Ajaran dan Perjanjian 2021
8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132: “Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat daripada Tuhan, Itu Adalah kerana Kepatuhan”


“8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132: ‘Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat daripada Tuhan, Itu Adalah Kerana Kepatuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Joseph Smith mengajar di Nauvoo

Joseph Smith in Nauvoo (Joseph Smith di Nauvoo), 1840, oleh Theodore Gorka

8–14 November

Ajaran dan Perjanjian 129–132

“Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat daripada Tuhan, Itu Adalah kerana Kepatuhan”

Bahagian 129–132 mengajarkan banyak asas yang berharga, hanya beberapa ditekan dalam panduan ini. Apakah kebenaran lain yang anda temui?

Mencatat Tanggapan Anda

Brigham Young pernah berkata tentang Joseph Smith, “Dia dapat menjelaskan hal-hal syurgawi kepada pemahaman yang manusia boleh fahami” (dalam Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith, 499–500). Ini benar terutamanya ajaran Nabi di Nauvoo pada 1840-an, beberapa darinya dicatatkan dalam Ajaran dan Perjanjian 129–132. Seperti apakah Juruselamat? “Dia ialah seorang manusia seperti diri kita sendiri.” Bagaimanakah keadaan syurga? “Pergaulan yang sama itu yang wujud di antara kita di sini akan wujud di antara kita di sana” (Ajaran dan Perjanjian 130:1–2), dan hubungan keluarga kita yang paling dihargai di dunia ini, jika dimeteraikan oleh wewenang yang sepatutnya, “akan berkuasa penuh” di dunia akan datang (Ajaran dan Perjanjian 132:19). Kebenaran seperti ini membuat syurga terasa dekat—agung, dan boleh tercapai.

Tetapi, kadangkala Tuhan mungkin meminta kita untuk melakukan hal-hal yang tidak menyenangkan yang kelihatan sukar dicapai. Bagi banyak Orang Suci awal, perkahwinan jamak adalah satu perintah. Tetapi perintah untuk berkahwin lagi merupakan cubaan iman bagi Joseph Smith, isterinya Emma, dan hampir semua orang yang menerimanya. Untuk melepasi cubaan ini, mereka perlukan lebih dari perasaan senang terhadap injil yang dipulihkan; mereka perlukan iman terhadap Tuhan yang lebih dalam daripada hasrat diri. Perintah tersebut tidak lagi digunakan kini, tetapi teladan beriman mereka tetap ada. Teladan itu mengilhami kita ketika kita diminta untuk membuat “pengorbanan [kita] dalam mematuhi” (Ajaran dan Perjanjian 132:50).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 130–131

Joseph Smith mengungkapkan kebenaran tentang Kesatuan Ketuhanan dan “dunia yang akan datang.”

Anda mungkin perhatikan bahawa bahagian 130–131 dibaca sedikit berbeza berbanding bahagian lain dalam Ajaran dan Perjanjian. Ini kerana bahagian 130–131 adalah berdasarkan nota William Clayton, salah satu pembantu Joseph Smith, yang mencatat hal-hal yang dia dengar Nabi ajarkan. Hasilnya, bahagian-bahagian ini adalah seumpama koleksi kebenaran berbanding wahyu-wahyu yang dikhususkan. Bahkan terdapat persamaan tema dalam kebenaran-kebenaran ini. Sebagai contoh, anda boleh membaca bahagian 130–131 dengan soalan seperti ini di minda: Apakah yang saya pelajari tentang Tuhan? Apakah yang saya pelajari tentang kehidupan selepas kefanaan? Bagaimanakah pengetahuan ini mempengaruhi kehidupan saya?

Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:7, 13–25

Bapa Syurgawi membolehkan keluarga menjadi abadi.

Salah satu kebenaran yang paling menghiburkan yang dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith ialah hubungan perkahwinan dan keluarga dapat kekal selama-lamanya. Melalui Joseph Smith, Tuhan memulihkan tatacara dan wewenang yang diperlukan untuk menjadikan hubungan ini abadi (lihat Ajaran dan Perjanjian 132:7, 18–19). Fikirkan tentang hubungan keluarga yang anda miliki atau berharap untuk miliki di masa depan semasa anda baca Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:7, 13–15. Bagaimanakah ayat-ayat ini mempengaruhi fikiran anda tentang hubungan ini?

Kadangkala, bagaimanapun, asas keluarga abadi tidak begitu menghiburkan—mungkin membawa keresahan, bahkan kesedihan, ketika situasi keluarga kita sekarang tidak sesuai dengan ideal selestial. Apabila Presiden Henry B. Eyring bimbang tentang situasi seperti itu dalam keluarganya sendiri, dia menerima nasihat yang bijak dari seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul: “Kamu hanya harus hidup layak untuk kerajaan selestial, dan situasi keluarga kamu akan lebih bahagia daripada apa yang boleh kamu gambarkan” (dalam “Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 25). Bagaimanakah mengikuti nasihat ini memberkati anda dalam situasi keluarga anda sekarang?

Imej
seorang lelaki dan seorang wanita di luar Bait suci Accra Ghana

Hubungan keluarga dapat dibuat abadi melalui tatacara bait suci.

Ajaran dan Perjanjian 132:1–2, 29–40

Perkahwinan jamak adalah diterima Tuhan hanya apabila Dia memerintahkannya.

Sesiapa yang telah membaca Perjanjian Lama mungkin bertanya-tanya tentang Abraham, Ishak, Yakub, Musa, dan yang lain yang telah mengahwini beberapa isteri. Adalah para lelaki baik ini telah berzina? Atau adakah Tuhan telah merestui tindakan mereka? Cari jawapan dalam Ajaran dan Perjanjian 132:1–2, 29–40.

Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita adalah standard perkahwinan Tuhan (lihat pendahuluan bahagian kepada Pengisytiharan Rasmi 1; lihat juga Yakub 2:27, 30). Walau bagaimanapun, terdapat zaman dalam sejarah apabila Tuhan telah memerintahkan anak-anak-Nya untuk mengamalkan perkahwinan jamak.

Tahun-tahun awal gereja yang dipulihkan adalah salah satu tempoh pengecualian. Setelah menerima perintah ini, Joseph Smith dan para Orang Suci Zaman Akhir yang lain mengamalkan perkahwinan jamak.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 130:2, 18–19; 132:13, 19.Bagaimanakah anda menggunakan ayat-ayat ini untuk membantu keluarga anda mengutamakan hal-hal yang abadi? Mungkin anda boleh mengemas beg bersama-sama dengan barangan yang mewakili hal-hal yang, menurut Ajaran dan Perjanjian 130:2, 18–19; 132:19, kita boleh bawa bersama ke kehidupan akan datang, seperti gambar keluarga atau tulisan suci. Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 132:13 ajarkan kita tentang hal-hal dunia? Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang menumpukan kepada hal-hal yang bernilai abadi.

Ajaran dan Perjanjian 130:20–21.Anda boleh menyanyikan sebuah lagu tentang kesyukuran, seperti “Hitung Berkatmu” (Nyanyian Rohani, no. 111), dan membuat senarai tentang berkat-berkat yang keluarga anda terima kerana memahami hukum Tuhan. Apakah berkat-berkat yang kita berharap untuk terima? Bagaimanakah kita boleh menerima berkat-berkat tersebut?

Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:15–19. Bagaimanakah pandangan Tuhan tentang perkahwinan? Bagaimanakah kita—sama ada kita telah berkahwin atau bujang—bersedia untuk perkahwinan abadi?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” Buku Nyanyian Anak-Anak, 98.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cari kebenaran injil. Kadangkala kebenaran-kebenaran injil dinyatakan secara jelas, dan kadangkala mereka dibayangkan dalam satu contoh atau cerita. Semasa anda membaca, tanyakan diri anda, “Apakah kebenaran abadi yang diajar dalam ayat-ayat ini?”

Imej
bilik pemeteraian di Bait suci Paris France

Bilik Pemeteraian di Bait suci Paris France.

Cetak