Ajaran dan Perjanjian 2021
13–19 Disember. Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia: “Keluarga adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta”


“13–19 Disember. Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia: “Keluarga adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“13–19 Disember. Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
sebuah keluarga

13–19 Disember

Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia

“Keluarga adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta”

Presiden Dallin H. Oaks berkata: “Saya percaya bahawa tingkah laku kita terhadap dan penggunaan perisytiharan keluarga merupakan salah satu ujian tersebut untuk generasi ini. Saya doakan semua Orang Suci Zaman Akhir akan berdiri teguh dalam ujian itu” (“Rancangan dan Perisytiharan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 31). Renungkan kata-kata ini semasa anda mengkaji perisytiharan keluarga minggu ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Bahkan sebelum kita lahir, kita adalah sebuah keluarga—keluarga Ibu Bapa Syurgawi kita. Ketika tiba masa untuk meninggalkan hadirat Ibu Bapa Syurgawi, ia adalah menghiburkan untuk mengetahui bahawa di bumi, keluarga juga merupakan sebahagian dari rancangan Tuhan. Pola di bumi juga mengikuti pola sempurna di syurga.

Tidak ada jaminan bahawa keluarga akan menjadi ideal atau berfungsi dengan sepenuhnya. Tetapi seperti Presiden Henry B. Eyring ajarkan, keluarga “berikan anak-anak Tuhan peluang yang terbaik untuk disambut ke dunia dengan satu-satunya kasih di bumi yang paling dekat seperti yang sudah kita alami di syurga—kasih ibu bapa” (“Pengumpulan Keluarga Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 20). Mengetahui bahawa keluarga adalah tidak sempurna dan akan diserang musuh, Tuhan mengutus Putera-Nya yang Dikasihi untuk menebus kita dan memulihkan keluarga kita. Dia juga menghantar nabi zaman akhir dengan perisytiharan untuk melindungi dan menguatkan keluarga. Jika kita mengikuti nabi dan meletakkan iman kita kepada Juruselamat, meskipun keluarga fana tidak ideal, masih terdapat harapan untuk keluarga—di bumi dan di syurga.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

“Keluarga adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta”

Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia”.” jelasnya adalah tentang keluarga. Tetapi ia setara tentang rancangan keselamatan Tuhan. Satu cara untuk mengkaji perisytiharan adalah untuk mencari ajarannya tentang kehidupan pra-fana, fana, dan selepas fana. Apakah yang anda pelajari ketika anda mengkaji perisytiharan dalam cara ini? Bagaimanakah ini membantu anda memahami mengapakah perkahwinan dan keluarga adalah penting dalam rancangan Tuhan?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Rancangan dan Perisytiharan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 28–31.

“Kegembiraan dalam kehidupan kekeluargaan adalah paling mungkin dicapai apabila berasaskan ajaran Tuhan Yesus Kristus.”

Renungkan rangkap enam dan tujuh perisytiharan keluarga sebagai pola untuk “kegembiraan dalam kehidupan berkeluarga.” Semasa anda membaca rangkap ini, kenal pasti asas untuk “perkahwinan dan keluarga berjaya.” Kemudian, fikirkan hubungan kekeluargaan yang anda ingin perkuatkan. Apakah yang anda diilhami untuk lakukan? Bagaimanakah anda melibatkan Juruselamat dalam usaha anda?

Saya “akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan” bagi cara saya melayan keluarga saya.

Perisytiharan keluarga termasuk berkat-berkat yang Bapa Syurgawi janjikan untuk mereka yang mengikuti nasihat-Nya. Ia juga merangkumi amaran kuat bagi mereka yang tidak mengikuti. Pertimbangkan untuk menyenaraikan berkat-berkat dan amaran yang anda temui.

Bagaimanakah anda bertindak atas nasihat Tuhan dalam perisytiharan tersebut? Jika anda berdiri di hadapan Tuhan hari ini, adakah anda boleh dengan yakin berbincang dengan-Nya tentang hubungan keluarga anda? Apakah yang anda perlukan untuk memperbaiki?

Lihat juga Alma 5:15–22; Ajaran dan Perjanjian 42:22–25; 93:39–44.

Imej
keluarga sedang memasak

Ibu bapa harus membesarkan anak-anak mereka dalam kasih dan kesolehan.

Bolehkah saya menerima berkat yang dijanjikan jika keadaan keluarga saya tidak ideal?

Elder D. Todd Christofferson mengajarkan: “Untuk mengisytiharkan asas kebenaran berhubung perkahwinan dan keluarga adalah untuk tidak melupai atau mengecilkan pengorbanan dan kejayaan mereka yang tidak punyai situasi ideal. … Kita semua punyai kurniaan; semua punyai kebolehan; semua boleh menyumbang kepada rancangan ketuhanan yang diberi kepada setiap generasi. Banyak yang baik, banyak yang penting—termasuk semua yang diperlukan untuk masa kini—boleh dicapai dalam situasi yang tidak ideal. … Dengan yakin kami bersaksi bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus yang telah diharapkan, dan akhirnya, akan mengimbangi semua kehilangan dan kerugian bagi mereka yang memaling kepada-Nya. Tiada yang ditakdirkan untuk menerima kurang daripada apa yang Bapa punyai untuk anak-anak-Nya” (“Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 52).

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

“Jantina merupakan sifat yang asas untuk identiti dan tujuan pra-fana, fana, dan abadi seseorang.”Sekiranya bermanfaat bagi keluarga anda untuk membincangkan ajaran yang berkaitan dengan jantina dan tarikan sama jantina, sumber-sumber berikut mungkin membantu: Dallin H. Oaks, “Kebenaran dan Rancangan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 25–28

“Rancangan Kebahagiaan Ilahi”Untuk membantu keluarga anda melihat kepentingan keluarga dalam rancangan Bapa Syurgawi, anda boleh menulis kehidupan pra-fana, kehidupan fana, dan kehidupan selepas kematian pada tiga bahagian sekeping kertas. Selidiki perisytiharan bersama, dan tulis pada kertas apa yang anda pelajari dari setiap bahagian rancangan Tuhan ini. Mengapakah keluarga sangat penting bagi Tuhan?

“Kegembiraan dalam kehidupan kekeluargaan”Untuk membincangkan bagaimana untuk mencapai lebih banyak “kegembiraan dalam kehidupan kekeluargaan [anda],” anda boleh menyanyikan lagu mengenai keluarga, seperti “Rumah Menjadi Syurga” (Nyanyian Rohani, no. 137). Apakah yang kita pelajari dari lagu itu dan perisytiharan keluarga yang boleh membawa lebih banyak kegembiraan kepada keluarga kita? Bagaimanakah kita boleh memastikan keluarga kita “dibina di atas ajaran-ajaran Tuhan Yesus Kristus”? Pertimbangkan untuk memilih satu ajaran yang anda ingin usahakan minggu ini.

“Menguatkan keluarga sebagai unit asas masyarakat.”Bagaimanakah Setan cuba untuk melemahkan keluarga di dunia ini? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menguatkan keluarga? Untuk idea, lihat pesanan Sister Bonnie L. Oscarson “Pembela Perisytiharan Keluarga” (Ensign atau Liahona, Mei 2015, 14–17).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Rumah Menjadi Syurga,” Nyanyian Rohani, no. 137.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cari kasih Tuhan. Presiden M. Russell Ballard mengajarkan, “Injil ini ialah injil kasih—kasih kepada Tuhan dan kepada satu sama lain” (“God’s Love for His Children,” Ensign, Mei 1988, 59). Semasa anda membaca perisytiharan keluarga, pertimbangkan untuk mencatat atau menandakan bukti kasih Tuhan yang bermakna bagi anda.

Cetak