Ajaran dan Perjanjian 2021
20–26 Disember. Krismas: Hadiah yang Tiada Bandingnya Anak Ilahi Tuhan


“20–26 Disember. Krismas: Hadiah yang Tiada Bandingnya Anak Ilahi Tuhan,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“20–26 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
seni lukis Maria dan bayinya Yesus

Nativity in Copper and Umber (Kelahiran Yesus dalam warna Tembaga dan Kuning Coklat), oleh Kirk Richards

20–26 Disember

Krismas

Hadiah yang Tiada Bandingnya Anak Ilahi Tuhan

Krismas merupakan masa yang teruja bagi ramai kanak-kanak. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu mereka menghubungkan kebahagiaan masa Krismas dengan kebahagiaan injil Juruselamat.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka telah lakukan minggu lepas bagi merayakan kelahiran Juruselamat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Saya boleh “mempersembahkan kesaksian [saya]” untuk menyambut kelahiran Yesus.

Dalam “Kristus Yang Hidup” (ChurchofJesusChrist.org), Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul telah memberikan kesaksian mereka tentang Yesus Kristus untuk “memperingati kelahiran Yesus Kristus.” Pertimbangkan bagaimana anda akan menggalakkan kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian mereka dengan orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak satu salinan “Kristus Yang Hidup” (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Tunjukkan kepada perkataan Kristus dalam tajuk, dan biarkan kanak-kanak menunjuk kepada perkataan itu juga. Tunjukkan juga tandatangan yang terdapat di bawah halaman itu, dan beritahu kanak-kanak bahawa pada tahun 2000, Presidensi Utama dan Dua Belas Rasul menuliskan kesaksian mereka berkenaan Yesus Kristus, menandatangan, dan kongsikannya bersama dunia.

  • Tunjukkan satu gambar Yesus Kristus, dan jemput setiap kanak-kanak untuk berdiri dan berkongsi sesuatu yang dia ketahui tentang Yesus. Jika mereka memerlukan bantuan, cadangkan kebenaran-kebenaran daripada “Kristus Yang Hidup.” Ingatkan kanak-kanak bahawa apabila mereka memberitahu orang mengenai Yesus, mereka sedang berkongsi kesaksian mereka.

  • Beritahu kanak-kanak bagaimana anda memperoleh kesaksian Yesus Kristus dan apakah yang anda lakukan untuk mengekalkan kekuatan kesaksian anda. Bantu mereka fikirkan cara-cara mereka boleh memperkukuhkan kesaksian mereka tentang Yesus Kristus, dan menjemput mereka untuk pilih satu perkara yang mereka akan lakukan.

Bapa Syurgawi telah menghantarkan Putera-Nya sebagai satu kurnia bagi kita.

Memberi dan menerima hadiah merupakan sebahagian daripada tradisi Krismas bagi ramai orang. Tradisi ini boleh membantu kita mengingati Tuhan “kurnia Putera-Nya yang tiada bandingnya” (“Kristus Yang Hidup”).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi hadiah-hadiah yang mereka telah berikan atau terima. Baca kepada mereka ayat terakhir “Kristus Yang Hidup,” dan jemput mereka untuk mendengar kurnia yang Tuhan telah berikan kepada kita. (Jika perlu, bantu mereka memahami bahawa “tiada bandingnya” bermaksud “lebih baik dari segalanya.”) Mengapakah Putera Tuhan, Yesus Kristus, kurnia yang terbaik?

  • Nyanyikan bersama satu lagu mengenai Yesus Kristus, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20). Bantu kanak-kanak untuk pilih satu frasa dari lagu yang mereka ingin lukiskan (seperti “bayi” atau “berjalan bersama manusia”). Sambil mereka melukis, minta kanak-kanak untuk beritahu bagaimana perasaan mereka tentang apa Yesus telah lakukan untuk mereka. Kongsi perasaan anda juga.

Yesus Kristus menjemput saya untuk mengikuti teladan Dia.

Sebahagian daripada “pengaruh … mendalam” Juruselamat terhadap dunia ialah teladan sempurna Dia. Bagaimanakah anda mengilhami kanak-kanak untuk mengikut Dia?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dari perenggan kedua “Kristus Yang Hidup,” baca kepada kanak-kanak beberapa perkara yang Yesus telah lakukan. Tunjukkan gambar-gambar dari kehidupan Dia (lihat halaman aktiviti minggu ini), dan jemput kanak-kanak untuk bincangkan tentang apa yang Juruselamat sedang lakukan dalam gambar-gambar tersebut. Bantu mereka untuk fikirkan cara-cara mereka boleh mengikuti teladan Dia.

  • Ceritakan satu kisah di mana anda diberkati oleh seseorang yang melayani seperti Kristus. Jemput kanak-kanak untuk melakonkan satu lakonan mudah mengenai pelayanan, dan minta kanak-kanak lain untuk teka apa yang dia sedang lakukan. Biar setiap kanak-kanak ambil giliran. Bantu kanak-kanak fikirkan sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk melayani seseorang dalam keluarga mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

“Kami memberikan kesaksian kami.”

Teladan nabi-nabi dan rasul-rasul yang telah menulis “Kristus Yang Hidup” boleh mengilhami kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian mereka berkenaan Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan pada papan tulis Saya ketahui bahawa Yesus Kristus … dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi cara-cara mereka akan melengkapkan ayat itu. Cadangkan kepada mereka untuk melihat dalam “Kristus Yang Hidup” untuk idea-idea. Apakah yang kita boleh lakukan untuk memperkukuhkan kesaksian kita terhadap Yesus Kristus? Bagaimanakah orang lain diberkati apabila kita berkongsi kesaksian kita?

  • Tunjukkan bahawa “Kristus yang Hidup” telah ditandatangani oleh Presidensi Utama dan Dua Belas Rasul. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 107:23. Apakah yang menjadikan Rasul-rasul berbeza “daripada para pemimpin lain di dalam gereja”? Mengapakah kita bersyukur untuk mempunyai saksi-saksi istimewa Kristus bagi zaman kita?

“Tiada seorang pun mempunyai pengaruh yang begitu mendalam.”

Dalam “Kristus Yang Hidup,” nabi-nabi dan rasul-rasul mengisytiharkan bahawa tiada orang yang memberi pengaruh yang hebat kepada anak-anak Tuhan selain Yesus Kristus. Renungkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak belajar tentang pengaruh mendalam Juruselamat kepada kita semua.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak-kanak satu frasa atau ayat dari “Kristus Yang Hidup,” dan minta mereka lukiskan satu gambar berkenaan frasa atau ayat itu. Apabila setiap kanak-kanak menunjukkan gambar mereka kepada kelas, minta kanak-kanak lain untuk meneka apa yang digambarkan dan carikan ayat-ayat yang berkaitan dalam “Kristus Yang Hidup.” Bagaimanakah kita diberkati oleh kehidupan dan misi Yesus Kristus?

  • Bantu kanak-kanak untuk carikan nama atau panggilan dalam “Kristus Yang Hidup” dan gariskannya, jika boleh (contohnya termasuk Mesias, Anak Tunggal, anak sulung dan tunggal, pembela, dan batu asasnya ). Bincangkan apakah yang setiap panggilan itu ajarkan kita mengenai Dia. (Terdapat beberapa definisi tajuk dalam Panduan Tulisan Suci.)

“Dia adalah cahaya, hidup, dan harapan dunia.”

Krismas merupakan satu musim yang menggembirakan kerana harapan yang Yesus Kristus berikan kepada dunia melalui ajaran-ajaran, teladan dan korban tebusan.

Imej
Yesus Kristus

Light of the World, oleh Howard Lyon

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk lukiskan satu pokok Krismas, atau lukiskannya pada papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk menghiaskan pokok itu dengan kata-kata dan frasa dari “Kristus yang Hidup” yang menjelaskan satu hadiah yang Juruselamat telah berikan kepada kita (seperti “cahaya,” “kehidupan,” dan “harapan”). Biarkan mereka membincangkan mengapakah mereka memilih kata-kata atau frasa tersebut.

  • Bantu kanak-kanak carikan lagu rohani Krismas yang memberitahukan tentang cahaya, kehidupan, dan harapan yang datang daripada kelahiran Juruselamat—contohnya, “Betlehem Kota Kecil” atau “Dengar Puji Malaikat” (Nyanyian Rohani, no. 93–94). Nyanyikan lagu rohani bersama, dan biarkan kanak-kanak berkongsi bagaimana Yesus telah membawa cahaya, kehidupan dan harapan ke dalam kehidupan mereka.

  • Minta beberapa kanak-kanak untuk baca tentang gembala di dalam Lukas 2:8–20. Minta yang lain untuk baca tentang Simeon dalam Lukas 2:25–33. Jemput mereka untuk berkongsi bersama bagaimana perasaan gembala-gembala dan Simeon apabila mereka mendapat tahu bahawa Yesus telah dilahirkan. Mengapakah mereka berasa seperti ini? Mengapakah kelahiran Dia membawa “kebahagiaan hebat”?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk fikirkan seseorang dalam keluarga yang mereka boleh berkongsi kesaksian tentang Yesus Kristus. Bantu mereka untuk pertimbangkan apa yang mereka mungkin katakan untuk memperkukuhkan iman orang itu terhadap Dia.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersedia dengan mengkaji tulisan suci dengan penuh doa. “Pengkajian firman Tuhan dengan penuh doa membuatkan kita lebih peka kepada Roh Kudus. Dia boleh mengilhami kita untuk menggunakan apa yang kita telah kaji apabila kita mengajar dan mengangkat orang lain” (Teaching in the Savior’s Way, 12).

Cetak