Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136: “Dia ‘Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya dengan Darahnya Sendiri’”


“22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136: ‘Dia “Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya Dengan Darahnya Sendiri,”’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
luaran Penjara Carthage

Penjara Carthage

22–28 November

Ajaran dan Perjanjian 135–136

Dia “Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya Dengan Darahnya Sendiri”

Ketika anda bersedia untuk mengajar Ajaran dan Perjanjian 135–36, carikan asas-asas yang telah mempengaruhi kehidupan anda . Pertimbangkan bagaimana idea-idea dalam panduan ini boleh membantu kanak-kanak belajar dan menggunakan asas-asas tersebut.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu tentang Joseph Smith yang mereka ingat telah pelajari tahun ini dan apa yang dia telah capai. Tunjukkan gambar-gambar dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga tahun ini atau halaman aktiviti yang lepas untuk membantu mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 135:1–2

Joseph Smith dan Hyrum Smith telah memberi nyawa mereka bagi injil Yesus Kristus.

Kisah kesyahidan Joseph dan Hyrum Smith boleh membantu kanak-kanak berasa syukur atas kesaksian dan pengorbanan lelaki-lelaki hebat ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bagaimana Nabi Joseph Smith dan abangnya Hyrum Smith mati. Atau benarkan salah seorang kanak-kanak untuk menceritakan kisah itu. Berikan kesaksian anda bahawa Joseph Smith merupakan nabi yang benar dan dia telah memberi nyawanya bagi Tuhan dan injil-Nya.

  • Kongsi dengan kanak-kanak beberapa frasa dari ayat Kitab Mormon yang Hyrum Smith baca sebelum dia pergi ke Penjara Carthage, yang dicatat dalam Ajaran dan Perjanjian 135:5. Bincangkan bagaimana ayat ini telah memberi kelegaan kepada Hyrum. Kongsi ayat-ayat suci yang telah melegakan anda apabila anda berasa risau atau sedih.

Ajaran dan Perjanjian 135:3

Joseph Smith ialah Nabi Tuhan.

Sepanjang tahun, kanak-kanak telah belajar apa yang Tuhan telah ungkapkan melalui Nabi Joseph Smith. Anda boleh membantu mereka mengingati dan menghargai bagaimana usaha Joseph memberkati kehidupan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan objek-objek yang mewakili kerja Nabi Joseph Smith, seperti Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, atau gambar penginjil atau sebuah bait suci. Dengan menggunakan frasa-frasa dari Ajaran dan Perjanjian 135:3, kongsi dengan kanak-kanak beberapa perkara yang Tuhan telah laksanakan melalui Joseph Smith untuk penyelamatan kita. Jemput kanak-kanak untuk pilih salah satu perkara tersebut dan berkongsi mengapa mereka menghargainya.

  • Ketika kanak-kanak mewarnakan halaman aktiviti minggu ini, nyanyi atau mainkan lagu-lagu mengenai Joseph Smith, seperti “Puji Dia Yang Tinggal dengan Yehova” (Nyanyian Rohani, no. 14). Kongsi perasaan anda tentang Nabi.

    Imej
    Joseph Smith

    The American Prophet (Nabi Amerika), oleh Del Parson

Ajaran dan Perjanjian 136

Tuhan memberikan kita perintah-perintah untuk membantu kita.

Orang Suci menghadapi banyak cubaan di tahun-tahun yang datang selepas kematian Joseph Smith. Bagaimanakah nasihat yang Tuhan berikan kepada Orang Suci boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi dengan kanak-kanak beberapa cabaran yang Orang Suci hadapi apabila mereka meninggalkan Nauvoo dan berkumpul di Winter Quarters. Letakkan satu gambar Bait suci Nauvoo di satu bahagian bilik, dan cipta satu perlindungan mudah di bahagian bilik yang bertentangan—mungkin dengan menggunakan kain selimut atau beberapa kerusi atau meja. Jemput kanak-kanak untuk berkumpul dekat dengan gambar itu, dan beritahu mereka bahawa setahun setengah selepas kematian Joseph Smith, Orang Suci dipaksa untuk meninggalkan Nauvoo. Jemput kanak-kanak untuk berjalan pergi dari bait suci dan berkumpul di perlindungan yang mewakili perjalanan ke Winter Quarters.

  • Jelaskan bahawa Tuhan telah memberikan satu wahyu kepada Brigham Young, yang didapati dalam Ajaran dan Perjanjian 136, untuk membantu Orang Suci ketika mereka membuat perjalanan mereka ke Lembah Salt Lake. Baca beberapa frasa dari bahagian 136 yang mengandungi nasihat di mana kanak-kanak kecil boleh fahami, dan jemput mereka untuk melakonkan atau melukis apa yang Tuhan telah minta Orang Suci lakukan semasa mereka melakukan perjalanan itu. Contohnya, kanak-kanak mungkin lukiskan diri mereka sedang memulangkan sesuatu yang dipinjam daripada seorang rakan, atau mereka boleh nyanyikan satu lagu Sekolah Primer sambil menari di sekitar unggun api yang dibayangkan (lihat ayat 25, 28).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 135

Joseph Smith dan Hyrum Smith telah memberi nyawa mereka bagi injil Yesus Kristus.

Mendengar tentang pengorbanan Joseph Smith dan Hyrum Smith boleh memperkuatkan iman kanak-kanak dan keinginan mereka untuk menjadi tulus terhadap kesaksian mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang bagaimana Joseph dan Hyrum Smith telah dibunuh. Jika mereka memerlukan bantuan, rujukkan mereka ke Ajaran dan Perjanjian 135:1 . Jemput kanak-kanak untuk bayangkan mereka tinggal di Nauvoo ketika Nabi meninggal. Minta mereka berkongsi bagaimana perasaan mereka. Berikan kesaksian anda tentang Joseph Smith, dan jemput kanak-kanak untuk lakukan yang sama.

  • Paparkan gambar-gambar nabi-nabi (lihat Buku Seni Injil, no. 14, 1867). Apakah beberapa perkara yang Tuhan suruh nabi-nabi lakukan? Jelaskan bahawa Tuhan berjanji untuk memberkati nabi-nabi Dia bagi pengorbanan yang mereka lakukan untuk pelayanan Dia (lihat Matius 10:39).

Ajaran dan Perjanjian 135:3

Joseph Smith ialah Nabi Tuhan.

Seperti semua nabi, Joseph Smith bersaksi tentang Yesus Kristus dan mengajar kita bagaimana untuk datang kepada Dia. Bantu kanak-kanak lihat bagaimana Joseph Smith mencapai misinya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 135:3, dan minta kanak-kanak kenal pasti apa yang Joseph Smith telah capai. Tuliskan pada papan tulis apa yang mereka temui. Jemput kanak-kanak untuk pilih salah satu perkara tersebut dan berkongsi mengapakah mereka menghargainya.

  • Galakkan setiap kanak-kanak untuk fikirkan seseorang rakan atau orang terkasih yang kurang mengetahui mengenai Joseph Smith. Apakah yang mereka akan menjawab jika orang tersebut bertanya, “Mengapakah Joseph Smith sangat penting bagi kamu?” Jemput kanak-kanak untuk berlatih apakah jawapan yang mereka boleh katakan kepada orang itu.

Ajaran dan Perjanjian 136:4, 10–11, 18–30

Tuhan memberkati saya ketika saya menghadapi kesusahan.

Setelah Joseph Smith dibunuh, Orang Suci dihalau dari Nauvoo. Brigham Young memimpin mereka ke Winter Quarters, di mana mereka bersedia untuk perjalanan yang lebih jauh ke Lembah Salt Lake.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan pengalaman-pengalaman Orang Suci setelah kematian Nabi Joseph Smith. Jemput kanak-kanak untuk bayangkan bagaimana perasaan mereka jika mereka perlu meninggalkan rumah mereka dan mencari tempat kediaman yang baru di padang belantara. Jelaskan bahawa dalam Ajaran dan Perjanjian 136, Tuhan telah memberi nasihat untuk membantu Orang Suci dalam perjalanan mereka. Tugaskan beberapa ayat daripada wahyu ini kepada setiap kanak-kanak, seperti ayat 4, 10–11, 18–30, dan minta kanak-kanak untuk carikan sesuatu yang boleh membantu meredakan kebimbangan dan ketakutan mereka.

  • Bantu kanak-kanak fikirkan tentang cabaran-cabaran yang orang hadapi hari ini. Jemput mereka untuk mencari sesuatu dalam bahagian 136 yang mereka boleh kongsi untuk memberi galakkan kepada seseorang yang sedang menghadapi cabaran yang sedemikian. Kanak-kanak juga boleh mencari pesanan-pesanan yang menggalakkan dalam “Mari, Mari, Orang-orang Suci” (Nyanyian Rohani, no. 15), satu lagu rohani yang para Orang Suci nyanyikan dalam perjalanan mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga atau seorang rakan mengapakah mereka bersyukur bagi Nabi Joseph Smith.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak adalah aktif. Ada masa anda mungkin rasa tenaga kanak-kanak menjadi satu gangguan daripada pelajaran. Namun anda boleh membina berdasarkan sifat aktif mereka dengan menjemput mereka untuk melukis, menyanyi, atau melakonkan satu asas injil (lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26).

Cetak