Ajaran dan Perjanjian 2021
5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76: “Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka”


“5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76: ‘Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
galaksi di angkasa

Refuge, oleh Shaelynn Abel

5–11 Julai

Ajaran dan Perjanjian 76

“Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka”

Ketika anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 76, renungkan apa yang Bapa Syurgawi mahu kanak-kanak di kelas anda tahu tentang Dia, Juruselamat, diri mereka sendiri, dan takdir abadi mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar atau halaman aktiviti dari panduan minggu ini atau panduan yang sebelumnya. Biarkan mereka memberitahu anda apa yang mereka lihat dalam gambar-gambar ini dan apa yang mereka ingat tentang pelajaran tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 76:24

Kita semua ialah anak Tuhan.

Presiden Dallin H. Oaks berkata bahawa jika kita mengajar “seorang yang muda tentang idea sangat berkuasa bahawa dia adalah anak Tuhan,” kita boleh memberi dia “penghormatan diri dan motivasi untuk menghadapi masalah kehidupan” (“Powerful Ideas,” Ensign, Nov. 1995, 25).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami potensi mereka untuk menjadi seperti Tuhan, cari cara untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anak haiwan membesar untuk menjadi seperti ibu bapa mereka—mungkin kanak-kanak boleh memadankan gambar haiwan dengan gambar anaknya. Buka tulisan suci Ajaran dan Perjanjian 76:24, dan beritahu kanak-kanak bahawa kita semua “adalah para putera dan puteri yang dilahirkan bagi Tuhan.” Berikan kesaksian anda bahawa Tuhan adalah Bapa kita dan kita boleh membesar menjadi seperti Ibu Bapa Syurgawi kita.

  • Nyanyi bersama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-anak, 2), dan jemput kanak-kanak menunjuk kepada diri mereka ketika mereka menyanyi “Aku.” Mintalah mereka menyanyi lagu itu lagi, menggantikan “Aku” dengan “Kamu” dan menunjuk kepada orang lain dalam kelas.

Ajaran dan Perjanjian 76:40–42

Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia.

Perkataan injil bermaksud khabar gembira. Khabar gembira yang dibawa oleh injil ialah Yesus Kristus “datang ke dunia … untuk membersihkannya dari segala ketidaksolehan” (ayat 41).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang khabar gembira yang anda dengar baru-baru ini. Minta mereka untuk berkongsi khabar gembira yang mereka dengar. Kemudian berkongsi dengan mereka khabar gembira injil dengan membaca Ajaran dan Perjanjian 76:41–42. Tanya kanak-kanak apakah perasaan mereka tentang khabar gembira ini. Berkongsi dengan mereka kegembiraan yang dibawa oleh khabar gembira ini kepada anda.

  • Tunjukkan gambar Yesus Kristus. Tanya kanak-kanak jika mereka tahu apa yang Yesus Kristus telah lakukan untuk kita. Tunjukkan kepada kanak-kanak sesuatu yang kotor dan sesuatu yang bersih (seperti sapu tangan atau selembar kertas putih), dan jelaskan bahawa dosa adalah seperti kotoran pada roh kita, tetapi Yesus Kristus datang untuk membantu kita menjadi bersih lagi.

    Imej
    Yesus bersama kanak-kanak kecil

    Suffer the Children, oleh J. Kirk Richards

Ajaran dan Perjanjian 76:62

Bapa Syurgawi mahu saya kembali untuk hidup bersama-Nya selamanya.

Penglihatan Joseph Smith dan Sidney Rigdon tentang kerajaan selestial mengungkapkan berkat besar yang Tuhan telah sediakan bagi anak-anak-Nya, serta hal-hal yang kita harus lakukan untuk menerima berkat-berkat tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang tiga kerajaan kemuliaan yang dilihat oleh Joseph dan Sidney dalam penglihatan mereka. Tanya kepada kanak-kanak apa yang mereka suka tentang penglihatan itu. Tumpukan secara khususnya yang menggambarkan kerajaan selestial, dan bersaksi bahawa ini adalah di mana Bapa Syurgawi mahu setiap daripada kita berada.

  • Baca kepada kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 76:62, dan jemput kanak-kanak untuk melukis gambar diri mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus di kerajaan selestial.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 76:5, 41–42, 69

Yesus Kristus adalah Juruselamat saya.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa berkat-berkat hebat dalam kehidupan seterusnya yang Tuhan janjikan kepada orang-orang yang setia adalah mungkin kerana Juruselamat Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis Apakah yang Yesus Kristus telah lakukan untuk saya? Minta setiap kanak-kanak membaca dengan senyap ayat 5, ayat 41–42, atau ayat 69 dalam bahagian 76, mencari jawapan untuk soalan di papan tulis. Biarkan mereka berkongsi jawapan mereka (lihat juga “Dia Mengutus Putra-Nya,” Buku Nyanyian Anak-anak, 20). Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kesyukuran kita untuk apa yang Juruselamat telah lakukan bagi kita?

  • Tuliskan fasal-fasal kepercayaan ketiga di papan tulis, tinggalkan ruang kosong untuk kata kunci. Berikan kanak-kanak kata-kata yang hilang ini pada jalur kertas, dan jemput mereka untuk meletakkan kata-kata itu di tempat yang betul di papan tulis. Apakah yang fasal-fasal kepercayaan ini ajarkan kita tentang mengapakah kita memerlukan Yesus Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 76:12, 15–19, 114–16

Mengkaji tulisan suci boleh membantu saya “memahami hal-hal daripada Tuhan.”

Joseph Smith dan Sidney Rigdon menerima Ajaran dan Perjanjian 76 ketika mereka merenungkan tulisan suci. Bantu kanak-kanak melihat bagaimana kajian tulisan suci dapat menjemput wahyu melalui Roh Kudus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak jika mereka tahu apa yang Joseph Smith dan Sidney Rigdon lakukan ketika mereka melihat penglihatan dalam Ajaran dan Perjanjian 76. Jemput mereka untuk membaca ayat 15–19 untuk jawapan. Kongsi satu masa ketika anda menerima ilham semasa membaca tulisan suci, dan minta kanak-kanak untuk bercakap tentang perasaan rohani yang mereka miliki ketika membaca tulisan suci.

  • Minta kanak-kanak menutup mata dan cuba melakukan tugas, seperti mewarna gambar atau membuka tulisan suci ke ayat tertentu. Apakah beberapa perkara yang sukar dilakukan apabila mata kita ditutup secara rohani? Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 76:12, 15–19, 114–16 untuk mengetahui apa yang kita perlu lakukan untuk membuka mata kita secara rohani.

Ajaran dan Perjanjian 76:50–70

Bapa Syurgawi telah menyediakan sebuah kemuliaan kerajaan selestial bagi saya.

Mengetahui tentang kemuliaan selestial yang Tuhan telah sediakan dapat mengilhami kanak-kanak untuk “mengatasi dengan iman” (ayat 53) cubaan dan godaan yang mereka hadapi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jika seseorang bertanya kepada kita, “Mengapakah saya harus mengikuti Yesus Kristus dan mematuhi perintah-perintah-Nya?” Apakah yang kita akan katakan? Jemput kanak-kanak untuk mencari jawapan dalam Ajaran dan Perjanjian 76:50–70, yang menggambarkan mereka yang menerima kehidupan abadi di kerajaan selestial. Biarkan kanak-kanak berlakon peranan untuk menjawab soalan itu. Berikan kesaksian anda tentang berkat-berkat yang besar Bapa di Syurga telah sediakan bagi kita jika kita mengikuti Yesus Kristus.

  • Lukis gambar besar matahari pada sekeping kertas, dan potongkan menjadi beberapa kepingan teka-teki. Beri setiap kanak-kanak satu bahagian, bersama dengan salah satu petikan ayat berikut untuk dibaca: Ajaran dan Perjanjian 76:51; 76:52; 76:53; 131:1–2. Minta kanak-kanak mencari dalam ayat-ayat mereka, sesuatu yang kita perlu lakukan untuk menerima kehidupan abadi di kerajaan selestial (beberapa ayat termasuk lebih daripada satu jawapan), dan tuliskan pada bahagian matahari mereka. Semasa mereka bekerjasama untuk memasang teka-teki, nyatakan keyakinan anda kepada mereka bahawa dengan bantuan Juruselamat, mereka dapat memenuhi syarat untuk kerajaan selestial.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar keluarga mereka apa yang mereka pelajari mengenai penglihatan Joseph Smith dan Sidney Rigdon.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggunakan tulisan suci. Walaupun kanak-kanak yang anda ajar belum dapat membaca, gunakan tulisan suci dengan kerap ketika anda mengajar. Biarkan mereka melihat bahawa kebenaran yang anda kongsi berasal dari tulisan suci.

Cetak