Ajaran dan Perjanjian 2021
13–19 Disember. Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia: “Keluarga Adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta”


“13–19 Disember. Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia: ‘Keluarga Adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“13–19 Disember. Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
sebuah keluarga

13–19 Disember

Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia

“Keluarga Adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta”

Apakah asas-asas yang anda perolehi dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” yang anda diilhami untuk berkongsi bersama kanak-kanak? Sambil anda bersedia untuk mengajar, catatkan dorongan-dorongan yang anda terima daripada Roh.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk bawa atau lukiskan satu gambar keluarga mereka untuk dikongsi bersama di kelas. Minta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka kasihi tentang keluarga mereka atau sesuatu yang mereka pelajari tentang keluarga mereka minggu ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Keluarga adalah penting dalam rancangan Bapa Syurgawi

Bagaimanakah anda boleh gunakan perisytiharan keluarga untuk membantu kanak-kanak memahami betapa pentingnya keluarga dalam rancangan Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk fikirkan perkara-perkara yang sangat penting di mana mereka ingin beritahu semua orang tentangnya. Tunjukkan kepada kanak-kanak satu salinan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” dan jelaskan bahawa nabi-nabi dan rasul-rasul menulisnya untuk memberitahu semua betapa pentingnya keluarga kepada Bapa Syurgawi. Minta kanak-kanak fikirkan mengapakah keluarga sangat penting bagi Bapa Syurgawi. Kongsi sesuatu dari perisytiharan itu yang anda rasa semua perlu ketahui.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak satu gambar bait suci dan satu gambar sebuah keluarga. Benarkan kanak-kanak untuk memegang gambar-gambar tersebut sementara anda membaca ayat terakhir perenggan ketiga perisytiharan keluarga. Minta mereka untuk tunjuk kepada gambar yang betul apabila anda membaca perkataan “bait suci” dan “keluarga-keluarga.” Bersaksi bahawa oleh kerana tatacara bait suci, keluarga kita boleh disatukan buat selamanya. Nyanyi bersama satu lagu mengenai keluarga abadi, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99), dan bantu kanak-kanak memberi perhatian kepada perkataan seperti “bait suci” dan “keluarga.”

  • Tanyakan kanak-kanak apa yang kita boleh lakukan untuk memperkuatkan sesuatu—seperti gigi kita, badan kita, atau sebuah bangunan. Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadikan keluarga kita kuat? Bantu kanak-kanak untuk memahami asas-asas yang mendorong kepada kegembiraan dalam kehidupan keluarga, dijumpai di perenggan ketujuh dalam perisytiharan keluarga (lihat juga halaman aktiviti minggu ini). Bantu kanak-kanak untuk merancangkan cara-cara mereka boleh memperkukuhkan keluarga mereka.

    Imej
    sebuah keluarga sedang memasak

    Ibu bapa harus membesarkan kanak-kanak dengan kasih dan kesolehan.

Saya ialah “anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi.”

Perisytiharan keluarga mengajarkan bahawa kita semua anak Ibu Bapa Syurgawi dan kita datang ke bumi untuk menjadi seperti Mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Nyanyikan bersama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2). Kemudian balingkan satu bola atau objek kecil kepada seorang kanak-kanak sambil berkata, “Saya ketahui seorang anak Tuhan bernama [nama kanak-kanak].” Minta kanak-kanak untuk baling objek itu ke seorang kanak-kanak lain, menyebut kata-kata yang sama dan menyebut nama kanak-kanak tersebut. Ulangi aktiviti ini sehingga setiap kanak-kanak memperoleh gilirannya. Bersaksi bahawa setiap kanak-kanak ialah “anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi.”

  • Pertimbangkan cara-cara anda boleh menerangkan bahawa kerana kita anak-anak Ibu bapa Syurgawi, kita boleh menjadi seperti Mereka. Contohnya, tunjukkan gambar-gambar haiwan bersama anak-anak mereka, atau gambar anda bersama ibu bapa atau anak-anak anda, dan bantu kanak-kanak untuk melihat persamaan. Bersaksi bahawa sepertimana anak-anak membesar menyerupai ibu bapa mereka, satu hari nanti kita akan menyerupai Ibu bapa Syurgawi kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Keluarga adalah utama di dalam rancangan Bapa Syurgawi.

Perisytiharan keluarga telah diterbitkan untuk menegaskan kebenaran abadi mengenai keluarga. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak meningkatkan kesaksian mereka berkenaan kebenaran-kebenaran tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak jika mereka ketahui siapa yang telah menulis perisytiharan keluarga. (Dalam pesanan dia “Rancangan dan Perisytiharan” [Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 28–31], Presiden Dallin H. Oaks memberi penjelasan bagaimana ia dituliskan.) Bantu kanak-kanak memahami apakah maknanya perkataan “dengan sungguh-sungguhnya mengisytiharkan” dalam perenggan pembuka. Minta mereka untuk berkongsi pandangan mereka tentang mengapakah nabi-nabi dan rasul-rasul ingin “dengan sungguh-sungguhnya mengisytiharkan” kebenaran tentang keluarga untuk zaman kita.

  • Kongsi beberapa kenyataan daripada perisytiharan keluarga yang amat bermakna bagi anda. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang kebenaran-kebenaran tersebut. Bagaimanakah kehidupan kita akan jadi berbeza jika kita tidak ketahui perkara-perkara tersebut? Nyanyi bersama satu lagu yang berkaitan dengan kebenaran yang didapati dalam perisytiharan itu, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” atau “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86, 99).

  • Tunjukkan kanak-kanak gambar (atau jemput mereka untuk lukiskan gambar) yang menunjukkan kebenaran-kebenaran yang didapati dalam perisytiharan keluarga. Gambar tersebut boleh terdiri daripada satu gambar bait suci, sebuah keluarga sedang berdoa atau bermain bersama, atau sepasang lelaki dan perempuan yang akan berkahwin. Jemput kanak-kanak untuk carikan ayat-ayat dalam perisytiharan keluarga yang berkaitan dengan gambar-gambar tersebut. Apakah yang ayat-ayat tersebut ajarkan kita?

  • Sediakan beberapa soalan yang boleh dijawab dalam perisytiharan keluarga, seperti “Bagaimanakah perasaan Tuhan berkenaan perkahwinan?” dan “Apakah yang menjadikan sebuah keluarga gembira?” Biarkan setiap kanak-kanak memilih satu soalan, dan bantu mereka untuk mencari jawapan dalam perisytiharan itu.

  • Jemput seorang ibu dan bapa salah satu kanak-kanak untuk berkongsi bersama kelas bagaimana mereka “membantu satu sama lain sebagai ahli pasangan yang setaraf” dalam “tanggungjawab yang suci” bagi keluarga mereka. Jemput kanak-kanak untuk bincangkan apa yang mereka boleh lakukan sekarang untuk bersedia menjadi isteri dan suami, ibu dan bapa yang soleh.

Keluarga paling gembira apabila mereka mengikuti Yesus Kristus.

Bapa Syurgawi mengasihi setiap anak-Nya, dan Dia ingin mereka untuk menjadi gembira. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa kegembiraan yang benar datang dari mengikuti ajaran-ajaran dan teladan Juruselamat kita Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukiskan satu rangka hati pada papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk membaca perenggan ketujuh dari perisytiharan. Minta mereka untuk mencarikan perkara yang mereka boleh lakukan untuk membantu keluarga mereka menjadi gembira, dan tuliskan jawapan-jawapan mereka dalam hati itu. Jemput kanak-kanak untuk pilih sesuatu yang mereka boleh usahakan untuk membuatkan rumah mereka lebih gembira.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman di mana mereka rasa dikasihi oleh seorang ahli keluarga. Bantu kanak-kanak kenal pasti asas-asas dari perenggan tujuh perisytiharan yang boleh membantu ahli keluarga rasa dikasihi. Bagaimanakah pengetahuan kita tentang injil Yesus Kristus mempengaruhi cara kita melayan keluarga kita?

  • Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka mungkin katakan jika seorang rakan menanyakan mereka mengapakah perkahwinan atau mempunyai anak adalah penting. Bagaimanakah kita boleh membantu rakan ini memahami betapa pentingnya keluarga-keluarga kepada Bapa Syurgawi? Bantu kanak-kanak mencari kenyataan dalam perisytiharan keluarga yang mungkin membantuChurchofJesusChrist.org).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk merancangkan sesuatu bagi memperkukuhkan keluarga mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi rancangan mereka bersama ahli-ahli keluarga di rumah.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berpekalah. Sambil anda mengajar kebenaran dalam perisytiharan keluarga, sila peka bahawa ramai kanak-kanak dibesarkan dalam keluarga yang tidak memadan keluarga ideal yang dihuraikan dalam perisytiharan itu. Berhati-hati agar tidak menyatakan sesuatu yang mungkin menyebabkan mereka berasa lemah semangat atau lebih rendah.

Cetak