Ajaran dan Perjanjian 2021
20–26 Disember. Krismas: Hadiah yang Tiada Bandingnya Anak Ilahi Tuhan


“20–26 Disember. Krismas: Hadiah yang Tiada Bandingnya Anak Ilahi Tuhan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“20–26 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
seni tentang Maria dan bayi Yesus

Nativity in Copper and Umber (Kelahiran Kristus dalam warna tembaga dan Kuning Coklat), oleh J. Kirk Richards

20–26 Disember

Krismas

Hadiah yang Tiada Bandingnya Anak Ilahi Tuhan

Salah satu cara untuk menumpukan pemikiran anda kepada Juruselamat pada Krismas ini ialah dengan mempelajari “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul.” Panduan ini mencadangkan cara anda boleh menjadikan kesaksian nabi ini sebahagian dari pembelajaran injil peribadi dan keluarga anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada tahun 1838, Nabi Joseph Smith mengisytiharkan: “Asas-asas dasar dari agama kita adalah kesaksian para Rasul dan Nabi, mengenai Yesus Kristus, bahawa Dia telah mati, dikuburkan, dan bangkit kembali pada hari ketiga, dan naik ke syurga; dan semua hal lain yang berkaitan dengan agama kita hanyalah merupakan tambahan terhadapnya.” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith, 49). Bertahun kemudian, Presiden Russell M. Nelson berkata “kenyataan ini daripada Nabi yang berikan galakkan untuk 15 nabi, pelihat, dan pewahyu mengeluarkan dan menandatangani kesaksian mereka untuk menyambut ulang tahun ke-2000 kelahiran Tuhan. Kesaksian bersejarah itu bertajuk ‘Kristus Yang Hidup.’ Ramai ahli gereja telah menghafal kebenaran-kebenarannya. Orang lain hampir tidak tahu tentang kewujudannya. Semasa anda mencari untuk belajar lebih tentang Yesus Kristus, saya menggesa anda untuk mengkaji ‘Kristus Yang Hidup’” (“Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 40).

Sebagai para Orang Suci Zaman Akhir, kita bergembira atas berkat wahyu yang berterusan melalui nabi dan rasul moden. Kita bersyukur atas nasihat, amaran, dan galakan mereka yang mengilhamkan. Tetapi yang paling penting, kita diberkati oleh kesaksian mereka yang kuat tentang Yesus Kristus—pada masa Krismas dan sepanjang tahun. Ini adalah lebih daripada sekadar kata-kata pengarang yang mahir atau penceramah awam atau pandangan daripada pakar tulisan suci. Ia adalah kata-kata “para saksi istimewa bagi nama Kristus di seluruh dunia” yang dipilih, dipanggil, dan diberi kuasa Tuhan (Ajaran dan Perjanjian 107:23).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

“Tiada seorang pun mempunyai pengaruh yang begitu mendalam.”

Apakah yang datang ke minda anda semasa anda membaca Lukas 2:10–11 berserta perenggan pertama “Kristus Yang Hidup”? Apakah yang anda akan katakan untuk menyokong pernyataan bahawa “tiada seorang pun mempunyai pengaruh begitu mendalam [seperti Yesus Kristus] kepada semua yang telah hidup dan akan hidup di bumi”? Cari kebenaran dalam “Kristus Yang Hidup” yang menggambarkan pengaruh mendalam Juruselamat. Bagaimanakah Dia telah mempengaruhi anda dan membawa anda “berita baik”? (Lukas 2:10).

“Dia bangkit dari kubur.”

Dalam “Kristus Yang Hidup,” para Rasul bersaksi tentang Kebangkitan Juruselamat, menyebut tiga penampakan Tuhan yang telah bangkit (lihat perenggan lima). Pertimbangkan untuk membaca tentang kunjungan ini di Yohanes 20–21; 3 Nefi 11–26; dan Joseph Smith—Sejarah 1:14–20. Apakah yang anda pelajari tentang Juruselamat dari firman dan tindakan-Nya semasa penampakan ini?

“Imamat-Nya dan Gereja-Nya sudah dipulihkan.”

Semasa pengkajian Ajaran dan Perjanjian tahun ini, anda mempunyai peluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana “imamat dan Gereja-Nya sudah dipulihkan.” Kebenaran atau asas yang telah dipulihkan manakah yang menjadi sangat bermakna kepada anda? Pertimbangkan untuk mengkaji beberapa tulisan suci yang mengajar tentang Pemulihan: Ajaran dan Perjanjian 1:17–23; 13; 20:1–12; 65; 110; 112:30–32; 124:39–42; 128:19–21. Perhatikan bagaimana kebenaran injil yang dipulihkan membantu anda mengenali dan menyembah Yesus Kristus (lihat Ajaran dan Perjanjian 93:19).

“Dia akan kembali ke bumi satu hari nanti.”

Krismas adalah masa untuk mengenang kembali hari kelahiran Yesus Kristus dan menantikan hari kedatangan-Nya. Apakah yang anda pelajari tentang Yesus kembali lagi dari perenggan kedua terakhir dalam “Kristus Yang Hidup”? Ia juga mungkin menarik untuk membaca, menyanyi atau mendengar lagu-lagu Krismas yang mengajar tentang Kedatangan Kedua, seperti “Sukacita bagi Dunia” atau “Di Tengah Malam yang Cerah” (Nyanyian Rohani, no. 87, 92).

“Dia adalah cahaya, hidup, dan harapan dunia.”

Dalam perenggan terakhir “Kristus Yang Hidup,” perhatikan sifat dan gelaran yang diberikan kepada Juruselamat. Tulisan suci berikut dapat membantu anda merenungkan bagaimana Yesus Kristus adalah “cahaya, hidup, dan harapan dunia”: Lukas 2:25–32; 1 Korintus 15:19–23; Moroni 7:41; Ajaran dan Perjanjian 50:24; 84:44–46; 93:7–10. Bagaimanakah Dia ialah cahaya, hidup, dan harapan anda? Apakah sifat atau gelaran Juruselamat yang paling bermakna bagi anda?

Bagaimanakah mengkaji “Kristus Yang Hidup” telah mempengaruhi iman dan kasih anda kepada Juruselamat?

Imej
Yesus Kristus

Light of the World, oleh Howard Lyon

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Kristus Yang Hidup.”Untuk membantu keluarga anda memahami kebenaran yang diajar tentang Juruselamat dalam “Kristus Yang Hidup,” anda boleh memilih beberapa ayat dan cari atau lukiskan gambar yang menggambarkan ayat-ayat tersebut. Anda boleh menyusun gambar-gambar dan ayat-ayat tersebut menjadi sebuah buku.

“Kami memberikan kesaksian kami.”Apakah yang kita pelajari dari “Kristus Yang Hidup” tentang berkongsi kesaksian? Anda boleh mencatat kesaksian anda tentang Kristus bagi memperingati kelahiran Juruselamat.

“Dia pergi ke serata tempat untuk berbuat baik.”Bagaimanakah keluarga anda boleh mengikuti teladan Juruselamat dalam pelayanan sewaktu Krismas ini? Bagaimanakah anda menyebarkan “kedamaian dan kebaikan” dalam keluarga dan komuniti anda? Bagaimanakah anda membantu membawa “penyembuhan kepada yang sakit”?  (medialibrary.ChurchofJesusChrist.org).

“Bersyukur kepada Tuhan Bapa kerana kurnia Putera-Nya yang tiada bandingnya.”Apakah kurnia yang telah kita terima kerana Yesus Kristus? Ahli-ahli keluarga boleh mencari jawapan dalam “Kristus Yang Hidup” dan kemudian membungkus hadiah yang melambangkan kurnia-kurnia daripada Juruselamat. Keluarga anda boleh membuka hadiah pada hari Krismas atau sepanjang minggu ini dan membaca tulisan suci yang berkaitan dengan setiap satu. Berikut adalah beberapa tulisan suci, bahkan keluarga anda boleh mencari yang lain juga: Lukas 2:10–14; 1 Petrus 2:21; Mosia 3:8; Alma 11:42–43; Ajaran dan Perjanjian 18:10–12. Anda juga boleh menyanyikan sebuah lagu tentang Juruselamat, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20), untuk mencari kurnia lain yang datang dari-Nya.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu Cadangan: “Dengar! Puji Malaikat,” Nyanyian Rohani, no. 94.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Tumpukan pada Juruselamat. “Membaca ‘Kristus Yang Hidup’ dengan penuh doa adalah seperti membaca kesaksian Matius, Markus, Lukas, Yohanes, dan nabi-nabi Kitab Mormon. Ia akan meningkatkan iman anda kepada Juruselamat dan membantu anda kekal memberikan tumpuan pada-Nya” (M. Russell Ballard, “Pulang dan Menerima,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 65).

Cetak