Ajaran dan Perjanjian 2021
6–12 Disember. Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2: “Kami Percaya”


“6–12 Disember. Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2: “Kami Percaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“6–12 Disember. Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
selimut menunjukkan tangan dengan banyak warna kulit

To All Worthy Male Members, oleh Emma Allebes

6–12 Disember

Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2

“Kami Percaya”

Semasa anda mengkaji Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2, pertimbangkan kesannya terhadap Gereja. Apakah yang mengagumkan anda tentang kebenarannya?

Mencatat Tanggapan Anda

Dalam 200 tahun selepas Penglihatan Pertama Joseph Smith, Tuhan berterusan memberi “wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan” kepada para pemimpin Gereja-Nya (Ajaran dan Perjanjian 42:61). Dalam beberapa kes juga, wahyu mengarahkan pemimpin Gereja untuk membuat perubahan kepada polisi dan amalan Gereja, “menurut yang dikehendaki Tuhan, menyesuaikan belas kasihan-Nya menurut keadaan anak-anak manusia” (Ajaran dan Perjanjian 46:15). Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2 mewakili wahyu semacam ini—yang membawa kepada berakhirnya amalan perkahwinan jamak, dan yang lain mendapat berkat-berkat imamat, termasuk berkat bait suci, tersedia untuk semua orang dari semua kaum. Perubahan seperti ini adalah sebahagian dari memiliki sebuah “gereja yang benar dan hidup” (Ajaran dan Perjanjian 1:30),dengan nabi yang benar dan hidup.

Tetapi terdapat juga hal-hal yang tidak berubah—kebenaran asas dan abadi. Kadangkala tujuan wahyu adalah untuk memberi cahaya tambahan pada kebenaran, membantu kita melihatnya dengan lebih jelas. Fasal-Fasal Kepercayaan—13 pernyataan ringkas Joseph Smith tentang apa yang para Orang Suci Zaman Akhir percaya—bertujuan untuk menjelaskannya. Kedua-dua jenis wahyu ini membimbing dan memberkati Gereja, sebuah Gereja yang kukuh diasaskan pada kebenaran abadi namun mampu berkembang dan berubah ketika Tuhan meningkatkan pemahaman kita untuk membantu kita menghadapi cabaran hari ini. Dalam kata yang lain, “Kami percaya segala yang Tuhan telah wahyukan, segala yang Dia wahyukan sekarang, dan kami percaya bahawa Dia akan mewahyukan hal-hal yang besar dan penting berkaitan dengan Kerajaan Tuhan” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Fasal-Fasal Kepercayaan

Fasal-Fasal Kepercayaan mengandungi kebenaran asas tentang pemulihan injil.

Satu cara anda boleh mengkaji Fasal-Fasal Kepercayaan adalah untuk menyenaraikan kebenaran yang ditemui dalam setiap satu dan kemudian mencari tulisan suci yang berkaitan dengan kebenaran-kebenaran ini. Bagaimanakah tulisan suci ini memperkayakan pemahaman anda tentang kebenaran dalam Fasal-Fasal Kepercayaan?

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Fasal-Fasal Kepercayaan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9; Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2

Gereja Yesus Kristus dibimbing oleh wahyu.

“Kami percaya segala yang [Tuhan] akan mewahyukan hal-hal yang besar dan penting berkaitan dengan Kerajaan Tuhan” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9), bahkan ketika hal-hal tersebut bermaksud untuk mengubah polisi dan amalan Gereja. Dengan memikirkan asas ini, kaji semulaPengisytiharan Rasmi 1 dan 2, dan cari kata-kata atau frasa yang menguatkan iman anda dalam wahyu yang berterusan. Apakah contoh-contoh lain dari wahyu yang berterusan kepada nabi Tuhan yang anda boleh fikirkan? Bagaimanakah wahyu-wahyu ini mempengaruhi kehidupan anda? Bagaimanakah ia mempercepatkan pekerjaan di kerajaan Bapa Syurgawi?

Lihat juga Amos 3:7; 2 Nefi 28:30.

Pengisytiharan Rasmi 1

Firman Tuhan harus maju.

Dalam “Petikan daripada Tiga Ucapan oleh Presiden Wilford Woodruff Berkenaan Manifesto” (di penghujung Pengisytiharan Rasmi 1), apakah sebab yang nabi berikan tentang Tuhan menamatkan amalan perkahwinan jamak ini? Apakah yang ini ajarkan anda tentang pekerjaan Tuhan?

Imej
lukisan Wilford Woodruff

Wilford Woodruff, oleh H. E. Peterson

Pengisytiharan Rasmi 2

Kita boleh percaya kepada Tuhan, bahkan ketika kita tidak memiliki pemahaman yang sempurna.

Tulisan suci mengajarkan kita untuk percaya kepada Tuhan (lihat Amsal 3:5), dan itulah yang banyak ahli Gereja keturunan Afrika lakukan ketika Gereja menahan pentahbisan imamat dan tatacara bait suci daripada mereka. Walaupun mereka tidak faham mengapa polisi ini ada—dan sering terasa sakit oleh penjelasan yang diajar pada masa itu, yang Gereja nafikan hari ini—ramai ahli keturunan Afrika yang percaya kepada Tuhan dan tetap setia sepanjang hidup mereka. Semasa membaca Pengisytiharan Rasmi 2, renungkan bagaimana anda telah belajar untuk mempercayai Tuhan bahkan ketika anda tidak memiliki pemahaman yang sempurna.

Mempelajari tentang iman ahli Gereja yang berkulit hitam boleh mengilhami anda.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Fasal-Fasal Kepercayaan.Pertimbangkan bagaimana keluarga anda boleh mencipta “pengajaran kecil” untuk Fasal-Fasal Kepercayaan. Sebagai contoh, sepanjang minggu ini, setiap ahli keluarga dapat memilih satu artikel dan mencari tulisan suci, gambar, nyanyian rohani, atau lagu kanak-kanak yang berkaitan atau berkongsi pengalaman peribadi.

Atau ahli keluarga boleh bergiliran bertanya soalan lain mengenai Gereja dan kepercayaan kita dan kemudian menjawab soalan itu dengan Fasal-Fasal Kepercayaan.

Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2.Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2 membantu kita memahami peranan wahyu moden dalam Gereja. Semasa keluarga anda membaca bersama, pertimbangkan untuk membincangkan bagaimana nabi memimpin kita “melalui ilham Tuhan Yang Maha Kuasa” (Pengisytiharan Rasmi 1). Bagaimanakah dua pengisytiharan ini menguatkan iman kita terhadap Tuhan hidup yang secara peribadi membimbing Gereja-Nya? Bagaimanakah kita melihat tangan-Nya dalam pekerjaan Gereja sekarang? Anda boleh mencari bersama beberapa sumber-sumber dalam “Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi” di atas.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Patuhi P’rintah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Buat susulan tentang jemputan untuk bertindak. Apabila anda membuat pertanyaan susulan dalam jemputan anda untuk bertindak, anda menunjukkan [ahli keluarga anda] bahawa anda kisah tentang mereka dan bagaimana injil sedang memberkati hidup mereka. Anda juga memberikan mereka kesempatan untuk berkongsi pengalaman mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 35).

Cetak