Ajaran dan Perjanjian 2021
15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134: “Bersedialah Kamu Untuk Kedatangan Pengantin Lelaki”


“15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134: ‘Bersedialah Kamu Untuk Kedatangan Pengantin Lelaki,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
lima anak dara yang bijaksana

The Bridegroom Cometh, oleh Elizabeth Gibbons

15–21 November

Ajaran dan Perjanjian 133–134

“Bersedialah Kamu Untuk Kedatangan Pengantin Lelaki”

Pertimbangkan keperluan kanak-kanak yang anda ajar—mereka yang mengkaji dan belajar di rumah dan mereka yang mungkin tidak. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka mengajar satu sama lain berkenaan perkara-perkara yang mereka sedang pelajari?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan satu gambar yang anda pernah guna dalam satu ajaran Sekolah Primer baru-baru ini, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat dari ajaran itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 133:19–21, 25

Yesus Kristus akan datang lagi.

Dalam bahagian 133, Tuhan memberitahu tentang Kedatangan Kedua Dia dan menjemput umat-Nya untuk bersedia bagi peristiwa hebat ini. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak teruja terhadap kedatangan kedua Juruselamat?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sembunyikan satu gambar Kedatangan Kedua Juruselamat di belakang satu kain, di mana kain itu bagaikan satu langsir (anda boleh gunakan imej yang terdapat dalam panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga atau Buku Seni Injil, no. 66). Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran membuka “langsir” dan berlakon seperti mereka sedang cuba melihat keluar tingkap. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana perasaan jika mereka melihat keluar tingkap dan nampak Yesus sedang turun dari syurga. Baca frasa “pergilah kamu keluar untuk menemui-Nya” (ayat 19), dan bantu kanak-kanak untuk mengulangi frasa itu.

  • Di bawah setiap kerusi kanak-kanak, sembunyikan satu gambar memaparkan sesuatu yang kita boleh lakukan untuk bersedia bagi Kedatangan Kedua Yesus Kristus (seperti membaca ayat suci, berkongsi injil, atau melayani keluarga kita). Biarkan kanak-kanak carikan gambar-gambar, dan bincangkan bagaimana melakukan perkara-perkara tersebut membantu kita bersedia untuk bertemu dengan Juruselamat apabila Dia kembali lagi.

  • Nyanyikan bersama satu lagu tentang Kedatangan Kedua, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46). Kongsi kasih anda terhadap Juruselamat dan perasaan anda tentang kedatangan kedua-Nya ke bumi. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka juga.

Ajaran dan Perjanjian 133:52–53

Yesus Kristus mengasihi dan baik hati.

Ayat-ayat tersebut menggambarkan serba sedikit bagaimana Tuhan telah menunjukkan “kebaikan hati” kepada umat-Nya. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu kanak-kanak merasai kasih Juruselamat terhadap mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan satu gambar yang menunjukkan Yesus seorang yang pengasih dan baik hati (lihat Buku Seni Injil, no. 4247). Minta kanak-kanak untuk berkongsi perkara lain Yesus telah lakukan untuk menunjuk kasih dan kebaikan hati Dia. Baca frasa “dan mereka akan menyebutkan kebaikan hati penuh kasih Tuhan mereka” (ayat 52), dan bantu kanak-kanak fikirkan cara-cara mereka boleh memberitahu orang lain tentang kasih Juruselamat.

  • Nyanyikan satu lagu tentang kasih Juruselamat, seperti “Yesus Kawan Penyayang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 37). Kongsi kesaksian anda tentang bagaimana Juruselamat telah menunjukkan kasih Dia kepada anda.

Ajaran dan Perjanjian 134:5

Tuhan mahu saya mematuhi hukum.

Kanak-kanak yang lebih kecil sering punyai peraturan yang perlu diikuti di rumah, sekolah, dan tempat lain. Anda boleh membantu mereka memahami bahawa Tuhan mengharapkan kita untuk mematuhi peraturan dan hukum yang terdapat dalam komuniti dan negara.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mainkan satu permainan tanpa mengikut sebarang peraturan, dan kemudian benarkan mereka bermain mengikut peraturan. Bagaimanakah peraturan-peraturan membantu kita? Nyatakan kesyukuran anda terhadap undang-undang negara.

  • Bantu kanak-kanak mengulangi fasal kepercayaan kedua belas. Beri penekanan terhadap kunci-kunci perkataan, seperti “mematuhi, menghormati, dan menjunjung,” dan bincangkan bersama kanak-kanak apakah maksud perkataan-perkataan tersebut. Berkongsi dengan mereka mengapakah ia penting untuk mematuhi undang-undang.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 133:4–5, 14–15

Tuhan mahu saya menjadi bersih.

Ajaran dan Perjanjian 133 boleh membantu kanak-kanak faham bagaimana untuk kekal bersih daripada pengaruh dunia di sekeliling mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk baca “Babel, Babilon” dalam Panduan Kitab Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk mengetahui apakah itu Babilon dan apakah yang diwakilinya. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 133:4–5, 14–15. Apakah maksudnya untuk “keluar dari Babilon”? (ayat 5). Apakah beberapa tempat dan situasi yang Tuhan mahu kita hindari? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menghindarinya?

  • Letakkan satu tanda di satu bahagian bilik yang berkata “Sion,” dan letakkan satu lagi tanda di bahagian bertentangan dalam bilik yang berkata “Babilon.” Tuliskan pada jalur kertas perkataan dari Ajaran dan Perjanjian 133:4–5, 14–15 yang menghuraikan Sion atau Babilon (seperti “kejahatan,” “bersih,” atau “kehancuran”), dan jemput kanak-kanak untuk letakkan setiap kertas di bawah tanda yang bersesuaian.

Ajaran dan Perjanjian 133:19–25, 46–52

Yesus akan memerintah di bumi.

Elder D. Todd Christofferson berkata, “Adalah sangat penting untuk menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan Yesus Kristus” (“Bersedia Untuk Kepulangan Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 81). Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak faham bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam kerja penting ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk senaraikan perkara-perkara yang mereka ketahui tentang Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Kemudian, dengan menggunakan Ajaran dan Perjanjian 133:19–25, 46–52, jemput mereka untuk menambahkan perkara-perkara lain ke dalam senarai mereka. Kongsi kesaksian anda bahawa Kedatangan Kedua akan menjadi hari yang bahagia bagi mereka yang soleh.

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami ayat 19, bercakap dengan mereka tentang bagaimana seorang pengantin boleh bersedia untuk perkahwinan dia (seseorang yang baru sahaja kahwin mungkin boleh membantu dalam perbualan ini). Bagaimanakah kita seperti seorang pengantin perempuan bersedia “untuk kedatangan Pengantin Lelaki,” Yesus Kristus? Jika anda fikir ia akan membantu, kaji semula bersama kanak-kanak perumpamaan tentang sepuluh orang gadis (lihat Matius 25:1–13). Mengapakah ia penting untuk bersedia bagi Kedatangan Kedua Juruselamat? Apakah yang kita boleh lakukan untuk bersedia?

Ajaran dan Perjanjian 134:1–2

Tuhan mahu saya mematuhi hukum.

Walaupun terdapatnya jenis kerajaan yang berbeza di seluruh dunia, Tuhan inginkan kita “menyokong dan menjunjung … kerajaan di mana [kita] tinggal” (Ajaran dan Perjanjian 134:5).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk senaraikan peraturan dan hukum yang mereka patuhi. Bagaimanakah kehidupan akan jadi jika tiada orang mematuhi hukum-hukum tersebut? Baca Ajaran dan Perjanjian 134:1–2 bersama kanak-kanak, membantu mereka memahami sebarang perkataan atau frasa yang mereka mungkin tidak faham. Mengapakah Tuhan mahu kita mempunyai kerajaan dan hukum?

  • Tuliskan setiap perkataan atau frasa dari fasal kepercayaan kesebelas dan kedua belas pada kertas kecil yang berasingan. Campurkan kertas tersebut, dan minta kanak-kanak bekerjasama untuk menyusunnya dalam urutan yang betul. Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita percaya ajaran fasal-fasal kepercayaan tersebut?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Berikan kanak-kanak satu soalan untuk ditanya kepda ahli-ahli keluarga di rumah. Contohnya, jika anda belajar tentang Kedatangan Kedua Juruselamat, seorang kanak-kanak boleh bertanya, “Apakah yang kita boleh lakukan untuk bersedia bagi kedatangan kedua Yesus?”

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memahami kanak-kanak yang anda ajar. Anda mengenali kanak-kanak yang anda ajari. Idea-idea dalam panduan ini mungkin perlu diubah suai untuk memenuhi keperluan kelas anda. Untuk membantu anda, rujuk kepada semua senarai aktiviti dalam panduan ini, bukan sahaja pada panduan yang ditujukan kepada umur kanak-kanak yang anda ajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 7.)

Cetak