Ajaran dan Perjanjian 2021
11–17 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 115–120: “Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku daripada Kejayaan-Nya”


“11–17 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 115–120: ‘Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku daripada Kejayaan-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“11–17 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 115–120,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Far West

Far West, oleh Al Rounds

11–17 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 115–120

“Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku daripada Kejayaan-Nya”

Tuhan ingin berbicara kepada anda. Semasa anda mengkaji tulisan suci, berdoa dan minta Tuhan untuk membantu anda mengetahui pesanan-Nya bagi anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Terdapat sebab untuk bersikap optimis mengenai tempat pengumpulan terbaru Orang suci, Far West, Missouri, pada bulan Julai 1838. Kota ini berkembang dengan pesat, tanah itu kelihatannya kemakmuran, dan di jarak dekat ke utara terletaknya Adam-ondi-Ahman, tempat yang sangat penting dari segi rohani (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:53–56116). Namun, sukar bagi para Orang Suci untuk tidak memikirkan apa yang mereka telah kehilangan. Mereka telah diusir dari Independence, tempat pusat bagi Sion, dan peluang untuk kembali ke situ dalam waktu terdekat kelihatan tipis. Di samping itu, Orang Suci terpaksa melarikan diri ke Kirtland, Ohio, meninggalkan bait suci mereka yang dikasihi selepas hanya dua tahun. Dan kali ini bukan sahaja musuh di luar Gereja yang menyebabkan masalah—banyak ahli [gereja] turut menentang Joseph Smith, termasuk Tiga Saksi Kitab Mormon dan empat orang ahli Dua Belas. Ada yang tertanya-tanya, Adakah kerajaan Tuhan benar-benar bertambah kuat, atau semakin lemah?

Tetapi [mereka] yang setia tidak membiarkan soalan seperti itu menghentikan mereka. Sebaliknya, mereka mula membina tempat kudus yang baharu, kali ini di Far West. Mereka membuat rancangan untuk sebuah bait suci baru. Empat Rasul baharu dipanggil, termasuk dua orang [iaitu]—John Taylor dan Wilford Woodruff—yang kemudiannya menjadi Presiden Gereja (lihat Ajaran dan Perjanjian 118:6). Para Orang suci mempelajari bahawa melakukan pekerjaan Tuhan tidak bererti anda tidak akan jatuh, ia bererti anda “bangkit semula.” Walaupun anda perlu melepaskan beberapa hal, tetapi pengorbanan itu akan menjadi kudus bagi Tuhan, bahkan “lebih kudus … daripada kejayaan [anda]” (Ajaran dan Perjanjian 117:13).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 115:4–6

Nama Gereja ditetapkan oleh Tuhan.

Presiden Russell M. Nelson berkata nama Gereja adalah “satu hal yang amat penting” (“Nama Gereja yang Betul,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 87). Fikirkan mengapa ini benar semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 115:4–6. Apakah kaitan nama Gereja dengan pekerjaan dan misinya?

Lihat juga 3 Nefi 27:1–11.

Ajaran dan Perjanjian 115:5–6

Sion dan pancangnya menawarkan “perlindungan dari ribut.”

Meskipun kesukaran yang di alami Orang Suci pada 1838, Tuhan masih mempunyai harapan yang tinggi bagi mereka. Cari kata-kata dalam Ajaran dan Perjanjian 115:5–6 yang menekankan peranan yang Tuhan ingin Gereja-Nya dan para ahli untuk penuhi di dunia ini. Contohnya, apakah yang anda perlu lakukan untuk “bangkit dan bersinarlah”? (ayat 5). Apakah ribut rohani yang anda lihat di sekeliling anda, dan bagaimanakah kita mencari “perlindungan” melalui pengumpulan? (ayat 6).

Lihat juga 3 Nefi 18:24.

Ajaran dan Perjanjian 117

Pengorbanan saya adalah kudus bagi Tuhan.

Meninggalkan Kirtland mungkin sangat sukar bagi beberapa orang seperti Newel K. Whitney, orang yang telah mendirikan hidup yang makmur untuk keluarganya di situ. Apakah yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 117:1–11 yang mungkin membantu mereka melakukan pengorbanan ini? Bagaimanakah ayat-ayat ini mengubah pandangan anda tentang apa yang benar-benar penting?

Pengorbanan yang diminta oleh Oliver Granger adalah berbeza: Tuhan menugaskan dia untuk tinggal di Kirtland dan menyelesaikan kewangan Gereja. Ia adalah satu tugas berat, dan ketika dia mewakili Gereja dengan integriti, dia tidak dapat melangsaikan banyak. Pertimbangkan bagaimana firman Tuhan dalam ayat 12–15 boleh digunakan ketika Tuhan minta [pengorbanan] dari anda.

Lihat juga Matius 6:25–33.

Imej
Adam-ondi-Ahman di Daviess Country, Missouri

Newel K. Whitney diperintahkan untuk pindah ke Adam-ondi-Ahman, gambar di sini.

Ajaran dan Perjanjian 119–20

Dengan membayar persepuluhan, saya membantu membina dan “menguduskan negeri Sion.”

Arahan dalam bahagian 119 dan 120 kelihatan sama dengan cara Tuhan mengurus kewangan di masa kita. Kini, Orang Suci menyumbang “sepersepuluh daripada seluruh pendapatan tahunan mereka” (Ajaran dan Perjanjian 119:4), dan dana ini diuruskan oleh majlis yang terdiri daripada Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas, dan Uskup Utama. Pertimbangkan soalan-soalan berikut semasa anda mengkaji bahagian ini:

  • Bagaimanakah mentaati hukum Persepuluhan “menguduskan negeri Sion”? Bagaimanakah hukum ini membantu menjadikan tempat anda tinggal “[sebuah] negeri Sion bagimu”? (Ajaran dan Perjanjian 119:6).

  • Apa yang penting kepada anda tentang ungkapan “melalui suara-Ku sendiri kepada mereka” dalam Ajaran dan Perjanjian 120?

Lihat juga Malakhi 3:8–12.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 115:4–6.Adakah keluarga anda dapat membaca ayat-ayat ini sambil melihat matahari terbit? Ini akan membantu anda membincangkan maknanya untuk “bangkit dan bersinarlah” (ayat 5). Atau anda boleh bincangkan bagaimana mencari perlindungan ketika ribut. Bagaimana pengalaman ini seperti mencari “perlindungan” di Gereja? (ayat 6). Kemudian anda boleh berbincang cara keluarga anda dapat membantu orang lain menghargai perlindungan yang Gereja sediakan.

Ajaran dan Perjanjian 117:1–11.Keluarga anda boleh membandingkan “setitis” dengan sesuatu yang lebih “penting [berat]” (ayat 8), seperti jag air. Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang hal-hal yang kurang penting dalam kehidupan kita yang mungkin menghalang kita dari menerima berkat yang banyak daripada Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 119. Apakah yang bahagian 119 ajarkan tentang sebab kita membayar persepuluhan? Anak-anak juga boleh mendapat manfaat daripada pelajaran objek: anda boleh memberi mereka objek kecil, membantu mereka mengira persepuluhan, dan beritahu mereka mengapa anda membayar persepuluhan.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan keberdikarian. Ketika [ahli keluarga] mempunyai soalan, kadangkala ia adalah lebih baik untuk mengajar mereka bagaimana untuk mencari jawapan bagi diri mereka, daripada terus memberi jawapan” (Teaching in the Savior’s Way, 28).

Imej
penggunaan persepuluhan

Memberikan 10 peratus kepada Tuhan sebagai persepuluhan membantu menyebarkan pekerjaan penyelamatan-Nya.

Cetak