Ajaran dan Perjanjian 2021
6–12 Disember. Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2: “Kami Percaya”


“6–12 Disember. Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2: ‘Kami Percaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“6–12 Disember. Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
selimut menunjukkan tangan dengan banyak warna kulit

To All Worthy Male Members, oleh Emma Allebes

6–12 Disember

Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2

“Kami Percaya”

Sambil anda mengkaji dan membuat rancangan untuk mengajar, pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak dalam kelas anda memperkukuhkan kepercayaan mereka terhadap kebenaran-kebenaran injil utama.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Baling sebiji bola kepada seorang kanak-kanak, dan minta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang dia percaya tentang Yesus Kristus atau Bapa Syurgawi. Ulangkan aktiviti ini sehingga setiap kanak-kanak mendapat peluang untuk berkongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Fasal-Fasal Kepercayaan

Saya percaya dalam injil Yesus Kristus.

Anda boleh menggunakan Fasal-Fasal Kepercayaan untuk mengkaji semula bersama kanak-kanak beberapa kepercayaan utama Gereja Yesus Kristus. Mengapakah ia penting bagi kanak-kanak yang anda ajar mempercayai kebenaran-kebenaran mudah tersebut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih beberapa fasal-fasal kepercayaan yang anda rasa amat penting bagi kanak-kanak yang anda ajarkan. Bagi setiap fasal kepercayaan, kongsi satu gambar (lihat halaman aktiviti minggu ini) atau satu kisah (dari kitab suci atau kehidupan anda) yang memberi gambaran atau penjelasan satu kebenaran yang diajar dalam fasal itu. Beritahu kanak-kanak mengapakah kebenaran itu penting bagi anda, dan biarkan mereka berkongsi mengapakah ia penting bagi mereka.

  • Carikan lagu rohani atau lagu kanak-kanak yang akan membantu kanak-kanak memahami satu atau lebih fasal-fasal kepercayaan. Mungkin kanak-kanak boleh membantu anda untuk memilih. Nyanyikan lagu bersama, dan bantu kanak-kanak lihat bagaimana lagu-lagu itu berkaitan dengan fasal-fasal kepercayaan.

Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9; Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2

Tuhan membimbing Gereja Dia melalui nabi-Nya.

Apabila kita sebagai ahli Gereja menghadapi pelbagai cabaran, kita boleh mendapat kedamaian dengan pengetahuan bahawa Bapa Syurgawi bersedia untuk memberi wahyu bagi membimbing kita. Bantu kanak-kanak yang anda ajar memperkukuhkan kepercayaan mereka bahawa Tuhan membimbing Gereja melalui seorang nabi hidup.

Imej
seorang kanak-kanak lelaki sedang menonton persidangan umum

Bapa Syurgawi membimbing kita melalui nabi-nabi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu set ayat-ayat suci dan satu gambar nabi hidup (atau satu terbitan persidangan yang terkini Ensign atau Liahona). Bantu kanak-kanak kenal pasti yang mana satu berkaitan dengan frasa “segala yang Tuhan telah wahyukan” dan yang mana satu berkaitan dengan frasa “segala yang Dia wahyukan sekarang” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9).

  • Padamkan lampu, dan letakkan satu gambar Yesus Kristus pada papan tulis. Nyalakan satu lampu suluh pada gambar itu untuk menunjukkan bagaimana nabi, seperti lampu suluh itu, membantu kita melihat Juruselamat dengan lebih jelas.

  • Carikan arahan-arahan mudah untuk membuatkan sesuatu, seperti makanan atau satu alat permainan. Ikuti arahan-arahan tersebut bersama kanak-kanak, dan jelaskan bahawa melalui nabi, Bapa Syurgawi memberikan arahan kepada kita untuk membantu kita kembali hidup bersama Dia. Apakah beberapa perkara yang nabi telah mengajarkan kita supaya kita boleh kembali kepada Tuhan?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Fasal-Fasal Kepercayaan

Fasal-Fasal Kepercayaan mengajar kebenaran-kebenaran mudah injil.

Kadangkala injil nampak besar dan rumit, terutamanya bagi kanak-kanak. Fasal-Fasal Kepercayaan boleh membantu kanak-kanak memahami, dengan cara yang mudah, beberapa kebenaran utama yang kita percaya sebagai Orang Suci Zaman Akhir.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput setiap kanak-kanak untuk pilihkan satu kata kunci atau frasa dari salah satu fasal-fasal kepercayaan dan berkongsi bersama kelas. Kemudian biarkan kanak-kanak lain teka (atau carikan) fasal kepercayaan yang manakah asalnya kata atau frasa itu. Minta kanak-kanak untuk berkongsi mengapakah kata atau frasa yang mereka pilih penting.

  • Beberapa hari sebelumnya, minta beberapa kanak-kanak untuk menyediakan satu pesanan pendek tentang fasal kepercayaan kegemaran mereka kepada kelas. Pesanan mereka mungkin termasuk satu gambar, satu lagu, satu kisah atau pengalaman, atau ayat suci lain. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi mengapakah mereka suka fasal kepercayaan yang mereka pilih.

  • Tuliskan pada papan tulis beberapa soalan orang ramai mungkin ada tentang kepercayaan kita yang boleh dijawab dengan salah satu fasal kepercayaan. Minta kanak-kanak untuk pilih satu soalan dan carikan satu fasal kepercayaan yang menjawabnya. Benarkan mereka berlatih menjawab soalan itu dengan menggunakan fasal kepercayaan.

Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2

Nabi-nabi membantu kita mengetahui kehendak Bapa Syurgawi.

Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2 merupakan contoh-contoh tepat bagaimana nabi-nabi menerima dan bertindak mengikut wahyu daripada Tuhan. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak meningkatkan kepercayaan mereka bahawa Tuhan mengarahkan Gereja Dia melalui wahyu?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk carikan satu fasal kepercayaan yang mengajarkan tentang nabi-nabi atau wahyu. Jemput mereka untuk berkongsi mengapakah mereka bersyukur yang kita mempunyai seorang nabi hidup. Kongsi beberapa contoh bagaimana Tuhan telah membimbing Gereja melalui wahyu, termasuklah contoh-contoh yang dihuraikan dalam Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2, dan benarkan kanak-kanak berkongsi contoh-contoh yang mereka kenali (seperti perubahan baru-baru ini dalam program atau polisi Gereja).

  • Berikan kepada kanak-kanak rujukan ayat suci berikut: 2 Nefi 26:33; Yakub 2:27. Jemput mereka untuk kenal pasti ayat suci manakah yang berkaitan dengan Pengisytiharan Rasmi 1 (yang menyebabkan pengakhiran perkahwinan majmuk) dan yang berkaitan dengan Pengisytiharan Rasmi 2 (yang membenarkan berkat-berkat imamat dan bait suci tersedia bagi semua bangsa). Berikan kesaksian anda bahawa Tuhan mengungkapkan kehendak Dia melalui nabi zaman dahulu dan moden.

  • Tuliskan yang berikut dari Pengisytiharan Rasmi 1 pada papan tulis: “Anda harus menilainya sendiri.” Apakah maksudnya untuk menilai bagi diri kita sendiri apabila nabi menerima wahyu? Untuk membantu mereka menjawab soalan ini, anda boleh berkongsi kenyataan ini daripada Presiden Russell M. Nelson: “Anda mungkin ketahui bagi diri anda sendiri apa yang benar dan yang tidak dengan belajar membezakan bisikkan Roh” (“The Love and Laws of God” [Brigham Young University devotional, Sept. 17, 2019], 4, speeches.byu.edu).

  • Lukiskan atau paparkan satu gambar bumi pada papan tulis. Jemput seorang kanak-kanak untuk baca dua perenggan terakhir surat Presidensi Utama yang bertarikh 8 Jun, 1978 yang disebutkan dalam Pengisytiharan Rasmi 2 (bermula dengan “Dia telah mendengar doa-doa kami …”). Minta kanak-kanak untuk kirakan berapa banyak perkataan “berkat” dan “berkat-berkat” muncul. Apakah berkat-berkat yang diperoleh daripada injil? Jemput kanak-kanak untuk senaraikannya pada papan tulis mengelilingi gambar atau lukisan bumi. Berikan kesaksian anda bahawa Tuhan mengasihi semua anak Dia di seluruh dunia dan menginginkan untuk memberkati mereka dengan injil Dia.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak pilih fasal kepercayaan yang mereka ingin hafalkan, dan bantu mereka untuk membuat satu rancangan untuk melakukannya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak suka berkongsi apa yang mereka pelajari. Walaupun mereka masih muda, kanak-kanak boleh menguatkan kepercayaan ibu bapa mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan keluarga sesuatu yang mereka pelajari di Sekolah Primer. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 30.)

Cetak