Ajaran dan Perjanjian 2021
6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101: “Tenanglah dan Ketahuilah Bahawa Aku ialah Tuhan.”


“6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101: ‘Tenanglah dan Ketahuilah Bahawa Aku ialah Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Orang suci melarikan diri dari perusuh

C. C. A. Christensen (1831–1912), Saints Driven from Jackson County Missouri (Orang Suci Diusir dari Jackson County Missouri), c. 1878, tempera pada muslin, 77 ¼ × 113 inci. Muzium Seni Universiti Brigham Young, hadiah daripada cucu-cucu C. C. A. Christensen, 1970

6–12 September

Ajaran dan Perjanjian 98–101

“Tenanglah dan Ketahuilah Bahawa Aku ialah Tuhan”

Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 98–101, berikan perhatian kepada fikiran dan tanggapan yang datang. Bagaimanakah bertindak ke atasnya membantu anda menjadi seseorang yang Tuhan inginkan?

Mencatat Tanggapan Anda

Bagi para Orang Suci pada tahun 1830-an, Independence, Missouri betul-betul adalah negeri yang dijanjikan. Ia adalah “tempat pusat” bagi Sion (lihat Ajaran dan Perjanjian 57:3)—kota Tuhan di bumi—yang mana mereka telah membuat pengorbanan besar untuk bina. Bagi mereka, pengumpulan para Orang Suci di situ adalah permulaan yang menarik dan agung untuk Kedatangan Kedua. Tetapi jiran-jiran mereka di kawasan itu melihat hal yang berbeza. Mereka mengambil isu dengan dakwaan bahawa Tuhan telah memberikan tanah itu kepada para Orang Suci, dan mereka tidak selesa dengan kesan politik, ekonomi, dan sosial dari begitu banyak orang dari agama yang asing yang berpindah ke kawasan itu dengan cepat. Tidak lama kemudian kebimbangan berubah menjadi ancaman, dan ancaman berubah menjadi penganiayaan dan keganasan. Pada bulan Julai 1833, pejabat percetakan Gereja dimusnahkan, dan pada bulan November, para Orang Suci terpaksa meninggalkan rumah mereka di Jackson County, Missouri.

Joseph Smith berada lebih dari 800 kilometer jauhnya di Kirtland, dan berita ini mengambil masa beberapa minggu untuk sampai kepadanya. Tetapi Tuhan tahu apa yang sedang berlaku, dan Dia mengungkapkan kepada Nabi-Nya tentang asas kedamaian dan galakkan yang akan menghibur Orang Suci—asas-asas yang dapat membantu kita ketika kita menghadapi penganiayaan, ketika keinginan kita yang benar tidak dipenuhi, atau ketika kita memerlukan peringatan kesengsaraan harian kita pada akhirnya, “bekerja bersama demi kebaikan [kita]” (Ajaran dan Perjanjian 98:3).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 11–14; 101:1–16

Percubaan saya akan bekerja bersama demi kebaikan saya.

Sesetengah kesengsaraan dalam hidup kita adalah disebabkan pilihan kita sendiri. Yang lain disebabkan oleh pilihan orang lain. Dan kadangkala tidak ada yang dipersalahkan—hal buruk tetap terjadi. Tidak mengira penyebabnya, kesusahan dapat membantu memenuhi tujuan ilahi. Semasa anda membaca apa yang Tuhan firmankan tentang kesusahan Orang Suci dalam Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 11–14 dan 101:1–16, apakah yang anda temui yang dapat membantu anda dalam percubaan anda? Bagaimanakah ayat-ayat ini mempengaruhi cara anda melihat cabaran yang anda hadapi? Renungkan bagaimana cubaan anda bekerja bersama demi kebaikan anda dan mencapai tujuan Tuhan dalam kehidupan anda.

Lihat juga 2 Nefi 2:2; Ajaran dan Perjanjian 90:24.

Ajaran dan Perjanjian 98:23–48

Tuhan ingin saya mencari kedamaian dalam cara-Nya.

Bukan semua dalam Ajaran dan Perjanjian 98:23–48 akan berguna kepada pergaulan anda dengan orang lain, apakah asas yang anda temui yang dapat membimbing anda ketika anda telah dianiayai oleh orang lain? Ia mungkin berguna untuk menandakan kata atau ungkapan yang menerangkan bagaimana Tuhan menginginkan Orang suci mengendalikan konflik di Missouri.

Lihat juga Jeffrey R. Holland, “Pelayanan Perdamaian,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 77–79.

Imej
Yesus Kristus

Perincian dari Christ and the Rich Young Ruler, oleh Heinrich Hofmann

Ajaran dan Perjanjian 100

Tuhan menjaga mereka yang melayani-Nya.

Hanya beberapa minggu selepas Joseph mengetahui penganiayaan di Missouri, seorang penganut baharu ini meminta Joseph pergi ke Kanada untuk berkongsi injil dengan anak-anaknya. Joseph bersetuju, walaupun dia bimbang untuk meninggalkan keluarganya, terutama kerana penganiayaan dan ancaman kepada keluarganya dan Gereja. Dalam perjalanan mereka ke Kanada, Joseph dan temannya, Sidney Rigdon, berdoa untuk penghiburan, dan bahagian 100 adalah jawapan Tuhan kepada mereka. Apakah yang anda temui dalam tindak balas Tuhan yang mungkin dapat memberi jaminan dan membantu mereka?

Mungkin anda juga mempunyai pengalaman yang memerlukan anda untuk mengimbangkan keprihatinan terhadap tanggungjawab Gereja dan perhatian anda terhadap keluarga anda. Bagaimanakah firman Tuhan dalam bahagian 100 membantu anda dalam situasi sedemikian?

Ajaran dan Perjanjian 101:43–65

Mengikuti nasihat Tuhan membantu memastikan saya selamat.

Perumpamaan dalam Ajaran dan Perjanjian 101:43–62 diberikan untuk menjelaskan mengapa Tuhan membenarkan Orang Suci diusir dari Sion. Semasa anda membaca ayat-ayat ini, adakah anda melihat persamaan antara diri anda dan para orang suruhan dalam perumpamaan ini? Anda mungkin bertanya kepada diri sendiri: Adakah saya pernah mempersoalkan perintah-perintah Tuhan? Bagaimanakah kekurangan iman atau komitmen membenarkan “musuh” memiliki pengaruh dalam hidup saya? Bagaimanakah saya boleh menunjukkan kepada Tuhan bahawa saya “bersedia untuk dibimbing pada jalan yang benar dan tepat demi keselamatan [saya]”? (lihat ayat 63–65).

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 98:16, 39–40.Apakah yang ada dalam ayat-ayat ini yang dapat membantu kita memperoleh lebih banyak kedamaian dalam keluarga kita? Anda boleh menyanyikan sebuah lagu tentang kedamaian dan keampunan, seperti “Keb’naran Kita Hayati” (Nyanyian Rohani, no. 129). Kanak-kanak kecil boleh memain peranan untuk saling memaafkan sesama.

Ajaran dan Perjanjian 99.Ketika John Murdock dipanggil untuk meninggalkan rumahnya “memaklumkan Injil abadi” (ayat 1), dia baru sahaja kembali dari misi yang sukar dan panjang di Missouri. Apakah yang kita temui dalam bahagian 99 yang membantu atau menggalakkan Brother Murdock? Apakah pesanan Tuhan kepada kita dalam wahyu ini?

Ajaran dan Perjanjian 100:16; 101:3–5, 18.Selepas membaca ayat-ayat ini, anda boleh membincangkan bagaimana tukang besi mesti memanaskan logam dengan panas sekali untuk menghilangkan kekotoran dan kemudian membentuknya dengan memukulnya berulang kali. Anda juga boleh belajar bersama tentang bagaimana benda lain disucikan, seperti air atau garam. Mungkin anda boleh menyucikan atau membersihkan sesuatu sebagai satu keluarga. Mengapakah kita mahu menjadi suci? Apakah contoh-contoh yang mengajar kita tentang cubaan kita boleh membantu kita menjadi “suatu umat yang murni”?

Ajaran dan Perjanjian 101:22–36.Bagaimanakah ayat-ayat ini membantu Orang Suci yang menghadapi penganiayaan? Bagaimanakah ia membantu mereka yang merasa takut akan keadaan dunia kita kini?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan),” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan asas. Elder Richard G. Scott mengajar: “Semasa anda mencari pengetahuan rohani, carikan asas. … Asas adalah kebenaran yang tertumpu, disediakan untuk pelbagai keadaan” (“Acquiring Spiritual Knowledge,” Ensign, Nov. 1993, 86).

Imej
perusuh menganiayai Orang Suci

Missouri Burning, (Missouri Terbakar) oleh Glen S. Hopkinson

Cetak