Ajaran dan Perjanjian 2021
25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124–125: “Sebuah Rumah Demi Nama-Ku”


“25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124–125: ‘Sebuah Rumah Demi Nama-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124–125,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Nauvoo

Nauvoo the Beautiful, oleh Larry Winborg

25–31 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 124–125

“Sebuah Rumah Demi Nama-Ku”

Apakah pengajaran-pengajaran dari Ajaran dan Perjanjian 124–25 yang kanak-kanak perlu pelajari? Renungkan soalan ini sambil anda mengkaji minggu ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Paparkan satu gambar bait suci yang terdekat dengan anda. Tanyakan kanak-kanak apakah yang mereka ketahui tentang bait suci. Biarkan mereka berkongsi perasaan untuk pergi ke bait suci satu hari nanti.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 124:15, 20

Yesus gembira apabila saya cuba untuk berbuat baik.

Dalam wahyu yang dicatatkan dalam bahagian 124, Tuhan menyatakan kebanggaan terhadap Hyrum Smith dan George Miller kerana mereka berusaha untuk mengikut Dia. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak mengenal pasti Tuhan gembira apabila mereka cuba untuk berbuat baik?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak fikirkan perkara-perkara baik yang mereka boleh lakukan. Tunjukkan gambar-gambar untuk memberikan idea kepada mereka (anda boleh jumpai beberapa dalam Buku Seni Injil atau majalah-majalah Gereja). Minta kanak-kanak menunjuk kepada perkara-perkara baik tersebut. Baca Ajaran dan Perjanjian 124:15 kepada kanak-kanak, dan minta mereka untuk mendengar bagaimana perasaan Tuhan apabila Hyrum Smith memilih untuk berbuat baik. Bagaimanakah perasaan Yesus apabila kita cuba berbuat baik?

  • Berikan kanak-kanak kertas berbentuk hati, dan suruh mereka lukiskan gambar diri mereka sedang berbuat baik. Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah lukiskan dengan kelas. Bagaimanakah perasaan kita apabila kita melakukan sesuatu yang baik? Bersaksi bahawa Yesus gembira apabila kita cuba melakukan perkara yang baik.

  • Nyanyikan satu lagu tentang melakukan perkara yang Yesus inginkan kita lakukan, seperti “Yesus Ingin Kubercah’ya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 38).

Ajaran dan Perjanjian 124:28–29, 39

Yesus memerintah umat-Nya untuk membina bait suci.

Bait suci sentiasa sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi untuk anak-anak Dia. Pemahaman ini akan membantu kanak-kanak yang anda ajar berasa lebih takzim terhadap bait suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memahami bahawa apabila Orang Suci menjumpai tempat tinggal yang baru di Nauvoo, Tuhan menyuruh mereka untuk membina satu bait suci (lihat video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Jemput kanak-kanak untuk berlakon seperti sedang membina satu bait suci.

  • Baca frasa ini bersama kanak-kanak: “Rumah kudus-Ku, yang umat-Ku selalu diperintahkan untuk membinanya bagi nama kudus-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 124:39). Biarkan kanak-kanak memegang satu gambar bait suci kuno (lihat Buku Seni Injil, no. 52 atau halaman aktiviti minggu ini) dan sebuah gambar bait suci di kawasan anda. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus sentiasa memerintahkan umat-Nya untuk membina bait suci—pada zaman dahulu kala dan juga zaman kita. Kongsi kata-kata dan frasa dari Ajaran dan Perjanjian 124:28–29 untuk membantu kanak-kanak memahami mengapakah Tuhan menginginkan kita membina bait suci.

  • Jemput kanak-kanak untuk melengkapkan halaman aktiviti minggu ini bagi membantu mereka memahami bahawa kita ialah umat Tuhan dan umat Tuhan sentiasa diperintah untuk membina bait suci.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 124:12–21

Tuhan gembira apabila saya beriman.

Dalam bahagian 124, Tuhan memuji beberapa Orang Suci kerana keimanan mereka. Firman-firman Dia boleh membantu kanak-kanak mengenal pasti sifat-sifat yang mereka harus kembangkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih beberapa sifat baik yang disebutkan dalam Ajaran dan Perjanjian 124:12–21, dan tuliskannya pada papan tulis di sekeliling gambar Juruselamat. Minta kanak-kanak untuk melihat ayat-ayat 12–21, mencarikan perkataan-perkataan tersebut. Bantu mereka memahami perkataan-perkataan yang mereka mungkin tidak kenali. Berdasarkan ayat-ayat itu, bagaimanakah perasaan Tuhan terhadap mereka yang mengembangkan sifat-sifat tersebut?

Ajaran dan Perjanjian 124:28–30, 38–41

Yesus memerintah umat-Nya untuk membina bait suci.

Kanak-kanak yang anda ajar akan mencapai umur di mana mereka boleh pergi ke bait suci dan mengambil bahagian dalam tatacara bait suci. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka bersedia?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tutup satu gambar atau lukisan bait suci. Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 124:38–41 dan mencari petunjuk-petunjuk bagi meneka apa yang ada dalam gambar itu. Benarkan kanak-kanak membuka gambar itu dan bincangkan apakah yang ayat-ayat tersebut ajarkan tentang mengapakah Tuhan ingin kita membina bait suci.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 124:28–30 dan mencari sebab-sebab yang Tuhan berikan kepada Joseph Smith bagi pembinaan Bait Suci Nauvoo. Kongsi perasaan anda berkenaan bait suci dan sebarang pengalaman yang anda punyai dari melakukan pembaptisan bagi mereka yang sudah meninggal. Bantu kanak-kanak kenal pasti berapa lama sebelum mereka cukup umur untuk melakukan pembaptisan bagi mereka yang sudah meninggal di bait suci.

  • Jika anda punyai satu kad rekomen bait suci, tunjukkan kepada kanak-kanak, atau jemput seorang remaja dalam bahagian untuk menunjukkan kad rekomen bait suci dia kepada kanak-kanak. Beritahu kanak-kanak mengapakah satu kad rekomen bait suci adalah penting dan mengapakah kita perlu memperolehinya. Galakkan mereka untuk mula bersedia sekarang bagi memperoleh kad rekomen bait suci mereka sendiri.

    Imej
    Joseph Smith dan lelaki-lelaki lain sedang membina Bait Suci Nauvoo

    Joseph Smith at the Nauvoo Temple, oleh Gary E. Smith

Ajaran dan Perjanjian 124:91–92

Satu berkat bapa bangsa boleh memberikan bimbingan yang diilhami.

Jika anda telah menerima berkat bapa bangsa, kaji semula sebelum mengajar kanak-kanak tentang berkat-berkat tersebut. Mengapakah anda bersyukur bagi berkat bapa bangsa anda? Bagaimanakah anda akan mengilhami kanak-kanak untuk bersedia menerima berkat bapa bangsa mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 124:91–92, dan jemput seluruh kelas untuk mendengar apa yang Tuhan suruh Hyrum Smith lakukan. Apakah yang kanak-kanak ketahui tentang berkat bapa bangsa? Jika anda telah menerima satu berkat bapa bangsa, tunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana rupanya. (Ingatlah bahawa isi kandungan spesifik berkat bapa bangsa anda adalah kudus.) Jelaskan bahawa berkat bapa bangsa merupakan berkat-berkat istimewa yang kita terima daripada bapa bangsa. Berkat-berkat tersebut boleh membantu kita untuk belajar lebih mengenai diri kita dan apa yang Bapa Syurgawi ingin kita lakukan.

  • Pertimbangkan untuk menjemput seorang ibu atau bapa atau kakak atau abang salah seorang kanak-kanak yang anda ajari untuk berkongsi bersama kelas mengapakah mereka bersyukur bagi berkat bapa bangsa mereka. Minta mereka kongsi bagaimana mereka membuat keputusan untuk menerima berkat mereka. Berikan kesaksian anda tentang berkat bapa bangsa.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bersama ahli keluarga satu perkara yang mereka telah pelajari tentang bait suci dan mengapakah mereka ingin ke bait suci satu hari nanti.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak boleh mengenal pasti pengaruh Roh. Ajarkan kanak-kanak bahawa perasaan damai, kasih, dan keselesaan yang diperoleh apabila mereka bercakap atau menyanyi tentang Yesus Kristus dan injil Dia datang daripada Roh Kudus. Perasaan ini boleh membina kesaksian mereka.

Cetak