Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128: “Suara Kegembiraan Bagi Yang Hidup Dan Yang Mati”


“1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128: ‘Suara Kegembiraan Bagi Yang Hidup Dan Yang Mati,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
keluarga bersama nenek moyang di dunia roh

Us with Them and Them with Us, oleh Caitlin Connolly

1–7 November

Ajaran dan Perjanjian 125–128

“Suara Kegembiraan Bagi Yang Hidup Dan Yang Mati”

Jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil dan memerlukan bantuan tambahan, lihat “Memenuhi Keperluan Kanak-Kanak Yang Lebih Kecil” yang terdapat di permulaan sumber ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bantu kanak-kanak fikirkan tentang sesuatu yang mereka pelajari minggu ini di rumah atau di Sekolah Primer. Berikan mereka beberapa minit untuk lukiskan satu gambar apa yang mereka fikirkan dan berkongsi bersama kelas.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 126:3

Saya mengasihi keluarga saya.

Setelah Brigham Young pulang dari mengkhutbahkan injil, Tuhan memerintahkan dia untuk bertumpu terhadap pemeliharaan keluarganya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi dengan kanak-kanak maklumat mengenai Brigham Young dari  ringkasan Ajaran dan Perjanjian 126 dengan kata-kata anda sendiri. Kemudian baca Ajaran dan Perjanjian 126:3 kepada kanak-kanak, dengan memberi penekanan kepada frasa “menguruskan keluargamu dengan baik.” Apakah maksudnya untuk mengurus keluarga kita? Bantu kanak-kanak fikirkan cara-cara mereka boleh menunjukkan kasih terhadap ahli-ahli keluarga mereka.

  • Sebelum kelas, jemput kanak-kanak untuk bawa satu gambar keluarga mereka (atau suruh mereka lukiskan gambar). Kemudian minta mereka berkongsi sesuatu yang mereka kasihi tentang keluarga mereka. Kongsi satu gambar keluarga anda, dan lakukan seperti mereka. Jelaskan mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita untuk menjaga ahli-ahli keluarga kita. Nyanyikan satu lagu yang mengajar kebenaran ini, seperti “Kami Senang Membantu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 108).

Ajaran dan Perjanjian 128:5, 12

Semua anak Tuhan memerlukan peluang untuk dibaptiskan.

Selain membantu kanak-kanak bersedia membuat perjanjian pembaptisan mereka sendiri, ajarkan mereka bahawa kita boleh membantu mereka yang telah meninggal tetapi tidak berkesempatan untuk menerima berkat pembaptisan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar Yesus Kristus sedang dibaptiskan (lihat Buku Seni Injil, no. 35). Tanyakan kanak-kanak jika mereka pernah melihat seseorang dibaptiskan. Apakah yang mereka ingat tentang pembaptisan itu? Gunakan gambar atau video untuk menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa apabila kita dibaptiskan, kita masuk ke dalam air dan kemudian keluar, seperti Yesus. Buka ke Ajaran dan Perjanjian 128:12, dan jelaskan Joseph Smith telah mengajar bahawa pembaptisan mengingatkan kita tentang Kebangkitan.

  • Kongsi dengan kanak-kanak tentang seseorang yang anda kenali (contohnya seorang nenek moyang) yang telah mati tanpa dibaptiskan. Baca Ajaran dan Perjanjian 128:5, dan biarkan mereka mengambil giliran memegang satu gambar kolam pembaptisan bait suci (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi membenarkan kita untuk dibaptiskan di bumi bagi mereka yang telah meninggal dunia. Ini supaya semua anak Tuhan boleh dibaptiskan dan membuat perjanjian dengan Dia.

Ajaran dan Perjanjian 128:18

Bapa Syurgawi mahu saya belajar tentang sejarah keluarga saya.

Terdapatnya cara-cara yang mudah di mana kanak-kanak kecil boleh terlibat dalam kerja sejarah keluarga. Bantu mereka berasa kasih terhadap mereka yang terdapat dalam pokok keluarga mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ciptakan rantai kertas dengan nama-nama orang di dalam keluarga anda (lihat halaman aktiviti minggu ini), dan bawanya untuk ditunjuk kepada kelas. Beritahu beberapa perkara tentang orang dalam rantai anda. Baca kepada kanak-kanak dari Ajaran dan Perjanjian 128:18, dan jelaskan bahawa Joseph Smith mengajarkan “terdapatnya suatu ikatan yang kuat … di antara para bapa dan anak.” Bantu kanak-kanak ciptakan rantai keluarga mereka sendiri, dan jemput mereka untuk bawa rantai itu balik ke rumah supaya ibu bapa boleh membantu mereka menambahkan nama-nama nenek moyang.

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu tentang datuk atau nenek mereka. Kongsi kisah kegemaran anda tentang ibu bapa atau datuk nenek anda. Tunjukkan gambar-gambar jika boleh. Galakkan kanak-kanak untuk belajar lebih mengenai datuk nenek dan moyang lain mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 126

Saya boleh membantu menjaga keluarga saya.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar melayani ahli keluarga mereka dengan bermakna?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 126:3. Mengapakah Bapa Syurgawi memerintah Brigham Young untuk “menguruskan keluarga [dia] dengan baik”? Bagaimanakah kita boleh lakukan yang sama untuk keluarga kita? Senaraikan perkara-perkara yang kita boleh lakukan sekarang untuk melayani keluarga kita. Bagaimanakah perkara-perkara tersebut membantu kita menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi?

  • Kongsi bersama kanak-kanak kisah Sister Carole M. Stephens mengenai cucunya yang bernama Porter (lihat “Kita Punyai Alasan Kuat untuk Bergembira,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 115). Apakah yang Porter lakukan untuk melindungi keluarganya? Bagaimanakah kita dapat mengikuti contohnya?

Ajaran dan Perjanjian 128:1, 15–18

Pembaptisan bagi mereka yang telah mati mencipta “satu ikatan yang kuat” di antara saya dan nenek moyang saya.

Joseph Smith mengajar bahawa pembaptisan bagi mereka yang sudah meninggal mengikatkan kita kepada nenek moyang bagaikan rantai. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak merasai kebahagiaan yang datang dari pembelajaran tentang nenek moyang dan memastikan kerja bait suci dilaksanakan bagi mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bahagikan kelas ke dalam dua kumpulan, dan minta kumpulan pertama untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 128:1 untuk mengetahui apa tajuk yang mengisi minda Joseph Smith. Suruh kumpulan kedua untuk baca ayat 17 dan kenal pasti apa tajuk yang dia anggap sebagai “paling mulia.” Biarkan mereka berkongsi apa yang mereka temui, dan bincangkan mengapakah tajuk ini amat mulia. Jika boleh, jemput seorang remaja yang telah melakukan pembaptisan bagi orang yang telah meninggal untuk berkongsi pengalaman dan jelaskan mengapakah kita melakukan kerja ini.

  • Pertimbangkan untuk menggunakan pelajaran berobjek untuk menunjukkan bahawa kita perlu membantu nenek moyang kita yang belum dibaptiskan. Contohnya, paparkan satu hadiah, tetapi letakkannya jauh daripada seorang kanak-kanak. Beritahu kanak-kanak itu bahawa dia boleh memiliki objek itu tetapi dia tidak boleh bergerak dari tempat duduknya. Tanyakan kanak-kanak lain apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak itu menerimanya. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 128:15, dan bincangkan bagaimana ia berhubung kait dengan pelajaran berobjek itu.

  • Jemput kanak-kanak untuk membentuk rantai kertas dengan nama ibu bapa, datuk nenek, nenek moyang, dan seterusnya (lihat halaman aktiviti untuk pelajaran ini). Jika kanak-kanak tidak tahu nama-nama nenek moyang, galakkan mereka untuk mendapat tahu nama-nama itu dan tuliskan di atas rantai kertas di rumah. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 128:18 untuk mengetahui apakah “ikatan kuat” yang membuatkan sejarah keluarga kita “lengkap dan sempurna.” Kongsi satu kisah tentang seorang nenek moyang yang membantu anda berasa terhubung dengannya.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak satu kad rekomen bait suci, dan beritahu mereka bagaimana anda memperolehnya. Bantu mereka untuk inginkan memperoleh kad rekomen bait suci mereka sendiri supaya mereka boleh pergi ke bait suci dan dibaptiskan bagi nenek moyang mereka satu hari nanti.

    Imej
    seorang pemuda dengan kad-kad nama keluarga

    Kita boleh carikan nama-nama nenek moyang kita dan melaksanakan tatacara bait suci bagi pihak mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk bertanya seseorang di rumah yang boleh membantu mereka belajar lebih tentang sejarah keluarga mereka. Mereka boleh mendengar kisah-kisah tentang seorang nenek moyang untuk mencarikan nama-nama nenek moyang yang belum dibaptiskan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak untuk menunjukkan kreativiti mereka. Apabila kanak-kanak membina, melukis, atau mewarna sesuatu yang berkaitan dengan kisah atau asas yang dipelajari, mereka sering boleh ingat dengan lebih baik. Mereka juga boleh gunakan apa yang telah diciptakan untuk mengajar orang lain. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25.)

Cetak