Ajaran dan Perjanjian 2021
15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134: “Bersedialah Kamu untuk Kedatangan Pengantin Lelaki”


“15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134: ‘Bersedialah Kamu untuk Kedatangan Pengantin Lelaki,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
lima perawan yang bijaksana

The Bridegroom Cometh, oleh Elizabeth Gibbons

15–21 November

Ajaran dan Perjanjian 133–134

“Bersedialah Kamu untuk Kedatangan Pengantin Lelaki”

Presiden Henry B. Eyring mengajarkan: “Pemulihan injil bermula dengan persoalan rendah hati yang direnungkan di rumah, dan ia boleh berterusan dalam setiap rumah” (“Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 25).

Mencatat Tanggapan Anda

Ketika Gereja hampir 19 bulan, Nabi Joseph Smith dan para pemimpin Gereja lain meletakkan rancangan untuk menyusun wahyu-wahyu zaman akhir Tuhan menjadi satu jilid dan mencetak 10,000 salinan—dua kali ganda cetakan pertama Kitab Mormon. Malangnya, kos yang tinggi melemahkan rancangan ini, dan perusuh menyerang akhbar Gereja semasa pencetakan sedang berlangsung. Mereka mencerai-beraikan halaman yang tidak terikat, dan meskipun Orang suci yang berani memelihara sebahagian daripada halaman berikut, namun tidak ada salinan lengkap dari Kitab Perintah yang diketahui telah selamat.

Apa yang kita kenali sekarang sebagai bahagian 133 Ajaran dan Perjanjian dimaksudkan untuk menjadi lampiran kepada Kitab Perintah, seperti tanda seru di akhir wahyu Tuhan yang diterbitkan. Ia memberi amaran tentang hari penghakiman yang akan datang dan membunyikan seruan yang ditemui sepanjang wahyu moden: melepaskan diri dari duniawi, seperti yang dilambangkan oleh Babilon; membina Sion; bersiap untuk Kedatangan Kedua; dan menyebarkan pesanan ini “kepada setiap negara, dan kaum, dan bahasa, dan bangsa” (ayat 37). Walaupun rancangan asal untuk Kitab Perintah tidak digenapi, wahyu ini adalah peringatan dan saksi bahawa pekerjaan Tuhan tidak dapat digagalkan, “kerana Dia akan menunjukkan lengan kudus-Nya … , dan segenap hujung bumi akan melihat keselamatan daripada Tuhan mereka” (ayat 3).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 133

Kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian boleh menyediakan saya untuk melakukan pekerjaan Tuhan.

Buku-buku kadangkala berakhir dengan kesimpulan yang menyatakan atau merumuskan isi utama buku. Bahagian 133 pada asalnya ingin dijadikan kesimpulan bagi Kitab Perintah, dan ia mungkin sangat berharga untuk membaca bahagian ini dengan memikirkan kepentingannya. Apakah isi yang Tuhan tekankan tentang pekerjaan-Nya? Apakah yang ayat 57–62 ajarkan anda tentang peranan yang Tuhan ingin anda mainkan dalam pekerjaan-Nya?

Ajaran dan Perjanjian 133:1–19

Tuhan ingin saya untuk bersedia untuk Kedatangan Kedua-Nya.

Kedua Bahagian 1, kata pengantar Tuhan kepada Ajaran dan Perjanjian , dan bahagian 133, lampiran asal buku itu, bermula dengan rayuan yang sama daripada Tuhan: “Dengarlah, Wahai kamu umat gereja-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 1:1; 133:1). Apakah maknya untuk mendengar? (lihat Panduan Tulisan Suci, “Dengar,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Apakah jemputan atau perintah yang Tuhan ingin anda dengarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 133:1–19? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi lebih bersedia untuk Kedatangan-Nya? Bagaimanakah anda membantu orang sekitar anda untuk bersedia?

Lihat juga Matius 25:1–13; D. Todd Christofferson, “Bersedia untuk Kepulangan Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 81–84.

Ajaran dan Perjanjian 133:19–56

Kedatangan Kedua akan jadi menggembirakan bagi mereka yang soleh.

Semasa anda membaca dalam Ajaran dan Perjanjian 133:19–32 tentang peristiwa-peristiwa yang akan menemani Kedatangan Kedua Juruselamat, anda boleh merenungkan tentang gambaran peristiwa-peristiwa ini bagi anda tentang Juruselamat dan pekerjaan-Nya. Apakah aplikasi rohani yang anda boleh dapati dalam gambaran ini?

Semasa anda membaca tentang gambaran kepulangan Juruselamat dalam ayat 32–56, apakah yang membuat anda menanti-nantikan hari besar itu? Apakah kata-kata atau frasa yang menggambarkan kasih Tuhan kepada umat-Nya? Pertimbangkan untuk mencatat pengalaman peribadi anda dengan “kebaikan hati penuh kasih Tuhan [anda], dan segala yang telah Dia berikan ke atas [anda] menurut kebaikan-Nya” (ayat 52).

Ajaran dan Perjanjian 134

“Kerajaan ditubuhkan oleh Tuhan demi manfaat manusia.”

Hubungan Orang Suci awal dengan kerajaan adalah rumit. Apabila Orang suci dipaksa keluar dari Jackson County, Missouri, pada tahun 1833, mereka tidak mendapat sokongan atau pampasan dari kerajaan tempatan atau nasional walaupun terdapat rayuan mereka untuk bantuan. Pada masa yang sama, sesetengah orang di luar Gereja mentafsirkan ajaran tentang Sion yang bermaksud bahawa Orang Suci menolak kuasa kerajaan duniawi. Ajaran dan Perjanjian 134 ditulis, sebahagiannya, untuk menjelaskan kedudukan Gereja tentang Kerajaan.

Bagaimanakah ahli-ahli Gereja harus rasakan tentang kerajaan? Semasa anda mengkaji bahagian 134, pertimbangkan untuk membuat dua senarai: pertama senaraikan asas-asas yang anda pelajari tentang kerajaan dan yang lain tentang tanggungjawab warganegara. Bagaimanakah idea-idea ini berguna kepada Orang Suci awal? Bagaimanakah ia berguna di tempat anda tinggal?

Lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:11–12

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 133:4–14.Pertentangan kepada Sion adalah Babel—sebuah kota purba yang tulisan suci lambangkan sebagai kejahatan dan perhambaan rohani (lihat D. Todd Christofferson, “Come to Zion,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 37; Panduan Tulisan Suci, “Babel, Babilon,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Adakah apa-apa yang anda perlu lakukan sebagai sebuah keluarga, untuk secara rohani, “pergilah … keluar dari Babilon” (ayat 5) dan “pergilah … ke … Sion”? (ayat 9).

Ajaran dan Perjanjian 133:20–33.Semasa anda membaca ayat-ayat ini bersama, keluarga anda boleh melukis gambar tentang bayangan mereka tentang keadaan Kedatangan Kedua. Anda juga boleh memainkan atau menyanyikan sebuah lagu tentang Kedatangan Kedua, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46), dan bincangkan apa yang keluarga anda boleh lakukan untuk bersedia bagi Kedatangan-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 133:37–39.Adakah keluarga anda menikmati membaca ayat-ayat ini “dengan suara yang lantang”? (ayat 38). Apakah maknanya untuk berkongsi injil dengan suara yang lantang? Apakah kebenaran yang kita boleh berkongsi?

Ajaran dan Perjanjian 134:1–2.Untuk membantu keluarga anda memahami kepentingan kerajaan, anda boleh membincangkan soalan seperti berikut: Bagaimana keluarga kita diberkati dengan adanya undang-undang? Bagaimanakah negara kita diberkati dengan adanya undang-undang? Anda juga boleh membuat atau mewarnakan sebuah gambar bendera negara anda atau menghafal ayat sebelas dan dua belas dalam Fasal-Fasal Kepercayaan.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Marilah Anak Tuhan,” Nyanyian Rohani, no.141

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Ajarkan ajaran yang jelas dan mudah. Tuhan menggambarkan injil-Nya dengan kata-kata seperti “terang” dan “mudah” (Ajaran dan Perjanjian 133:57). Apakah kata-kata ini cadangkan kepada anda tentang mengajar injil kepada keluarga anda?

Imej
Kristus berjubah merah

Christ in His Red Robe (Kristus Berjubah Merah), oleh Minerva Teichert

Cetak