Ajaran dan Perjanjian 2021
20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108: “Untuk Melihat Syurga Dibukakan”


“20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108: ‘Untuk Melihat Syurga Dibukakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
matahari bersinar melalui awan

20–26 September

Ajaran dan Perjanjian 106–108

“Untuk Melihat Syurga Dibukakan”

Elder Ulisses Soares mengajarkan, “Kita perlu hidup dalam [Juruselamat], membenam diri kita dalam tulisan suci, bergembira di dalamnya, belajar ajaran-Nya, dan berusaha hidup seperti Dia telah hidup” (“Bagaimanakah Saya Boleh Faham?Ensign atau Liahona, Mei 2019, 7). Semasa anda membaca dengan mendalam Ajaran dan Perjanjian 106–108, catatkan cara anda boleh cuba untuk menjalani kebenaran yang anda temui.

Mencatat Tanggapan Anda

Dalam sekali pandang, Ajaran dan Perjanjian 107 mungkin kelihatan hanya tentang menubuhkan jawatan imamat ke dalam struktur kepimpinan bagi Gereja Tuhan. Sesungguhnya, pada masa wahyu ini diterbitkan, keahlian Gereja sudah melampaui kemampuan beberapa pemimpin yang ada. Jadi, menggariskan peranan dan tanggungjawab Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas, Tujuh Puluh, uskup, dan presiden kuorum semestinya diperlukan dan membantu. Tetapi terdapat lebih banyak erti kepada arahan ilahi dalam bahagian 107 daripada sekadar menubuhkan jawatan dan kuorum imamat. Di sini Tuhan mengajar kita tentang perintah imamat zaman dahulu yang “ditubuhkan pada zaman Adam” (ayat 41). Tujuannya dari awal adalah untuk memungkinkan bagi anak-anak Tuhan—termasuk anda—untuk menerima tatacara keselamatan injil dan menikmati “semua berkat-berkat rohani gereja—untuk memiliki hak istimewa menerima misteri-misteri kerajaan syurga, [dan] untuk melihat syurga dibukakan kepada mereka” (ayat 18–19).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 106108

Tuhan mengarah, menggalak, dan menyokong mereka yang Dia panggil untuk melayan.

Dalam Ajaran dan Perjanjian 106 dan 108, Tuhan memberikan nasihat dan janji kepada dua orang ahli yang dipanggil untuk melayani dalam Gereja. Apakah ayat dalam wahyu ini yang menawarkan galakkan dan pandangan tentang pelayanan anda sendiri dalam kerajaan Tuhan? Berikut adalah dua hal untuk dipertimbangkan:

Apakah ayat dari bahagian 106 dan 108 yang bermakna bagi anda?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Pelayanan dengan Kuasa dan Wewenang Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 68–75.

Ajaran dan Perjanjian 107

Tuhan memimpin Gereja-Nya melalui hak kuasa imamat.

Semasa anda mengkaji Pemulihan injil, anda mungkin menyedari bahawa Tuhan tidak biasanya menjelaskan ajaran sepenuhnya dalam satu wahyu. Sebaliknya, Dia mengungkapkan hal-hal “baris demi baris” (Ajaran dan Perjanjian 98:12) ketika keadaan memerlukannya. Walaupun Tuhan telah memberikan arahan tentang imamat seawal tahun 1829 (lihat, contohnya, bahagian 20 dan 84), Dia memberi arahan tambahan kepada para Orang Suci pada tahun 1835 mengenai jawatan imamat yang khusus yang diperlukan untuk mentadbir dan membimbing kawanan-Nya yang sedang berkembang.

Semasa anda membaca tentang jawatan imamat yang berikut, pertimbangkan bagaimana anda dapat menyokong mereka yang melayani dalam panggilan ini dengan “keyakinan, iman, dan doa” anda (Ajaran dan Perjanjian 107:22).

Ajaran dan Perjanjian 107:1–20

Tatacara imamat menyediakan berkat rohani dan duniawi kepada semua anak Bapa Syurgawi.

Elder Neil L. Andersen mengajar: “Imamat adalah kuasa dan wewenang Tuhan yang diberikan untuk keselamatan dan memberkati semua lelaki, wanita, dan kanak-kanak. … Sewaktu kita layak, tatacara imamat memperkayakan kehidupan kita di bumi dan mempersiapkan kita untuk janji-janji yang indah di dunia di hadapan” (“Power in the Priesthood,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 92). Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 107:1–20 (lihat terutamanya ayat 18–20) dan seluruh pesanan Elder Andersen, pertimbangkan mencatat tanggapan yang anda terima mengenai bagaimana kuasa Tuhan memperkayakan hidup anda di bumi dan mempersiapkan anda untuk keabadian. Apakah yang anda lakukan untuk sepenuhnya menerima—dan membantu orang lain menerima—berkat-berkat tersebut?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 84:19; Dallin H. Oaks, “Imamat Melkisedek dan Kunci-kunci,” Ensign atau Liahona, Mei 2020, 69–72.

Ajaran dan Perjanjian 107:41–57

Imamat memberkati keluarga.

Adam ingin keturunannya diberkati dengan imamat. Apakah janji-janji yang diterimanya? (lihat ayat 4255). Semasa anda membaca tentang apa yang Adam lakukan, pertimbangkan hasrat anda sendiri untuk keluarga anda menikmati berkat imamat. Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi membantu keluarga anda menerima berkat-berkat ini?

Imej
Adam memberkati keturunannya

Adam Blessing His Posterity, (Adam memberkati keturunannya) oleh Clark Kelley Price

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 106:6.Apakah yang keluarga kita boleh lakukan untuk menyebabkan “kebahagiaan di dalam syurga”?

Ajaran dan Perjanjian 107:22.Apakah yang kita lakukan untuk menyokong para pemimpin kita “dengan … keyakinan, iman, dan doa”?

Ajaran dan Perjanjian 107:27–31, 85.Asas-asas yang membimbing majlis Gereja juga dapat membantu kita berunding bersama sebagai satu keluarga. Apakah asas-asas dalam ayat-ayat ini yang kita boleh gunakan dalam perbincangan keluarga kita? (Lihat M. Russell Ballard, “Majlis Keluarga,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 63–65.)

Ajaran dan Perjanjian 107:99–100.Berikan seorang ahli keluarga arahan bertulis untuk tugas rumah, dan jemput dia untuk memilih cara melakukan tugas itu: dengan tekun, bermalas-malasan, atau tanpa membaca arahan. Biarkan seluruh keluarga memerhatikan dia melakukan tugasnya dan tentukan pendekatan yang dipilih oleh ahli keluarga. Kemudian biarkan ahli keluarga lain mengambil giliran. Mengapakah Tuhan memerlukan kita untuk mempelajari kewajipan kita dan menjalankannya dengan ketekunan? (Lihat Becky Craven, “Berhati-hati Lawan Bersahaja,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 9–11.)

Ajaran dan Perjanjian 108:7.Bagaimanakah kita dapat memperkuatkan sesama dalam perbualan kita? Dalam doa kita? Dalam gesaan atau galakkan kita? Dalam segala perbuatan kita? Anda boleh pilih salah satu untuk diusahakan sebagai sebuah keluarga.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Mari Dengar Suara Nabi,” Nyanyian Rohani, no. 9.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Catatkan tanggapan. Ketika tanggapan atau pandangan rohani datang kepada anda, catatkannya. Semasa anda lakukan itu, anda menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda menghargai arahan-Nya. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 1230.)

Imej
Melkisedek memberkati Abram.

Melchizedek Blesses Abram, (Melkisedek memberkati Abram) oleh Walter Rane

Cetak