Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136: “Dia ‘Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya dengan Darahnya Sendiri’”


“22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136: ‘Dia “Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya dengan Darahnya Sendiri”’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
bahagian luar Penjara Carthage

Penjara Carthage

22–28 November

Ajaran dan Perjanjian 135–136

Dia “Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya dengan Darahnya Sendiri”

Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 135–136, Tuhan mungkin memberikan anda pandangan untuk membantu anda menggunakan apa yang anda pelajari. Apabila itu terjadi, catatkan ajaran Tuhan kepada anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada petang 27 Jun 1844, Joseph dan Hyrum Smith sekali lagi berada dalam penjara, disertai oleh John Taylor dan Willard Richards. Mereka percaya bahawa mereka tidak bersalah terhadap apa-apa jenayah, tetapi mereka menyerah diri, dengan harapan dapat mencegah kekerasan terhadap para Orang Suci di Nauvoo. Ini bukan kali pertama musuh-musuh Gereja telah meletakkan Nabi Joseph di penjara, tetapi kali ini dia seolah-olah tahu bahawa dia tidak akan hidup. Dia dan kawan-kawannya cuba menghibur satu sama lain dengan membaca dari Kitab Mormon dan menyanyikan lagu rohani. Kemudian suara tembakan telah didengar, dan dalam beberapa minit kehidupan fana Joseph Smith dan abangnya Hyrum telah berakhir.

Tetapi ia bukanlah pengakhiran bagi hal ilahi yang mereka telah memeluk. Dan bukanlah pengakhiran bagi Pemulihan injil Yesus Kristus. Terdapat lebih banyak pekerjaan yang perlu dilakukan dan lebih banyak wahyu yang akan membimbing gereja untuk maju. Membunuh Nabi tidak dapat membunuh pekerjaan Tuhan.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 135; 136:37–39

Joseph dan Hyrum Smith memeteraikan kesaksian mereka dengan darah mereka.

Bayangkan bagaimana perasaan anda jika anda tinggal di Nauvoo apabila Joseph dan Hyrum Smith terbunuh. Bagaimanakah anda cuba untuk memahami peristiwa tragis ini? Ajaran dan Perjanjian 135, asalnya diterbitkan kurang dari tiga bulan selepas kesyahidan itu, mungkin boleh membantu. Anda boleh menandakan kata-kata dan frasa yang akan memberi anda pemahaman dan keyakinan. Apakah yang anda akan katakan kepada seseorang yang bertanya, “Mengapakah Tuhan membenarkan Nabi-Nya dibunuh?”

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 5:21–22; 6:29–30; M. Russell Ballard, “Apakah Kita Tidak Akan Meneruskan Dalam Perkara yang Sedemikian Besar?Ensign atau Liahona, Mei 2020, 8–11).

Ajaran dan Perjanjian 135:3

Joseph Smith telah melakukan lebih banyak untuk keselamatan kita daripada sesiapa kecuali Yesus Kristus.

Fikirkan tentang berkat yang telah datang kepada anda sebagai ahli Gereja Yesus Kristus. Berapa banyak daripadanya adalah hasil dari misi yang dicapai oleh Nabi Joseph Smith? Ajaran dan Perjanjian 135:3 menyenaraikan beberapa hal-hal besar yang Joseph Smith telah laksanakan dalam 24 tahun selepas Penglihatan Pertama. Bagaimanakah hal-hal ini mempengaruhi anda dan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Pertimbangkan untuk mencatat kesaksian tentang Nabi Joseph Smith. Siapakah yang bermanfaat dari mendengar kesaksian anda?

Ajaran dan Perjanjian 136

Tuhan memberi saya nasihat untuk “perjalanan” saya dalam hidup.

Setelah diusir dari Nauvoo, Orang Suci menghadapi perjalanan yang panjang ke Lembah Salt Lake, dan beberapa ratus batu pertama adalah perlahan dan sengsara. Brigham Young, yang kini mengetuai Gereja sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, bimbang bagaimana Orang Suci dapat bertahan sepanjang perjalanan. Dia menubuhkan penempatan sementara yang dipanggil Winter Quarters dan merayu untuk bimbingan. Sebagai balasan, Tuhan memberikannya wahyu, kini ialah bahagian 136. Antara lain, wahyu ini mengingatkan Orang Suci “bahawa kelakuan mereka dalam perjalanan itu sama pentingnya dengan tujuan mereka” dan “membantu mengubah perpindahan ke arah barat dari keperluan yang tidak disengajakan menjadi pengalaman rohani yang penting bersama”.

Fikirkan ini ketika anda mengkaji bahagian 136. Nasihat apa yang anda dapati dapat membantu mengatasi percubaan yang sukar dalam hidup anda “kepada pengalaman rohani … yang penting”? Anda juga boleh merenungkan bagaimana nasihat itu boleh membantu anda mencapai kehendak Tuhan dalam kehidupan anda sendiri, seperti ia membantu Orang Suci awal membuat perjalanan sukar ke Barat.

Imej
Winter Quarters

Winter Quarters, oleh Greg Olsen

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 135:1, 3. Apakah yang mengagumkan kita tentang ayat-ayat ini? Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih beriman dalam kesaksian kita, walaupun jika kita tidak diminta untuk memberikan nyawa kita?

Ajaran dan Perjanjian 135:3.Untuk membincangkan apa yang dimaksudkan dengan pernyataan bahawa Joseph Smith telah melakukan “lebih banyak, selain Yesus sahaja, demi keselamatan manusia di dunia ini, daripada sesiapa pun yang pernah hidup di dalamnya”, pertimbangkan untuk menyemak apa yang telah keluarga anda ketahui tentang Joseph Smith tahun ini. Anda boleh menggunakan gambar dari sumber ini untuk membantu mereka mengingati apa yang telah mereka pelajari dan menjemput mereka untuk berkongsi cerita atau ajaran kegemaran. Mengapakah kita berterima kasih kepada Nabi Joseph Smith dan untuk apa yang dicapai oleh Tuhan melalui dia?

Ajaran dan Perjanjian 136.Ketika Tuhan mengungkapkan bahagian 136, Orang Suci telah membuat perjalanan yang jauh dan sukar, di bawah arahan Brigham Young. Semasa anda mengkaji bahagian 136 bersama, fikirkan tentang hal-hal sukar yang keluarga anda mungkin hadapi. Apakah nasihat dalam wahyu ini yang boleh membantu kita mendapat bantuan dan kuasa Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 136:4.Apakah ertinya untuk “berjalan dalam semua tatacara Tuhan”? Bagaimanakah tatacara yang kita telah terima mempengaruhi kehidupan harian kita?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Puji Dia Yang Tinggal dengan Yehova,” Nyanyian Rohani, no. 14

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cari kasih Tuhan. Presiden M. Russell Ballard mengajarkan, “Injil ini ialah injil kasih—kasih kepada Tuhan dan kepada satu sama lain” (“God’s Love for His Children,” Ensign, Mei 1988, 59). Semasa anda membaca tulisan suci, pertimbangkan untuk mencatat atau menandakan bukti-bukti kasih Tuhan.

Imej
perusuh di Penjara Carthage menyerang Joseph Smith dan yang lain

Greater Love Hath No Man, oleh Casey Childs

Cetak