Ajaran dan Perjanjian 2021
30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97: “Demi Keselamatan Sion”


“30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97: ‘Demi Keselamatan Sion,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Bait Suci Kirtland

Kirtland Temple, oleh Al Rounds

30 Ogos–5 September

Ajaran dan Perjanjian 94–97

“Demi Keselamatan Sion”

Apakah asas dan ajaran yang menonjol kepada anda semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 94–97? Pastikan anda mencatat tanggapan anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Apabila Tuhan memerintahkan Musa untuk membina sebuah khemah ibadat, Dia memberitahu Musa untuk “membuat segala-galanya menurut contoh yang ditunjukkan kepada [nya] di atas gunung itu” (Ibrani 8:5; lihat juga Keluaran 25:8–9). Khemah ibadat juga perlu menjadi pusat Perkhemahan Padang Belantara Israel (lihat Bilangan 2:1–2). Kemudian, Tuhan memerintahkan Salomo dan rakyatnya untuk membina sebuah bait suci mengikut contoh yang Dia ungkapkan (lihat 1 Tawarikh 28:12, 19).

Sewaktu Tuhan memulihkan kegenapan injil, Dia memerintahkan Joseph Smith untuk membina bait suci menurut contoh yang diungkapkan. “Biarlah rumah itu dibina, bukan menurut cara duniawi,” firman Tuhan. “Biarlah ia dibina menurut cara yang akan Aku tunjukkan” (Ajaran dan Perjanjian 95:13–14; lihat juga 97:10). Seperti khemah ibadat di padang belantara, bait suci bertujuan untuk menjadi pusat utama di Kirtland (lihat Ajaran dan Perjanjian 94:1).

Rumah-rumah Tuhan hari ini ditemui di seluruh dunia. Walaupun ia tidak berada di tengah-tengah kota kita, ia boleh menjadi pusat dalam kehidupan kita. Walaupun setiap bait suci berbeza dari penampilan, di dalamnya kita mempelajari pola ilahi yang sama—rancangan syurgawi untuk membawa kita kembali ke hadirat Tuhan. Tatacara yang kudus dan abadi membantu kita membina kehidupan kita dan menguatkan keluarga kita “bukan menurut cara duniawi” tetapi menurut cara yang Tuhan tunjukkan kepada kita.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 94; 97:15–17

Tuhan boleh sentiasa bersama saya dalam kehidupan seharian saya.

Arahan dalam Ajaran dan Perjanjian 94 dan 97 diberikan pada hari yang sama—2 Ogos 1833. Bahagian 97 mengandungi perancangan bait suci untuk Jackson County, Missouri, sementara bahagian 94 mengandungi pentadbiran pembangunan di Kirtland, Ohio. Anda mungkin sedar tentang persamaan dalam apa yang Tuhan katakan dalam bangunan yang berlainan ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 94:2–12; 97:10–17). Semasa anda merenungkan arahan ini, pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk merasai kemuliaan dan kehadiran Tuhan lebih kerap, baik di dalam bangunan Gereja dan dalam kehidupan seharian anda.

Ajaran dan Perjanjian 95

Tuhan menegur orang yang Dia kasihi.

Kira-kira lima bulan telah berlalu sejak Januari 1833, ketika Tuhan telah memerintahkan Orang Suci di Kirtland untuk membina sebuah rumah Tuhan dan mengadakan perhimpunan khusyuk bersama (lihat Ajaran dan Perjanjian 88:117–19). Ketika wahyu yang tercatat dalam bahagian 95 diterima pada Jun 1833, mereka masih belum bertindak atas perintah tersebut. Apakah yang anda pelajari dari cara Tuhan menegur Orang Suci dalam wahyu ini? Adakah terdapat perintah atau nasihat yang anda belum bertindak? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan?

Ajaran dan Perjanjian 95:8, 11–17; 97:10–17

Dalam Bait suci Tuhan memberkati umat-Nya.

Setelah ditegur kerana tidak membina sebuah rumah Tuhan di Kirtland, para pemimpin Gereja memilih tapak di ladang gandum di mana mereka akan membinanya. Hyrum Smith, abang kepada Nabi, segera berlari untuk mendapatkan sabit dan mula membersihkan ladang tersebut. “Kita sedang bersedia untuk membina sebuah rumah untuk Tuhan,” katanya, “dan saya bertekad untuk menjadi yang pertama di dalam pekerjaan ini” (dalam Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 271, 273). Renungkan kesungguhan Hyrum semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 95:8, 11–17; 97:10–17. Apakah yang anda temui yang memberi semangat kepada anda untuk menerima berkat bait suci?

Imej
Hyrum Smith memegang sabit

Hyrum Smith Clearing Land, oleh Joseph Brickey

Ajaran dan Perjanjian 97:18–28

Sion adalah “yang suci hatinya.”

Nabi Joseph Smith mengajarkan, “Kita harus menjadikan pembangunan Sion sebagai objektif terbesar kita” (Teachings: Joseph Smith, 186). Kepada Orang Suci pada tahun 1830-an, Sion adalah tempat nyata untuk “kota Tuhan kita” (Ajaran dan Perjanjian 97:19). Tetapi wahyu yang tercatat dalam bahagian 97, Tuhan menjelaskan pandangan tersebut. Sion juga menggambarkan sebuah bangsa—“yang suci hatinya” (ayat 21). Semasa anda membaca ayat 18–28, fikirkan tentang definisi ini ketika anda membaca perkataan “Sion.” Apakah maknanya bagi anda untuk menjadi suci di hati? Bagaimanakah bait suci membantu mencapai “keselamatan Sion”? (ayat 12).

Lihat juga Musa 7:18.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 95:8.Bagaimanakah membuat dan mematuhi perjanjian bait suci membawa “kuasa dari syurga” ke dalam kehidupan kita? Mungkin ahli keluarga dapat berkongsi perasaan mereka tentang bait suci atau berkongsi pengalaman apabila mereka merasa diberkati dengan “kuasa dari syurga” melalui penyembahan dalam bait suci.

Untuk membantu mereka yang bersedia untuk memasuki bait suci, anda boleh kaji semula video, foto, dan arahan yang terdapat di temples.ChurchofJesusChrist.org.

Ajaran dan Perjanjian 95:1–11.Apakah yang kita pelajari tentang menegur dari ayat-ayat ini? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan? Bagaimanakah pandangan ini mempengaruhi cara kita menerima teguran atau menegur orang lain?

Ajaran dan Perjanjian 97:8.Mengikut ayat ini, bagaimanakah kita boleh “diterima oleh” Tuhan? Bagaimanakah ia berbeza daripada diterima oleh dunia? Apakah maknanya untuk “menepati perjanjian [kita] melalui pengorbanan”? Bagaimanakah kita telah lakukan ini?

Ajaran dan Perjanjian 97:10–21.Nabi Joseph Smith mengajarkan, “Mana-mana tempat para Orang Suci berkumpul adalah Sion, di mana setiap orang yang soleh akan membangunkan satu tempat selamat bagi anak-anaknya” (Teachings: Joseph Smith, 186). Bagaimanakah kita boleh membina Sion dalam rumah kita? Apakah asas yang kita temui dalam Ajaran dan Perjanjian 97:10–21? Sebagai satu keluarga, pilih satu asas untuk ditumpukan pada minggu ini.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Ku Ingin ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Catatkan pengalaman anda. Catatkan pengalaman yang anda miliki tentang asas dan ajaran yang anda pelajari. Pengalaman ini boleh menjadi sebahagian dari sejarah peribadi yang akan memberkati generasi akan datang.

Imej
pembinaan Bait Suci Kirtland

Building the Kirtland Temple, oleh Walter Rane

Cetak