Ajaran dan Perjanjian 2021
11–17 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 115–120: “Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku Daripada Kejayaannya”


“Oktober 11–17. Ajaran dan Perjanjian 115–120: ‘Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku Daripada Kejayaannya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Oktober 11–17. Ajaran dan Perjanjian 115–120,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Barat Jauh

Far West, oleh Al Rounds

Oktober 11–17

Ajaran dan Perjanjian 115–120

“Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku Daripada Kejayaannya”

Biarkan Roh membimbing anda kepada asas-asas yang kanak-kanak paling perlukan. Anda boleh peroleh idea-idea yang membantu dalam aktiviti bagi kanak-kanak yang lebih kecil atau bagi kanak yang lebih besar.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Sekali sekala, ia mungkin baik untuk bercakap dengan ibu bapa salah seorang kanak-kanak secara awal dan cadangkan kanak-kanak itu datang ke kelas bersedia untuk berkongsi sesuatu yang dia telah pelajari di rumah. Anak itu mungkin menikmati membimbing kelas dalam satu aktiviti yang dia telah lakukan bersama keluarganya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 115:4–5

Saya tergolong dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak kenal pasti berkat-berkat menjadi sebahagian daripada Gereja Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak jika sesiapa di antara mereka yang boleh sebutkan nama penuh Gereja. Tunjukkan kepada mereka logo Gereja (pada terbitan Gereja atau tag nama penginjil), tuliskan nama itu pada papan tulis, atau baca kepada mereka dari Ajaran dan Perjanjian 115:4. Minta kanak-kanak untuk sebutkan nama itu sambil anda menuding kepada setiap perkataan. Tunjukkan perkataan yang penting dalam nama itu, dan bantu kanak-kanak faham mengapakah perkataan ini penting .

  • Nyanyikan bersama “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 48), dan kongsi dengan kanak-kanak bagaimana perasaan anda sebagai seorang ahli Gereja Yesus Kristus. Benarkan mereka untuk berkongsi perasaan mereka tentang Gereja.

  • Jemput kanak-kanak untuk berdiri apabila anda membaca perkataan “bangkit” dalam Ajaran dan Perjanjian 115:5. Jemput mereka untuk membuka jari-jari seperti sinaran cahaya matahari apabila anda membaca “bersinarlah.” Nyanyikan bersama satu lagu tentang menjadi satu cahaya kepada orang lain, seperti “Ku S’perti Bintang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 84). Ingatkan kanak-kanak bahawa cahaya kita datang daripada Yesus Kristus, dan bantu mereka untuk fikirkan cara-cara di mana mereka boleh “bersinarlah.”

Ajaran dan Perjanjian 117:6

Yesus Kristus telah mencipta bumi dan segala yang terdapat di dalamnya.

Untuk menggalakkan William Marks dan Newel K. Whitney mengorbankan harta mereka dan berpindah ke Missouri, Tuhan mengingatkan mereka bahawa Dia telah mencipta segalanya di bumi. Bagaimanakah kanak-kanak boleh diberkati dengan pengetahuan kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawakan atau lukiskan gambar-gambar penciptaan dalam Ajaran dan Perjanjian 117:6 yang Tuhan telah sebutkan (atau jemput kanak-kanak untuk lukiskan gambar-gambar mereka sendiri). Jemput kanak-kanak untuk pegang atau gunakan jari dan menunjuk dalam gambar apabila anda membaca ayat itu. Beritahu kanak-kanak mengapakah ia adalah penting bagi anda untuk ketahui Yesus Kristus mencipta semua ini.

  • Nyanyikan bersama satu lagu tentang ciptaan Tuhan, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Benarkan kanak-kanak berkongsi beberapa perkara yang Tuhan telah ciptakan yang membantu mereka merasai kasih-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 119–20

Persepuluhan membantu Gereja melakukan pekerjaan Tuhan.

Ramai kanak-kanak yang anda ajar mungkin terlalu muda untuk memperoleh pendapatan dan membayar persepuluhan, namun ia adalah baik bagi mereka untuk memahami bagaimana persepuluhan menyumbang kepada usaha hebat Gereja di seluruh dunia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bagaimana kita membayar persepuluhan dan apakah yang ia digunakan dengan menunjukkan video yang berkaitan di ChurchofJesusChrist.org. Lukiskan 10 duit syiling pada papan tulis, dan minta kanak-kanak untuk membantu anda mengiranya. Tentukan berapa banyak untuk diberi kepada Tuhan bagi persepuluhan.

  • Jika boleh, kongsi satu kisah peribadi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 115:4–6

Teladan saya boleh membantu orang datang kepada Kristus dan memperoleh keselamatan.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin ketahui orang yang terjejas oleh ribut kehidupan dan memerlukan “perlindungan” (ayat 6) yang disediakan oleh Gereja. Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengilhami kanak-kanak untuk “bangkit dan bersinarlah” (ayat 5) dan berkongsi cahaya mereka dengan orang tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan satu lampu suluh, satu gambar matahari, atau sesuatu yang mewakili cahaya injil Juruselamat dan ambil giliran memegangnya. Apabila tiba giliran mereka untuk memegang cahaya itu, jemput kanak-kanak untuk baca Ajaran dan Perjanjian 115:4–5 dan namakan sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk “bersinarlah” seperti suatu cahaya bagi orang lain (lihat 3 Nefi 18:24).

  • Jemput kanak-kanak untuk lukiskan satu gambar yang menggambarkan Ajaran dan Perjanjian 115:6. Contohnya, mereka boleh lukiskan hujan ribut, dan orang yang mencari perlindungan di satu bangunan Gereja. Apakah beberapa perkara yang boleh mewakili ribut? Bagaimanakah Gereja memberi perlindungan daripada perkara-perkara tersebut?

Ajaran dan Perjanjian 117

Pengorbanan saya kudus bagi Tuhan.

Dalam bahagian 117, Tuhan menasihati William Marks dan Newel K. Whitney untuk mengorbankan harta mereka di Kirtland untuk berkat yang lebih besar di Missouri. Dia juga menghargai pengorbanan Oliver Granger. Apakah yang anda rasa kanak-kanak boleh pelajari dari teladan mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk bayangkan mereka pemilik kedai yang berjaya di Kirtland, seperti Newel K. Whitney. Bagaimanakah perasaan mereka jika Tuhan berfirman bahawa mereka harus tinggalkan kedai mereka dan berpindah ke tempat yang baru? Baca kepada kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 117:1–11, dan minta kanak-kanak untuk menghentikan anda apabila mereka mendengar sesuatu yang akan membantu mereka mempunyai iman untuk membuat pengorbanan dan mematuhi Tuhan. Apakah yang kita korbankan hari ini untuk mematuhi Tuhan?

  • Jelaskan kepada kanak-kanak dengan ringkas mengapakah Orang Suci perlu meninggalkan Kirtland, atau benarkan salah seorang kanak-kanak untuk melakukan demikian. Jelaskan bahawa Tuhan telah mengarahkan Oliver Granger untuk kekal di Kirtland dan membayar hutang-hutang Gereja. Mengapakah itu satu tugas yang susah? Apakah yang Tuhan firmankan dalam Ajaran dan Perjanjian 117:13 yang boleh membantu Oliver—atau sesiapa di antara kita—membuat pengorbanan dan mematuhi Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 119–20

Persepuluhan membantu Gereja melakukan pekerjaan Tuhan.

Renungkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak faham bagaimana persepuluhan—bahkan sedikit mana yang mereka boleh berikan—menyumbang kepada pembinaan kerajaan Tuhan .

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk bayangkan seorang rakan melihat satu bangunan Gereja dan bertanya, “Bagaimanakah Gereja kamu membayar untuk bangunan itu?” Bagaimanakah kita akan menjelaskan persepuluhan kepada rakan ini? Cadangkan kepada kanak-kanak untuk merujuk kepada Ajaran dan Perjanjian 119:4; 120:1 sambil mereka merenungkan soalan ini.

  • Bantu kanak-kanak fikirkan perkara-perkara yang Gereja boleh lakukan kerana persepuluhan. Bagaimanakah perkara-perkara tersebut memberkati hidup kita? Kongsi perasaan anda tentang hukum persepuluhan dan bagaimana ia telah memberkati anda.

    Imej
    kanak-kanak lelaki membayar persepuluhan

    Melalui pembayaran persepuluhan, kita boleh menunjukkan kasih kita kepada Tuhan dan membantu dalam pekerjaan-Nya.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk beri perhatian kepada perasaan dalam hati atau fikiran yang datang ke minda ketika kelas Sekolah Primer hari ini. Galakkan mereka untuk berkongsi perasaan dan fikiran tersebut bersama keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menyokong ibu bapa. Carikan cara untuk berkongsi bersama ibu bapa apa yang anak-anak mereka pelajari di Sekolah Primer, dan tanyakan mereka bagaimana anda boleh menyokong usaha mereka sebagai ibu bapa (lihat Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak