Ajaran dan Perjanjian 2021
13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105: “Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat”


“13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105: ‘Selepas Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
para lelaki dengan gerabak

C. C. A. Christensen (1831–1912, Zion’s Camp (Kem Sion), c. 1878, tempera pada kain kapas, 78 × 114 inci. Brigham Young University Museum of Art, hadiah daripada cucu-cucu C. C. A. Christensen, 1970

13–19 September

Ajaran dan Perjanjian 102–105

“Selepas Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat”

Apakah asas-asas dari Ajaran dan Perjanjian 102–105 yang bermakna kepada anda? Pertimbangkan untuk mencatat pemikiran dan tanggapan anda tentang asas-asas ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Orang Suci di Kirtland telah patah hati mendengar bahawa saudara-saudari mereka di Jackson County, Missouri, sedang diusir dari rumah mereka. Pasti ia menggalakkan, pada masa itu, ketika Tuhan menyatakan bahawa “penebusan Sion” akan “datang dengan kuasa” (Ajaran dan Perjanjian 103:15). Dengan janji itu dalam hati mereka, lebih 200 para lelaki, tambah 25 wanita dan kanak-kanak, mengikuti Kem Israel yang kemudian dikenali sebagai Kem Sion. Misinya ialah untuk berarak ke Missouri dan menebus Sion.

Untuk ahli-ahli kem, menebus Sion bermakna memulihkan Orang Suci ke tanah mereka. Tetapi sebelum mereka tiba di Jackson County, Tuhan memberitahu Joseph Smith untuk menghentikan dan membubarkan Kem Sion. Sesetengah ahli kem itu keliru dan kecewa dengan arahan baharu ini; kepada mereka, itu bermakna ekspedisi itu gagal dan janji-janji Tuhan tidak dipenuhi. Namun, yang lain melihatnya secara berbeza. Walaupun Orang Suci yang diasingkan itu tidak pernah kembali ke Jackson County, pengalaman itu membawa “penebusan” ke Sion, dan ia “datang dengan kuasa.” Ahli-ahli Kem Sion yang setia, kebanyakannya kemudian menjadi pemimpin Gereja, memberi kesaksian bahawa pengalaman itu memperdalamkan iman mereka terhadap kuasa Tuhan, dalam panggilan ilahi Joseph Smith, dan dalam Sion—bukan hanya tempat Sion tetapi Sion umat Tuhan. Daripada mempersoalkan nilai tugasan yang seolah-olah tidak berjaya ini, mereka mengetahui bahawa tugasan sebenar adalah mengikuti Juruselamat, walaupun kita tidak memahami segala-galanya. Ini adalah bagaimana Sion, pada akhirnya, akan ditebus.

Imej
sungai kecil

Kem Zion berada di tepi tebing Little Fishing River, gambar di sini.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 102:12–23

Apakah tujuan arahan dalam ayat-ayat ini?

Bahagian 102 mengandungi catatan pertemuan di Kirtland, Ohio, ketika majlis tinggi Gereja yang pertama ditubuhkan. Ayat 12–23 menggambarkan prosedur majlis tinggi ketika mengadakan majlis tatatertib bagi mereka yang telah melakukan pelanggaran yang serius.

Presiden M. Russell Ballard ajarkan, “Ada masanya para ahli bertanya mengapakah majlis tatatertib Gereja diadakan. Terdapat tiga tujuan: untuk menyelamatkan jiwa pelanggar, untuk melindungi yang tidak bersalah, dan untuk menjaga kesucian, integriti, dan nama baik Gereja”” (“A Chance to Start Over: Church Disciplinary Councils and the Restoration of Blessings,” Ensign, Sep. 1990, 15).

Ajaran dan Perjanjian 103:1–12, 36; 105:1–19

Sion hanya boleh dibina pada asas-asas kesolehan.

Mengapakah Orang Suci kehilangan negeri yang dijanjikan di Missouri? Mengapakah Tuhan tidak membenarkan Kem Sion untuk kembali ke tanah mereka? Sudah tentu tindakan ganas perusuh di Missouri memainkan peranan, dan gabenor Missouri telah menjanjikan sokongan untuk Orang Suci tetapi tidak pernah memberikannya. Tetapi Tuhan berfirman “jikalau bukan kerana pelanggaran umat-Ku,” Sion “mungkin telah ditebus bahkan sekarang” (Ajaran dan Perjanjian 105:2). Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 103:1–12, 36; 105:1–19, anda mungkin dapat melihat beberapa perkara yang menghalang penubuhan Sion di Missouri dan yang lain yang dapat membantu. Apakah yang anda pelajari yang dapat membantu anda menubuhkan Sion di hati dan rumah anda?

Ajaran dan Perjanjian 103:12–13; 105:1–6, 13–19

Berkat-berkat datang selepas kesengsaraan dan percubaan iman.

Dalam banyak cara, mengambil bahagian dalam Kem Sion adalah percubaan iman. Perjalanan tersebut jauh, cuaca panas, dan makanan dan air kadangkala sukar didapati. Selepas segala yang mereka lalui, Orang Suci masih tidak dapat kembali ke tanah mereka. Pertimbangkan bagaimana asas-asas dalam Ajaran dan Perjanjian 103:12–13 dan 105:1–6, 13–19 mungkin telah membantu para ahli Kem Sion yang tertanya-tanya jika perintah untuk menubuh benar-benar datang daripada Tuhan. Bagaimanakah asas-asas ini membantu anda dalam percubaan iman anda sendiri?

Anda juga boleh membaca tentang pengalaman para ahli Kem Sion dalam “Suara-suara Pemulihan” di penghujung panduan ini. Apakah yang mengagumkan anda tentang sifat mereka? Apakah yang anda boleh pelajari dari teladan mereka?

Ajaran dan Perjanjian 104:11–18, 78–83

Saya ialah seorang “pengawas terhadap berkat-berkat duniawi.”

Tambahan kepada percubaan di Missouri, pada 1834 Gereja menghadapi kesukaran kewangan, termasuklah hutang dan perbelanjaan yang berat. Dalam bahagian 104 Tuhan memberi nasihat tentang keadaan kewangan Gereja. Bagaimanakah anda boleh menggunakan asas-asas dalam ayat 11–18 dan 78–83 bagi keputusan kewangan peribadi anda?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 103:12, 36; 105:9–13.Adakah keluarga anda (atau salah seorang daripada nenek moyang anda) pernah diminta untuk melakukan sesuatu yang tidak terjadi seperti yang anda harapkan? Apakah yang anda dapat pelajari dari reaksi ahli Kem Sion ketika perjalanan mereka tidak terjadi seperti apa yang mereka harapkan? (lihat “Suara-suara Pemulihan” pada akhir panduan ini).

Ajaran dan Perjanjian 104:13–18.Apakah yang Tuhan telah berikan kepada kita? Apakah yang Dia inginkan kita lakukan dengan hal-hal ini?

Ajaran dan Perjanjian 104:23–46.Keluarga anda boleh mencari ayat-ayat ini untuk mengetahui berapa kali Tuhan berjanji untuk “melipatgandakan berkat” (ayat 23) mereka yang beriman. Ini akan menjadi masa yang baik untuk “menghitung berkatmu” (“Hitung Berkatmu,” Nyanyian Rohani, no. 111) dan bincangkan bagaimana dengan melakukan demikian boleh membantu ketika kita menghadapi masa sukar. Kanak-kanak kecil mungkin menikmati melukis berkat-berkat yang mereka syukuri.

Ajaran dan Perjanjian 105:38–41.Bagaimanakah kita boleh membuat “cadangan-cadangan untuk perdamaian” (ayat 40) ketika orang lain melayan kita dengan tidak baik atau tidak adil? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadi “panji kedamaian” (ayat 39) di rumah kita?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Hitunglah Berkatmu,” Nyanyian Rohani, no. 111.

Imej
ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan

Kem Sion

Kerana Kem Sion tidak pernah kembalikan Orang Suci ke tanah mereka di Jackson County, ramai orang merasakan bahawa usaha mereka adalah satu kegagalan. Walau bagaimanapun, banyak peserta Kem Sion memandang pengalaman mereka dan melihat bagaimana Tuhan memenuhi tujuan yang lebih tinggi dalam kehidupan mereka dan dalam kerajaan-Nya. Berikut adalah beberapa kesaksian mereka.

Joseph Smith

Imej
Joseph Smith

Lebih 40 tahun selepas Kem Sion, Joseph Young, yang telah menjadi ahli kem, melaporkan bahawa Joseph Smith berkata yang berikut:

“Para saudara, sebahagian daripada anda marah kepada saya, kerana anda tidak berperang di Missouri; tetapi saya memberitahu anda, Tuhan tidak mahu anda bertarung. Dia tidak dapat mengatur kerajaan-Nya dengan dua belas lelaki untuk membuka pintu injil kepada bangsa-bangsa di bumi, dan dengan tujuh puluh orang di bawah arahan dua belas untuk mengikuti jejak mereka, kecuali jika Dia mengambil mereka dari kalangan para lelaki yang telah menawarkan nyawa mereka, dan yang telah membuat pengorbanan yang besar seperti Abraham.

“Sekarang, Tuhan telah mendapat Dua Belas dan Tujuh Puluh-Nya, dan akan ada lagi kuorum Tujuh Puluh lain, yang akan membuat pengorbanan, dan mereka yang tidak membuat pengorbanan dan persembahan mereka sekarang, akan membuatnya.”1

Brigham Young

Imej
Brigham Young

“Ketika kami tiba di Missouri, Tuhan berbicara kepada hamba-Nya Joseph dan berfirman, ‘Aku telah menerima persembahanmu,’ dan kami mempunyai kesempatan untuk kembali. Ketika saya kembali, banyak kawan bertanya kepada saya apakah keuntungan dalam memanggil para lelaki untuk pergi ke Missouri dan kemudian kembali, tanpa melaksanakan apa-apa. ‘Siapakah yang mendapat faedah?’ tanya mereka. ‘Jika Tuhan telah memerintahkan supaya ia dilakukan, apakah objektif Dia dengan berbuat demikian?’ … Saya memberitahu para saudara bahawa saya dibayar dengan bayaran yang tinggi—ya bahawa saya dilimpahi oleh pengetahuan yang saya terima dengan perjalanan bersama Nabi.”2

Wilford Woodruff

Imej
Wilford Woodruff

“Saya berada di Kem Sion bersama Nabi Tuhan. Saya lihat Tuhan berurusan dengan nabi. Saya lihat kuasa Tuhan berserta nabi. Saya lihat dia ialah seorang Nabi. Apa yang dinyatakan kepadanya oleh kuasa Tuhan melalui misi itu sangat berharga bagi saya dan kepada semua yang menerima arahannya.”3

“Apabila ahli-ahli Kem Sion dipanggil, banyak dari kalangan kami yang tidak pernah melihat wajah masing-masing; kami adalah orang asing dan ramai yang tidak pernah melihat nabi. Kami telah tercerai-berai, seperti jagung yang ditapis dalam ayak, di seluruh negara. Kami adalah para pemuda, dan dipanggil pada masa itu untuk pergi dan menebus Sion, dan apa yang kami perlu ialah lakukannya dengan iman. Kami berkumpul bersama dari pelbagai tempat di Kirtland dan pergi untuk menebus Zion, untuk memenuhi perintah Tuhan kepada kami. Tuhan menerima pekerjaan kami seperti dia terima pekerjaan Abraham. Kami telah mencapai kejayaan besar walaupun pemurtad dan orang kafir sering kali bertanya soalan ‘apa yang telah kamu lakukan?’ Kami memperoleh pengalaman yang tidak akan kami peroleh dari cara lain. Kami mempunyai kesempatan untuk melihat wajah nabi, dan kami mempunyai kesempatan untuk melakukan perjalanan dengannya, dan melihat roh Tuhan bersama dengan dia, dan wahyu-wahyu Yesus Kristus kepadanya dan pengenapan wahyu-wahyu tersebut. Dan dia mengumpulkan kira-kira dua ratus penatua dari seluruh negara pada hari itu dan menyuruh kami pergi untuk mengkhutbahkan injil Yesus Kristus. Sekiranya saya tidak pergi ke Kem Sion, saya sepatutnya tidak berada di sini hari ini [di Salt Lake City, melayani dalam Kuorum Dua Belas]. … Dengan pergi ke sana, kami telah didorong ke ladang anggur untuk mengkhutbahkan injil, dan Tuhan menerima pekerjaan kami. Dan dalam semua pekerjaan dan penganiayaan kami, dengan nyawa kami sering dipertaruhkan, kami terpaksa bekerja dan hidup dengan beriman.”4

“Pengalaman [yang kami] peroleh dalam perjalanan Kem Sion adalah lebih bernilai daripada emas.”5

Nota

  1. Dalam Joseph Young Sr., History of the Organization of the Seventies (1878), 14.

  2. “Discourse,” Deseret News, 3 Dis 1862, 177.

  3. Dalam Laporan Persidangan, Apr. 1898, 29–30; lihat juga Teachings of Presidents of the Church: Wilford Woodruff (2004), 135.

  4. “Discourse,” Deseret News, 22 Dis 1869, 543; lihat juga Teachings: Wilford Woodruff, 138.

  5. Deseret News: Semi-Weekly, 27 Julai 1880, 2; lihat juga Teachings: Wilford Woodruff, 138.

Imej
Kem Sion berdekatan sungai

Zion’s Camp (Zion’s Camp at Fishing River), oleh Judith A. Mehr

Cetak