Ajaran dan Perjanjian 2021
20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108: “Untuk Melihat Syurga Dibukakan”


“20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108: ‘Untuk Melihat Syurga Dibukakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
matahari menyinar melalui awan

20–26 September

Ajaran dan Perjanjian 106–108

“Untuk Melihat Syurga Dibukakan”

Renungkan apa yang anda ketahui tentang kanak-kanak yang anda ajar. Apakah jenis aktiviti-aktiviti yang akan membawa mereka lebih dekat kepada Juruselamat? Ingatlah bahawa aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak yang lebih kecil dalam panduan ini boleh diubahsuaikan untuk kanak-kanak yang lebih besar, dan sebaliknya.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar pemimpin Gereja, seperti nabi, Rasul, Presidensi Umum Sekolah Primer, dan Penguasa Umum dan Pegawai lain. Jemput kanak-kanak untuk bincangkan tentang apakah tugas para pemimpin tersebut dan mengapakah kita bersyukur untuk mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 107:18–20, 42–56

Saya diberkati kerana imamat.

Semua anak Bapa Syurgawi boleh menerima berkat-berkat yang datang dari imamat. Pertimbangkan cara-cara anda boleh membantu kanak-kanak yang diajar berasa syukur untuk berkat-berkat tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukiskan pada papan tulis satu gambar yang mewakili “syurga [sedang] dibukakan kepada [kita]” (Ajaran dan Perjanjian 107:19) oleh kerana imamat (sepertimana cahaya matahari menyinar melalui awan). Berikan kepada kanak-kanak gambar-gambar yang mewakili berkat-berkat yang datang dari imamat, seperti pembaptisan, sakramen, dan bait suci. Jemput mereka untuk berkongsi mengapakah mereka bersyukur untuk berkat yang ditunjukkan dalam gambar mereka, dan benarkan mereka untuk meletakkan gambar pada sinaran cahaya pada papan tulis. Kongsi kesaksian bahawa kita memperoleh berkat-berkat tersebut kerana Bapa Syurgawi telah memulihkan imamat.

  • Bentukkan satu lorong jalan di atas lantai, dan berikan kanak-kanak gambar tatacara injil imamat yang mereka perlukan supaya mereka boleh mengikut jalan untuk kembali ke Bapa Syurgawi (lihat Buku Seni Injil, no. 103–8, 119–20). Bantu kanak-kanak susunkan tatacara dalam urutan yang betul di atas lorong tersebut.

  • Tunjukkan satu gambar Adam dan Hawa bersama keluarga mereka (lihat halaman aktiviti minggu ini atau Buku Seni Injil, no. 5). Sambil kanak-kanak melihat gambar itu, tanyakan mereka bagaimana perasaan Adam dan Hawa terhadap keluarga mereka. Gunakan Ajaran dan Perjanjian 107:53–56 untuk kongsi dengan kanak-kanak apa yang Adam telah lakukan untuk menunjukkan kasih dia kepada keluarganya. Kongsi kesaksian anda tentang bagaimana imamat telah memberkati anda dan keluarga anda.

  • Namakan ahli-ahli keluarga yang Adam telah tahbiskan dengan imamat, mengikut Ajaran dan Perjanjian 107:42–50, dan suruh kanak-kanak untuk mengira berapa ramai orang yang dia telah tahbiskan. Bantu mereka faham mengapa Adam inginkan semua ahli keluarganya untuk memperoleh imamat. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi ketika mereka atau keluarga mereka telah menerima berkat melalui imamat.

Ajaran dan Perjanjian 108:7

Saya boleh menguatkan orang lain.

Kanak-kanak kecil juga boleh mengikuti nasihat untuk menguatkan orang lain “dalam semua perbualanmu, dalam semua doamu, … dan dalam semua perbuatanmu.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukiskan satu orang pada papan tulis, dan minta kanak-kanak untuk namakan beberapa perkara seseorang boleh lakukan untuk menjadi kuat secara fizikal. (Anda boleh lukiskan otot yang bertambah besar pada orang itu apabila kanak-kanak menamakan perkara-perkara yang menguatkan badan). Baca Ajaran dan Perjanjian 108:7, dan minta kanak-kanak untuk mendengar cara-cara kita boleh “kuatkanlah saudara [dan saudari] [kita].” Jelaskan sebarang perkataan yang mungkin susah difahami.

  • Bantu kanak-kanak fikirkan orang yang dikenali yang memerlukan penguatan. Apakah yang kita boleh katakan kepada mereka atau lakukan untuk mereka? Bekerjasama untuk membuat kad-kad bagi orang tersebut, atau menggalakkan kanak-kanak untuk ingatkan mereka dalam doa keluarga dan doa peribadi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 107:1–8, 13–14, 18–20

Imamat akan membantu saya kembali ke Bapa Syurgawi.

Imamat Melkisedek dan Imamat Harun telah dipulihkan untuk membantu membawa anak-anak Tuhan kembali kepada Dia. Bantu kanak-kanak yang anda ajar fahami apakah tugasan imamat yang berbeza dan bagaimana ia membantu kita kembali kepada Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak cari Ajaran dan Perjanjian 107:1–8, 13–14, 18–20 untuk perkataan dan frasa penting yang mengajar mereka tentang imamat. Apakah tanggungjawab-tanggungjawab pemegang imamat? Bagaimanakah imamat membantu kita kembali kepada Tuhan?

  • Tuliskan soalan-soalan yang boleh dijawab dari Ajaran dan Perjanjian 107:1–8, 13–14, 18–20, seperti “Apakah nama lain bagi Imamat Melkisedek?” Berikan kanak-kanak beberapa minit untuk mencari jawapan dari ayat-ayat untuk sebanyak soalan yang boleh. Kongsi dengan kanak-kanak berkat-berkat yang anda telah terima melalui imamat.

  • Baca bersama kanak-kanak tentang Melkisedek di dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang kita pelajari dari kehidupan dia tentang maksud untuk menggunakan kuasa imamat?

Ajaran dan Perjanjian 107:21–26, 33–35, 65–66

Hamba-hamba Tuhan terpilih membimbing Gereja-Nya.

Apakah pengalaman-pengalaman yang telah membina kesaksian anda terhadap para pemimpin Gereja? Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak membina kesaksian-kesaksian mereka sendiri?

Imej
Presiden dan Sister Nelson bersama seorang anak

Nabi mengajarkan kita apa yang Tuhan mahu kita ketahui.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan pada papan tulis satu gambar Penguasa Umum dan Pegawai dari terbitan persidangan terkini Ensign atau Liahona. Minta kanak-kanak membacaAjaran dan Perjanjian 107:21–26, 33–35, 65–66, jemput mereka untuk tuliskan pada papan tulis apa yang mereka pelajari tentang tanggungjawab para pemimpin tersebut. Mengapakah kita bersyukur atas bimbingan mereka? Kongsi dengan satu sama lain bagaimana anda peroleh satu kesaksian tentang nabi dan rasul-rasul.

  • Tuliskan perkataan keyakinan, iman, dan doa pada papan tulis. Tanyakan kanak-kanak bagaimana kita boleh menyokong Presidensi Utama Gereja dengan keyakinan, iman dan doa (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:22). Mengapakah ia penting untuk menyokong hamba-hamba terpilih Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 108:3

Mentaati perjanjian saya dengan teliti membawa berkat-berkat.

Renungkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar “lebih berhati-hati … dalam memegang ikrar [mereka],” atau perjanjian. Bagaimana melakukan ini memberkati mereka kini dan di masa hadapan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk lakukan sesuatu yang memerlukan perhatian yang teliti untuk berjaya, seperti mengisi satu cawan penuh dengan air tanpa menumpahkannya. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak berhati-hati? Jemput mereka untuk baca Ajaran dan Perjanjian 108:3 dan cari apa yang Lyman Sherman disuruh untuk buat secara berhati-hati. Senaraikan bersama kanak-kanak janji-janji yang mereka buatkan bersama Bapa Syurgawi apabila mereka dibaptiskan dan mengambil sakramen. Bantu mereka fikirkan cara-cara di mana mereka boleh memenuhi janji-janji itu dengan teliti.

  • Nyanyikan satu lagu bersama kanak-kanak tentang mentaati perjanjian. seperti “Aku Akan Jadi Pemberani” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 85). Bantu mereka mencipta satu tanda dengan frasa dari lagu untuk mengingatkan mereka untuk mentaati perjanjian, dan menggalakkan mereka untuk mempamerkan tanda itu di rumah.

  • Berikan kanak-kanak keratan dari ucapan Sister Becky Craven “Berhati-hati lawan Bersahaja” (Ensign atau Liahona, Mei 2019, 9–11), dan minta mereka untuk berkongsi sesuatu yang mengilhami mereka untuk lebih teliti dalam mentaati perjanjian mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Kadangkala hubungilah ibu bapa kanak-kanak yang anda ajar untuk menggalakkan mereka dalam usaha untuk mengajar injil di rumah. Anda boleh berkongsi sesuatu yang anak mereka telah kongsi di Sekolah Primer yang mereka telah pelajari di rumah.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubah suai aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan Sekolah Primer anda. Jangan menganggap panduan ini sebagai arahan yang anda mesti ikut. Tetapi, gunakannya sebagai idea-idea untuk memulakan ilham anda sendiri semasa anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda mengajar. Dalam sesetengah situasi, anda mungkin diilhami untuk menyesuaikan suatu aktiviti atau topik untuk kanak-kanak yang lebih kecil untuk mengajar kepada kanak-kanak yang lebih tua, atau sebaliknya.

Cetak