Ajaran dan Perjanjian 2021
13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105: “Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat”


“13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105: ‘Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
lelaki bersama kereta berkuda

C. C. A. Christensen (1831–1912), Zion’s Camp, c. 1878, tempera atas kain muslin, 198 × 290 cm. Brigham Young University Museum of Art, hadiah daripada cucu-cucu C. C. A. Christensen, 1970

13–19 September

Ajaran dan Perjanjian 102–105

“Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat”

Pengkajian Ajaran dan Perjanjian 102–5 anda merupakan bahagian penting dalam persediaan untuk mengajar. Dengarkan tanggapan rohani tentang bagaimana untuk membantu kanak-kanak memahami tulisan suci dengan lebih baik.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bantu kanak-kanak pilih satu lagu yang mengingatkan mereka tentang sesuatu yang mereka telah pelajari di rumah atau di gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 103:9

Saya boleh menjadi “suatu cahaya bagi dunia.”

Bagaimanakah anda boleh menggalakkan kanak-kanak yang anda ajar untuk berkongsi cahaya injil kepada orang di sekeliling mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 103:9 kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk memegang satu mentol, lilin, atau sumber cahaya yang lain. Minta mereka untuk tunjukkan gambar mereka kepada pelajar lain dalam kelas. Jelaskan kepada kanak-kanak bagaimana mereka bagaikan cahaya kepada orang lain apabila mereka mengikut Yesus Kristus.

  • Nyanyikan satu lagu bersama kanak-kanak tentang menjadi suatu teladan, seperti “Yesus Ingin Kubercah’ya” atau “Ku S’perti Bintang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 38, 84). Bantu mereka fikirkan aksi-aksi yang berpadanan dengan seni kata. Bagaimanakah kita boleh menjadi satu cahaya, atau teladan yang baik, bagi orang di sekeliling kita?

    Imej
    lilin yang menyala

    Saya boleh menjadi satu cahaya kepada dunia.

Ajaran dan Perjanjian 104:42

Tuhan akan memberkati saya jika saya mematuhi perintah-perintah-Nya.

Beberapa kali dalam bahagian 104, Tuhan menjanjikan “suatu penggandaan berkat” kepada mereka yang mentaati perintah-perintah Dia dengan beriman. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak tahu bahawa Dia ingin memberkati kita dengan banyak sekali?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk lakukan suatu aksi, seperti menggoyangkan jari-jari, setiap kali mereka mendengar perkataan “berkat-berkat” ketika anda membaca Ajaran dan Perjanjian 104:42. Beritahu kanak-kanak bagaimana Bapa Syurgawi telah memberkati anda kerana anda mematuhi perintah-perintah-Nya. Minta kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana Dia telah memberkati mereka. Jemput setiap kanak-kanak untuk berkongsi satu perintah yang mereka boleh patuh.

  • Untuk membantu kanak-kanak faham apakah maksudnya “penggandaan,” lukiskan satu bulatan pada papan tulis atau sekeping kertas. Minta kanak-kanak untuk membantu anda menggandakan bilangan bulatan—lukiskan dua, kemudian empat, kemudian lapan, kemudian enam belas, dan seterusnya—sehinggalah seluruh papan tulis atau kertas dipenuhi dengan bulatan. Setiap kali anda menambahkan bilangan bulatan, bantu kanak-kanak fikirkan satu berkat yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada mereka. Jelaskan bahawa “suatu penggandaan berkat” bermaksud Tuhan akan memenuhi kehidupan kita dengan berkat-berkat jika kita mematuhi perintah-perintah-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 105:38–40

Saya boleh menjadi pendamai.

Terdapatnya banyak ajaran yang kita boleh belajar daripada pengalaman Kem Sion. Satunya yang mungkin penting bagi kanak-kanak adalah bahawa perselisihan dan pergaduhan membawa kesusahan, sementara kesatuan dan kedamaian membawa berkat-berkat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dalam kata-kata anda, ceritakan kepada kanak-kanak kisah Kem Sion (lihat pengenalan kepada panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Berhenti seketika pada waktu-waktu tertentu untuk membincangkan ajaran-ajaran yang kita pelajari dari Kem Sion—contohnya, Tuhan inginkan kita untuk berdamai dan bekerjasama dan bukannya bertengkar dan bergaduh.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 105:38–40, dan minta kanak-kanak untuk berdiri setiap kali mereka mendengar perkataan “damai.” Jelaskan bahawa Tuhan inginkan Orang Suci untuk berdamai dengan mereka yang tidak baik. Bantu kanak-kanak untuk fikirkan apa yang mereka boleh lakukan untuk menjadi pendamai, dan jemput mereka untuk melakonkan beberapa situasi.

  • Kongsi satu kisah tentang seorang kanak-kanak yang menjadi pendamai daripada kehidupan anda atau dari majalah Friend atau Liahona. Nyanyikan satu lagu tentang mengasihi sesama, seperti “Kasihilah Sesama” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39), atau lengkapkan halaman aktiviti minggu ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 104:13–18

Tuhan inginkan saya untuk berkongsi apa yang saya ada bersama mereka yang memerlukannya.

Pertimbangkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak memahami cara Tuhan menyediakan kepada orang-Nya yang serba memerlukan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan kanak-kanak beberapa minit untuk membuat satu senarai tentang berkat-berkat yang Tuhan telah berikan kepada mereka. Galakkan mereka untuk senaraikan sebanyak yang mungkin. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 104:13–18, carikan jawapan untuk soalan-soalan seperti berikut: Siapakah pemilik yang sebenar segala benda? Mengapakah Dia memberikannya kepada kita? Apakah yang Dia ingin kita lakukan dengan perkara-perkara tersebut? Bantu kanak-kanak fikirkan cara-cara mereka boleh berkongsi berkat-berkat mereka dengan orang lain.

  • Kongsi satu pengalaman di mana seseorang telah memberikan kepada anda sesuatu yang anda perlukan, dan minta kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman yang serupa. Atau tunjukkan satu video tentang melayan sesama, seperti “The Coat” (ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang kita pelajari dari pengalaman-pengalaman tersebut tentang melayani sesama? Jemput kanak-kanak untuk prihatin terhadap mereka yang memerlukan dan carikan seorang untuk dilayani minggu ini, contohnya seseorang di sekolah atau terutamanya seorang dalam keluarga mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari dalam Buku Nyanyian Anak-Anak atau Nyanyian Rohani untuk lagu-lagu yang berkaitan dengan melayani atau membantu orang lain (lihat tajuk indeks). Nyanyikan satu atau dua lagu bersama, dan bincangkan apa yang diajar oleh lagu-lagu tersebut.

Ajaran dan Perjanjian 105:9–19

Saya boleh mematuhi perintah-perintah Tuhan walaupun saya tidak memahami sebab-sebabnya.

Pengalaman Kem Sion boleh menjadi satu contoh yang berkuasa untuk menggambarkan berkat yang datang dari keinginan untuk mengikut kehendak Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang Kem Sion. Jika mereka memerlukan bantuan, gunakan pengenalan kepada panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk berlakon seperti mereka ialah ahli-ahli Kem Sion, dan mereka berkongsi pengalaman mereka kepada anak-anak mereka. Apakah yang mereka inginkan anak-anak mereka pelajari dari pengalaman-pengalaman tersebut?

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 105:13–14, dan jelaskan bahawa apabila Kem Sion sampai ke Missouri, Tuhan memberitahu mereka supaya tidak cuba menuntut tanah Orang Suci semula. Beberapa ahli kem menjadi marah dan bertanya mengapa mereka diperintah untuk pergi ke sana. Apakah yang kita harus lakukan jika kita tidak faham sebab-sebab bagi suatu perintah? Kongsi beberapa laporan dari “Suara-suara Pemulihan: Kem Sion” (dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga) untuk membantu kanak-kanak lihat berkat-berkat yang datang apabila kita mematuhi perintah-perintah yang Tuhan telah berikan kepada kita melalui nabi-nabi Dia, walaupun kita tidak memahami segala sebab.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman Kem Sion bersama seseorang di rumah, dan juga satu ajaran yang mereka pelajari dari pengalaman-pengalaman tersebut. Atau jemput mereka untuk fikirkan sesuatu Tuhan telah berkati mereka yang boleh berkongsi dengan orang yang memerlukannya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tujukan gangguan dengan kasih. “Kadangkala kanak-kanak bertindak dalam cara yang mengganggu pembelajaran orang lain dalam kelas. Apabila ini berlaku, bersabarlah, dengan kasih sayang, dan cuba memahami cabaran yang dialami kanak-kanak ini. … Jika kanak-kanak yang menyebabkan gangguan mempunyai keperluan khas, cakap dengan pakar ketidakupayaan bahagian atau pancang atau layari [disabilities.ChurchofJesusChrist.org] untuk mengetahui bagaimana anda dapat membantu dengan lebih baik” (Teaching in the Savior’s Way, 26).

Cetak