Ajaran dan Perjanjian 2021
30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97: “Demi Keselamatan Sion”


“30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97: ‘Demi Keselamatan Sion,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Bait Suci Kirtland

Kirtland Temple, oleh Al Rounds

30 Ogos–5 September

Ajaran dan Perjanjian 94–97

“Demi Keselamatan Sion”

Carikan ilham untuk ketahui asas yang manakah dari bahagian 94–97 untuk ditekankan apabila anda mengajar. Anda boleh ubahsuaikan aktiviti untuk kanak-kanak lebih kecil jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih besar, dan sebaliknya.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar sebuah bait suci, dan jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang bait suci. Mereka juga boleh bercakap tentang apa perasaan mereka apabila melihat sebuah bait suci.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 95:8; 97:15–16

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Malah kanak-kanak di Kirtland juga membantu, dengan cara kecil tetapi bermakna, untuk membina Bait Suci Kirtland. Bantu kanak-kanak yang anda ajar memperkukuhkan kasih mereka terhadap rumah kudus Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar Bait Suci Kirtland (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Gunakan frasa-frasa dari Ajaran dan Perjanjian 95:8 untuk mengajar kanak-kanak tentang perintah Tuhan untuk membina bait suci ini. Biarkan kanak-kanak bergilir memegang gambar dan berkata “Bait Suci ialah rumah Tuhan.”

    Imej
    Bait Suci Kirtland

    Para Orang Suci membina bait suci untuk berasa lebih dekat kepada Tuhan.

  • Beritahu kanak-kanak bahawa pada setiap bait suci terteranya ayat “Kekudusan bagi Tuhan. Rumah Tuhan.” Jika boleh, tunjukkan kepada mereka satu gambar yang mengandungi kata-kata tersebut pada bait suci. Mengapakah bait suci satu tempat yang istimewa? Baca frasa-frasa dari Ajaran dan Perjanjian 97:15–16 yang mengajarkan bahawa bait suci ialah rumah Tuhan, dan kongsi perasaan anda berkenaan bait suci.

  • Jemput kanak-kanak untuk berlakon sedang membantu membina sebuah bait suci (memotong kayu, menukul paku, mengecat dinding, dan seterusnya). Jelaskan betapa pentingnya bait suci kepada Tuhan, betapa kuat Orang Suci bekerja untuk membina Bait Suci Kirtland, dan betapa banyak pengorbanan mereka .

  • Nyanyikan bersama satu lagu untuk membantu kanak-kanak berasa takzim terhadap rumah Tuhan, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang bait suci.

Ajaran dan Perjanjian 97:8

Saya boleh jujur.

Dalam Ajaran dan Perjanjian 97:8, Tuhan mengaitkan kejujuran sebagai satu sifat bagi mereka yang “diterima oleh-Ku.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan kepada kanak-kanak yang Tuhan telah mengajar bahawa apabila kita jujur, Dia menerima kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 97:8). Kongsi bersama mereka beberapa kisah ringkas yang boleh membantu mereka faham apakah maksudnya untuk menjadi jujur. Kisah-kisah tersebut boleh datang daripada kehidupan anda, kehidupan orang yang anda kenali, atau dari majalah Friend atau Liahona. Bantu kanak-kanak mengulang kisah-kisah itu kepada anda atau berkongsi pengalaman kejujuran daripada kehidupan mereka sendiri.

  • Bantu kanak-kanak belajar frasa pertama dalam Fasal Kepercayaan ke-tiga belas: “Kita percaya harus jujur.” Bantu kanak-kanak lakonkan contoh-contoh kelakuan jujur dan tidak jujur. Contohnya, kanak-kanak boleh berlakon mengambil sesuatu daripada adik dan memberitahu ibu bapa yang mereka tidak mengambilnya. Kemudian bantu kanak-kanak melakonkan senario yang sama di mana mereka bercakap benar kepada ibu bapa mereka. Jelaskan bahawa ini maksudnya untuk menjadi jujur.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 95:1–3, 8, 11–17; 97:10–17

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Renungkan bagaimana anda boleh menggunakan ayat-ayat tersebut untuk membantu kanak-kanak faham betapa pentingnya bait suci kepada Tuhan—dan betapa pentingnya ia kepada kita semua.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi saat-saat di mana mereka harus melakukan sesuatu tetapi tidak melakukannya dengan segera. Bantu seorang kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 95:3, 8, dan tanyakan kanak-kanak apakah perintah yang Tuhan kata Orang Suci belum patuhi. Baca bersama ayat 11. Apakah yang Orang Suci perlu lakukan supaya mereka boleh membina bait suci itu? Apakah yang kita boleh belajar daripada janji Tuhan dengan mereka?

  • Tuliskan asas-asas tentang bait suci yang didapati dalam Ajaran dan Perjanjian 95 dan 97 di atas kad-kad, bersama rujukkan ayat suci yang berkaitan, dan letakkan kad-kad itu ke dalam satu beg. Contohnya: Pembinaan bait suci memerlukan pengorbanan (Ajaran dan Perjanjian 97:11–12) dan Kita harus layak untuk masuk ke dalam bait suci (Ajaran dan Perjanjian 97:15–17). Bahagikan kanak-kanak ke dalam pasangan. Biarkan setiap pasangan mengambil satu kad dari beg tadi dan bekerjasama membaca ayat suci pada kad itu dan berbincang tentang maksud asas itu bagi mereka. Bantu kanak-kanak fahami apa yang mereka baca jika perlu.

  • Jemput seorang ahli muda dari bahagian atau cabang anda yang telah pergi ke bait suci untuk berkongsi pengalaman mereka dan beritahu kanak-kanak apa yang mereka perlu lakukan untuk bersedia pergi ke bait suci.

  • Tunjukkan gambar-gambar bait suci, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana perasaan mereka apabila mereka pergi ke bait suci satu hari nanti.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu mengenai bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak,99). Apakah frasa-frasa dalam lagu ini yang mengajar kita mengapakah bait suci amat kudus?

Ajaran dan Perjanjian 97:1–2, 8–9, 21

Sion ialah mereka yang suci hatinya.”

Bantu kanak-kanak faham bahawa Sion bukan hanya satu tempat; ia juga “yang suci hatinya” (Ajaran dan Perjanjian 97:21).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 97:21, dan tanyakan mereka apakah maksud perkataan “suci.” Untuk memberi gambaran, tunjukkan kepada mereka satu gelas yang berisi air bersih, dan bincangkan mengapakah ia penting untuk memperoleh air yang bersih. Tambahkan sesuatu ke dalam air untuk membuatkan air itu tidak bersih (seperti tanah atau serbuk lada). Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 97:21 semula dan letakkan jari mereka pada perkataan “suci.” Apakah maksudnya untuk hati kita menjadi suci? Bantu kanak-kanak faham bahawa menjadi suci hatinya tidak bermaksud kita tidak pernah membuat kesilapan. Apakah yang kita boleh lakukan supaya menjadi lebih suci hati? Bagaimanakah Juruselamat membantu kita?

  • Bantu kanak-kanak mengkaji Ajaran dan Perjanjian 97:1–2, 8–9, 21, mencari perkataan atau frasa yang menghuraikan bagaimana untuk menjadi hati yang suci. Minta mereka untuk pilih satu perkataan atau frasa, tuliskannya pada sekeping kertas kecil, dan letakkannya ke dalam satu bekas. Keluarkan satu per satu keping kertas kecil, dan minta kanak-kanak untuk mencadangkan perkara-perkara yang mereka boleh lakukan untuk menggunakan idea itu dalam kehidupan mereka. Contohnya, apakah yang kita boleh lakukan untuk “menemui kebenaran” (ayat 1) atau menjadi lebih “jujur” (ayat 8)?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk mengggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk berkongsi dengan keluarga apa yang mereka telah pelajari hari ini tentang bait suci.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan kanak-kanak menanya soalan. “Cuba melihat soalan-soalan [kanak-kanak] sebagai peluang, bukan kekacauan atau penghalang kepada pelajaran anda. … Soalan-soalan itu berikan anda pandangan yang mendalam tentang apa yang kanak-kanak fikirkan, kebimbangan mereka, dan bagaimana mereka bertindak balas terhadap perkara yang mereka pelajari. Bantu mereka lihat bahawa jawapan kepada soalan mereka boleh didapati dalam kitab suci dan kata-kata nabi hidup” (Teaching in the Savior’s Way, 25–26).

Cetak