Ajaran dan Perjanjian 2021
6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101: “Tenanglah dan Ketahuilah Bahawa Aku ialah Tuhan”


“6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101: ‘Tenanglah dan Ketahuilah Bahawa Aku ialah Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Orang Suci berlari daripada kumpulan perusuh

C. C. A. Christensen (1831–1912), Saints Driven from Jackson County Missouri (Orang Suci Dihalau Dari Daerah Jackson Missouri), lebih kurang 1878, tempera pada kain muslin, 196 × 287 cm. Brigham Young University Museum of Art, hadiah daripada cucu-cucu C. C. A. Christensen, 1970

6–12 September

Ajaran dan Perjanjian 98–101

“Tenanglah Dan Ketahuilah Bahawa Aku Ialah Tuhan”

Apakah pesanan yang kanak-kanak dalam kelas anda perlu dengar minggu ini? Bagaimanakah asas-asas dalam Ajaran dan Perjanjian 98–101 membantu mereka menjadi pengikut Yesus Kristus yang lebih baik?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah belajar dari Ajaran dan Perjanjian di rumah dan di Sekolah Primer. Tanyakan mereka apa yang mereka paling nikmati dari pembelajaran Ajaran dan Perjanjian.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 98:39–40

Saya boleh mengampuni mereka yang tidak baik terhadap saya.

Tuhan meminta Orang Suci yang sedang dianiayai di Daerah Jackson, Missouri, untuk mengampuni mereka yang telah mencederakan mereka. Ketika anda mengajar kanak-kanak kepentingan untuk mengampuni, pastikan mereka juga faham bahawa jika seseorang mencederakan mereka, mereka sentiasa harus melaporkannya kepada seorang dewasa yang boleh dipercayai.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk membantu kanak-kanak faham cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Orang Suci di Sion, kongsi dengan mereka video yang berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Baca Ajaran dan Perjanjian 98:39–40, dan minta kanak-kanak untuk dengar apa yang Tuhan suruh Orang Suci lakukan apabila musuh datang meminta ampun. Mengapakah Yesus mahu kita mengampuni orang, termasuk mereka yang tidak baik terhadap kita?

  • Letakkan satu gambar muka gembira pada satu dinding dan satu gambar muka sedih di dinding yang bertentangan. Kongsi dengan kanak-kanak pelbagai situasi di mana seseorang tidak baik (anda boleh mencarikan cerita dari Friend atau Liahona). Cadangkan cara-cara kita boleh membalas tindakan yang tidak baik, dan bantu kanak-kanak membuat keputusan jika setiap pilihan akan membuatkan mereka gembira atau sedih. Jemput kanak-kanak untuk tunjuk kepada muka yang berkaitan pada dinding.

Ajaran dan Perjanjian 101:16

Yesus Kristus boleh memberi saya kedamaian.

Apabila Orang Suci menghadapi penganiayaan, Tuhan menenangkan mereka dengan berfirman, “Tenanglah dan ketahuilah bahawa Aku ialah Tuhan.” Pertimbangkan bagaimana nasihat ini boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk bergoyang di kerusi mereka. Kemudian suruh mereka berhenti bergerak apabila anda memegang satu gambar Juruselamat dan berkata “Tenanglah dan ketahuilah bahawa Aku ialah Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 101:16). Ulangi aktiviti ini beberapa kali. Jelaskan bahawa apabila kehidupan menjadi susah bagi Orang Suci pada zaman Joseph Smith, Yesus mahu mereka untuk bertenang dan percayai Dia dan jangan risau. Bagaimanakah Yesus boleh membantu kita apabila kita menghadapi masa yang susah?

  • Nyanyi bersama lagu tentang ketakziman, seperti “Hormatlah, Tenanglah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 11). Bantu kanak-kanak mengenal pasti perasaan damai yang datang apabila kita tenang dan berfikir tentang Yesus—contohnya, apabila kita berdoa atau sedang mengambil sakramen.

  • Bantu kanak-kanak menyelesaikan halaman aktiviti minggu ini. Sambil mereka mewarna, beritahu mereka bagaimana memikirkan Yesus Kristus telah membantu anda berasa damai, walaupun pada ketika masa yang susah.

    Imej
    Yesus Kristus

    Butiran dari Christ and the Rich Young Ruler, oleh Heinrich Hofmann

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 11–14; 101:16

Percubaan-percubaan saya boleh membantu saya menjadi lebih seperti Yesus Kristus.

Apabila kanak-kanak menghadapi cabaran sepanjang kehidupan, mereka perlu percaya bahawa Juruselamat boleh membantu mereka dalam percubaan dan percubaan tersebut “bekerja bersama demi kebaikan [mereka]” (Ajaran dan Perjanjian 98:3).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membantu anda membuatkan satu senarai beberapa cabaran yang mungkin dihadapi seorang kanak-kanak pada papan tulis. Kongsi dengan kanak-kanak tentang cabaran-cabaran Orang Suci yang hidup di Daerah Jackson, Missouri, pada tahun 1833. Apakah nasihat yang mereka akan berikan kepada seorang kanak-kanak yang sedang menghadapi cabaran-cabaran tersebut? Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 11–14, mencarikan bimbingan yang Tuhan telah berikan. Bagaimanakah mereka boleh mengikut nasihat ini ketika menghadapi cabaran-cabaran yang disenaraikan pada papan tulis?

  • Jemput kanak-kanak untuk menjadi tenang dan senyap buat beberapa minit sambil melihat satu gambar Juruselamat atau mendengar satu lagu mengenai Dia. Kemudian jemput mereka untuk berkongsi apa perasaan yang dialami ketika ketenangan itu. Baca Ajaran dan Perjanjian 101:16. Bagaimanakah menjadi tenang dan memikirkan tentang Yesus membantu kita? Bantu kanak-kanak faham perhubungan di antara ketenangan takzim dan kebolehan kita untuk merasai Roh dan berfikir tentang Yesus.

Ajaran dan Perjanjian 98:23, 39–40

Yesus mahu saya untuk mengampuni mereka yang tidak baik terhadap saya.

Kita diperintah untuk mengasihi satu sama lain, untuk mengampuni orang “tujuh puluh kali tujuh,” dan untuk memalingkan pipi (lihat Matius 5:39, 43–44; 18:21–22). Bagaimanakah anda boleh menggunakan ayat-ayat tersebut untuk mengajar kanak-kanak kebenaran tersebut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak jika mereka boleh mengingati satu masa ketika di mana Yesus Kristus atau orang lain dalam kitab suci yang melakukan apa Ajaran dan Perjanjian 98:23 ajarkan. Untuk memberikan satu contoh, tunjukkan satu gambar Penyaliban (seperti Buku Seni Injil, no. 57). Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang Penyaliban Juruselamat (lihat Lukas 23). Jemput mereka untuk membaca Lukas 23:34. Bagaimanakah kita boleh mengikut teladan Yesus Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 101:23–32, 36, 38

Saya memperoleh kegembiraan melalui Yesus Kristus.

Tujuan kehidupan bukanlah untuk bebas daripada segala kesusahan, tetapi anda boleh membantu kanak-kanak belajar bahawa mereka masih boleh memperoleh kegenapan kebahagiaan melalui Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Masukkan air ke dalam satu cawan. Jemput kanak-kanak untuk namakan perkara-perkara yang Juruselamat telah lakukan bagi kita supaya kita memperoleh kebahagiaan, dan jemput mereka untuk masukkan satu batu kecil ke dalam cawan bagi setiap perkara yang disebutkan sehinggalah cawan itu penuh. Baca bersama kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 101:36, dan minta mereka untuk cari bagaimana kita mendapat kegenapan kebahagiaan. Apakah perkara-perkara yang kita boleh lakukan untuk “carilah … Tuhan” (ayat 38) supaya kita peroleh kebahagiaan yang Dia ingin berikan kepada kita?

  • Jelaskan bahawa Ajaran dan Perjanjian 101:23–32 mengajar tentang kehidupan yang akan datang apabila Yesus Kristus kembali semula. Ketika anda membaca ayat-ayat tersebut bersama, bincangkan tentang perkara-perkara yang dijumpai oleh kanak-kanak yang akan membawa kebahagiaan kepada kita apabila Dia datang. Mengapakah ia dapat membantu untuk mengetahui semua ini apabila kita menghadapi saat-saat yang susah?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak pilih satu ayat dari Ajaran dan Perjanjian 98–101 yang mereka ingin berkongsi bersama keluarga mereka. Bantu mereka merancang bagaimana mereka akan berkongsi apa yang mereka suka tentang ayat itu.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Meningkatkan diri sebagai guru seperti Kristus. Renungkan cara-cara di mana anda boleh mengajar lebih seperti Kristus. Pertimbangkan untuk menggunakan soalan-soalan penilaian diri pada halaman 37 dalam Teaching in the Savior’s Way untuk membantu anda menjadi lebih baik.

Cetak