Ajaran dan Perjanjian 2021
29 November–5 Disember. Ajaran dan Perjanjian 137–138: “Penglihatan tentang Penebusan Orang Mati”


“29 November–5 Disember. Ajaran dan Perjanjian137–138: ‘Penglihatan tentang Penebusan Orang Mati,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“29 November–5 Disember. Ajaran dan Perjanjian 137–138,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
orang-orang di dunia roh

Joseph melihat ayah, ibu, dan abangnya dalam kerajaan Selestial (Joseph Smith’s Vision of the Celestial Kingdom (Penglihatan Joseph Smith tentang Kerajaan Selestial), Robert Barrett).

29 November–5 Disember

Ajaran dan Perjanjian 137–138

“Penglihatan tentang Penebusan Orang Mati”

President M. Russell Ballard mengajar: “Saya menjemput anda untuk membaca [Ajaran dan Perjanjian 138] dengan teliti dan penuh doa. Apabila anda melakukannya, mohon Tuhan memberkati anda dengan pemahaman penuh dan menghargai kasih Tuhan dan rancangan keselamatan-Nya dan kegembiraan untuk anak-anak-Nya.” (“Penglihatan tentang Penebusan Orang-orang Mati,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 73).

Mencatat Tanggapan Anda

Wahyu yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 137 dan 138 dipisahkan lebih dari 80 tahun dan 1,500 batu. Bahagian 137 diterima oleh Nabi Joseph Smith pada 1836 dalam Bait Suci Kirtland yang sedang dalam pembinaan, dan bahagian 138 diterima oleh Joseph F. Smith, Presiden Gereja keenam, pada 1918 di Salt Lake City. Tetapi secara ajaran, dua penglihatan ini adalah saling melengkapi. Keduanya menjawab soalan mengenai takdir anak-anak Tuhan dalam kehidupan seterusnya. Dan kedua-duanya memberi makna tambahan apabila kita mempertimbangkan pengalaman hidup nabi-nabi yang menerima penglihatan ini.

Penglihatan Joseph Smith membantunya memahami takdir abadi abangnya yang dikasihi, Alvin, yang telah meninggal dunia enam tahun sebelum wewenang untuk pembaptisan dipulihkan. Soalan tentang keselamatan abadi Alvin telah kekal bersama Joseph sejak itu. Penglihatan Joseph F. Smith mendedahkan kebenaran agung tentang dunia roh—sememangnya wahyu yang menghibur kepada orang yang bersedih bagi kematian ahli keluarga terdekat. Joseph F. Smith kehilangan bapanya, Hyrum Smith, pada usia 5 tahun dan ibunya, Mary Fielding Smith, pada usia 13 tahun. Pada masa penglihatannya pada tahun 1918, dia telah meratapi kepergian 13 orang anak.

Banyak soalan yang ada tentang kehidupan selepas kematian dijawab dalam wahyu-wahyu ini. Bahagian 137 memaparkan beberapa permulaan cahaya pada soalan-soalan seperti itu, dan bahagian 138 membuka tirai dengan lebih luas. Bersama, keduanya bersaksi tentang “kasih yang besar dan menakjubkan yang dinyatakan oleh Bapa dan Putera” (Ajaran dan Perjanjian 138:3).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 137

Setiap jiwa akan mempunyai kesempatan untuk memilih kemuliaan selestial.

Pengertian umum di kalangan umat Kristian pada tahun 1836 adalah jika seseorang mati tanpa dibaptiskan—seperti abang Joseph Smith, Alvin—orang itu tidak dapat pergi ke syurga. Namun Joseph melihat Alvin dalam sebuah penglihatan tentang kerajaan selestial. Semasa anda membaca bahagian 137, renungkan apa yang anda pelajari tentang Bapa Syurgawi, rancangan keselamatan-Nya, dan kerajaan selestial.

Ajaran dan Perjanjian 138:1–11, 25–30

Membaca dan merenungkan tulisan suci menyediakan saya untuk menerima wahyu.

Kadangkala wahyu datang walaupun kita tidak mencarinya. Tetapi lebih kerap, ia datang kerana kita mencari dengan tekun dan bersedia untuknya. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 138:1–11, 25–30, perhatikan apa yang Presiden Joseph F. Smith sedang lakukan ketika “mata[-nya] dibukakan” untuk memahami misi penebusan Juruselamat. Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengikuti teladan Presiden Smith. Sebagai contoh, apakah perubahan yang anda boleh lakukan untuk pengkajian kitab suci anda bagi membolehkan lebih banyak “merenungkan tentang tulisan suci” dan lebih “memikirkan tentang korban tebusan besar [Juruselamat]”? (ayat 1–2).

Dalam pesanannya “Penglihatan tentang Penebusan Orang-orang Mati” (Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 71–74), Presiden M. Russell Ballard mencadangkan cara-cara bagaimana Presiden Smith bersedia untuk menerima wahyu ini. Pertimbangkan bagaimana anda telah bersedia untuk pengalaman yang anda ada atau akan ada di masa hadapan.

Imej
lukisan Joseph F. Smith

Joseph F. Smith, oleh Albert E. Salzbrenner

Ajaran dan Perjanjian 138:25–60

Pekerjaan keselamatan sedang berlangsung di kedua-dua belah tirai.

Presiden Russell M. Nelson mengajar, “Pesanan kita kepada dunia adalah sederhana dan tulus ikhlas: kita menjemput semua anak Tuhan yang berada pada dua belah tirai untuk mendekati Juruselamat, menerima berkat bait suci, berbahagia, dan menjadi layak demi kehidupan abadi” (“Mari Lakukan Cepat,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 118–19). Renungkan penyataan ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 138:25–60. Anda juga boleh pertimbangkan soalan-soalan ini:

  • Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang bagaimana pekerjaan keselamatan dilaksanakan di dunia roh? Mengapakah ia penting untuk anda tahu bahawa pekerjaan ini sedang berlangsung? Bagaimanakah ayat-ayat ini menguatkan iman anda dalam Korban tebusan Juruselamat?

  • Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang mereka yang mengambil bahagian dalam pekerjaan keselamatan di dunia roh? Mengapakah ia penting untuk memahami bahawa pekerjaan keselamatan sedang dilakukan di kedua-dua belah tirai?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Percayalah kepada Tuhan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2019, 26–29.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 137:1–5.Jemput keluarga anda untuk melukis bayangan mereka tentang kerajaan selestial berdasarkan ayat-ayat ini. Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang membantu anda menantikan untuk tinggal di situ? Apakah yang kita lakukan sekarang untuk bersedia untuk hidup di kerajaan selestial bersama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 137:5–10. Anda juga boleh bercakap tentang seseorang yang anda kenali yang telah meninggal tanpa peluang menerima pembaptisan. Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 137:5–10 ajarkan kita tentang orang tersebut?

Ajaran dan Perjanjian 138:12–24.Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 138:12–24 ajarkan tentang orang-orang yang Juruselamat lawati di dunia roh? Apakah berkat-berkat yang mereka terima? Apakah yang kita pelajari dari teladan mereka?

Ajaran dan Perjanjian 138:38–55.Ayat-ayat ini menggambarkan orang-orang yang dilihat oleh Presiden Joseph F. Smith di dunia roh dan butiran ringkas mengenai mereka. Mungkin keluarga anda boleh membuat senarai nenek moyang anda yang berada di dunia roh, bersama-sama dengan butiran tentang kehidupan mereka.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Merenung tulisan suci. Presiden David O. McKay merenungkan “salah satu … pintu yang paling kudus di mana kita melangkah ke hadirat Tuhan” (Teachings of Presidents of the Church: David O. McKay [2003], 32).

Imej
Yesus Kristus di dunia roh

The Commissioned, oleh Harold I. Hopkinson. Yesus Kristus memanggil roh-roh yang soleh untuk mengkhutbahkan injil dalam dunia roh.

Cetak