Ajaran dan Perjanjian 2021
27 September–3 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 109–110: “Ianya Adalah Rumah-Mu, Sebuah Tempat Kekudusan-Mu”


27 September–3 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 109–110: ‘Ianya Adalah Rumah-Mu, Sebuah Tempat Kekudusan-Mu”,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

27 September–3 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 109–110,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Bait Suci Kirtland

Kirtland Temple, oleh Jon McNaughton

27 September–3 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 109–110

“Ianya Adalah Rumah-Mu, Sebuah Tempat Kekudusan-Mu”

Untuk memperoleh pengalaman pengkajian rohani Ajaran dan Perjanjian 109–10 bersama kanak-kanak kelas anda, bermulalah dengan memperoleh pengalaman pengkajian rohani tulisan suci ini sendiri.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar-gambar yang boleh membantu kanak-kanak ingat dan kongsi sesuatu yang mereka telah pelajari tentang asas atau peristiwa dalam Ajaran dan Perjanjian 109–10. Contohnya, anda boleh tunjukkan satu gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 109:12–13; 110:1–7

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Renungkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak berasa takzim terhadap rumah Tuhan dan menantikan hari di mana mereka boleh memasuki “tempat kekudusan[-Nya]” (Ajaran dan Perjanjian 109:13).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk kongsi sesuatu yang mereka suka tentang rumah mereka. Tunjukkan satu gambar Bait Suci Kirtland, dan gunakan Ajaran dan Perjanjian 109:12–13; 110:1–7 untuk memberitahu mereka tentang hari bait suci dibaktikan dan menjadi rumah Tuhan. Untuk menunjukkan bahawa bait suci ialah rumah Tuhan, baca doa pembaktian yang telah diberi oleh Joseph Smith: “Ianya adalah rumah-Mu, sebuah tempat kekudusan-Mu”” (Ajaran dan Perjanjian 109:13). Minta kanak-kanak berkongsi sesuatu yang mereka suka tentang bait suci.

  • Berikan setiap kanak-kanak satu gambar bait suci, atau jemput mereka untuk lukiskan satu bait suci. Nyanyikan bersama satu lagu tentang bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99). Jemput kanak-kanak untuk tunjukkan gambar mereka apabila mereka nyanyikan perkataan “bait suci” ketika menyanyi. Tunjukkan kepada mereka perkataan-perkataan lain dalam lagu yang mengajar kita sesuatu yang penting tentang bait suci. Beritahu kanak-kanak perasaan anda terhadap bait suci dan bagaimana anda tahu ia rumah Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 110

Kunci-kunci imamat diperlukan untuk menyempurnakan kerja Tuhan dalam Gereja hari ini.

Bait Suci Kirtland adalah penting dalam sejarah Gereja. Yesus Kristus menunjukkan diri di sana, bersama dengan nabi-nabi dahulu kala. Nabi-nabi tersebut memberikan kunci-kunci imamat kepada Joseph Smith yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja zaman akhir.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk memberitahu kanak-kanak tentang makhluk-makhluk syurgawi yang datang melawat bait suci itu. Kongsi frasa-frasa dari Ajaran dan Perjanjian 110 yang membantu anda dan kanak-kanak memahami kesucian peristiwa-peristiwa tersebut.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa kunci, dan bincangkan apakah kegunaan kunci. Benarkan kanak-kanak mengambil giliran memegang kunci-kunci dan berlakon membuka satu pintu yang berkunci. Sambil mereka berbuat demikian, jelaskan bahawa Joseph Smith menerima kunci-kunci imamat di Bait Suci Kirtland. Kunci-kunci tersebut memberi kuasa dan berkat supaya kita dapat melakukan kerja Tuhan dalam Gereja Dia, seperti berkongsi injil dan melakukan kerja-kerja bait suci.

  • Kongsi satu pengalaman yang membantu memalingkan hati anda kepada nenek moyang anda. Minta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka ketahui tentang seorang datuk nenek atau moyang lain.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 109; 110:1–10

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Bagaimanakah anda akan berkongsi dengan kanak-kanak kasih anda terhadap rumah Tuhan? Pertimbangkan bagaimana anda akan mengilhami mereka untuk menerima cabaran Elder Quentin L. Cook “kita semua, di mana pun kita tinggal, untuk menggambarkan diri sendiri dalam bait suci” (“Gambarkan Diri Sendiri Dalam Bait Suci,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 98).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih ayat-ayat dari bahagian 109 atau 110 yang menyerlahkan berkat-berkat bait suci (terdapat beberapa yang dicadangkan dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Senaraikan berkat-berkat tersebut pada papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk mencari ayat-ayat yang anda pilihkan untuk mencari berkat-berkat itu. Bagaimanakah kita menjelaskan kepada seseorang mengapakah bait suci penting bagi kita?

  • Minta kanak-kanak untuk membaca dengan senyap Ajaran dan Perjanjian 110:1–10, dan jemput mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus atau bait suci dari ayat-ayat tersebut. Jemput kanak-kanak untuk melukis satu gambar mereka dan Juruselamat dalam bait suci.

  • Minta kanak-kanak bayangkan seorang rakan sedang mencari rumah mereka. Bagaimanakah kita boleh membantu rakan kita ketahui yang mana satukah ialah rumah kita? Bagaimanakah kita ketahui bahawa bait suci ialah rumah Tuhan? Baca Ajaran dan Perjanjian 109:12–13 bersama kanak-kanak, dan kongsi dengan mereka bagaimana anda ketahui bahawa bait suci ialah rumah Tuhan. Tunjukkan gambar-gambar bait suci, dan biarkan kanak-kanak berkongsi perasaan mereka berkenaan rumah Tuhan.

  • Nyanyikan bersama kanak-kanak “Roh Tuhan” (Nyanyian Rohani, no. 2), dan beritahu mereka lagu itu telah dinyanyikan pada ketika pembaktian Bait Suci Kirtland—dan di pembaktian bait suci hari ini. Mengapakah lagu ini baik untuk pembaktian Bait Suci Kirtland?

    Imej
    dalaman Bait Suci Kirtland

    Setiap sudut Bait Suci Kirtland terdapatnya mimbar-mimbar untuk pemimpin-pemimpin imamat.

Ajaran dan Perjanjian 110:11–16

Kunci-kunci imamat diperlukan untuk menyempurnakan kerja Tuhan dalam Gereja hari ini.

Elder Gary E. Stevenson telah berkata, “Anak-anak Bapa di Syurga telah terkunci daripada tatacara-tatacara Injil penyelamatan Injil Yesus Kristus—sehingga pemulihan ilahi dilaksanakan oleh [Musa, Elias, dan Elia]” (“Di Mana Kunci-Kunci dan Wewenang Imamat?Ensign atau Liahona, Mei 2016, 30).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak mencari Ajaran dan Perjanjian 110:11–16 untuk memperoleh nama-nama tiga nabi zaman dahulu yang muncul di Bait Suci Kirtland. Kemudian bantu mereka mencari kata-kata dalam ayat tersebut yang menjelaskan apa yang setiap nabi telah “anugerahkan,” atau beri, kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery.

  • Kongsi huraian kunci-kunci imamat yang diberi oleh Presiden Russell M. Nelson: “Di dalam saku anda mungkin terdapat satu kunci ke rumah atau kereta anda. Manakala kunci imamat, tidak ketara dan tidak dapat dilihat. Kunci imamat ‘menghidupkan’ wewenang imamat” (“Personal Priesthood Responsibility,” Ensign atau Liahona, Nov. 2003, 45–46). Untuk memberi gambaran kepentingan kunci-kunci imamat, bincangkan bersama kanak-kanak masalah yang datang dari kehilangan kunci rumah atau kunci kereta. Bagaimanakah ini seumpama masalah kehilangan kunci-kunci imamat? Bantu kanak-kanak memahami siapa yang memegang kunci-kunci imamat hari ini dan bagaimanakah kunci-kunci ini digunakan untuk membebaskan berkat kepada semua anak Tuhan .

  • Bincangkan apa yang kita boleh lakukan untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja yang dibolehkan oleh kunci-kunci Elia.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini atau gambar yang mereka lukis ketika kelas untuk mengajar ahli keluarga mereka sesuatu yang mereka telah pelajari hari ini tentang bait suci dan kunci-kunci imamat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ciptakan suasana yang penyayang dan takzim. “Teladan anda mempunyai dorongan yang kuat dalam sikap [kanak-kanak]. … Dengan kata-kata dan tindakan anda, tunjukkan kepada mereka bahawa anda mengasihi injil dan anda mengambil berat tentang perkembangan rohani mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 15).

Cetak