Ajaran dan Perjanjian 2021
Arahan untuk Waktu Menyanyi


“Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-Kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Arahan untuk Waktu Menyanyi,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 202

Imej
kanak-kanak menyanyi

Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak

Kepada Presidensi Sekolah Primer dan Pemimpin Muzik,

Lagu-lagu Sekolah Primer merupakan cara berkesan untuk membantu kanak-kanak belajar tentang rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi dan asas-asas kebenaran injil Yesus Kristus. Apabila kanak-kanak menyanyi mengenai asas-asas injil, Roh Kudus akan bersaksi akan kebenaran itu. Seni kata dan muzik akan kekal dalam minda dan hati kanak-kanak sepanjang hidup mereka.

Carilah bantuan Roh apabila anda membuat persiapan untuk mengajar injil melalui muzik. Kongsi kesaksian anda tentang kebenaran yang anda nyanyikan. Bantu kanak-kanak untuk melihat bagaimana muzik itu berkaitan dengan pembelajaran dan pengalaman mereka di rumah dan dalam kelas-kelas Sekolah Primer. Kanak-kanak dan keluarga mereka akan diberkati oleh usaha tekun anda.

Kami menyayangi anda dan memberi kesyukuran atas pelayanan berdedikasi anda untuk memperkukuhkan dan melindungi kanak-kanak kita yang disayangi.

Presidensi Umum Sekolah Primer

Garis panduan untuk Pembentangan Pertemuan Sakramen

Di bawah arahan uskup atau presiden cabang, pembentangan pertemuan sakramen kanak-kanak biasanya diadakan pada suku ke empat setiap tahun. Sebagai presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik, cuba bertemu pada awal tahun dengan penasihat lembaga uskup yang menyelia Sekolah Primer untuk memulakan perbincangan rancangan pembentangan tersebut. Apabila anda telah melengkapkan rancangan itu, sila dapatkan kelulusan bagi rancangan itu.

Pembentangan itu seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyampaikan apa yang mereka dan keluarga mereka telah pelajari tentang injil Yesus Kristus dari Ajaran dan Perjanjian di rumah dan dalam Sekolah Primer, termasuk lagu-lagu Sekolah Primer yang mereka telah nyanyikan sepanjang tahun. Pertimbangkan dengan penuh doa asas-asas dan lagu-lagu injil yang menyokong pembelajaran mereka. Sepanjang tahun, simpankan nota ucapan kanak-kanak dan pengalaman peribadi untuk kegunaan yang mungkin dalam pembentangan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi ayat suci, cerita, dan kesaksian tentang Juruselamat dan injil-Nya dalam pembentangan. Apabila anda merancangkan pembentangan, fikirkan cara-cara di mana ia boleh membantu jemaah untuk menumpu kepada Juruselamat dan kebenaran-kebenaran yang Dia telah pulihkan bagi zaman akhir.

Unit-unit gereja dengan bilangan kanak-kanak yang kecil boleh memikirkan cara-cara di mana ahli keluarga dapat menyertai bersama dengan kanak-kanak mereka. Seorang ahli lembaga uskup boleh mengakhiri pertemuan dengan ucapan ringkas.

Sambil anda bersedia untuk pembentangan, ingat garis panduan berikut:

  • Latihan-latihan tidak harus mengambil masa dari masa kelas-kelas Sekolah Primer ataupun keluarga.

  • Visual, kostum, dan pembentangan media adalah tidak sesuai untuk pertemuan sakramen.

Lihat Handbook 2: Administering the Church, 11.5.3, ChurchofJesusChrist.org.

Arahan untuk Waktu Menyanyi

5 minit (presidensi Sekolah Primer): Doa pembuka, tulisan suci atau fasal-fasal kepercayaan, dan satu ucapan

20 minit (pemimpin muzik): Waktu menyanyi

Tujuan waktu menyanyi adalah untuk membantu kanak-kanak memperdalamkan iman mereka terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus melalui muzik. Presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik memilih lagu-lagu bagi setiap bulan berdasarkan tujuan ini. Lagu-lagu yang dipilih harus mengukuhkan asas-asas yang kanak-kanak pelajari tentang injil Yesus Kristus dalam kelas dan di rumah. Sebuah senarai lagu yang memperkukuh asas-asas ini termasuk dalam panduan ini. Lagu-lagu ini juga dicadangkan dalam panduan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Apabila anda mengajar lagu kepada kanak-kanak, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang cerita dan asas ajaran dari lagu tersebut. Anda mungkin perlu kaji semula panduan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer yang kanak-kanak pelajari dalam kelas-kelas mereka. Ini akan membantu anda menjadi peka kepada cerita dan asas yang dipelajari oleh mereka supaya anda boleh mempertimbangkan cara untuk menyokong pembelajaran mereka dengan muzik.

Semasa waktu menyanyi, anda juga boleh mengkaji semula lagu yang mereka pelajari sebelumnya dan lagu yang mereka suka nyanyikan. Apabila anda mengkaji semula, jemput kanak-kanak untuk berkongsi pemikiran dan perasaan mereka tentang kebenaran yang terdapat dalam lagu-lagu itu.

Buku Nyanyian Anak-Anak adalah sumber asas untuk muzik bagi Sekolah Primer. Lagu rohani dari buku nyanyian rohani atau lagu dari Friend dan Liahona juga sesuai untuk digunakan. Sekali-sekala kanak-kanak boleh menyanyi lagu patriotik atau perayaan yang sesuai untuk hari Ahad dan untuk usia kanak-kanak. Penggunaan sebarang muzik lain dalam Sekolah Primer mesti diluluskan oleh lembaga uskup (lihat Handbook 2: Administering the Church [2010], 11.2.4).

Imej
kanak-kanak sedang menyanyi di pertemuan sakramen

Gambaran Keseluruhan Sekolah Primer

Pada setiap minggu, Sekolah Primer termasuk:

Waktu menyanyi:25 minit

Peralihan:5 minit

Kelas-kelas:20 minit

Pemimpin bagi Sekolah Primer yang lebih besar boleh membahagikan kanak-kanak ke dalam dua kumpulan di mana satu kumpulan pergi ke kelas Sekolah Primer dan kumpulan kedua menghadiri waktu menyanyi. Kemudian dua kumpulan tersebut akan bertukar tempat. Jika ini berlaku, pemimpin Sekolah Primer perlu mengubahsuai masa yang ternyata di atas untuk menyesuaikan bagi keadaan mereka.

Muzik untuk Waktu Menyanyi

Januari

  • Doa Joseph Smith yang Pertama,” Nyanyian Rohani, no. 12.

  • Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66

  • Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 100.

Februari

  • Ku Ingin Jadi Misi Sekarang,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 90

  • Imamat T’lah Dipulihkan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 60.

  • Ku berdiri Kagum,” Nyanyian Rohani, no. 82

Mac

  • Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 48

  • Waktu Aku Dibaptis,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 53

  • Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47

April

  • Yesus T’lah Bangkit,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 44

  • Ku Ingin Jadi Misi Sekarang,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 90

  • Kasihilah Sesama,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 39

Mei

  • Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47

  • Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?Nyanyian Rohani no. 101

  • Yang Benar Pilihlah!,” Nyanyian Rohani, no. 108.

Jun

  • Ku Mau Jadi Seperti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40–41

  • Khidmat Adalah Kasih,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 12.

  • Bapa Kumohon Pertolongan-Mu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52

Julai

  • Dia Hidup Sang Penebusku,” Nyanyian Rohani, no. 53

  • Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?Nyanyian Rohani no. 101

  • Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42–43

Ogos

  • Imamat T’lah Dipulihkan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 60.

  • Roh Kudus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 55–56

  • Aku Anak Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 2–3

September

  • Hormatlah, Tenanglah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 11

  • Aku Anak Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 2

  • Aku Akan Jadi Pemberani,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 85

Oktober

  • Roh Tuhan,” Nyanyian Rohani, no. 2

  • Ku Ingin ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99

  • Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 48

November

  • Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 100.

  • K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 98

  • Puji Dia Yang Tinggal dengan Yehova,” Nyanyian Rohani, no. 14

Disember

  • Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 86–87

  • Dia Mengutus PuteraNya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–21

  • Dengar Puji Malaikat,” Nyanyian Rohani, no. 94

Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran

Ingatlah bahawa tujuan waktu menyanyi bukan hanya untuk mengajar kanak-kanak bagaimana untuk bernyanyi, tetapi menggunakan muzik untuk memperdalamkan iman mereka terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Idea-idea berikut boleh mengilhami anda apabila anda merancang untuk melakukannya.

Belajar tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus melalui lagu-lagu yang dinyanyikan. Jemput mereka untuk berkongsi kata-kata lagu kegemaran mereka yang menggambarkan Tuhan dan Juruselamat.

Baca ayat suci berkaitan. Rujukan ayat-ayat suci tertulis pada kebanyakan lagu-lagu Buku Nyanyian Anak-Anak dan nyanyian rohani. Bantu kanak-kanak baca satu ayat suci, dan bincangkan bagaimana ayat suci itu berkaitan dengan lagu yang dinyanyikan. Anda juga boleh menyenaraikan beberapa rujukan ayat suci pada papan tulis dan menjemput kanak-kanak untuk sesuaikan setiap rujukan dengan lagu atau rangkap pada lagu.

Isikan tempat kosong. Tuliskan sebuah rangkap lagu pada papan tulis dengan beberapa kata kunci yang hilang. Kemudian minta kanak-kanak untuk nyanyikan lagu, mendengar kata-kata yang mengisi tempat kosong itu. Apabila mereka mengisi setiap tempat kosong, bincangkan asas-asas injil yang anda pelajari dari kata-kata yang hilang itu.

Imej
kanak-kanak sedang menyanyi di pertemuan sakramen

Petikan daripada para pemimpin Gereja. Jemputlah kanak-kanak untuk mendengar sebuah petikan daripada seorang pemimpin Gereja yang mengajar asas injil sama dengan lagu Sekolah Primer. Minta mereka untuk mengangkat tangan apabila mereka dengar sesuatu yang membantu mereka memahami kebenaran yang mereka nyanyikan. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah dengar.

Bersaksi. Berikan kesaksian yang singkat kepada kanak-kanak tentang kebenaran injil yang terdapat dalam lagu Sekolah Primer. Bantu kanak-kanak memahami bahawa menyanyi adalah satu cara mereka memberi kesaksian dan merasai Roh.

Berdiri sebagai seorang saksi. Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran berdiri dan berkongsi apa yang mereka pelajari dari lagu yang mereka nyanyikan atau perasaan mereka berkenaan kebenaran yang diajarkan dalam lagu. Tanya mereka tentang perasaan mereka semasa menyanyikan lagu itu, dan bantu mereka mengenal pasti pengaruh Roh Kudus.

Gunakan gambar. Minta kanak-kanak untuk membantu anda mencari atau melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan atau frasa yang penting dalam lagu itu. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana gambar tersebut berkaitan dengan lagu itu dan apakah ajaran yang terkandung dalam lagu tersebut. Contohnya, jika anda mengajar lagu “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47), anda boleh letakkan gambar di sekeliling bilik yang merupakan perkataan penting dari lagu itu (seperti malaikat, salji, dan bintang). Minta kanak-kanak mengumpul dan memegang gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul sambil anda menyanyikan lagu itu bersama mereka.

Kongsikan pengajaran berobjek. Anda boleh menggunakan sebuah objek untuk mengilhami perbincangan tentang satu lagu. Contohnya, lagu “Waktu Aku Dibaptis” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 53) bercakap tentang hujan. Anda boleh tunjukkan satu gambar hujan atau segelas air kepada kanak-kanak dan bincangkan bagaimana pembaptisan dan Roh Kudus membersihkan roh kita sepertimana air hujan membersihkan bumi; ini boleh membawa kepada suatu perbincangan tentang berkat-berkat pembaptisan dan penerimaan kurnia Roh Kudus.

Menggalakkan perkongsian pengalaman peribadi. Bantu kanak-kanak mengaitkan asas-asas yang diajari dalam lagu dengan pengalaman yang mereka alami berkenaan asas-asas itu. Contohnya, sebelum menyanyi “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99), anda boleh minta kanak-kanak untuk mengangkat tangan mereka jika mereka pernah lihat bait suci. Jemput mereka untuk berfikir tentang perasaan yang mereka rasai apabila melihat sebuah bait suci.

Tanya soalan. Terdapat banyak soalan yang anda boleh tanya semasa anda menyanyikan lagu-lagu. Contohnya, anda boleh tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari setiap rangkap lagu itu. Anda juga boleh minta mereka untuk memikirkan soalan-soalan yang dijawab oleh lagu itu. Ini boleh mewujudkan suatu perbincangan tentang kebenaran yang diajar dalam lagu itu.

Mendengar jawapan. Minta kanak-kanak untuk mendengar jawapan bagi soalan-soalan. Contohnya, lagu “Dia Mengutus PuteraNya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–21) mengandungi beberapa soalan dan jawapan. Anda boleh tanyakan soalan-soalan itu kepada kanak-kanak dan biarkan mereka mendengar jawapan apabila mereka bernyanyi.

Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer

Kanak-kanak belajar lagu dengan mendengar dan menyanyi berulang kali. Selalu nyanyikan seni kata lagu baru kepada kanak-kanak—jangan hanya membaca atau menyebutnya. Ini membantu kanak-kanak mengaitkan melodi dengan kata-kata itu. Selepas sebuah lagu telah diajarkan, ulangkaji lagu itu dengan pelbagai cara seronok sepanjang tahun. Di bawah adalah beberapa idea untuk membantu kanak-kanak belajar dan mengulang kaji lagu-lagu.

Tunjukkan nada suara Untuk membantu kanak-kanak mempelajari melodi lagu, angkat tangan secara mendatar, dan sambil anda menyanyi kata-kata, tinggikan tangan untuk menunjukkan nada suara tinggi dan turunkan tangan untuk menunjukkan nada suara rendah.

Meniru kata-kata. Jemput kanak-kanak untuk menyanyi kembali apa yang anda nyanyikan. Nyanyikan kepada kanak-kanak satu frasa pendek atau satu baris, dan kemudian suruh mereka menyanyi kembali kepada anda.

Gunakan variasi. Nyanyikan lagu-lagu dengan pelbagai cara, misalnya bisikan, berdengung, tepuk tangan mengikut rentak, irama berlainan, atau menyanyi sambil duduk atau berdiri. Anda juga boleh mencipta sebuah dadu dari kertas dan tuliskan cara-cara menyanyi pada setiap permukaan dadu. Jemput seorang kanak-kanak untuk melontar dadu untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak akan menyanyi lagu itu.

Nyanyi secara berkumpulan. Berikan setiap kelas atau individu satu frasa untuk dinyanyikan sambil berdiri, dan kemudian minta mereka bertukar frasa sehingga setiap kelas atau individu telah berpeluang menyanyikan setiap frasa itu.

Gunakan gerakan. Minta kanak-kanak untuk memikirkan gerakan mudah untuk membantu mereka mengingati kata-kata dan pesanan lagu itu. Contohnya, apabila anda menyanyikan “Hormatlah, Tenanglah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 11), anda boleh menjemput kanak-kanak untuk memeluk badan, menunduk kepala, dan menyentuh dada ketika mereka menyanyikan ayat-ayat yang berkaitan dalam lagu itu.

Perempuan menyanyi, lelaki menyanyi. Lukiskan satu gambar seorang kanak-kanak lelaki dan satu gambar kanak-kanak perempuan. Ketika mengulang kaji satu lagu, angkat salah satu gambar itu untuk menunjukkan siapa yang harus menyanyikan bahagian lagu itu.

Melontar ke dalam bakul. Letakkan bakul yang bernombor atau bekas lain di hadapan bilik—sediakan bekas menurut bilangan rangkap-rangkap sebuah lagu. Jemput seorang kanak-kanak untuk melontarkan beg kekacang atau kertas ronyok ke dalam atau berhampiran bekas yang bernombor. Minta kanak-kanak menyanyikan rangkap menurut nombor bekas yang sama.

Padankan gambar kepada frasa. Tuliskan setiap baris lagu pada helaian kertas berbeza, dan carikan gambar yang menjelaskan setiap baris. Letakkan gambar pada satu bahagian dalam bilik dan helaian kertas pada bahagian bilik lain. Nyanyikan lagu dan minta kanak-kanak untuk padankan gambar dengan kata-kata itu.

Mencipta poster. Paparkan poster dengan kata-kata dari setiap rangkap atau gambar yang menjelaskan kata-kata itu. Semasa kanak-kanak menyanyi, tutup beberapa kata atau gambar sehingga mereka dapat menyanyi semua rangkap tanpa melihat poster. Anda juga boleh meminta kanak-kanak untuk membantu anda mencipta poster.

Cetak