu, dan kongsi perkara yang anda pelajari.

Ajaran dan Perjanjian 88:119–26

“Tubuhkanlah … rumah Tuhan.”

Arahan Tuhan mengenai “rumah Tuhan” dapat menjadi panduan yang berguna bagi kita ketika kita membangun kehidupan kita dan rumah kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk memilih tujuh perkataan yang menggambarkan rumah mereka atau rumah lain yang mereka telah lawati. Kemudian minta mereka membaca Ajaran dan Perjanjian 88:119 dan cari tujuh perkataan yang Tuhan gunakan untuk menggambarkan rumah-Nya. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh menjadikan rumah mereka sebagai “rumah Tuhan.”

  • Berikan setiap kanak-kanak satu ungkapan dari Ajaran dan Perjanjian 88:119–26 untuk lukis. Apabila mereka menunjukkan gambar mereka kepada satu sama lain, biarkan kanak-kanak mencari ayat-ayat untuk meneka apakah ungkapan yang diwakili oleh setiap gambar.

  • Tulis pada papan tulis Lakukan dan Jangan Lakukan. Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 88:119–26 dan senaraikan perkara yang Tuhan mahu para Orang suci lakukan atau jangan lakukan untuk mempersiapkan diri untuk belajar di bait suci. Mereka boleh mencari perkataan yang tidak dikenali dalam kamus. Jemput kanak-kanak memilih sesuatu yang mereka akan lakukan atau sesuatu yang mereka akan berhenti lakukan.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak menulis atau lukiskan satu perkara yang mereka pelajari yang mereka ingin berkongsi dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak muda mengambil bahagian dalam perbincangan injil. Anda mungkin perlu memikirkan cara kreatif untuk mengadakan perbincangan injil dengan kanak-kanak lebih muda. Contohnya, anda boleh membawa ke kelas sesuatu perkara yang boleh dipegang kanak-kanak apabila gilirannya untuk bercakap.

Cetak