Ajaran dan Perjanjian 2021
4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111–114: “Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu”


“4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111-114: ‘Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111–114,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
Joseph Smith sedang berkhutbah

4–10 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 111–114

“Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu”

Sister Cheryl A. Esplin, bekas penasihat Presidensi Umum Sekolah Primer, telah mengajar bahawa kita harus “[membantu] anak-anak kita untuk mendapat ajaran ke dalam hati mereka dalam suatu cara yang … dicerminkan dalam tingkah laku mereka dan sepanjang hidup mereka” (“Mengajar Anak-anak Kita Untuk Memahami,” Ensign atau Liahona, Mei 2012, 10).

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan kanak-kanak berkongsi, bawa beberapa benda yang berkaitan dengan sesuatu dari ajaran yang lepas. Biarkan mereka bincangkan apa yang mereka ingat daripada setiap benda.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 111:2, 10–11

Hal-hal Tuhan boleh menjadi harta kepada saya.

Apabila kanak-kanak fikirkan tentang perkataan harta, mereka mungkin bayangkan perkara lain yang berbeza daripada harta yang dimaksudkan dalam Ajaran dan Perjanjian 111:2, 10. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka belajar menghargai hal-hal Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk lukiskan apa yang datang ke minda apabila mereka mendengar perkataan harta. Bandingkan perkara yang dunia lihat sebagai harta dan perkara yang Tuhan hargai (lihat Ajaran dan Perjanjian 111:2, 10–11), seperti orang-Nya, kebijaksanaan dan kesolehan, dan membuat pilihan yang baik.

  • Bantulah kanak-kanak untuk menyelesaikan halaman aktiviti minggu ini. Apakah yang kita pelajari tentang Yesus melalui perkara-perkara yang Dia hargai? Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih seperti Dia?

Ajaran dan Perjanjian 112:10

Tuhan akan membimbing saya dan menjawab doa-doa saya.

Ajaran dan Perjanjian 112:10 boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar meningkatkan kepercayaan bahawa Yesus Kristus akan membimbing dan mendorong mereka sepanjang hidup.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak fikirkan situasi-situasi di mana ianya penting untuk memegang tangan seorang ahli keluarga, seperti melintas jalan atau memberi ketenangan. Mereka mungkin ingin melakonkan beberapa contoh yang mereka kongsi. Baca Ajaran dan Perjanjian 112:10. Mengapakah kita inginkan Tuhan “memimpin tangan [kita]”?

  • Ikatkan kain penutup mata pada satu kanak-kanak, dan minta dia untuk berjalan merentasi bilik dengan seorang kanak-kanak yang lain memimpin tangannya. Kongsi satu pengalaman ketika anda merasai Tuhan memimpin tangan anda.

    Imej
    Yesus bersama seorang kanak-kanak lelaki dan ibunya

    Arise and Walk, oleh Simon Dewey

Ajaran dan Perjanjian 112:11

Yesus inginkan saya untuk mengasihi semua orang.

Bantu kanak-kanak ketahui bahawa Juruselamat inginkan kita untuk mengasihi semua orang, termasuklah mereka yang tidak baik kepada kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu mereka memahami bahawa Tuhan inginkan kita untuk mengasihi semua orang, termasuklah mereka yang membuat pilihan yang salah.

  • Lukiskan muka sedih pada papan tulis, dan tanyakan kanak-kanak bagaimana kita boleh menunjukkan kasih kepada mereka yang sedih (lihat Ajaran dan Perjanjian 112:11). Sambil kanak-kanak berkongsi idea mereka, ubahkan lukisan muka sedih dan jadikan ianya muka yang gembira. Kongsi kesaksian anda berkenaan kuasa yang datang dari mengasihi orang lain. Nyanyikan bersama satu lagu mengenai kasih, seperti “Kasihilah Sesama” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 112:10

Saya boleh merendahkan hati dan mencari bimbingan Tuhan.

Bapa Syurgawi inginkan kita untuk merendahkan hati supaya Dia boleh membimbing kita. Bantu kanak-kanak memahami bagaimana mereka boleh menunjukkan kerendahan hati kepada Tuhan dengan melakukan perkara-perkara seperti berdoa dan mendengar nasihat-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak apakah maksudnya untuk menjadi rendah hati. Bantu mereka fikirkan perkataan atau frasa yang berkaitan dengan “rendah hati,” dan jemput mereka untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 112:10, menggantikan salah satu perkataan atau frasa berikut kepada “rendah hati” dalam ayat itu. Mengapakah Bapa Syurgawi inginkan kita untuk menjadi rendah hati? Untuk belajar lebih, kanak-kanak boleh membaca ayat suci tambahan yang tersenarai di bawah “Rendah hati, Kerendahan hati” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

  • Tuliskan kata-kata Ajaran dan Perjanjian 112:10 pada papan tulis, dan minta kanak-kanak untuk membacanya dengan lantang. Jemput kanak-kanak untuk gariskan berkat-berkat bagi orang rendah hati yang disebut dalam ayat ini. Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi masa ketika mereka dengan rendah hati telah meminta bantuan Tuhan dan dibimbing oleh Dia, seperti apabila doa mereka dijawab.

Ajaran dan Perjanjian 112:11

Yesus inginkan saya untuk mengasihi semua orang.

Yesus Kristus merupakan contoh sesuai tentang mengasihi semua, termasuklah mereka yang telah menganiaya Dia. Joseph Smith juga telah menahani penganiayaan daripada mereka yang pada mulanya adalah rakannya. Bantu kanak-kanak belajar bahawa kita boleh mengasihi orang seperti mana Juruselamat dan Joseph Smith telah lakukan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 112:11 dan bincangkan mengapakah ia penting untuk mengasihi semua orang.

  • Mengapakah ia penting untuk mengasihi orang yang berbeza daripada kita? Mengapakah Bapa Syurgawi memberikan kita perbezaan? Bagaimanakah kita boleh “biarlah kasih [kita] berlimpah ruah kepada semua orang,” termasuklah mereka yang berbeza daripada kita? Nyanyikan bersama kanak-kanak satu lagu tentang mengasihi orang, seperti “Aku Akan Menolongmu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 78).

  • Bantu kanak-kanak fikirkan contoh-contoh di mana Juruselamat mengasihi orang yang menganiaya Dia (contohnya, lihat Lukas 23:34).

Ajaran dan Perjanjian 112:12–15, 26

Mereka yang benar-benar bertukar hati akan mengenali Yesus Kristus.

Untuk menjadi bertukar hati kepada Yesus Kristus merupakan proses sepanjang hidup, dan ia melibatkan lebih daripada hanya “[mendakwa] bahawa mereka mengenali nama [Dia]” (Ajaran dan Perjanjian 112:26). Bantu kanak-kanak memahami lebih apakah maksudnya untuk benar-benar mengenali Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi dengan kanak-kanak bahawa pada tahun 1837, beberapa Rasul telah menentang Nabi Joseph Smith. Mengapakah ia penting untuk mentaati nabi? (lihat ayat 15). Bantu kanak-kanak untuk membuatkan satu senarai perkara-perkara yang Tuhan telah firmankan kepada Thomas B. Marsh, Presiden Kuorum Dua Belas Rasul (lihat Ajaran dan Perjanjian 112:12–15). Gunakan senarai itu untuk bincangkan bagaimana kita boleh menjadi bertukar hati dengan lebih kuat kepada Yesus Kristus.

  • Minta kanak-kanak untuk fikirkan apakah maksudnya untuk mengaku mengenali Yesus Kristus tetapi tidak benar-benar mengenali Dia (lihat Ajaran dan Perjanjian 112:26). Apakah yang ayat 14 ajarkan supaya kita kenali Dia dengan lebih baik? Bantu kanak-kanak memahami apakah maksudnya untuk “memikul salib [kita]” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 16:25–26 [di Panduan Tulisan Suci]) atau untuk “berilah makan kepada domba-domba [Dia].”

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk meringkaskan apa yang mereka telah pelajari di kelas hari ini. Bantu mereka untuk menulis satu nota atau lukiskan satu gambar yang akan mengingatkan mereka tentang apa yang mereka pelajari supaya mereka boleh berkongsi bersama keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak ingin tahu dan mereka belajar melalui pelbagai cara. Kanak-kanak suka belajar melalui pengalaman yang baru dan berbeza. Gunakan aktiviti-aktiviti yang membantu mereka bergerak, menggunakan deria mereka, menyelidik, dan cuba hal-hal baru. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Cetak