Ajaran dan Perjanjian 2021
18–24 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 121–123: “Ya Tuhan, Di Manakah Engkau?”


“18–24 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 121–123: ‘Ya Tuhan, Di Manakah Engkau?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“18–24 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 121–123,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Penjara Liberty

Liberty Jail Spring, oleh Al Rounds

18–24 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 121–123

“Ya Tuhan, Di Manakah Engkau?”

Ketika anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 121–23, pertimbangkan apa yang kanak-kanak dalam kelas anda sudah ketahui. Berdoa untuk ketahui bagaimana untuk membina berdasarkan apa yang mereka sudah ketahui.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jika anda menggalakkan kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah pelajari di kelas minggu lepas bersama keluarga mereka, berikan mereka sedikit masa untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 121:7–8; 122:7

Waktu yang susah adalah untuk kebaikan kita.

Firman Tuhan kepada Joseph Smith di Penjara Liberty memberikan satu peluang untuk membantu kanak-kanak kenali bahawa kadangkala kehidupan susah, tetapi Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan membantu kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk memberi perhatian kepada perkataan “damai” apabila anda berkongsi dengan mereka Ajaran dan Perjanjian 121:7–8. Bantu kanak-kanak fikirkan cara-cara di mana kita boleh mempercayai Tuhan seperti Joseph supaya kita boleh berasa damai. Jelaskan bahawa walaupun Joseph melalui situasi-situasi yang susah, Tuhan berada bersama dia.

  • Untuk membantu kanak-kanak kenali bahawa cabaran kita “akan menjadi kebaikan [kita]” (Ajaran dan Perjanjian 122:7), bincangkan bersama mereka tentang bagaimana otot kita menjadi kuat apabila kita mengangkat benda-benda yang berat. Biarkan mereka berlakon seperti mereka mengangkat sesuatu yang berat atau bekerja kuat. Jelaskan bahawa melalui waktu yang susah akan membantu roh kita berkembang—jika kita berpaling kepada Tuhan untuk bantuan. Kongsi beberapa contoh di mana kanak-kanak yang anda ajar boleh menghubung kaitkan. Jemput mereka untuk ulangi bersama anda frasa “semua hal ini akan … menjadi kebaikan [kita].”

Ajaran dan Perjanjian 122:8

Yesus Kristus ketahui bagaimana perasaan saya.

Di Penjara Liberty, Yesus Kristus telah memberitahu Joseph Smith bahawa Dia telah mengalami lebih teruk dari kesemuanya (lihat Ajaran dan Perjanjian 122:8). Ini bermaksud bahawa Dia ketahui apa yang kita lalui dan kita boleh meminta bantuan-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk membantu kanak-kanak belajar untuk bergantung kepada Kristus apabila mereka melalui keadaan yang susah, minta mereka untuk tunjukkan kepada anda bagaimana rupa muka apabila mereka sedih, terluka atau takut. Siapakah yang boleh membantu kita apabila kita berasa sedemikian? Baca Ajaran dan Perjanjian 122:8, dan jelaskan bahawa ini bermaksud Yesus Kristus ketahui perasaan kita, dan Dia boleh membantu kita.

  • Nyanyi bersama “Yesus Pernah Kecil Dahulu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 34), dan beri kesaksian bahawa Yesus Kristus boleh membantu kita kerana Dia tahu bagaimana perasaan kita.

    Imej
    Yesus melutut di Taman Getsemani

    Yesus memahami penderitaan kita. Not My Will, but Thine, oleh Walter Rane

Ajaran dan Perjanjian 123:17

Tuhan inginkan saya melakukan apa yang boleh dengan riang.

Walaupun Joseph Smith berada di penjara dan Orang Suci telah dihalau dari rumah-rumah mereka, dia menggalakkan Orang Suci untuk “dengan riang melakukan segala hal yang berada dalam kuasa kita.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 123:17, dan jemput mereka untuk berdiri dan bersorak apabila mereka mendengar perkataan “dengan riang.” Jemput mereka untuk lakonkan beberapa aksi melayani dengan riang.

  • Nyanyi bersama satu lagu tentang melayani dengan riang seperti “Kami Senang Membantu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 108). Bantu kanak-kanak untuk fikirkan cara-cara di mana mereka boleh melayani keluarga dan rakan dengan riang.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 121:7–9; 122:7–9

Cubaan saya adalah untuk kebaikan saya.

Satu cara di mana Juruselamat menenangkan Joseph Smith ketika dia menderita di Penjara Liberty adalah dengan mengajar dia bahawa “semua hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akan menjadi kebaikanmu” (Ajaran dan Perjanjian 122:7). Kebenaran ini boleh memberkati kanak-kanak apabila mereka menghadapi cubaan-cubaan mereka sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang pengalaman Joseph Smith di penjara dan tentang Orang Suci dihalau dari Missouri . Tanyakan kanak-kanak bagaimanakah perasaan mereka jika mereka Joseph Smith atau salah satu Orang Suci pada masa ini. Baca bersama kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 121:7–9; 122:7–9, dan jemput mereka untuk carikan sesuatu yang Tuhan telah firmankan yang akan memberi mereka kedamaian. Bagaimanakah pengalaman-pengalaman susah kita “akan menjadi kebaikan [kita]”?

  • Minta dua kanak-kanak untuk memegang penghujung tali yang cukup panjang untuk merentas bilik. Minta seorang kanak-kanak lain untuk kepitkan satu bahagian tali itu. Baca Ajaran dan Perjanjian 121:7–8, dan jelaskan bahawa tali itu mewakili tahun-tahun keabadian dan bahagian kecil yang dikepit itu bagaikan masa kita di bumi. Apakah maksudnya bahawa cubaan kita di bumi adalah hanya “suatu saat yang kecil”?

  • Bantu kanak-kanak bayangkan bagaimanakah perasaan untuk menghabiskan empat bulan di suatu tempat seperti Penjara Liberty. Apakah yang kita paling rindukan? Bagaimanakah kita meluangkan masa kita? Apakah yang Joseph Smith pelajari dalam Ajaran dan Perjanjian 121:7–9; 122:7–9 yang telah membantu dia menahani pengalaman ini? Galakkan kanak-kanak untuk tuliskan satu surat kepada seseorang yang mengalami situasi yang susah, dan cadangkan mereka menggunakan sesuatu dari Ajaran dan Perjanjian 121:7–9; 122:7–9 dalam surat mereka.

Ajaran dan Perjanjian 121:34–46

Kita harus soleh untuk peroleh “kuasa syurga.”

Bantu kanak-kanak yang anda ajar untuk kenal pasti bahawa kita punyai kuasa Tuhan dalam kehidupan kita jika kita soleh.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukiskan satu garisan dengan perkataan kuasa tinggi di satu hujung dan kuasa rendah di hujung yang lain. Lukiskan satu anak panah menunjukkan pertengahan garis itu. Pilih perkataan atau frasa dari Ajaran dan Perjanjian 121:34–46 yang mengajarkan bagaimana kita mengurangkan atau meningkatkan kuasa syurga dalam kehidupan kita (seperti “menutup dosa-dosa kita,” “kesombongan,” “kelembutan hati,” dan “kasih”). Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran memilih satu perkataan, memutuskan jika perkataan itu mengurangkan atau meningkatkan kuasa, dan gerakkan anak panah sewajarnya. Bincangkan bersama kanak-kanak tentang orang yang menjadi pengaruh baik bagi yang lain kerana mereka mengikut nasihat Tuhan dalam ayat-ayat tersebut.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 121:41–42, 45, dan minta kanak-kanak senaraikan sifat-sifat dari ayat-ayat tersebut yang Tuhan mahu kita miliki. Bantu menjelaskan sebarang perkataan yang mereka tidak faham. Berikan kepada setiap kanak-kanak satu sifat, dan bantu mereka fikirkan satu cara bagaimana mereka boleh menunjukkannya. Setelah mereka semua telah berkongsi, minta mereka membaca ayat 45–46 dan senaraikan berkat-berkat yang mereka akan terima jika mereka mengembangkan sifat-sifat tersebut.

  • Baca bersama barisan pertama Ajaran dan Perjanjian 121:46. Bagaimanakah Roh Kudus boleh menjadi “teman [kita] yang tetap”? Nyanyikan bersama “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 55) atau satu lagu lain tentang kurnia Roh Kudus. Apakah yang lagu itu ajarkan kita tentang mengapakah kita ingin Roh Kudus sebagai teman tetap kita?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk fikirkan seseorang yang sedang melalui masa yang susah. Bantu mereka mengenal pasti sesuatu yang Joseph Smith telah pelajari di Penjara Liberty yang mereka boleh berkongsi dengan orang tersebut.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menyokong pembelajaran di rumah “Ibu bapa adalah pengajar injil yang paling penting untuk anak-anak mereka—mereka mempunyai tanggungjawab utama dan kuasa terbesar untuk mempengaruhi anak-anak mereka (lihat Ulangan 6:6–7). Semasa anda mengajar kanak-kanak di Gereja, berdoa dan mencarikan cara untuk menyokong ibu bapa mereka dalam peranan utama mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak