Ajaran dan Perjanjian 2021
4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111–114: “Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu”


“4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111–114: ‘Aku akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111–114,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Joseph Smith sedang berkutbah

4–10 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 111–114

“Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu”

Dengan penuh doa minta bimbingan Roh semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 111–114, dan catatkan tanggapan anda. Kemudian pertimbangkan cara anda boleh bertindak atas tanggapan tersebut.

Mencatat Tanggapan Anda

Pernahkah anda mempunyai pengalaman rohani yang membuat anda berasa yakin dan selamat dalam iman anda—tetapi kemudian kesengsaraan hidup mencuba iman anda, dan anda mendapati diri anda berjuang untuk memulihkan kedamaian yang anda rasa sebelum ini? Sesuatu yang serupa berlaku kepada Orang Suci di Kirtland. Kurang dari satu tahun selepas penyebaran rohani berkaitan dengan pembaktian Bait suci Kirtland, masalah timbul. Krisis kewangan, perselisihan dalam Kuorum Dua Belas, dan percubaan lain menyebabkan beberapa orang goyah dalam iman mereka.

Kita tidak boleh mengelakkan percubaan, jadi bagaimana kita boleh menghalangnya dari mengancam iman dan kesaksian kita? Sebahagian jawapan boleh ditemui dalam nasihat Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 112, diberikan ketika pergelutan di Kirtland semakin menjadi. Tuhan berfirman, “Murnikanlah hatimu di hadapan-Ku” (ayat 28), “Janganlah memberontak” (ayat 15), “Sediakanlah dirimu bagi pekerjaan itu” (ayat 7), dan “Jadilah engkau rendah hati” (ayat 10). Semasa kita mengikuti nasihat ini, Tuhan akan “memimpin tangan [kita]” melalui kesusahan kepada penyembuhan dan kedamaian (lihat ayat 10, 13).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 111

Tuhan boleh “mengaturkan semua hal demi kebaikan [saya].”

Pada tahun 1836, Gereja telah banyak berhutang dalam melakukan kerja Tuhan. Semasa Joseph Smith dan yang lain risau tentang hutang dan cara untuk melangsaikannya, mereka melakukan perjalanan ke Salem, Massachusetts, kerana khabar angin yang mengatakan wang telah ditinggalkan di sebuah rumah di situ (lihat pendahuluan bahagian Ajaran dan Perjanjian 111). Selepas mereka tiba di Salem, Tuhan menyatakan, “Terdapat lebih dari satu harta untukmu di kota ini” (ayat 10)—harta yang termasuk orang-orang yang Dia akan “kumpulkan pada waktu yang tepat demi manfaat Sion” (ayat 2; lihat juga Keluaran 19:5). Walaupun tidak ada wang yang dijumpai di Salem, para penganut baru hasil dari usaha para penginjil di sana merupakan sebahagian dari janji Tuhan dipenuhi.

Semasa anda membaca bahagian 111, fikirkan tentang hal-hal yang anda risaukan. Pertimbangkan bagaimana firman Tuhan kepada Joseph berguna kepada anda. Bagaimanakah Tuhan membantu anda untuk mencari “harta” yang tidak dijangkakan? (ayat 10). Fikirkan apa yang Dia telah lakukan untuk “mengaturkan semua hal demi kebaikkanmu” (ayat 11). Apakah yang ungkapan “secepat kamu dapat menerimanya” mengajarkan anda tentang Bapa Syurgawi?

Lihat juga Matius 6:19–21, 33

Ajaran dan Perjanjian 112:3–15

Tuhan akan membimbing mereka yang mencari kehendak-Nya dengan rendah hati.

Kesatuan dalam Kuorum Dua Belas lemah pada musim panas tahun 1837. Terdapat perselisihan tentang tanggungjawab, dan beberapa ahli melawan Nabi Joseph Smith. Thomas B. Marsh, Presiden Kuorum Dua Belas pada masa itu, bimbang, dan dia datang dari Missouri ke Ohio, mencari nasihat daripada Nabi. Brother Marsh menerimanya melalui wahyu dalam bahagian 112. Bagaimanakah nasihat Tuhan telah membantunya dan kuorumnya? Apakah pengajaran bagi anda semasa anda cuba mengatasi pertengkaran dan perselisihan faham?

Secara khususnya, anda boleh merenung ayat 10. Apakah maknanya Tuhan memimpin “tangan” anda? Mengapakah kerendahan hati diperlukan untuk bimbingan sedemikian?

Imej
dua orang sedang berdoa

Jika kita rendah hati, Tuhan akan membimbing dan menjawab doa kita.

Ajaran dan Perjanjian 113

Joseph Smith adalah “seorang hamba dalam tangan Kristus.”

Yesaya menggambarkan salah satu keturunan Isai sebagai “tunas” dan “akar” (Yesaya 11:1, 10). Dalam bahagian 113, Tuhan menjelaskan bahawa keturunan ini, hamba Kristus, akan menjadi alat dalam mengumpulkan umat Tuhan pada zaman akhir (lihat Ajaran dan Perjanjian 113 113:4, 6)—sebuah wahyu yang turut menggambarkan Nabi Joseph Smith. Bagaimanakah ini dan kebenaran lain dalam bahagian 113 telah menggalakkan Orang Suci ketika kekacauan yang mereka alami di Kirtland? Apa yang anda temui dalam wahyu ini yang mengilhami anda untuk mengambil bahagian dalam pekerjaan Tuhan hari ini?

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Isai,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org; 2 Nefi 21:10–12; Joseph Smith—Sejarah 1:40.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 111:2, 9–11.Ayat-ayat ini boleh menggalakkan perbincangan tentang nilai keluarga anda sebagai “harta” yang abadi. Anda boleh membuat permainan mencari harta karun dengan menyembunyikan sesuatu di sekeliling rumah yang mewakili benda-benda yang berharga kepada Tuhan. Apabila keluarga anda menjumpai setiap item, bincangkan hal yang anda boleh lakukan untuk menunjukkan bahawa anda menghargainya.

Ajaran dan Perjanjian 112:10.Elder Ulisses Soares menggambarkan orang yang rendah hati sebagai: “Yang rendah hati dapat diajari, mengenali betapa bergantungnya mereka kepada Tuhan dan ingin menyerah kepada kehendak-Nya. Yang rendah hati adalah lembut hati dan mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain menjadi yang serupa” (“Be Meek and Lowly of Heart,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 10). Pertimbangkan cara untuk membantu keluarga anda memahami maknanya untuk menjadi rendah hati. Anda boleh menyanyikan sebuah lagu tentang kerendahan hati, seperti “Hendaklah Kau Rendah Hati” (Nyanyian Rohani, no. 47), sementara salah seorang ahli keluarga “memimpin tangan” ahli keluarga yang lain dan membawa mereka di sekitar rumah. Atau berkongsi pengalaman ketika Tuhan telah “memimpin tangan” keluarga anda dan memberi “jawapan pada doa-doa [mereka].”

Ajaran dan Perjanjian 112:11–14, 26.Apakah perbezaan antara mengetahui nama seseorang dan mengenali mereka? Apakah yang kita pelajari dari ayat 11–14 tentang maknanya untuk mengenali Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 112:15.Apakah maknanya untuk “memberontak” melawan nabi? Apakah yang kita temui dalam ayat ini yang membantu kita ingin menyokong nabi?

Ajaran dan Perjanjian 113:7–8.Apakah yang kita pelajari dari ayat 8 yang akan membantu “membawa Sion kembali” dan menebus Israel?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Hendaklah Kau Rendah Hati,” Nyanyian Rohani, no. 47.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Hidupkan kesaksian anda. “‘Anda ajar apa yang anda lakukan,’ Elder Neal A. Maxwell ajarkan. “Sifat-sifat anda akan lebih diingati … daripada satu kebenaran dalam satu pengajaran” (Teaching in the Savior’s Way,13).

Imej
Thomas B. Marsh dan Joseph Smith

Thomas B. Marsh mencatat wahyu yang diberikan kepadanya melalui Joseph Smith. Be Thou Humble (Hendaklah Kau Rendah Hati), oleh Julie Rogers.

Cetak