Ajaran dan Perjanjian 2021
8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132: “Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat Daripada Tuhan, Itu Adalah Kerana Kepatuhan”


“8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132: ‘Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat Daripada Tuhan, Itu Adalah Kerana Kepatuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Joseph Smith sedang mengajar di Nauvoo

Joseph Smith in Nauvoo, 1840, oleh Theodore Gorka

8–14 November

Ajaran dan Perjanjian 129–132

“Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat Daripada Tuhan, Itu Adalah Kerana Kepatuhan”

Elder David A. Bednar menjelaskan: “Hanya bercakap dan memberitahu bukanlah mengajar. Mengkhutbahkan injil dengan cara Tuhan termasuklah memerhati dan mendengar dan memahami” (“Becoming a Preach My Gospel Missionary,” New Era, Oct. 2013, 6). Apakah yang Roh mengajarkan anda ketika anda memerhati dan mendengar kanak-kanak yang anda ajari?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pilih satu tajuk daripada bahagian 129–32, dan biarkan kanak-kanak beritahu anda apa yang mereka telah pelajari tentang tajuk tersebut. Contohnya, apakah yang mereka ketahui tentang Bapa Syurgawi atau Kesatuan Ketuhanan? tentang perkahwinan abadi? tentang kerajaan selestial?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 130:20–21; 132:5

Berkat-berkat datang daripada kepatuhan kepada Tuhan.

Joseph Smith telah mengajar bahawa setiap berkat daripada Tuhan bergantung kepada kepatuhan kita terhadap hukum-hukum-Nya. Bagaimanakah anda mengajar asas ini dalam cara di mana kanak-kanak akan faham?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi satu perbandingan yang mudah bersama kanak-kanak yang menunjukkan betapa pentingnya untuk mengikut arahan; contohnya, bincangkan dengan mereka langkah-langkah yang kita harus ikut untuk menyedia makanan atau bermain satu permainan atau membina sesuatu. Apakah yang berlaku apabila kita tidak mengikut arahan? (Anda mungkin mempunyai pengalaman peribadi untuk dikongsi.) Baca Ajaran dan Perjanjian 130:21, dan bandingkan arahan-arahan tersebut dengan perintah yang kita harus ikut untuk menerima berkat-berkat daripada Bapa Syurgawi.

  • Minta kanak-kanak untuk fikirkan suatu masa di mana mereka mematuhi salah satu perintah Tuhan. Bagaimana perasaan mereka? Nyanyikan satu lagu tentang kepatuhan, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68), dan kenal pasti berkat-berkat kepatuhan yang disebut dalam lagu itu. Bincangkan beberapa perkara yang Tuhan telah perintahkan kita untuk lakukan. Bagaimanakah Tuhan memberkati kita apabila kita mentaati perintah-perintah tersebut?

Ajaran dan Perjanjian 130:22

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mempunyai badan fizikal yang baqa.

Apabila kita faham bahawa Tuhan Bapa dan Yesus Kristus memiliki badan seperti kita, kita berasa lebih rapat kepada Mereka, dan perhubungan kita bersama Mereka diperkuatkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak satu gambar Yesus Kristus, dan jemput mereka untuk menunjuk kepada mata, mulut dan bahagian-bahagian badan Dia. Kemudian jemput mereka untuk berdiri dan tunjukkan bahagian-bahagian tersebut yang terdapat pada badan mereka sendiri. Baca dari Ajaran dan Perjanjian 130:22: “Bapa memiliki tubuh daging dan tulang … ; Putera juga.” Berikan kesaksian bahawa badan kita seperti Bapa Syurgawi dan Yesus.

  • Nyanyikan satu lagu berkenaan badan kita, seperti “Kepala, Bahu, Lutut, dan Kakiku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 129), dan jemput kanak-kanak untuk lakukan aksi yang berkaitan dengan lirik lagu itu. Minta kanak-kanak beritahu beberapa perkara yang mereka boleh lakukan dengan badan mereka. Nyatakan kesyukuran anda bagi badan yang Tuhan telah berikan kepada anda. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan bahawa kita bersyukur atas kurnia istimewa ini?

  • Jemput kanak-kanak untuk lukiskan gambar Bapa Syurgawi, Yesus Kristus, dan diri mereka. Bantu mereka lihat bagaimana badan kita serupa dengan Bapa Syurgawi dan Yesus.

Ajaran dan Perjanjian 132:19

Bapa Syurgawi membolehkan keluarga untuk bersama buat selamanya.

Melalui kuasa pemeteraian Tuhan dan tatacara bait suci, perhubungan keluarga kita boleh kekal abadi jika kita mentaati perjanjian kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak fikirkan beberapa contoh benda yang tidak bertahan lama—makanan yang menjadi rosak, bunga yang layu, dan yang lain-lain. Tunjukkan satu gambar keluarga anda, dan kongsi bagaimana perasaan anda terhadap mereka. Bersaksi bahawa Tuhan telah membolehkan, melalui tatacara bait suci, supaya keluarga boleh kekal selamanya.

  • Bukakan Ajaran dan Perjanjian ke bahagian 132, dan beritahu kanak-kanak bahawa ini merupakan wahyu kepada Joseph Smith tentang perkahwinan dan keluarga. Tunjukkan kepada mereka ayat 19, dan tunjukkan kepada perkataan “seluruh keabadian” apabila anda membacanya. Jemput kanak-kanak untuk membaca perkataan tersebut bersama anda.

  • Bantu kanak-kanak untuk membuat patung kertas yang mewakili ahli-ahli keluarga mereka (lihat halaman aktiviti minggu ini). Guntingkannya, dan letakkan ke dalam satu sampul surat atau kepilkan semua bersama dengan satu klip kertas untuk mewakili kuasa pemeteraian yang boleh menjadikan keluarga kita abadi.

    Imej
    seorang wanita dan budak perempuan di taman sekitar bait suci

    Tatacara bait suci membenarkan keluarga untuk bersama buat selamanya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 130:18–19

Bapa Syurgawi mahu saya memperoleh pengetahuan dan kecerdasan.

Banyak perkara yang kita peroleh dalam kehidupan ini tidak akan di bawa bersama kita ke kehidupan kita yang seterusnya. Tetapi “pengetahuan dan kecerdasan” akan di bawa bersama (Ajaran dan Perjanjian 130:19).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi dengan anda sesuatu yang mereka pelajari di sekolah atau daripada ibu bapa mereka. Jemput mereka untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 130:18–19 untuk mengetahui apakah yang akan berlaku kepada pengetahuan dan kecerdasan kita di kehidupan yang akan datang.

  • Apakah yang ayat 19 ajarkan tentang bagaimana kita peroleh pengetahuan dan kecerdasan? Bagaimanakah kita menjadi tekun dan patuh apabila kita ingin belajar? (Untuk lebih lanjut berkenaan topik ini, lihat “Pendidikan” dalam Untuk Kekuatan Remaja [halaman 9–10].)

Ajaran dan Perjanjian 130:20–21; 132:5, 21–23

Berkat-berkat datang dari kepatuhan kepada Tuhan.

Renungkan bagaimana Tuhan memberkati anda apabila anda mematuhi hukum-hukum Dia. Apakah pengalaman yang anda boleh berkongsi dengan kanak-kanak untuk mengilhami mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Nyanyikan satu lagu tentang kepatuhan, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68), dan jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 130:20–21 dan 132:5. Bantu mereka untuk mencari perkataan dan idea dalam ayat suci yang menyerupai seni kata lagu itu. Bagaimanakah kita menerima berkat-berkat daripada Tuhan? Minta kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka telah diberkati kerana mematuhi hukum-hukum Tuhan.

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 132:21–23, dan jemput kanak-kanak untuk lukiskan gambar mewakili apa yang mereka telah pelajari dari ayat-ayat tersebut. Galakkan mereka untuk menjadi kreatif, dan cadangkan kepada mereka untuk memasukkan lukisan hukum atau perintah yang membantu kita kekal di lorong sempit ke kehidupan abadi.

Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:15, 19

Bapa Syurgawi membolehkan keluarga untuk bersama buat selamanya.

Tidak kira apa pun keadaan keluarga kita kini, kita boleh membuat pilihan sekarang yang akan menyediakan kita untuk menerima berkat-berkat keluarga abadi di masa hadapan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput beberapa kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 131:1–4 dan yang lain untuk membaca 132:15. Bantu mereka kenal pasti apa yang ayat-ayat ini ajarkan tentang perkahwinan. Pilih frasa-frasa kunci dari 132:19 (seperti “jika seorang lelaki mengahwini seorang isteri,” “perjanjian kekal,” “dimeteraikan,” “tinggal dalam perjanjian-Ku,” “seluruh keabadian,” dan “selama-lamanya”), dan minta kanak-kanak untuk carikan frasa-frasa tersebut dalam ayat itu. Apakah yang frasa-frasa tersebut ajarkan kita tentang perkahwinan?

  • Nyanyikan “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 98) . Minta kanak-kanak mendengar dan bersedia untuk berkongsi apa yang kita harus lakukan supaya keluarga kita boleh menjadi abadi. Bersaksikan bahawa tidak kira apa jua situasi keluarga kita sekarang, kita boleh menyediakan diri untuk menjadi sebahagian daripada keluarga abadi.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk beritahu keluarga mereka apa yang mereka kasihi tentang mereka dan keinginan untuk bersatu sebagai satu keluarga abadi.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berpekalah kepada situasi-situasi keluarga. “Kanak-kanak hari ini mendapati diri mereka di dalam pelbagai konfigurasi keluarga yang rumit. … [Kita] harus mencapai kepada [mereka] yang merasa keseorangan, tertinggal, atau di luar pagar” (Neil L. Andersen, “Sesiapa Yang Menyambut Mereka, Menyambut Aku,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 49, 52).

Cetak