Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128: “Suara Kegembiraan Bagi yang Hidup dan yang Mati”


“1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128: ‘Suara Kegembiraan Bagi yang Hidup dan yang Mati,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
keluarga bersama nenek moyang di dunia roh

Us with Them and Them with Us, oleh Caitlin Connolly

1–7 November

Ajaran dan Perjanjian 125–128

“Suara Kegembiraan Bagi yang Hidup dan yang Mati”

Ingat untuk mencatat perasaan anda semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 125–128 agar anda boleh merenung dan berkongsi dengan orang lain.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada bulan Ogos 1840, seorang yang tengah berduka, Jane Neyman, mendengar Nabi Joseph berbicara pada pengebumian sahabatnya, Seymour Brunson. Anak lelaki Jane sendiri Cyrus juga telah meninggal dunia baru-baru ini. Menambah kesedihannya adalah hakikat bahawa Cyrus tidak pernah dibaptiskan, dan Jane bimbang apa yang akan terjadi kepada jiwanya. Joseph tahu bagaimana perasaannya; dia juga tertanya-tanya perkara yang sama tentang abangnya, Alvin, yang telah meninggal sebelum dibaptiskan. Jadi Nabi memutuskan untuk berkongsi dengan Jane, dan orang lain di pengebumian, apa yang telah diungkapkan Tuhan kepadanya tentang mereka yang telah mati tanpa menerima tatacara injil—dan apa yang kita dapat lakukan untuk membantu mereka.

Ajaran pembaptisan untuk orang mati telah menggembirakan Orang Suci; fikiran mereka berpaling segera kepada ibu bapa, datuk nenek, dan ahli keluarga yang lain. Sekarang ada harapan untuk mereka! Joseph berkongsi kegembiraan mereka, dan dia menggunakan bahasa yang penuh kegembiraan dan bersemangat untuk menyatakan apa yang Tuhan ajarkan kepadanya tentang keselamatan orang mati: “Biarlah gunung-ganang bersorak kerana bahagia, dan kamu semua lembah berseru nyaring; dan kamu semua lautan dan tanah kering memberitahukan keajaiban Raja Kekalmu!” (Ajaran dan Perjanjian 128:23).

Lihat Saints, 1:415–27; “Letters on Baptism for the Dead,” Revelations in Context, 272–76.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 126

Tuhan mahu saya menjaga keluarga saya.

Selepas pulang dari beberapa misi di England, Brigham Young menerima satu lagi panggilan penting daripada Tuhan—untuk “mengurus keluarga [nya] dengan baik”(ayat 3), yang telah menderita sewaktu ketiadaannya. Semasa anda merenungkan bagaimana ini dan nasihat lain dalam bahagian 126 berguna bagi anda, pertimbangkan kata-kata daripada Presiden Bonnie L. Oscarson, bekas Presiden Umum Remaja Puteri:

“Ingatlah bahawa ada keperluan yang lebih besar di depan anda. Mulakan pelayanan anda dalam rumah dan keluarga anda. Perhubungan-perhubungan ini boleh menjadi abadi. Walaupun—terutamanya walaupun—keluarga anda kurang sempurna, anda boleh carikan cara untuk melayan, mengangkat, dan memperkuatkan. Bermula di mana anda tinggal, mengasihi mereka dalam keadaan mereka, dan bersedia untuk keluarga yang anda ingin ada pada masa depan” (“Keperluan Di Depan Kita,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 27).

Ajaran dan Perjanjian 127:2–4

Tuhan mengenali suka dan dukacita saya.

Tuduhan palsu dan ancaman penangkapan sekali lagi telah memaksa Joseph Smith bersembunyi pada bulan Ogos 1842. Namun kata-kata yang dia tulis kepada para Orang Suci pada masa ini (kini Ajaran dan Perjanjian 127) adalah penuh dengan keyakinan dan kegembiraan. Apakah yang ayat 2–4 ajarkan anda tentang Tuhan? Tentang bagaimana anda boleh menghadapi cubaan peribadi?

Pertimbangkan untuk mencatat bagaimana Tuhan menyokong anda dalam “air yang dalam” dalam kehidupan anda.

Ajaran dan Perjanjian 127:5–8; 128:1–8

“Apa pun yang kamu ikat di atas bumi akan diikat di dalam syurga.”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 127:5–8; 128:1–8, cari sebab-sebab mengapa Tuhan memberikan Joseph Smith arahan yang terperinci tentang mencatat pembaptisan bagi orang yang mati. Apakah yang ini ajarkan anda tentang Tuhan dan pekerjaan-Nya?

Imej
remaja putera membawa kad nama keluarga

Melakukan pelayanan bait suci untuk nenek moyang kita mengikat hati kita kepada mereka.

Ajaran dan Perjanjian 128:5–25

Keselamatan nenek moyang saya adalah penting untuk keselamatan saya.

Sudah jelas dari apa yang Tuhan ungkapkan melalui Joseph Smith mengapa nenek moyang kita yang tidak dibaptis dalam kehidupan ini memerlukan bantuan kita untuk keselamatan mereka. Tetapi mengapa anda fikir keselamatan nenek moyang kita adalah “perlu dan penting demi keselamatan kita ”? (lihat Ajaran dan Perjanjian 128:15–18; italik ditambah).

Ayat 5 mengajarkan bahawa tatacara pembaptisan bagi orang yang mati adalah “[di]sediakan sebelum pengasasan dunia.” Apakah yang kebenaran ini ajarkan anda tentang Tuhan dan rancangan-Nya? Apakah yang pesanan President Henry B. Eyring “Pengumpulan Keluarga Tuhan” tambahkan kepada pemahaman anda? (Ensign atau Liahona, Mei 2017, 19–22).

Joseph Smith menggunakan ungkapan seperti “kuasa pengikatan,” “ikatan yang kuat” dan “kesatuan yang menyeluruh” ketika mengajar tentang imamat dan pembaptisan bagi orang mati. Cari ayat ini dan frasa yang serupa semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 128:5–25. Apakah beberapa hal yang melalui Yesus Kristus, boleh diikatkan bersama kerana tatacara imamat untuk orang mati? Mengapakah “berani” adalah perkataan yang bagus untuk menggambarkan ajaran keselamatan untuk orang mati? (lihat ayat 9–11).

Apakah yang mengagumkan anda tentang kata-kata Joseph Smith dalam ayat 19–25? Bagaimanakah ayat-ayat ini mempengaruhi cara anda rasakan tentang pelayanan bait suci untuk nenek moyang anda? Tentang Yesus Kristus? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan?

Lihat juga 1 Korintus 15:29; Dale G. Renlund, “Sejarah Keluarga dan Pekerjaan Bait Suci: Pemeteraian dan Penyembuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 46–49.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 126.Membaca nasihat ini kepada Brigham Young boleh mengilhami keluarga anda untuk membincangkan bagaimana anda boleh meluangkan masa untuk “mengurus [sesama] dengan baik” (ayat 3).

Ajaran dan Perjanjian 128:15–18.Apakah beberapa berkat penyelamatan bagi pekerjaan sejarah keluarga? Anda boleh mencari idea dalam lagu tentang sejarah keluarga, seperti “Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 100).

Ajaran dan Perjanjian 128:18.Pertimbangkan untuk membuat rantai kertas dengan nama ahli keluarga dan nenek moyang pada setiap pautan untuk menunjukkan bagaimana sejarah keluarga dan pekerjaan bait suci membina “ikatan yang kuat” yang menghubungkan kita dengan nenek moyang kita. Anda boleh membuat penyelidikan minggu ini untuk mencari ahli keluarga tambahan dan melihat sepanjang mana rantai anda.

Ajaran dan Perjanjian 128:19–23.Mungkin ahli keluarga boleh mencari ayat-ayat ini untuk mencari kata-kata yang menunjukkan kegembiraan Joseph Smith tentang injil Yesus Kristus dan keselamatan orang mati. Ahli keluarga boleh berkongsi pengalaman yang membuat mereka teruja tentang pekerjaan ini.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 100.

Imej
ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan

Pembaptisan bagi orang mati, “Subjek Baharu dan Agung”

Imej
lakaran kolam pembaptisan di Bait suci Nauvoo

Lakaran ini menunjukkan bahawa kolam pembaptisan Bait suci Nauvoo terletak atas dua belas lembu jantan.

Phebe dan Wilford Woodruff

Phebe Woodruff tinggal dekat Nauvoo ketika Joseph Smith mengajar tentang pembaptisan untuk orang mati. Dia menulis tentang itu kepada suaminya, Wilford, yang melayani misi di England:

“Brother Joseph … telah pelajari melalui wahyu bahawa mereka yang berada dalam gereja ini boleh dibaptiskan untuk saudara mereka yang telah mati dan tidak mempunyai kesempatan untuk dengar tentang injil ini, bahkan anak-anak, ibu bapa, saudara, saudari, datuk nenek, pak cik, dan mak cik. … Sebaik sahaja mereka dibaptiskan untuk rakan-rakan mereka, rakan-rakan mereka dibebaskan dari penjara dan mereka boleh menuntut rakan-rakan mereka dalam kebangkitan dan membawa mereka ke dalam kerajaan selestial—ajaran secara hormat diterima oleh gereja dan ia akan pergi kepada banyak orang, ada yang pergi untuk dibaptiskan bagi pihak yang mati sebanyak 16 kali … dalam satu hari.”1

Wilford Woodruff kemudian mengulas tentang asas ini: “Pada saat saya dengar tentangnya, jiwa saya melompat dengan sukacita. … Saya pergi dan dibaptiskan bagi pihak saudara yang telah mati yang saya tahu. … Saya berasa untuk mengatakan hallelujah ketika wahyu pembaptisan untuk orang mati datang kepada kami. Saya merasa kita berhak untuk bersukacita dalam berkat-berkat Syurga.”2

Vilate Kimball

Seperti Sister Woodruff, Vilate Kimball mendengar tentang pembaptisan untuk orang mati ketika suaminya, Heber, pergi mengkhutbahkan injil. Dia menulis kepadanya:

“Presiden Smith telah membuka subjek baharu dan agung … yang telah menyebabkan pemulihan dalam gereja. Iaitu, dibaptiskan bagi pihak orang mati. Paulus berbicara tentangnya, dalam satu Korintus fasal 15 ayat 29. Joseph telah menerima penjelasan penuh tentangnya melalui Wahyu. … Adalah hak istimewa gereja ini untuk dibaptiskan bagi pihak semua ahli keluarga mereka yang telah mati sebelum injil ini dikhabarkan; bahkan kembali kepada nenek moyang mereka. … Dengan berbuat demikian, kita bertindak sebagai wakil mereka; dan memberi mereka keistimewaan untuk muncul dalam kebangkitan pertama. Dia mengatakan bahawa mereka akan mempunyai injil yang dikhutbahkan kepada mereka … tetapi tidak ada roh yang dapat dibaptis. … Oleh kerana perintah ini telah dikhutbahkan di sini, air sentiasa menjadi masalah. Semasa persidangan ada masanya terdapat lapan hingga sepuluh penatua di sungai serentak untuk membaptis. … Saya mahu dibaptiskan untuk pihak Ibu saya. Saya menghitung masa untuk menunggu sehingga kamu pulang ke rumah, tetapi kali terakhir Joseph bercakap mengenai perkara itu, dia menasihatkan setiap orang untuk bangun dan melakukannya, dan membebaskan rakan mereka dari perhambaan secepat mungkin. Jadi saya fikir saya akan pergi minggu ini, kerana terdapat beberapa jiran juga pergi. Ada yang sudah membuat pembaptisan perwakilan beberapa kali. … Oleh itu kamu melihat ada peluang untuk semua orang. Bukankah ini ajaran yang agung?”3

Phebe Chase

Sebaik sahaja kolam pembaptisan di Bait suci Nauvoo selesai, pembaptisan untuk orang mati telah dilakukan di sana dan bukan lagi di sungai. Phebe Chase, seorang penduduk Nauvoo, menulis kepada ibunya mengenai bait suci itu, menggambarkan kolam pembaptisan sebagai tempat di mana “kita boleh dibaptiskan bagi pihak orang yang mati dan menjadi penyelamat di Gunung Sion.” Dia menerangkan bahawa dalam kolam ini, “Saya telah dibaptiskan bagi pihak ayah saya dan semua kawan saya yang lain. … Kini saya ingin tahu nama ayah dan ibu anda agar saya dapat melepaskan mereka, kerana saya menghasratkan kelegaan bagi orang yang telah mati. … Tuhan telah berbicara sekali lagi dan memulihkan tarekat dahulu.”4

Sally Randall

Ketika menulis kepada rakan-rakan dan keluarganya mengenai pembaptisan untuk orang mati, Sally Randall teringat kepergian anak lelakinya George:

“Ah, masa yang menduga bagi saya dan kelihatan seperti saya tidak boleh didamaikan, tetapi … bapanya telah baptis bagi pihaknya dan betapa agungnya hal yang kita percaya dan menerima kegenapan injil seperti yang dikhutbahkan sekarang dan boleh baptis [bagi pihak] untuk semua sahabat kita yang mati dan selamatkan mereka sejauh mana yang kita tahu tentang mereka.

“Saya mahu anda menuliskan nama-nama yang diberikan tentang semua pertalian kita yang telah mati setakat ini seperti datuk dan nenek. Saya berhasrat untuk melakukan apa yang saya boleh untuk menyelamatkan rakan-rakan saya dan saya sangat gembira jika ada di antara kamu yang akan datang dan menolong saya kerana itu adalah satu pekerjaan yang besar untuk dilakukan sendirian. … Saya tahu anda akan ingat ini adalah ajaran yang asing tetapi anda akan menemui kebenarannya.”5

Nota

  1. Surat Phebe Woodruff kepada Wilford Woodruff, Okt. 6, 1840, Church History Library, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca dimodenkan.

  2. Wilford Woodruff, “Remarks,” Deseret News, Mei 27, 1857, 91; tanda baca dimodenkan.

  3. Surat Vilate Kimball kepada Heber C. Kimball, Okt. 11, 1840, Church History Library, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca dimodenkan.

  4. Surat Phebe Chase, tidak bertarik, Church History Library, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca dimodenkan. Apabila para Orang Suci pertama kali melaksanakan pembaptisan untuk orang mati, individu kadang-kadang dibaptiskan bagi pihak nenek moyang lelaki dan wanita. Kemudian ia diungkapkan bahawa lelaki perlu dibaptis untuk pihak lelaki dan wanita untuk pihak wanita.

  5. Surat Sally Randall, Apr. 21, 1844, Church History Library, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca dimodenkan.

Imej
Kolam pembaptisan di Bait suci Ogden Utah

Kolam pembaptisan di Bait suci Ogden Utah berada di atas dua belas lembu jantan.

Cetak