Ajaran dan Perjanjian 2021
29 November–5 Disember Ajaran dan Perjanjian 137–138: “Penglihatan tentang Penebusan Orang Mati”


29 November–5 Disember Ajaran dan Perjanjian 137–138: Penglihatan tentang Penebusan Orang Mati,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

29 November–5 Disember Ajaran dan Perjanjian 137–138,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
orang ramai di dunia roh

Joseph melihat bapa, ibu, dan abang di kerajaan selestial (Joseph Smith’s Vision of the Celestial Kingdom (Penglihatan Joseph Smith tentang Kerajaan Selestial), Robert Barrett).

29 November–5 Disember

Ajaran dan Perjanjian 137–138

“Penglihatan Tentang Penebusan Orang Mati”

Carikan asas-asas dalam wahyu ini yang mungkin penting bagi kanak-kanak yang anda ajar. Bagaimanakah anda membantu mereka memahami asas-asas tersebut

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan satu gambar Yesus Kristus sedang berada di dunia roh, seperti yang terdapat dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka ketahui tentang dunia roh.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 137:1–5

Tuhan telah menyediakan satu cara supaya saya boleh bersama keluarga saya buat selamanya.

Dalam satu penglihatan, Joseph Smith dapat melihat ahli-ahli keluarganya berada di kerajaan selestial. Bagaimanakah anda boleh menggunakan penglihatan ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa keluarga boleh bersama buat selamanya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar seseorang dari keluarga anda, dan bincangkan tentang betapa anda sangat mahu bersama dia di kerajaan selestial. Jelaskan bahawa abang Joseph Smith, Alvin telah meninggal dunia ketika masih muda dan Joseph sangat merinduinya. Baca Ajaran dan Perjanjian 137:1, 5, dan tanyakan kanak-kanak siapakah yang Joseph Smith telah nampak dalam penglihatannya tentang kerajaan selestial . Jemput kanak-kanak untuk membuka lengan mereka dengan luas untuk menunjukkan betapa banyak mereka mengasihi keluarga mereka, dan minta mereka untuk berkongsi mengapa mereka ingin kekal bersama keluarga mereka di kerajaan Selestial.

  • Gunakan Ajaran dan Perjanjian 137:1–5 dan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak menemui perkara-perkara dalam penglihatan Joseph Smith berkenaan kerajaan selestial. Jemput mereka untuk lukiskan satu gambar diri mereka bersama keluarga pada halaman aktiviti ketika anda memainkan atau menyanyikan satu lagu tentang keluarga, seperti “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 98).

Ajaran dan Perjanjian 138:6–11

Roh Kudus dapat membantu saya memahami tulisan suci.

Tulisan suci kadangkala amat susah untuk difahami, terutamanya bagi kanak-kanak. Ajaran dan Perjanjian 138:11 mengajarkan bahawa Roh Kudus boleh membuka “mata pemahaman [kita] .”

Imej
budak lelaki membaca kitab suci

Roh Kudus boleh membantu kita memahami apa yang kita telah baca dalam kitab suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar Presiden Joseph F. Smith (lihat Buku Seni Injil, no. 127). Jelaskan bahawa dia merupakan Presiden Gereja yang keenam, dan pada satu hari dia membaca dan merenungkan ayat suci (memikirkan tentang apakah maksudnya). Apabila anda membaca Ajaran dan Perjanjian 138:6, 11, jemput kanak-kanak untuk berlakon seperti mereka ialah Presiden Smith dan lakukan aksi yang berkaitan dengan perkataan itu.

  • Kongsi dengan kanak-kanak tentang satu pengalaman ketika anda merenungkan sesuatu dalam ayat suci dan Roh Kudus telah membantu anda memahaminya. Nyanyi bersama satu lagu tentang pengkajian ayat suci, seperti “Cari, Renungkan dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66). Apakah yang lagu ini katakan kita harus lakukan untuk memahami ayat suci?

Ajaran dan Perjanjian 138:18–35

Semua anak Bapa Syurgawi akan mempunyai peluang untuk mendengar tentang injil.

Setelah Yesus Kristus disalibkan, Dia melawat para Orang suci yang beriman di dunia roh. Dia mengarahkan mereka untuk mengajarkan injil kepada mereka yang belum menerimanya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu gambar makam (lihat Buku Seni Injil, no. 58, 59 atau Foto Alkitab, no. 14), atau lukiskan satu gambar makam pada papan tulis. Tunjukkan satu gambar Juruselamat di dunia roh ketika badan Dia berada di dalam makam itu (seperti yang didapati dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Sambil anda berbuat demikian, tanyakan soalan-soalan untuk membantu kanak-kanak memberi perhatian kepada kunci butiran dalam Ajaran dan Perjanjian 138:18–19, 23–24, 27–30, seperti siapakah yang Yesus melawat, bagaimanakah perasaan mereka, dan apakah yang Yesus minta mereka lakukan.

  • Tunjukkan satu gambar penginjil (lihat Buku Seni Injil, no. 109, 110), dan minta kanak-kanak untuk berkongsi apakah pekerjaan penginjil. Anda juga boleh menjemput mereka untuk lakonkan beberapa perkara yang penginjil lakukan. Baca Ajaran dan Perjanjian 138:31–34 kepada kanak-kanak. Jelaskan bahawa seperti mana terdapatnya penginjil di bumi, penginjil juga wujud di dunia roh untuk mengajar orang di sana.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 137:1–5

Tuhan telah menyediakan satu cara supaya saya boleh bersama keluarga saya buat selamanya.

Joseph Smith memperoleh satu penglihatan tentang kerajaan selestial dan melihat ibu bapa dan abangnya Alvin di sana. Penglihatan ini mengajar kita bahawa jika kita soleh, perhubungan keluarga boleh berterusan di kehidupan yang akan datang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 137:1–5 dan lukiskan satu gambar menunjukkan apa yang mereka telah baca (lihat juga halaman aktiviti minggu ini). Bagaimanakah Joseph Smith mungkin telah berasa apabila dia melihat ahli-ahli keluarga dia di kerajaan selestial?

  • Nyanyikan satu lagu mengenai keluarga, seperti “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 98). Apakah video atau lagu itu ajarkan kita tentang apa yang kita harus lakukan supaya keluarga kita kekal abadi?

Ajaran dan Perjanjian 138:1–11

Apabila saya merenungkan ayat suci, Roh Kudus akan membantu saya memahaminya.

Apakah yang kanak-kanak boleh belajar daripada teladan Presiden Joseph F. Smith yang boleh memperbaikkan cara mereka mengkaji kitab suci?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 138:1–11, dan bantu mereka tuliskan satu ayat ringkasan tentang pengalaman Joseph F. Smith. Apakah yang dia telah lakukan yang mendorong ke penglihatan hebat ini? Apakah maksudnya untuk merenungkan atau mengkaji semula ayat suci?

  • Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka lakukan apabila mereka punyai soalan-soalan mengenai injil. Kongsi beberapa contoh daripada ayat suci atau dari kehidupan anda di mana Roh membawa pemahaman ketika merenungkan ayat suci (lihat, contohnya, 1 Nefi 11:1–6; Ajaran dan Perjanjian 76:19–24; Joseph Smith—Sejarah 1:11–12).

Ajaran dan Perjanjian 138:12–35

Semua anak Bapa Syurgawi akan mempunyai peluang untuk mendengar tentang injil.

Presiden Joseph F. Smith mendapati bahawa kerja mengkhutbahkan injil berterusan di dunia roh. Usaha ini memastikan semua orang mempunyai peluang untuk menerima injil.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pada papan tulis, senaraikan beberapa ayat dari bahagian 138. Kemudian senaraikan, dalam urutan yang berbeza, kenyataan yang meringkaskan setiap ayat suci. Jemput kanak-kanak untuk padankan kenyataan dengan ayat yang betul. Ayat-ayat mungkin termasuk 12–16 (roh soleh yang berkumpul untuk menunggukan kedatangan Yesus), 18–19 (Juruselamat muncul kepada roh-roh yang soleh), 29–30 (Yesus melantik pengutus untuk mengkhutbahkan injil), 31–35 (roh soleh mengkhutbahkan injil), dan seterusnya. Setelah kanak-kanak membuatkan padanan mereka, minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari dari ayat-ayat itu.

  • Minta beberapa kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 138:33 dan mencari apakah asas injil yang diajar kepada roh-roh yang sudah mati. Minta kanak-kanak lain untuk membaca asas-asas yang diajar dalam Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4. Apakah yang serupa dalam ayat-ayat tersebut, dan apakah yang berbeza? Apakah yang kita pelajari tentang Bapa Syurgawi dan rancangan-Nya?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk rancangkan satu masa minggu ini di mana mereka akan merenungkan ayat suci yang mereka sedang baca.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan ketakziman. Bantu kanak-kanak memahami bahawa kepentingan ketakziman adalah untuk memikir tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Memperingatkan kanak-kanak untuk bertakzim dengan menyanyi atau menyenandungkan satu lagu Sekolah Primer dengan lembut atau menunjukkan satu gambar Yesus.

Cetak