Ajaran dan Perjanjian 2021
25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124: “Sebuah Rumah Demi Nama-Ku”


“25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124: ‘Sebuah Rumah Demi Nama-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Nauvoo

Nauvoo the Beautiful, oleh Larry Winborg

25–31 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 124

“Sebuah Rumah Demi Nama-Ku”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 124, renungkan berkat-berkat yang Tuhan jemput Orang Suci di Nauvoo untuk terima dan berkat-berkat yang Dia tawarkan kepada anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Sepanjang tahun enam tahun yang lalu adalah sukar untuk para Orang Suci, hal-hal beransur pulih pada musim bunga tahun 1839: Para pelarian Orang Suci telah mendapat belas kasihan di kalangan penduduk Quincy, Illinois. Pengawal telah membenarkan Nabi Joseph Smith dan para pemimpin Gereja lain untuk melarikan diri dari tahanan di Missouri. Dan Gereja baru saja membeli tanah di Illinois di mana Orang Suci boleh berkumpul lagi. Ya, ia adalah tanah yang berpaya, penuh nyamuk, tetapi dibandingkan dengan cabaran yang telah dihadapi oleh para Orang Suci, ini boleh diterima. Jadi mereka mengeringkan paya itu dan menulis piagam untuk bandar baru, yang mereka namakan Nauvoo. Ia bermaksud “indah” dalam bahasa Ibrani, walaupun ia lebih merupakan ungkapan iman daripada gambaran yang tepat, sekurang-kurangnya pada mulanya. Sementara itu, Tuhan telah menekan nabi-Nya dengan dorongan. Dia mempunyai lebih banyak kebenaran dan tatacara untuk dipulihkan, dan Dia memerlukan sebuah bait suci sebagai tempat Orang Suci menerimanya. Dalam banyak cara, iman dan dorongan yang sama ini adalah penting dalam pekerjaan Tuhan hari ini.

Walaupun Nauvoo menjadi sebuah bandar yang indah dengan bait suci yang cantik, kedua-duanya akhirnya ditinggalkan. Tetapi pekerjaan Tuhan yang benar-benar indah, sepanjang masa, ialah “memahkotaimu dengan kehormatan, kebaqaan, dan kehidupan abadi” (Ajaran dan Perjanjian 124:55), dan pekerjaan itu tidak akan tamat.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 124:12–21

Saya boleh menjadi pengikut yang Tuhan boleh percayai.

Walaupun beberapa pemimpin meninggalkan Gereja pada akhir 1830-an, majoriti ahli tetap setia. Para Orang Suci yang setia itu termasuk mereka yang telah menanggung percubaan di Missouri serta mereka yang baru menyertai Gereja. Dalam Ajaran dan Perjanjian 124:12–21, Tuhan telah berbicara tentang beberapa darinya. Apakah pandangan tentang penganutan yang anda dapati dalam firman-Nya? Adakah para Orang Suci setia ini mengilhami anda untuk menjadi seperti mereka? Anda juga boleh merenungkan bagaimana Tuhan telah menyatakan kasih-Nya kepada anda.

Ajaran dan Perjanjian 124:22–24, 60–61

Tuhan ingin saya mengalu-alukan dan menerima orang lain.

Memandangkan apa yang para Orang Suci ini baru lalui di Missouri, mereka mungkin tergoda untuk mengasingkan diri dan menghalang pengunjung di Nauvoo. Fikirkan itu semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 124:22–24, 60–61. Apakah yang mengagumkan anda tentang arahan Tuhan untuk membina “rumah untuk menumpang”? (ayat 23). Apakah yang firman-Nya ajarkan anda tentang misi Gereja-Nya? Renungkan bagaimana arahan-arahan ini berguna kepada anda dan rumah anda.

Ajaran dan Perjanjian 124:25–45, 55

Tuhan memerintahkan kita untuk membina bait suci agar kita dapat menerima tatacara-tatacara kudus.

Ia pasti tidak mengejutkan kepada para Orang Suci Zaman Akhir bahawa setelah mereka menetap di Nauvoo, Tuhan memberi mereka arahan untuk membina sebuah bait suci—sama seperti Dia arahkan di Ohio dan Missouri. Apakah yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 124:25–45, 55 yang membantu anda memahami sebab Tuhan berfirman, “Umat-Ku selalu diperintahkan untuk membinanya bagi nama kudus-Ku”? (ayat 39).

Sejak Bait Suci Nauvoo dibina, lebih 200 bait suci telah dibina dan diumumkan. Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Kita tahu bahawa masa kita dalam bait suci adalah penting demi keselamatan dan permuliaan kita dan keluarga kita. … Serangan musuh semakin besar, dalam kekuatan, keragaman dan kepelbagiaan. Kita perlu menghadiri bait suci dengan konsisten.” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 114). Bagaimanakah bait suci membantu anda menahan “serangan musuh’? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi mengikuti nasihat Presiden Nelson?

Imej
Joseph Smith bersama para lelaki sedang membina Bait suci Nauvoo

Joseph Smith at the Nauvoo Temple (Joseph Smith di Bait suci Nauvoo), oleh Gary E. Smith

Ajaran dan Perjanjian 124:84–118

Tuhan menghasratkan untuk memberi saya nasihat khusus untuk kehidupan saya.

Ayat 84–118 dipenuhi dengan nasihat untuk individu khusus, dan beberapa darinya mungkin seperti tidak berkaitan untuk kehidupan anda. Tetapi anda mungkin akan menemui sesuatu yang anda perlu dengar. Pertimbangkan untuk bertanya Tuhan tentang pesanan yang Dia ada bagi anda dalam ayat-ayat ini, dan cari bimbingan Roh. Kemudian tentukan apa yang anda akan lakukan untuk bertindak. Contoh, bagaimana menjadi lebih rendah hati membantu anda menerima Roh? (lihat ayat 97).

Anda juga boleh merenungkan nasihat lain yang Tuhan berikan kepada anda. Bagaimanakah anda bertindak atasnya?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 124:2–11.Jika Tuhan memfirmankan keluarga anda “untuk membuat pernyataan rasmi tentang Injil-Ku” kepada “semua raja di dunia” (ayat 2–3), apakah yang akan anda nyatakan dalam pernyataan anda? Pertimbangkan untuk membuat satu bersama, dan jemput ahli keluarga untuk mencadangkan kebenaran injil yang mereka ingin sertakan.

Ajaran dan Perjanjian 124:15.Apakah maksudnya untuk mempunyai kejujuran? Mengapakah Tuhan menghargai integriti ? Apakah contoh-contoh integriti yang keluarga anda tahu? (Lihat juga Untuk Kekuatan Remaja, 19.)

Ajaran dan Perjanjian 124:28–29, 40–41, 55.Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang sebab Tuhan memerintahkan kita untuk membina bait suci? Keluarga anda boleh melukis gambar bait suci atau membina satu dari blok atau bahan lain. Semasa anda lakukannya, anda boleh membincangkan mengapa anda bersyukur kita mempunyai bait suci hari ini dan mengapa kita perlu menyembah secara kerap.

Ajaran dan Perjanjian 124:91–92.Adakah keluarga anda mendapat manfaat daripada perbincangan tentang berkat bapa bangsa? Ahli keluarga yang telah menerima berkat bapa bangsa mereka boleh berkongsi perasaan ketika menerima dan bagaimana [berkat bapa bangsa] memberkati mereka.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Ku Ingin ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99.

Imej
ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan

Lembaga Pertolongan

Imej
Joseph dan Emma Smith berserta wanita-wanita lain

Lukisan organisasi Lembaga Pertolongan oleh Paul Mann

Pada tahun 1842, selepas Lembaga Pertolongan ditubuhkan di Nauvoo, Illinois, Nabi Joseph Smith berkata, “Gereja tidak pernah sempurna ditubuhkan sehinggalah [Lembaga Pertolongan] wanita diaturkan.”1 Serupa dengan itu, Pemulihan Gereja Tuhan dan Imamat-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 107) tidak lengkap sehingga ia termasuk Lembaga Pertolongan, yang adalah “pemulihan pola kuno” pengikut wanita Yesus Kristus.2

Eliza R. Snow memainkan peranan penting dalam pemulihan. Dia hadir ketika Lembaga Pertolongan pertama ditubuhkan, sebagai setiausaha Lembaga Pertolongan, yang mencatat nota ketika pertemuan. Dia merupakan saksi pertama Lembaga Pertolongan ditubuhkan “mengikut contoh imamat.”3 Berikut adalah kata-katanya, yang ditulis semasa dia melayani sebagai Presiden Umum Lembaga Pertolongan, untuk membantu para saudari memahami pekerjaan ilahi yang diamanahkan kepada para puteri perjanjian Tuhan.

Eliza R. Snow

Imej
Eliza R. Snow, oleh Lewis Ramsey

“Walaupun nama Lembaga Pertolongan mungkin asalnya dari zaman kini, pertubuhannya asal dari zaman dulu kala. Kami diberitahu oleh [Joseph Smith], bahawa organisasi yang sama ada di gereja dahulu kala, kiasan yang dibuat dalam beberapa surat yang dicatatkan dalam Perjanjian Baru, menggunakan gelaran, ‘wanita terpilih’ [lihat 2 Yohanes 1:1; Ajaran dan Perjanjian 25:3].

“Organisasi ini tidak dapat wujud tanpa Imamat, bahawa semua wewenang dan pengaruhnya datang dari sumber itu. Apabila Imamat diambil dari bumi, institusi ini serta setiap tambahan yang lain dari Yesus Kristus di bumi, telah pupus. …

“Setelah hadir di organisasi ‘Pertubuhan Wanita Lembaga Pertolongan Nauvoo,’ … dan juga mempunyai pengalaman yang cukup besar dalam persatuan itu, mungkin saya dapat berkomunikasi dengan beberapa petunjuk yang akan membantu anak perempuan Sion dalam kedudukan yang sangat penting ini , yang penuh dengan tanggungjawab baru dan berganda. Jika terdapat anak-anak perempuan dan para ibu di Israel yang berasa terhad di dalam lingkungan mereka, sekarang mereka akan menemui banyak peluang dari pelbagai segi kuasa dan kemampuan untuk melakukan kebaikan yang telah dianugerahkan kepada mereka dengan banyaknya. …

Imej
Kedai Red Brick

Lembaga Pertolongan ditubuhkan di bilik atas Kedai Red Brick.

“Haruskah soalan timbul di minda sesiapa, [tentang], Apakah objektif Lembaga Pertolongan Wanita? Saya menjawab—untuk melakukan kebaikan—untuk membawa masuk setiap kemampuan yang kita miliki untuk melakukan kebaikan, bukan hanya untuk melegakan orang miskin tetapi juga dalam menyelamatkan jiwa. Usaha bersatu akan mencapai lebih banyak daripada yang boleh dicapai oleh tenaga individu. …

“Dalam melayani yang miskin, Lembaga Pertolongan Wanita mempunyai tugasan lain untuk dilakukan daripada sekadar melegakan keperluan duniawi. Kemiskinan minda dan hati, juga memerlukan perhatian; dan sering kali ungkapan yang baik—nasihat, atau bahkan berjabat tangan dengan hangat dan penuh kasih adalah lebih baik dan lebih dihargai daripada emas. …

“Apabila Orang Suci berkumpul dari luar negeri, orang asing kepada semua orang, dan mungkin akan tertipu oleh orang-orang yang menanti untuk menipu, Lembaga Pertolongan harus segera menjaga mereka, dan memperkenalkan mereka kepada orang-orang yang akan memperbaiki dan menaikkan, dan antara semua menguatkan iman mereka dalam Injil, dan dengan berbuat demikian, dapat menjadi alat untuk menyelamatkan banyak orang.

“Ia memerlukan jumlah banyak untuk menentukan tugas, keistimewaan dan tanggungjawab yang terdapat dalam lingkungan Lembaga. … Pergi (di bawah arahan uskup anda) dengan tenang, dengan cermat, dengan penuh semangat, bersatu dan penuh doa, dan Tuhan akan memahkotakan usaha anda dengan kejayaan.”4

Nota

  1. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 451.

  2. Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2017), 1.

  3. Joseph Smith, dalam Sarah M. Kimball, “Auto-biography,” Woman’s Exponent, Sept. 1, 1883, 51.

  4. “Female Relief Society,” Deseret News, Apr. 22, 1868, 81.

Imej
Bait Suci Nauvoo

The Nauvoo Temple oleh George D. Durrant

Cetak